Sunday, January 17, 2010

MUNCUL KEMBALI (629)

Gunakan doa sebagai senjata ugutan tidak patut menjadi budaya

BERDOA, yakni meminta apa yang dihajati dari Allah memang dituntut, antaranya sebagai tanda bahawa kita hamba-Nya serba lemah dan tidak berdaya tanpa pertolongan dan ehsan-Nya. Bagaimanapun tidak semestinya setiap doa dimakbulkan.

Justeru itu kita tidak perlu takut pada doa seseorang apabila didoakan kemusnahan kita, doa supaya pecah perut dan segalanya kerana Allah bukan jenis 'makan bodek' atau 'makan pong' seperti kita manusia yang mudah 'perasan' bila dipuji dan diadu-domba.

Allah Maha Tahu antara doa sebagai suatu keperluan terdesak atau 'doa ugutan', doa yang boleh mendatangkan ramhmata--lil-aalamin atau doa berniat tidak bersih terhadap orang lain, doa kepentingan politik dan doa berkepentingan diri serta puak sendiri kerana Allah Maha Melihat apa yang terang dan yang tersembunyi, termasuk apa yang terselit di hati kita.

Juga harus diingat bahawa doa sahaja tanpa usaha tidak mungkin akan dimakbulkan. Yang dituntut adalah berusaha dan berdoa kena seiiring manakala doa pula mestilah bukan sahaja dalam keadaan suci dan bersih tempatnya tetapi juga kena bersih fikiran, perut pedal dan tujuannya.

Doa yang dituntut adalah supaya kita dijauhkan dari bala, ditingkatkan tahap keimanan dan ketakwaan, diampun dosa kedua ibubapa, doa kita, doa guru-guru kita dan dosa muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup, yang sudah mati dan yang bakal lahir.

Juga kita dituntut berdoa supaya kita diberikan rezeki yang halal, didamaikan hati dan perasaan, ditenteramkan fikiran, diberikan kesihatan, dipanjangkan umur, dihalakan dunia ini untuk kita, dihalalkan alam kubur untuk kita dan dihalalkan alam akhirat untuk kita.

Kita tidak dituntut bukan sahaja untuk mendoakan kemusnahan orang lain tetapi mendoakan kemusnahan ke atas diri sendiri, termasuk doa supaya dipendekkan umur, dipapa-kedanakan, adalah dilarang dan berdosa.

Secara peribadi saya amat sedih bila ketika minum di kedai kopi, ada orang yang nampaknya begitu yakin dengan kepercayaannya bahawa bala akan menimpa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, malah perut beliau akan pecah gara-gara doa Mursyidul Am Pas, Dato' Haji NIk Abdul Aziz Nik Mat.

Kalau diperhatikan, sepanjang isu doa supaya ditimpa bala dan pecah perut timbul, berapa bala yang sudah menimpa perdana menteri dan kerajaan terajuannya? Yang nampak jelas, pihak yang berdoalah terpaksa berdepan dengan bala demi bala, apa yang menjadi rahsia satu persatu telah terdedah.

Kenapa kalau berkat dan mustajab sangat doa kita, maka kita tidak didoakan agar bala menimpa tentera Israel yang mengkejami rakyat Paestin, kenapa tidak didoakan penceroboh Iraq, Afghaistan dan sebagainya pecah perut belaka?

Demi untuk keselamatan akidah dan agar tidak berlaku pemBERHALAan sesama manusia yang kononnya ada tokoh tertentu kena ditakuti kerana mulut masinnya, maka amalan menggunakan 'doa' sebagai senjata ugutan tidak patut menjadi suatu budaya hidup.

Janganlah kerana kepentingan politik, maka sanggup melakukan perbuatan, amalan dan mengukirkan kata-kata yang boleh membawa kepada berlakunya kerosakan dan kecederaan akidah orang awam kerana akhirnya kita semua akan mati dan setiap apa yang kita lakukan di dunia ini akan dihisab dengan saksama.

