Saturday, January 16, 2010

MUNCUL KEMBALI (628)

Walaupun berada pada tempat kedua selepas sakit jantung, sakit mental lebih merbahaya

LANGKAH Mingguan Malaysia (MM) memberi fokus kepada 'gangguan mental dan penyelesaiannya' melalui ruangan kesihatan dalam pancaraindera (akhbar siapan MM 17 Januari) adalah satu perancangan hidangan maklumat yang cukup bijaksana dan berkepentingan nasional.

Walaupun pada tahun 2020 penyakit berkaitan gangguan mental akan menduduki tangga kedua selepas penyakit jantung, namun penyakit gangguan mental lebih merbahaya dan memerlukan langkah-langkah pencegahan dan pembasmian proaktif serta tanpa tangguh.

Ini adalah kerana pengidap penyakit ganguan mental boleh bertindak mencedera dan membunuh orang lain sedangkan penyakit jantung hanya boleh membawa kematian pada diri sendiri sahaja.

Bayangkan apabia ada pengidap yang dikatakan sangup memotong kemaluan sendiri dan mengelar leher anak sendiri. Bunuh dan rogol kanak-kanak bawah umur, termasuk anak, cucu dan adik beradik sendiri pastinya kerana berpunca dari masalah gangguan mental.

Ertinya pengidap bukan sahaja mendatangkan bahaya kepada diri sendiri tetapi juga berkemungkian akan bahaya kepada keluarga terdekat dan masyarakat sekeliling. Justeru itu langkah-langkah pencegahan dan pembasmian perlu dilakukan secara serius dan berkesinambungan.

Memasyarakatkan maklumat tentang apa itu 'halusinasi', 'delusi', 'skizofrenia', 'kecelaruan dwikutub atau hipolar disorder' dan 'kemurungan atau distress' yang merupakan antara penyakit gangguan mental perlu diprogramkan secara bersinambungan, termasuk melalui media cetak dan elektronik serta pemasangan poster.

Ianya amat penting bagi membolehkan bakal pesakit dan keluarga terdekat dapat mengesan pada peringkat awal lagi apabila diri atau saudara mara ada ciri-ciri mengidap penyakit berkenaan.

Kepada saya, dengan jumlah tujuh hingga lapan pesakit mendapatkan bantuan psikiatri di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kebelakangan ini setiap hari adalah satu jumlah yang bukan kecil.

Jumlah 2.6 juta rakyat negara ini mengalami gangguan mental pada tahun 2006, seramai 400,277 pesakit mendapat bantuan psikiatri di hospital kerajaan pada tahun 2008 dan angka keseimbangan WHO bahawa lima daripada 100,000 penduduk dunia mengalami gangguan mental sepatut dilabelkan sebagai masalah kecemasan.

Kerana itu lanngkah pencegahan dan pembasmian perlu dimasukkan sebagai usaha yang menduduki senarai paling utama oleh pihak kerajaan, badan-badan bukan kerajaan (NGO), pihak swasta dan orang awam kerana setiap usaha akan lebih mudah berjaya kalau dilakukan secara sepakat.

7 comments:

Tok ayah Su said...

sememangnya adat dunia akan memandang nagative terhadap orang kelainan upaya (oku) termasuklah tak kira cacat anggota atau catat pemikiran atau diistilah gila, namun sedarkah kita segala daripada semua jenis penyakit itu tidak ada sesiapa yang mahu dan tidak pula ada sesiapa ingin mencari kenapa dan sebab musabab bolih terjadi sedemikian.

Jika diikuti sejarah nabi nabi pun ada yang tersalah persepsi dan menganggap nabi itu dan ini juga pernah berkelakuan aneh atau gila, wanauzubillah.

hakikatnya sipesakit ini teramat mulia disisi allah kerana diberi keistimewaan dan pengecualian dari mengerjakan amal ibadat malah tidak akan dihitung akan dosa dan pahalanya.

kesimpulannya yang bahaya itu adalah disebabkan olih pengabaian dan kecaknaan mereka yang sempurna akal sebabnya asik dok memikirkan bagaimana hendak mendapat habuan dunia sehingga yang teramat sihat sanggup jadi penipu, membunuh mengunakan bom c4 hancur berkecai jasad dan ada yang jadi perasuah terhormat...jadi fikir fikirkan siapa sihat dan siapa lebih yang lebih merbahaya?

Anonymous said...

mu lah meli ore sakit mental

MIDAH, ORANG MELUR said...

Aku baru call MKJ lepas baca komen mu. Antara lain perbulanan kami'

MKJ: Assamualiakum. Sapo ni?
AKU: Pengunjung setia blog Pakcik
MKJ: Ada apa hal call saya?
AKU: Pakcik tengah buat apa?
MKJ: Baru balik masjid, tengah main dengan cucu.
AKU: Dah ada cucu?
MKJ: Dah ada empat cucu, bakal terima cucu kelima dalam sehari dua ni
AKU: Maaf ganggu Pakcik
MKJ: Tak adalah. Apa pula ganggu. Terima kasih kerana sudi call
AKU: Saya sedih
MKJ: Apa yang disedihkan. Biasalah orang peremmpuan, mudah sedih. Dah ada suami?
AKU: Belum, baru tamat belajar dan sekarang ni bekerja sementara
MKJ: Sedih pasal gewan buat hal ke?
AKU: Bukan. Saya tak ada gewan lagi
MKJ: Pah sedih bakpo<
AKU: Ada pengomen yang kata Pakcik orang sakit jiwa. Pakcik dah baca ke belum?
MKJ: KETAWA
AKU: Pakcik boleh ketawa?
MKJ: Caci maki dah biasa bagi saya. Ada wakil rakyat yang kata saya saiko, anggap saya sakit otak
AKU: Pakcik tak marah?
MKJ: Apa nak dimarahkan? Saya tak ada baka gila dan tak pernah dirawat di mana-mana hospital sakit mental.Bila dikatakan saya sakit mental itu hanya andaian dan gurauan. You kena percaya, kita tidak akan gila kerana orang kata kita gila. Nak jadi orang media kena ada ketahanan fizikal mental. Masa saya kritik S46 dulu, saya pernah diajak bertetak dekat pejabat S46 di Wakaf Siku. Sebagaimana yang diminta, saya pergi ke sana seorang diri tanpa bawa sebarang senjata, saya tunggu sampai pukul 3.00 pagi, tapi tak ada siapa pun yang muncul. Masa saya buat aporan tentang kegiatan penyeludupan bersama Nasir Yusoff, lloni wakil BERNAMA di Jakarta, ada orang hantar kapak kecil dan kelonsong peluru pistol ke office
AKU: Sampai begitu sekali?
MKJ: Menulis adalah satu perjuangan. Mahu tidak mahu kita akan ada kawan dan musuh, ada orang sukakan kita dan ada yang benci
AKU: Kalau saya tak boleh tahan
MKJ: Kerana itu bukan semua ditakdirkan jadi penulis. Penulis ada tanggugjawab sosial, penulis perlu jujur dan berkecuali.......

BELUM SEMPAT AKU BERBORAK PANJANG, PANGGILAN TERPUTUS, RUPANYA KREDIT HP AKU HABIS.

PAKCIK MKJ WALAUPUN TULISANNYA AGAK BENGKENG NADANYA TETAPI CAKAPNYA LEMBUT, MALAH SUARANYA MACAM REMAJA BELIA. CAKAPNYA TERATUR DAN PENUH HATI-HATI, BUKAN MACAM ORANG SAKIT MENTAL YANG LAZIMNYA BILA BERCAKAP BANYAK MERABAN.

TERIMA KASIH MKJ KERANA SANGGUP TERIMA PANGGILAN TELEFON SAYA.

Anonymous said...

penulis perlu jujur dan berkecuali.......

KOROK KERING MU MELI...
EH...JUJUR DAN BERKECUALI

tok soh dok ngupa jadi orang melur lah...

MEMANG SAH MU SAKIT ..........

MIDAH, ORANG MELUR said...

Apahalnya pengomen ni dengan Pakcik MKJ. Ada apa tak kenanya? Macam ada rasa tak puas hati saja lagaknya?

Kapak7paun said...

Bokali dia ada baka dan ada sintom-sintom sewel. Bila Meli tulis pasal penyakit mental, dia terasa. Bokali dia dok ingat Meli tuju ko dia, biasalah bila makan lada akan ada rasa pedasnya.

Kalau tak, bakpo dia nak melenting dan nak marah ko Meli, kalau difikir secara lojik, dok keneh.

Patutnya kalau rasa tulisan Meli buat dia tidak selesa, jangan buka blog ni, blog lain berpuluh ribu lagi. Yang dok kacan baco jugok tu bakpo kalau jenih tok sewel gat.

JOHAN said...

Kata orang,
tanda-tanda awal orang sakit mental adalah cakap merapu-rapu, suka marah-marah, berperasaan tidak menentu, kadang-kadang ketawa dan kadang-kadang menangis.
Kalau baca apa yang dikomen di sini, agak-agaknya ada tak yang macam tu?
Kalau ada,
memang sahlah tu!