Sunday, January 31, 2010

MUNCUL KEMBALI (660)

Isu royalti minyak: biarkan Ku Li terjun dengan labu-labunya

PUNAH Umno dan Kerajaan Barisan Nasional (BN) gara-gara Ku Li naik pentas Pas dan sanggup mengetuai gerakan menuntut royalti minyak untuk Kelantan dan menolak wang ehsan. Itu yang menjadi inti pati percakap umum, terutama di kalangan yang pro pembangkang.

Bagi saya, bukan Umno dan Keajaaan BN yang akan punah, sebaliknya yang paling punah adalah Ku Li dan kerajaan serta Pas Kelantan pun akan ikut sama punah ekoran tindakan Ku Li umpama musang yang masuk ke dalam reban ayam.

Sang Musang terdedah kepada 'dikatak mampus' atau dibedil oleh tuan punya reban atau kalau tuan reban lebih sayangkan musang dari ayam miliknya, maka segala ayam dalam rebannya akan habis dimakan musang. Maknanya tindakan Ku Li itu bukan membawa kepada penyelesaian masalah tetapi akan membawa masalah.

Ini bukan pertama kali Ku Li tumpang dan memanipulasi Pas untuk memaklumkan kepada rakyat negara ini bahawa Ku Li masih wujud lagi dan masih berada di persada politik tanahair. Tahun 1990 Ku Li melakukan pekara yang sama tetapi mufarakah dari bersollu apabila apa yang diharapkannya tidak menjadi kenyataan.

Setelah harapannya untuk masuk ke kabinet dan menerajui kepimpinan selepas dan Datuk Seri Anwar Ibrahim ditendang keluar tidak menjadi kenyataan, seterusnya selepas Tun Abdullah Ahmad Badawi berundur juga mimpinya tidak menjadi realiti, malah kewujudannya umpama melukut tepi gantang atau debu atas tunggul di persada politik negara, beliau kembali mahu mengecek dan memanipulasi Pas semula.

Sama ada Ku Li yang akan memanipulas Pas atau Pas yang sudah berpengalaman bekerjasama dengan Ku Li, itu adalah urusan Ku Li dan Pas. Tetapi jika melihat kepada hasrat Pas mahu memanipulasi Dato' Ibrahim Ali, kesudahannya Pas yang termanipulasi manakala Ibarhim semakin melangkah gagah di persada politik negara dan di gelanggang NGO.

Sehubungan dengan itu Umno dan Kerajaan BN tidak perlu mempedulikan sangat kesan sampingan kepada Umno dan Kerajaan BN ekoran tindakan Ku Li bersyaah atas pentas Pas yang menghentam Kerajaan usat. Malah, kalau Ku Li dinyahkan dari Umno pun, jangankan Malaysia, kediamannya di Bukit Cekati di Gua Musang atau di Kota Bharu dengan akan digenangi oleh air mata penyokong.

Bagi saya apa yang Ku Li lakukan terlalu streotype dan klise dalam usahanya untuk menguji pada tahap mana beliau pada mata rakyat, terutama di kalangan penyokong pembangkang setelah di kalangan orang Umno kehadirannya umpama melukut tepi gantang dan juga sudah pada tahp ayam tak patut itik tak sudu, maah anjing pun tak pelahap lagi nak salak.

Ertinya kalau Pas atau PKR berhajat mahukan Ku Li, Umno tidak payah fikir panjang, malah patut mengadakan kenduri kesyukuran besar-besaran dengan penghijrahan. Demikian juga kalau mahu dipecat keahliannya atas keperluan tuntutan pertauran parti, maka perbincangan untuk maksud itu tidak patut mengambil masa perbincangan lebih dari lima minit.

Percayalah Umno dan Kerajaan BN tidak akan rugi kehilangan Ku Li dan Pas atau PKR juga tidak akan laba apa-apa kerana dapat Ku Li, Bila wang ehsan disalurkan ke Kelantan melalui JPP pada bulan Mac nanti, kuasa aladin apa yang Ku Li ada untuk menyekatnya.

Kalau penyokong pembangkang atau penyokong Ku Li kata wang ehsan tidak halal, jangan agihkan wang berkenaan ke kawasan yang diwakili pembangkang dan Ku Li supaya mereka bersih dari dosa kerana guna wang yang tidak halal, sebaliknya tumpukan kepada kawasan yang diwakili Umno.

12 comments:

Anonymous said...

Tahun 1999, dio kato pas kelate belawok (siap ssupoh lagi). Kali ni dio keno kkecing ko pas kelate pulok..

hahahah...

Kambing Neruk said...

Nak jadi orang politik kena 'perut tawar', kena sanggup temberang, sanggup belawok, sanggup haramkan yang halal dan halal yang haram, kena sanggup kilas kopis, sanggup guna serban buat kesat lendir, jubah kena buat sembunyi amalan kenonisme dan nepotisme.