6 comments:

pemudacakna said...

Orang yang betul-betul alim dan warak tidak akan mendoakan supaya orang lain binasa. Yang pastinya semuanya akan binasa setelah tibanya hari Qiamat.

Tok ayah Su said...

Allah bersabda "berdoalah kepadaku nanti pasti akan aku makbulkan". Tetapi siapakah orang yang dimaksudkan itu atau kepada semua orang yang dinamakan spesis manusia? Jika semua orang maka tidak hairanlah Abu jahal pun pernah juga berdoa pada tuhan memohon agar ajaran agama nabi Muhammad S.A.W dimusnahkan kerana mendakwa konunnya membawa satu ajaran sesat yang telah memecah belahkan kaum qorais ketika itu.

Bala yang tidak disedari olih ramai orang telah menimpa kaum Zionis Israel laknatullah ialah tidak mempunyai tanah air sendiri, sejarah mengatakan bangsa ini hanya tahu menceroboh tanah hak milik peribumi rakyat palestine, apakah kita mahu warga malaysia juga akan terjadi sedemikian pada 7 generasi akan datang? sewaktu itu sekelian cucu cicit piut piat akan menyumpah seranah pada datuk neneknya yang berada dialam kubur kerana kesilapan yang dibuat pada hari ini,contohnya singapura dan Wilayah iskandar JB dibawah penguasaan siapa sekarang ini?

Ini semua berlaku berpunca kerana ada insan beranggapan tanpa berdoa dia bolih hidup senang lenang dan dilihatnya pula orang suka berdoa pun ada yang hidup melarat,jika ada spesis sebegini sahlah sememangnya dia seorang yang suka melihat filem filem bollywood yang kadangkala memaparkan aksi berdoa dimana mana tokong mahaberantai tatkala waktu ditimpa kesusahan semata....apakah kita mahu disamakan dengan mereka?fikir fikirkan !

SIAK MASJID said...

Tok ayah Su said...

Allah bersabda "berdoalah kepadaku nanti pasti akan aku makbulkan".

TOK AYAH SU! BILA BERMAIN DENGAN AYAT AL-QURAN DAN HADIS KENA CERMAT. MANA ADA ALLAH BERSABDA...YANG BERSABDA RASULULAH S.A.W., ALLAH BERFIRMAN, BUKAN BERSABDA.

NABI BERPULANG KERAHMATULLAH DISEBUT 'WAFAT', RAJA MATI DISEBUT 'MANGKAT', ORANG BIASA HABIS NYAWA DISEBUT 'MATI' MANAKALA ORANG KAFIR MATI DISEBUT 'MAMPUS', MALAH ADA DISEBUT 'JILAT COK BAHAM TANAH'

Anonymous said...

ohhhh
meli jadi ustaz dah...
ari tu gila sebetar

Anonymous said...

Ayah Su weh...
Tulis molek gak..
jange napok tak reti sangat..

Orang Kkijo Spital KB said...

Anonymous said...

ohhhh
meli jadi ustaz dah...
ari tu gila sebetar

DEMO TTUKAR ORANG. BOKALI MASUK DEMO MASUK WAD TERIMA RAWATAN MENTAL DEMO TENGOK ADA ORANG SERUPA MELI ATAU PUN BOKTAN DEMO SAKIT HATI SANGAT KO MELI, DEMO TENGOK KATIL SEPITAL PUN DEMO INGAT KO MELI DOH.

KAWE KKIJO SPITAL, KAWE TAK TTEMU REKOD YANG MELI TERIMA RAWATAN MENTAL. KALU DEMO GILA BIAR SAKAT DEMO JAH LAAA, TOK SOH DOK NOK SELET KO ORANG. TAK AKAN ADA ORANG PAKAI BUAH ORANG GILO.

DEMO TELAN UBAT DOJ KOH? JANGAN LAMBAT TELAN UBAT, LAMA 'KAN BBABAT KOHOR BERAT, JANGAN SAMPAI KENA TAMBAT.