Tuesday, November 24, 2009

MUNCUL KEMBALI (525)

Sempena raya korban, pernahkah ditanya apa pengorbanan kita?

JUMAAT ini umat Islam sedunia akan meyambut hari raya korban kali 1,430 kali kalau dikira berdasarkan kelendar Hijrah manakala jika dikira ketika Islam mula disebarkan oleh Rasulullah s.a.w., tahun ini adalah merupakan raya korban yang ke 1,443 kali.

Bagaimanapun upacara korban itu mula dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s. beribu-ribu tahun sebelum Nabi Muhammad s.a.w. selaku nabi dan rasul akhir zaman yang juga merupakan penghulu bagi sekalian anbia', dizahikan lagi.

Nabi Ibrahim a.s. yang sukar mendapatkan anak setelah dikurniakan anak lelaki melalui perkahwinan keduanya telah dipertintahkan oleh Allah supaya anak lelaki baginda disembelih (dikorbankan).

Perintah itu lebih kepada mahu menguji Nabi Ibrahim a.s. kerana pada umumnya tidak ada bapa yang tidak sayangkan anak kecuali bapa yang berhati syaitan dan iblis yang sanggup jadi haruan makan anak dengan merogol anak perempuan sendiri yang kerap berlaku akhir-akhir ini, mebuktikan bahawa usia dunia sedang berada di penghujungnya.

Setelah meminta pandangan dari isteri, malah dari anak lelaki baginda yang diperintah agar disembelih itu sendiri yang mana anak lelaki baginda mahukan baginda akur dengan perintah Allah, maka Nabi Ibrahim telah melakukan upacara berkenaan. Bagaimanapun anak baginda tidak terkorban apabila Allah menggantinya dengan seekor kibas.

Anak baginda itu juga adalah seorang nabi dan rasul, yakni Nabi Ismail a.s. yang mana hasil dari 'tunjaan' kaki baginda ketika masih bayi dan ditinggalkan di satu kawasan terpencil di tengah padang pasir bersama ibu baginda bernama Siti Hajar atas titah perintah Allah terhadap bapa baginda, maka wujudnya telaga zamzam yang masih kekal hingga sekarang, malah tempat baginda ditinggalkan itu telah menjadit tumpuan manusia dri setiap pelosok dunia hingga sekarang, yakni Kota Mekkah.

Maknanya Allah yang kena disayangi dan ditaati melebihi segala-galanya akan sentiasa menguji hamba-Nya termasuk menuntut pengorbanan terhadap apa yang paling disayangi, yang paling bernilai dan berharga.

Kerana itu bila melakukan upcara korban, haiwan yang hendak dikorbankan kena dipilih binatang yang paling gemuk, paling comel, paling disayangi atau pun yang harganya paling mahal kerana nilai dan falsafaj di sebalik tuntutank amalan korban itu terlalu tinggi nilainya.

Malah, falsafah di sebalik tntutan berkorban itu perlu dan patut direnungi, malah kalau kita sebagai anak patut ditanya apa pengorbanan kita kepada kedua ibubapa, sebagai ibubapa apa pengorbanan kita terhadap anak-anak, sebagai anggota masyarakat, apa pengorbanan kita kepada masyarakat kita.

Juga sebagai pekerja sama ada di sektor awam atau swasta, apakah pengorbanan kita kepada majikan, sebagai orang politik apa pengorbanan kita kepada parti, sebagai wakil rakyat apa pengorbanan kita kepada rakyat yang memberikan kita undi, sebagai rakyat kepada sebuah negara, apa pengorbanan kita kepada negara, sebagai penganut agama Islam umpamanya, apa pengorbanan kita kepada agama yang kita anuti.

Barangkali kerana kita tidak cuba untuk memahami falsafah di sebalik tuntutan berkorban, maka kita sentiasa menuntut supaya kita sentasa menerima pengorbanan orang lain yang memberi faedah kepada kita.

Kerananya maka kita akan sentiasa menjadi manusia yang tidak pernah berpuashati dan tidak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada, malah kita tidak rasa bersalah pun bila melakukan perbuatan yang boleh mendatangkan masalah kepada orang di sekeliling kita.

No comments: