Sunday, January 17, 2010

MUNCUL KEMBALI (630)

Atasi kegagalan kempen berhenti merokok, orang dewasa kena tunjuk teladan kepada remaja

WALAUPUN sebanyak 270 Kilinik Berhenti Merokok seluruh negara sejak tahun 2001 bukan sahaja gagal memberhentikan perokok dari tabiat buruk itu tetapi jumlah perokok di negara ini meningkat sebanyak 30,000 setiap tahun. Itu fakta laporan khas Utusan Malaysia berhubung isu kegagalan Kempen Berhenti Merokok.

Berdasarkan kajian Kementerian Kesihatan, mendapati 45 hingga 50 remaja di bawah usia 18 tahun menjadi perokok setiap hari. Maknanya antara 135,000 hingga 165,000 perokok baru setiap tahun atau antara 1,496,000 hingga 1,660,000 daripada 3,120,000 juta perokok di negara ini pada waktu ini adalah terdiri daripada remaja berumur 18 tahun ke bawah.

Fakta Unit Kawalan Tembakau, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan medapati tiga daripada 10 orang atau 30 peratus perokok adalah remaja berusia 12 hingga 18 tahun. Jumlah remaja yang mula merokok pada usia 13 dikatakan berada pada tahap membimbangkan.

Sesuatu yang amat meranjatkan apabila dikatakan ada pelajar berusia 10 dan lapan tahun merokok. Kajiselidik Unit Kawalan Tembakau, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan ke atas remaja yang merokok mendapati rata-rata menyifatkan merokok adalah gaya hidup yang menyeronokkan.

Merokok juga dianggap lambang kematangan dan kedewasaan untuk dihormati di kalangan rakan sebaya, daya tarik bersosial dan tanda keberanian. Juga tentunya kerana ikut tabiat dan gaya hidup ibu bapa dan saudara mara yang merokok. Tabiat merokok bukan sahaja di kalangan remaja lelaki tetapi juga membabitkan remaja perempuan.

Maknanya punca dan faktor itulah yang kena ditangani dalam usaha untuk mencegah dan membasmi tabiat merokok. Ianya pasti tidak boleh dilakukan atau dipertanggngjawabkan kepada Kilinik Berhenti Merokok. Yang boleh dikendalikan oleh klinik berkenaan adalah bagi mereka yang ingin berhenti, bukannya mahu memberhentikan mereka yang tidak ada hasrat berhenti merokok.

Antara usaha yang patut dilakukan bagi mengubab persepsi, tanggapan dan kepercayaan bahawa merokok adalah gaya hidup yang menyeronokkan, lambang kematangan dan kedewasaan untuk dihormati di kalangan rakan sebaya, daya tarik bersosial dan tanda keberanian.

Sebaliknya para remaja kena disedarkan dan diyakinkan bahawa tabiat merokok banyak mendatangkan bahaya serta kena rasa gerun dan takut kepada serangan pelbagai penyakit kronik. Kesedaran itu patut dipupuk oleh ibu bapa dan saudara mara yang merokok denganbertindak berhenti merokok, bukannya anak-anak dilarang dan dibebel kerana merokok sedangkan ibu bapa dan saudara mara sering menyuruh anak-anak tolong belikan rokok dan merokok pula di depan mereka.

Selagi orang dewasa tidak mengubah sikap dan memberi teladan yang baik kepada para remaja dalam usaha untuk membersihkan negara dari asap rokok, bukan setakat 270 Kilinik Berhenti Merokok diwujudkan, kalau pun negara ini mempunyai 270 juta klinik seumpamanya sekali pun, masalah pertambahan jumlah perokok akan terus menjadi masalah sukar dicegah dan dibasmi.

Bayangkanlah betapa sia-sianya wang sebanyak RM6,912 juta dibelanjakan oleh perokok di negara ini kerana membeli setiap tahun yang mana wang sebanyak itu kononnya mampu menanggung kos pembinaan 69 buah hospital yang bernilai RM100 juta setiap satu.

Juga betapa sia-sianya apabila RM20 juta peruntukkan bagi memberhentikan tabiat merokok di kalangan rakyat hanya memberi menfaat kepada 1,250 perokok sahaja apabila daripada 5,000 yang dirawat di kilinik-klinik Berhenti Merokok, seramai 3,750 gagal berhenti dari tabiat merokok, cuma 1,250 yang berhenti.

Makannya untuk memberhentikan seseorang perokok dari tabiat buruk itu, kerajaan terpaksa membelanjakan RM16,000. Jumlah sebanyak itu mampu menampung pembelian 1,000 kilogram gula dan boleh menampung perbelanjaan minyak kenderaan pacuan empat roda berkapasiti 2,000 kuasa kuda berulang-alik Kota Bharu-Kuala Lumpur lebih dari 35 hari.

Kalau dijadikan modal niaga harian dengan keuntungan sebanyak 20 peratus, maka untung yang yang diperolehi dari modal RM16,000 itu akan berjumlah RM350 sehari atau RM4,800 sebulan, malah kalau dimodali penjual goreng pisang dengan modal pusingan sebanyak RM500, sebanyak 32,000 penjual goreng pisang dapat dilahirkan bagi menampung hidup 32,000 keluarga.

4 comments:

Tok peraih etok said...

Toksoh dok buat Klinik Berhenti Merokok la wei, buat perabih pitih negara jah. Dah cari penyakit sendiri gat, biar nyo mampuh gi 'lah para perokok kes hisap rokok.

Anonymous said...

oohhh
baiknya meli
tulong kempem bereti rokok
kalu habis modal gak
gi isap rokok
boh tebaka kaya

Anonymous said...

Pado dok hisap rokok, baik hisap pek mok budok tapi jange sampai berebut dengan budak pulak, tengok keadaan la, mok budok pun bokali suko

Tukang Urut Tmbah Kepanjangan said...

Bule dan kelabu punya otak