Tuesday, December 1, 2009

MUNCUL KEMBALI (537)

Masyarakat kena sepakat kurangkan jumlah perokok

MENYEDARI tentang bahaya tabiat merokok, bukan sahaja kepada perokok tetapi juga kepada mereka yang tidak merokok,termasuk bayi yang baru lahir yang terpaksa menyedut asap hembusan perokok, pelbagai kempen dijalankan dengan kos pembiayaannya bukan kecil pada setiap tahun.

Bermula dengan notis amaran pada setiap kotak rokok dengan rangkai kata AMARAN OLEH KERAJAAN MALAYSIA: MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN, disusuli dengan cetakan pelbagai gambar mengerikan pada setiap kotak rokok dan paling terikini, mulai bulan Jun tahun depan hanya rokok dalam pek 20 batang sahaja yang boleh dijual di pasaran.

Mulai bulan Januari hingga 31 Mei tahun 2010, para pengilang rokok tidak akan dibenarkan mengeluarkan paket rokok kurang dari 20 batang ekoran langkah Kementerian Kesihatan yang akan menguatkuasakan larangan pengilangan dan penjualan paket rokok kurang dari 20 batang bermula 1 Jun 2010.

Keputusan kerajaan itu telah dipersetujui semua syarikat rokok di negara ini dan rayuan mengenainya, menurut kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, tidak akan dilayan oleh pihak kerajaan. Pihak syarikat rokok diberi masa tujuh bulan bermula hari ini hingga 31 Mei 2010 untuk menghabiskan bekalan paket rokok yang mengandungi kurang daripada 20 batang di pasaran.

Sehubungan itu dengan penguatkuasaan sepenuhnya larangan itu bermula 1 Jan 2010, sesiapa yang didapati bersalah melanggar Peraturan 9 dan 16, PPKHT 2004 akan didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara selama tempoh tidak lebih dua tahun. Langkah larangan penjualan paket rokok itu selaras dengan peruntukan Konvensyen Rangka Kerja Mengenai Kawalan Tembakau (FCTC), Organisasi Kesihatan Dunia (WHO), di mana Malaysia merupakan ahlinya sejak 2005.

Matlamatnya adalah bagi memastikan jumlah perokok dapat dikurangkan, malah kalau boleh negara ini akan bersih dari pencemaran udara oleh asap rokok yang terbukti mengandungi lebih dari 400 jenis bahan kimia yang merosakkan kesihatan serta boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit kanser.

Tetapi perokok yang mahu mepertahankan tabiat merokok mereka akan membangkikan bahawa negara juga mengalami pencemaran udara oleh asap kenderaan, asap kilang dan jentera serta pembakaran terbuka. Mudah-mudahan langkah membersihkan udara negara dari asap kenderaan, asap kilang dan jentera serta asap dari pembakaran terbuka juga turut dilakukan secara pro-aktf.

Bagiamanapun apa-apa jua pengutakuasaan peraturan undang-undang tidak akan mencapai matlamat tanpa bantuan dan penyertaan anggota masyarakat kerana jumlah penguatkuasa yang diberi tanggungjawab melaksanakan pengutakusaan adalah kecil berbanding dengan jumlah manusia dan kawasan yang kena dipantau.

Tujuan dan maltamat penjualan rokok dalam kotak bersaiz kecil dihentikan kerana ia mampu dibeli oleh kanak-kanak, sekali gus menjurus mereka kepada tabiat merokok, tidak akan ke mana selagi tidak ada kesedaran dan rasa tanggungjawab di kalangan peniaga dan anggota masyarakat.

Penjual akan menjulanya sebatangbatang manakala ada di kalangan ibu bapa yang menyuruh anak-anak tolong belikan rokok, malah jika ada anak kecil yang tidaktahu apa-apa patahkan rokok, bapa atau datuk si anak kecil nanti boleh mengamuk walaupun sepatutnya diucapkan terima kasih kerana memusnahkan punca penyakit.

Penjualan dan pembelian rokok dan bentuk batang demibatang dan melibat budak-budak kecil tidak mudah untuk dicegah kerana pegawai penguatkuasa tidak akan boleh berada pada setiap kedai kerana rokok dijual di mana-mana sahaja. Sepatutnya penjualan rokok patut dibuat secara tekawal sebagaimana kawalan terhadap penjuaan arak misalnya.

Adalah menggerunkan kerana ketika ini dikatakan terdapat 1.3 bilion (1,300 juta) perokok di seluruh dunia dengan 84 peratus atau hampir 900 juta orang adalah penduduk negara-negara membangun, termasuk di Malaysia yang bukan sahaja mempunyai kilang pengeluaran rokok tetapi memiliki industri penanaman dan pemerosesan tembakau yang diurus khas oleh sebuah badan. Di Malaysia badan itu dinamakan Lembaga Tembakau Negara (LTN).

Kerana itu pada saya apa jua usaha dan langkah dalam memerangi tabiat merokok dan membebaskan udara dunia, termasuk udara malaysia dai pencemaran asap rokok yang terbukti mengandungi lebih dari 400 jenis bahan kimia yang merosakkan kesihatan serta boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit kanser bukan kerja yang mudah tanpa kesepakatan anggota masyarakat secara pro-aktif.

1 comment:

john said...

Pasal rokok pulok...

ni saranan ambo.. buat le 40 batang sekotak pun kalu kat kedai runcit dok jual 'rokok timbang' (jual sebatang2) sampai sudah masalah ni tak selesai campur lagi dengan rokok seludup..hok untungnya kerajaanjugak buleh kutip cukai lebih sikit atas setiap batang yang di pek dalam kotak.....