Kalu tak sanggup belako tu, jangankan tak boleh masuk politik, dekati politik pun tak tak boleh.

Pakngah Aji Kopiah Birat Tepi said...

Orang Pas belawok takpo mugo dia orang ada senarai namo dalam syurgo belako, orang Umno jange weh, senarai namo demo seremo dalam nerako belako, tak ccayo, semok dengan orang Pas, dengan Nik Ajit.

Rais Kedai Kopi Depan Sapura said...

Kalu payah sangat aku cadang lagu nih. Kita puwok anak kelate yg duduk KL pakat gi berlarak putrajaya, pakai semutar merah serupa uniform red worrior baru nih. Amba lantik Man Botok sebagai Presiden HAPRAK (Himpunan Rakyat Kelate Tuntut Royalti Minyak) Yuran RM10 utk seumor hidup. Tel : 019-9365487

Anonymous said...

Ikut lah... wang royalti ko..., wng ehsan ko... ambo takpo belako..., asal duit serta paedah buleh kepada rakyat.

Kuli tu ..., sapa bilo2 pun tokleh jadi tokey... kuli pah ko tuo...

Anonymous said...

semua orang dah percaya apa yang dikatakan di stadium....

Ahli Pas Duli, Kini Dan Belum Tentu Selamonyo said...

Ccayolah bagi hok bengo. Begapo jaso Ku Li ke Kelante, acu royat mari buwi. Jasa pereboh Pas ada la.

Ku Li pun berok taik rumput mampus jugok. Tak laku dalam Umno ungga maghi ko Pas, beraso Pas tokleh memperjokan dia, keli ko Umno semula. Jenis tok lekat unjat.

Orang Kot Ceruk Lati said...

Baso anak rajo keno tuloh, bokali kes keno sumpao ko Tol Woli Hasan.

Pengudi Atas Pagar Pulai Chondong said...

Kalau penyokong pembangkang atau penyokong Ku Li kata wang ehsan tidak halal, jangan agihkan wang berkenaan ke kawasan yang diwakili pembangkang dan Ku Li supaya mereka bersih dari dosa kerana guna wang yang tidak halal, sebaliknya tumpukan kepada kawasan yang diwakili Umno......

NYAYO KO AMBO, DUDUK DALAM KAWASAN YANG TOK WAKILNYO DARI PAS. PILIHANRAYO LEPAS AMBO NYO SALLOH GI UNDI PAS, BOKTAN KATA KERAJAAN BN AKAN TUMBE. AMBO BUKAN AHLI PARTI. DALAM KAWASAN ORANG LAIN BOLEH LEMBU FREE 'LAH, BOLEH BANTUAN ARMALAH, BANTUAN MODAL NIAGA, DIVIDEN LADANG RAKYAT DAN MACAM-MACAM, AMBO TOKLEH BEGAPO SATU MUGO AMBO BUKAN AHLI MANO-MANO PARTI. AMBO NOK TANYO JUGOK, UNDI ORANG BUKAN AHLI PARTI TAKDO REGO KO?

john said...

Salam...

Kan ambo kato doh sebelum ni..ku li ko hok bbabat..ko ore lain hok bbabat?..pengomen semo, demo kaba ko dok selepas ku li bui ceramoh distadium baru ni?..tengok esok kae dalae suratkoba terutamo utusae,rujukae utamo abe li hok tok pernoh betul bilae jumloh ore g ikuti program PR..demo perasae dok..rama pok2 menteri termasuk pm,tpm, rais yatim, fatmi k.bahru, stopa mamat...habis ppakat keluar kenyataae blako..bukae BBABAT ore panggil gituh?....huah..huah..huah...pah ko ambo raso nok bbabat getek...

mat Hadhari said...

BEER END kena tubuh GERAKAN WANG EHSAN RAKYAT KELANTA(GIBUWIBN)..WAT DI STADIUM...MESTI RAMAI GI

Abuzar said...

Betulkah UBN tak rugi apa2 jika Ku Li tidak bersama mereka?

Satu ketika, Ku Li adalah salah saeorang "de facto leader" di Malaysia.

Andai kata Ku Li sambut cabaran UMNO/BN ini, saya fikir suhu politik PRU13 akan menjadi lebih hangat....

UBN mungkin boleh bersihkan mereka yang dianggap "penghalang urusan ketua2 mereka" ... seperti pernah dilakukan kepada Musa Hitam, Dato' Harun Idris, Anwar Ibrahim, Shahrir Samad, dll .... tapi natijahnya UMNO sedang reput dari dalam,.. ketandusan pemimpin krismatik, berkualiti & berwibawa.....

Sedarlah, pemimpin2 Melayu di luar UMNO lebih hebat & berwibawa ... yang menjadi harapan rakyat kini.... cuma media & pembodek2 saja menggambarkan sebaliknya!?