Saturday, January 30, 2010

MUNCUL KEMBALI (655)

Kebangkitan Si Jebat dalam Pas?

SYED Azidi Syed Abdul Aziz Al-Bukhari atau Kickdefella, bekas seorang pensyarah, pengarah filem dan bekas PRO Perbadanan Menteri Besar (PMBK) dan antara bloggers terhangat barangkali akan mengurangkan teguran terhadap kerajaan dan Pas Kelantan ekoran bekas CEO PMKB, Ir Abdul Ariffahami Abdul Rahman yang juga menantu Menteri Besar Kelantan membatalkan kedegilan untuk letak jawatan pada bulan Mac nanti dengan meletak jawatan pada hujung Januari, nampaknya Pas, terutama Pas Selangor pula yang akan terdedah kepada kebangkitan 'Si Jebat' bersenjatakan lidah dan blog.

Kepada setengah orang, malah disejarahkan bahawa Si Jebat adalah penderhaka tetapi kepada mereka yang menjunjung keadilan, terutama pada era semua orang celik huruf dan hidup bermaklumat ini, Si Jebat dilihat sebagai pembela dan pejuang kesaksamaan yang sanggup mempertaruhkan darah dan nyawa apabila Si Tuah yang banyak berjasa diberi hukuman secara tidak saksama dan Si Tuah yang 'over taat setia' telah menjadi mangsa fitnah dan konspirasi orang bawah dagu raja.

Pada saya Kickdefella (Si Jebat bagi kerajaan dan Pas Kelantan) telah mencatat kemenangan moral yang tinggi, sekali gus membuktikan bahawa mata pena lebih tajam dari mata pedang (kini barangkali lebih sesuai kalau dikatakan kekunci komputer sama bahayanya dengan peluru berpandu) ada benarnya.

Saya teringat kata-kata watak inspektor sahab, mangsa konspirasi dalam sebuah filem Hindi yang ditayangkan di kaca tv apabila seorang wartawan mati dibunuh, inspektor itu kata 'saudaraku berperang guna mata pena dan saudaraku telah syahid kerananya'.

Manakala kepala penjahat yang menyedari tentang peranan wartawan berkenaan pula bila seorang koncunya kata wartawan tidak ada senjata untuk mempertahankan diri, apatah lagi untuk membunuh, lantas kepala penjahat itu berkata, dengan mata pena wartawan itu bukan sahaja boleh menyebabkan ribuan muncung senapang dihalah ke arah kumpulan penjahat tetapi uga boleh hancurkan sebuah negara.

Ertinya dengan pejuang menggunakan mata pena atau kekunci komputer jangan pandang mudah, apatah lagi untuk menghalang dari pemain mata pena dan dan kekunci komputer daripada membuat teguran, pandangan dan kritikkan membina. Bagaimanapun kalau pemain mata pena dan kekunci komputer itu ada sekelumit niat tidak jujur dalam perjuangannya, ia akan terluka, tercedera dan musnah sendiri.

Apabila Ahli Parlimen (Pas) Shah Alam, Khalid Abdul Samad akur dengan hukuman (gantung selama enam) yang diterimanya itu tetapi pada masa sama terus mengkritik pimpinan Pas yang didakwanya enggan menerima teguran rasmi secara 'dalaman' daripada ahli bawahan, secara tidak langsung bermakna Pas kini berdepan dengan kebangkitan Si Jebat baru.

Memandangkan adik kepada Abdul Shahril Samad, Ahli Parlimen (BN) Johor Bharu itu adalah antara pemimpin peringkat tertinggi serta antara orang profesional yang agak lama berdepan dengan jatuh bangun dalam Pas, beliau lebih banyak maklumat tentang lahiriah dan batiniah Pas berbanding dengan Kickkdefella, apah lagi saya.

Kalau Ir Khalid mengSi-Jebatkan dirinya, banyak pihak dalam Pas akan mengalami tekanan darah kronik, sakit kepala kronik serta bereba dalam dada, dalam perut dan berbulu dalam kain kronik.

Kalau dirasakan hukuman yang diterimanya adalah adil dan melalui penghakiman yang saksama barangkali tidak ada apa bahayanya. Tetapi jika sebaliknya, mahu tidak mahu Pas akan menghadapi bahaya yang sangat merbahaya.


Sama-samalah kita selami laporan yang saya yakin ditulis dengan mematuhi etika kewartawanan oleh pelapornya supaya nantinya tidak akan dilontarkan tuduhan lazim, streotype dan klise oleh para penykong Pas kononnya laporan berniat jahat dan dogengan kerana yang melaporkannya adalah Utusan Malaysia sebagaimana berikut;

Khalid akur tetapi terus kritik

KUALA LUMPUR 30 Jan. - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad akur dengan hukuman yang diterimanya semalam tetapi pada masa sama terus mengkritik pimpinan Pas yang didakwanya enggan menerima teguran rasmi secara 'dalaman' daripada ahli bawahan.

Malah adik kepada Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Shahrir Samad itu terus menggunakan medium blog beliau untuk terus 'mengusik' Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali.

Dalam entri terbarunya di www.khalidsamad.com, beliau menyatakan masih belum memutuskan sama ada akan membuat rayuan terhadap hukuman itu tetapi cenderung untuk tidak melakukannya kerana tidak mementingkan jawatan dalam perjuangan politiknya.

Semalam, Jawatankuasa Disiplin Pas memutuskan Khalid digantung jawatan sebagai Yang Dipertua Pas kawasan Shah Alam dan Ahli Jawatankuasa Lujnah Politik Pas selama enam bulan berkuat kuasa semalam.

Beliau didapati bersalah mengeluarkan kenyataan yang menjejaskan imej parti serta mendedahkan kerahsiaan parti di dalam blognya itu.

Jawatankuasa Disiplin yang dipengerusikan oleh Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man turut memutuskan Hasan sebagai bersalah tetapi hanya diberikan amaran bertulis atas tuduhan mengkritik secara terbuka pentadbiran kerajaan Selangor.

Kedua-dua pemimpin itu juga dilarang mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menjejaskan imej parti dan sekiranya ia berlaku, jawatankuasa akan bertindak mengikut peruntukan sedia ada.

Khalid di dalam blognya, berkata:

"Harap semua faham, saya dikenakan tindakan kerana cara saya menegur Datuk PJ (Hasan) dianggap memudaratkan Pas. Mungkin betul, mungkin tidak. Namun saya telah lama berusaha sebelum itu, secara dalaman, secara surat kepada pihak atasan tetapi semuanya tidak berhasil.

"Budaya wala' (setia kepada pemimpin) terlalu menebal. Menghampiri ketaatan membuta tuli. Akhirnya saya tiada pilihan kecuali berhadapan perbalahan secara terbuka. Memang mengikut budaya Malaysia, apabila melawan 'tauke' kuli yang akan kena.

"Ikut macam mana pun pasti akan kena. Tetapi kali ini 'tauke' pun kena juga. Walaupun hanya sedikit tetapi pada saya sudah mencukupi. Kalau terus dengan cara lamanya, saya tidak akan menyanggahnya lagi. Saya sendiri yang akan buat laporan kepada JK Disiplin. Seperti yang dibuatnya terhadap saya dalam kes ini. Itu caranya dan kita lihat pula sejauhmana kesungguhan amaran yang diberi," katanya.

Menyentuh lebih lanjut mengenai Hasan, Khalid menambah:

"Ramai yang tidak sedar, tetapi pada hakikatnya matlamat minimum saya telah pun tercapai. Tindakan Datuk PJ selama ini yang saya tentang secara terbuka telah diisytihar 'salah' dan beliau telah diberi amaran keras serta seterusnya dilarang mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dan menjejas pakatan pembangkang Selangor. Beliau tidak boleh lagi memberikan gambaran bahawa tindakan beliau direstui oleh pemimpin tertinggi.

Sementara itu, Khalid juga secara terbuka mengkritik pimpinan Pas dengan menyatakan:

"Pas sememangnya mementingkan disiplin ahli, ketaatan kepada pemimpin, thiqah dan wala'. Saya tahu semua itu, tetapi semua telah saya usahakan. Bukan semakin baik, semakin parah.

"Akhirnya saya tiada pilihan kecuali melakukan apa yang pasti sukar diterima parti. Walaupun berasas tetapi akan dilihat melanggar disiplin," katanya.

Mengikut pendakwaan, Khalid dituduh mengkritik Hasan secara terbuka berhubung isu Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) serta menyiarkan minit mesyuarat Pas Selangor di dalam blognya pada 27 September 2009.

Hasan pula dituduh mengkritik prosedur pendengaran Selcat selain membuat kritikan terbuka terhadap pelantikan Pemangku Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Low Siew Moi.

6 comments:

Mat Jin Keli Sekerat Ruang Sekerat said...

Hasil doa kemusnahan tok huru yang kononnya keramat dan seliparnya orang berebut nak ambik kerana nak berkat?

Pok Jak Sambal Belacan said...

Barang mumut doh, macam Meli katalah, kena kentut gu dia pun kalau ibarat dahan pokok gat oleh jatuh celabok doh.

Tunguuuuuuuuu dan lihatttttttttttlah dunia

Sambal Ppoyok said...

Parokkkkk. Oleh jauh ko boleh jatuh?

Pok Jak Sambal Belacan said...

Boleh jatuh...ulang...BOLEH JATUH, bukan OLEH JATUH.

Thanks for correction!

Prikkkkkkkkkkkk Pikpik said...

Meli! Kawe raso bukan si Jebat tetapi Pas sekarang sudah bau jebat, lebih kurang dengan bau ketiak angit, tapi jebat baunya lebih makah.

Pejual/Pembeli Taik Kambing said...

Orang Pas akhirnya akan embikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk macam dalam cerpen Meli belako.

Embikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk
kkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk