Monday, January 18, 2010

MUNCUL KEMBALI (632) - DIKEMASKINI DENGAN PEMBETULAN EJAAN

Kalau dah turut berdaki dengan kekotoran, di mana bersihnya lagi Pas?

DALAM Umno ditentang oleh Pas kerana kononnya pelbagai amalan buruk dan tidak Islamik berlaku dalam parti itu, nampaknya Pas juga kini diwabaki dan disindromi masalah yang sama.

Amalan kronisme dan nepotisme yang kononnya mendakikan Umno, nampaknya masalah yang serupa kini berlaku juga kepada Pas, terutama dalam Kerajaan Pas Kelantan.

Bezanya isu kronisme dan nepotisme dalam Umno/BN diuar-uarkan oleh orang Pas tetapi perkara yang sama berlaku dalam Pas didedahkan oleh orang Pas sendiri.

Antara apa yang didedahan oleh orang Pas apa yang berlaku dalam Umno dengan apa yang didedahkan oleh orang Pas sendiri dalam Pas, mana yang lebih tepat dan munasabah?

Saya yakin Pak Had Cetok Tembus pun boleh berikan jawapan yang lojik, munasabah dan boleh menyebabkan Jusoh Rambut Jjiban dan Mek Jah Miniskirt Merah pun akan angkat ibu jari pada Pak Had atau nama penuhnya.........baka raja kalah perang (sila semak cerpen Pak Had Ceton Tembus saya).

Kes-kes Kerajaan Pas Kelantan terpaksa membayar kesilapan dengan nilai-nilai berjuta ringgit setiap satu, juga didedah sendri oleh orang Pas dan diperakukan oleh pemimpin besar Pas.


Antaranya bayaran kepada Kelantan Water Sdn Bhd dan juga bayaran yang kena diberikan kepada syarikat yang diberi konsesi membina Bazar Tok Guru. Cuma bayaran yang kena dibayar RM800 juta sahaja yang bersumberkan keputusan mahkamah.

Dalam Pas dan sekutunya dalam Pakatan Rakyat (PR) meratib dann berharap dapat mentalqimkan kemusnahan Umno kerana pergeseran dalam Umno, orang Pas sendiri mendedahkan tentang berlakunya 'cas keting' dalam parti itu.

Nampaknya apa yang berlaku kepada Umno dan didakwa serta disebarkan oleh Pas dengan ghairah dan kemaruk, turut berlaku dalam Pas dan kebanyakannya telah didedah oleh orang Pas sendiri.

Soalnya kalau dah Pas berdakikan kekotoran sebagaimana yang didakwa mensindromi dan membawaki Umno, maka di mana bersih dan sucinya lagi Pas untuk menjadikan pendukung dan penyokong mendapat pahala kerana mendukung dan menyokongnya?

Berlakunnya kemungkaran dalam Umno (mengikut ukur-sukat Pas) tidak pelik kerana orang Umno semuanya jahil teropong belaka (mengikut ukur-sukat Pas).

Hakikatnya sama ada orang Umno benar-benar jahil atau sebaliknya, hanya Allah Yang Maha Tahu kerana penilaian Allah cukup saksama manakala penilaian sesama manusia penuh prejudis.


Apabaila apa yang kononnya lazim berlaku kepada Umno turut berlaku dalam Pas, ianya tentulah pelik dan luar biasa kerana orang Pas berlagak macam ada Quran dan Hadis dalam dada belaka.

Tambahan pula orang Pas anggap hanya mereka sahaja yang penuhi syarat masuk syurga manakala orang Umno tidak cukup syarat untuk cium bau syurga pun, apatah lagi nak masuk syurga.

Persoalannya, macam mana perbuatan dan cara bercakap kalangan yang layak masuk syurga boleh tiak ada beza dengan kalangan yang tidak layak, malah dalam
banyak hal, cakap dan perbuatan orang yang kononnya layak masuk syurga lebih teruk lagi?

Bukankah orang yang alim yang melakukan sesuatu dosa akan lebih berat dosanya kerana dibuat dalam keadaan tahu berbanding dengan orang jahil yang buat dosa tanpa diketahui apa yang dilakukan adalah satu dosa?

Kalau betullah para pemimpin, pendukung dan penyokongn Pas alim belaka dan orang Umno jahil terpong belaka, kenapa Pas mesti tiru apa yang Umno buat, kenapa Pas tidak tunjuk teladan yang baik.

Apakah tidak menjadi 'fardu kifayah' kepada Pas untuk mendakwah dan membebaskan orang Umno dari kejahilan (kalau betul orang Umno lebih jahil dari orang Pas).

Apa hukumnya menyenaraikan orang Umno sebagai ahli neraka tanpa ada usaha dibuat untuk mendakwah dan memembebaskan mereka dari kejahilan dan kemungkaran?.

Allah sendiri sebelum menerakakan hamba-Nya, akan diutuskan nabi dan rasul menyeru umat masing-masing ke syurga. Yang enggan akur kepada seruan, baru dihumban ke neraka.

Betulkah cara Pas, sebelum didakwah dan berusaha membebaskan orang Umno dari kejahilan, sudah pun disenarai-nerakakan. Ajaran dari nabi, rasul dan rujukan dari kitab mana yang Pas pakai?.

Kalau Pas ada usaha dakwah (berapa orang yang bukan Islam dah peluk Islam hasil dakwah Pas selama kewujudannya? Puluhan ribu masuk Islam melalui PERKIM yang diasaskan oleh orang Umno) apakah pendakwah Pas tunjuk teladan yang baik dari sudut seruan dan amalan?

Islam seru ke arah perpaduan, Pas bukan sahaja menolak perpaduan dengan Umno tetapi sesama sendiri dalam Pas pun berpuak dan 'cas keting'. Dengan DAP yang tidak Islam boleh pula bekerjasama. Apakah orang DAP bagi Pas lebih Islamik dari orang Umno. Tidakkah menolak perpaduan dengan Umno tidak seperti memakan daging saudara sendiri?

Islam mahukan umatnya berakhlak mulia, tetapi ada pemimpin Pas larikan anak perempuan orang, ramai yang tambah bini tanpa pengetahuan bini sedia ada, malah sanggup melakukan pembohongan untuk elak dari bini mengamuk hanya kerana memenuhi keperluan nafsu syahwat.

Berkahwin (poligami) secara sembunyi dan tidak dimaklumkan kepada isteri yang sedia ada, malah sanggup pula guna jurun ikah 'sindiket', apakah itu sunnah Rasulullah s.a.w. Apakah takutkan bini dan ikut patuh kepada telunjuk bini itu sunnah?

Islam melarang pembohongan. Apakah orang Pas bersih dari berbohong bukan sahaja kepada para pengundi, kepada rakyat, kepada bini, tetapi juga kepada anak-anak dan naluri serta diri sendiri?

Apakah wakil-wakil rakyat, anggota exco dan penjawat-penjawat iawatan politik Pas yakin bahawa rezeki yang diperolehi halal seratus peratus dan bukannya bakal menjadi kayu api neraka?

Apakah bila ditegur atau bila muhasabah diri maka akan segera dibandingkan dengan orang Umno yang dianggap jahil dan disenarai-nerakanan, maka cara orang Pas itu betul dan halal serta selari dengan ajaran Islam?

Siapa di kalangan tokoh-tokoh Islam sejati, termasuk para khalifah yang menjadi lebih kaya dari sebelum jadi tokoh dan khalifah seperti pimpinan dan wakil rakyat Pas?

Apakah Pas pun macam tokoh-tokoh pada era kegemilangan kerajaan Islam, semakin tinggi pangkat dan kedudukan semakin sesakkan diri macam Omar Al-Ktattab, Abu Bakar As-Siddiq, Osman Affan, Abdul Rahman Auf, Umar Ibnu Aziz dan lain-lain?


Paling penting apakah orang Pas pasti bahawa mereka bercakap meggunakan lidah mereka sendiri, bukannya menggunakan lidah syaitan melalui mereka sehingga perkataan 'celaka', 'menate' dan lain-lain boleh diucapkan dengan selamba tanpa rasa takut berdosa.

Apakah fikiran, tangan, kaki, mata, telinga, siku, lutut, alat kelamin dan segala pancaindera betul-betul digunakan secara hak atau pun digunakan dibawah pengaruh syaitan?

Kalau mahukan majoriti rakyat Malaysia tolak Umno atas alasan Pas lebih suci, maka Pas kena benar-benar suci tanpa boleh dipersoalkan tentang kesuciannya, termasuk oleh Imam Masjid Mekkah.

Kalau reputuasi pimpinan Pas dan parti Pas tidak banyak bezanya dengan Umno, maka tidak ada sebab yang kukuh untuk majoriti rakyat tolak Umno yang telah membuktikan keupayaan membina negara dan rakyat sebagaimana yang ada sekarang.


Lagi pun rakyat sudah cukup matang dan berpngalaman dalam berpolitik. Kemudahan teknologi maklumat menjadikan mereka dapat terima segala maklumat dengan cepat. Mereka boleh beza antara hakikat dan retorik.

Mereka perhati dan membuat pertimbangan tentang apa yang orang Umno mahu pun orang Pas cakap, sama ada sama atau tidak dengan apa yang dibuat. Tidak banyak yang mampu ditaksubkan, kecuali sebilangan kecil yang 'ssumbat'.

Yang pasti untuk menjadi pemimpin, untuk menarik sokongan kepada rakyat ketika di negara yang dibanjiri oleh cerdik pandai dan celik huruf serta kaya maklumat, tidak semudah pada era orang kampung yang apabila bunyi deruan enjin kapalterbang, masing-masing akan menyorok dalam rumput jenarah dengan penuh ketakutan.

10 comments:

Mat Tabik Spring said...

Pak Ceto Tembus, Jusoh Rabut Jjiban, Mek Jah Miniskirt Merah ni sapo pulok? Meli ni macam-macamlah.

Dromey Kambing said...

Acu mung tanya cikgu lias mat nor kg kota, dengar dia berkecek, dia nih memang serba tahu sebab dia adalah penasihat MB loor nih, tapi kena bayar, lepas tu kena hantar dia kelit rumah... lagu mano?

Anonymous said...

Bila Kementerian Pelajaran potong peruntukan... ni Apa cerita


"Bila Kementerian Pelajaran telah mengurangkan peruntukan dari RM27 bilion kepada RM25 bilion ia telah memberikan kesan yang tidak sedikit kepada sesi baru persekolahan. Antara yang menerima tempiasnya ialah sekolah-sekolah yang mempunyai asrama terutama Sekolah Berasrama Penuh (SBP).

Jumlah hari penyediaan makanan telah dikurangkan dari 250 hari kepada 200 hari. Akibatnya ada sekolah yang terpaksa mengarahkan murid pulang ke rumah pada cuti hujung minggu dan cuti umum kerana asrama tidak menyediakan makanan.

Semua ini telah menimbulkan kegelisahan di kalangan pelajar yang terlibat, ibu bapa dan pentadbir asrama. Keunikan kehi dupan di asrama tidak dapat dikecapi lagi jika pekara ini berterusan.

Sesungguhnya kehidupan di asrama akan memberikan kelebihan kepada pelajar sekolah berbanding dengan mereka yang tinggal di luar. Biasanya pelajar asrama berpeluang meningkatkan disiplin diri dengan belajar hidup berdikari, bergaul dengan pelajar lain dari pelbagai latar belakang, jadual belajar yang diseliakan dengan rapi dan pelbagai peluang untuk melatih diri menjadi pemimpin. Namun, dengan apa yang berlaku ini kehidupan pelajar asrama akan jadi caca marba.

Kita masih tidak faham dengan cara pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) ini yang tidak prihatin apa yang patut diutamakan dalam kebajikan rakyat jelata. Tindakan seperti ini memperjudikan nasib pelajar kerana kebanyakan pelajar yang tinggal di asrama adalah pelajar luar bandar dan ada juga pelajar terpilih kerana potensi mereka memberangsangkan.

Bila berlaku fenomena seperti ini, akan berbondonglah para pelajar asrama ini ke stesyen bas pulang ke kampung atau terpaksa meminta belanja tambahan dari ibu bapa untuk membeli makanan di luar jika tidak pulang ke rumah! Bagi pelajar yang ibu bapanya berkemampun memang tidak ada masalah. Bagaimana dengan golongan miskin? Adakah kita redha melihat pelajar makan mee segera tiap hujung minggu?

Malaysia negara kaya. Tetapi wang negara bocor akibat difaraidkan secara haram melalui cara yang tidak wajar untuk pemimpin BN dan kroni-kroni mereka. Bila negara tidak mewah lagi seperti dahulu maka apa yang sepatutnya diutamakan untk kebajikan rakyat jelata terpaksa dipotong! Jelas bahawa slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan hanyalah lawak semata-mata. Dalam kes apa yang penulis sebutkan ini, eloklah kita panggil GENERASI MUDA DIJAHANAMKAN!

Anonymous said...

Kerajaan BN Jimat 1.3 Bilion untuk Gula, Bazir 1 Billion untuk F1



Kita kesal dengan dasar meringankan beban tanggungan subsidi gula yang diperkenalkan Kerajaan BN sehingga menyebabkan kenaikan harga sebanyak 20 sen. Dasar ini menunjukan bahawa Kerajaan BN cuba melepaskan tanggungjawab ekonomi mereka terhadap rakyat. Mungkin pada pandangan kerajaan 20 sen adalah nilai yang kecil bagi kenaikan sekilogram gula, tapi rakyat risau dengan naiknya harga sedemikian sudah boleh dianggap besar sebab bukan gula sahaja yang ingin dibeli setiap bulan.

Banyak lagi barang pengguna lain seperti tepung, beras, minyak masak dan sebagainya yang berkemungkinan besar akan naik. Jadi kerisauan ini akan terus berlaku sebab harga gula tanpa subsidi boleh berubah, begitu juga dengan harga keperluan lain yang boleh berubah.

Dasar Kerajaan BN yang mahu mengurangkan beban subsidi memang tidak digemari rakyat, apa lagi jika dalam keadaan sekarang Kerajaan BN juga mahu perkenalkan dasar GST untuk hampir semua jenis barangan serta kenaikan cukai-cukai lain. Ini membuktikan Kerajaan BN sudah tiada wang untuk memerintah sebab telah banyak dibazirkan sebelum ini.Rakyat memahami kesulitan Kerajaan dalam hal ini, namun sebarang kenaikan tidaklah wajar pada masa ini kerana negara masih mampu jika dasar berjimatnya betul. Walaupun Kerajaan BN bangga mengatakan bahawa telah berjimat sebanyak RM 1.3 Bilion, namun rakyat sakit hati kerana dari penjimatan itu, Kerajaan telah bazirkan RM 1 Bilion dalam budget tahun 2010 untuk tujuan memajukan sukan F1 yang bukan melibatkan kepentingan atau faedah semua rakyat.

Mengikut fakta juga jelas bahawa, pelaburan RM 1 Billion itu adalah perbelanjaan hangus yang mana hasilnya tidaklah seberapa. kita mahu kerajaan meningkatkan intergriti dan memperbaiki budget negara agar tidak membebankan rakyat. Kerajaan seharusnya bijak untuk mengunakan wang cukai rakyat dan tidak meminta rakyat berjimat sedang kerajaan membazir.

Anonymous said...

Kerajaan BN Jimat 1.3 Bilion untuk Gula, Bazir 1 Billion untuk F1



Kita kesal dengan dasar meringankan beban tanggungan subsidi gula yang diperkenalkan Kerajaan BN sehingga menyebabkan kenaikan harga sebanyak 20 sen. Dasar ini menunjukan bahawa Kerajaan BN cuba melepaskan tanggungjawab ekonomi mereka terhadap rakyat. Mungkin pada pandangan kerajaan 20 sen adalah nilai yang kecil bagi kenaikan sekilogram gula, tapi rakyat risau dengan naiknya harga sedemikian sudah boleh dianggap besar sebab bukan gula sahaja yang ingin dibeli setiap bulan.

Banyak lagi barang pengguna lain seperti tepung, beras, minyak masak dan sebagainya yang berkemungkinan besar akan naik. Jadi kerisauan ini akan terus berlaku sebab harga gula tanpa subsidi boleh berubah, begitu juga dengan harga keperluan lain yang boleh berubah.

Dasar Kerajaan BN yang mahu mengurangkan beban subsidi memang tidak digemari rakyat, apa lagi jika dalam keadaan sekarang Kerajaan BN juga mahu perkenalkan dasar GST untuk hampir semua jenis barangan serta kenaikan cukai-cukai lain. Ini membuktikan Kerajaan BN sudah tiada wang untuk memerintah sebab telah banyak dibazirkan sebelum ini.Rakyat memahami kesulitan Kerajaan dalam hal ini, namun sebarang kenaikan tidaklah wajar pada masa ini kerana negara masih mampu jika dasar berjimatnya betul. Walaupun Kerajaan BN bangga mengatakan bahawa telah berjimat sebanyak RM 1.3 Bilion, namun rakyat sakit hati kerana dari penjimatan itu, Kerajaan telah bazirkan RM 1 Bilion dalam budget tahun 2010 untuk tujuan memajukan sukan F1 yang bukan melibatkan kepentingan atau faedah semua rakyat.

Mengikut fakta juga jelas bahawa, pelaburan RM 1 Billion itu adalah perbelanjaan hangus yang mana hasilnya tidaklah seberapa. kita mahu kerajaan meningkatkan intergriti dan memperbaiki budget negara agar tidak membebankan rakyat. Kerajaan seharusnya bijak untuk mengunakan wang cukai rakyat dan tidak meminta rakyat berjimat sedang kerajaan membazir.

Penyokong Kalau Semua Subsidi Dihapuskan said...

Susah sikit gelaboh doh, lagu mno laaa nak hidup di Haiti, di Palestin, Iraq dan negra-negara afrika.

Demo ingat boleh ko Malaysia lagu ni lloni, satu maso tak mungkin ke jadi macam negara-negara lain.

Demo ingat Malaysia selamat sokmo ko dari gempa bumi, tsunami, puting beliong dan macam bencana lagi.

Kena belajar susoh la getek, barulah bila dilanda bencana, bila kena pecat kerja macam Meli, macam Kicdefella, macam puak-puak Global Media, macam Setiusaha Politik MB, macam tok-tk wakil Pas hak akan kalah dalam [ilhanraya ke-13 nanti, tok mudoh gelaboh dan hilang punca.

Ariff Fahami takpo la mugo tok ttua dia MB, oran lain kena buwi notos serta merta bereti kerjo, dia kena buwi notis tiga bulan, mugo tok ttua dia kato payoh orang nak gati tepat dia, maknanya bagi tok ttua dia, takdok orang lain hok bijak macam Ariffahami, pahgat boktan bijak telajok, kerajaan habis RM23 juta kena bayar kesilapan.

Acu orang lain hak buat lagu tu, tok cukup tanah nyo perambat ko TGNA, macam dia perambat Ustaz Nasaruddin.

Aku rasolah, kalau TGNA jadi MB lagi, ramai lagi hak kena bersedia untuk hidup susoh kerana kena buang kerija. Sejak tahun 1990 ke mari, pegawai PTN pun doh berapo orang kena buang kerja.

AlHadi Tok Ayah Su (atas) said...

saya dapat baca tulisan pok li kali ni adalah persepsi antara buruk dan baik diantara dua pertubuhan parti politik khususnya pas dengan umno.

Jika mengikut ilmu ketenteraan setiap lawan mestilah diketahui secara terperinci akan dimana duduk letak kelemahan musuh, perbandingan ini penting untuk mengukur sejauh mana kemampuan masing masing. Jika tidak mampu jangan dok cubo nok kace berlawan secara berdepan lebih baik serang secara gorila,tetapi berlainan dengan semangat tentera islam dizaman nabi,keajaiban bolih berlaku walaupun tentera islam seramai 313 orang berlawan dengan musuh islam seramai 1000 orang namun tentera islam masih bolih mencapai kemenangan.

Makanya disini jika disebut siasah politik kepartian dengan sebuah gerakkan islam juga sudah tentu ada perbezaannya walaupun matlamatnya sama iaitu untuk menyeru dan berdakwah kepada kebaikan. Cuma yang membezakan pertubuhan politik akan lebih menitik beratkan kepada "Taktik serangan" kepada lawan samada lawan dalaman parti mahupun luaran sebab itu tidak mustahil jika ada berlakunya peteh memeteh manakala gerakkan islam pula lebih menitik beratkan kepada memberi penjelasan dan penerangan (terutama kepada umno)gabungan kedua faktor inilah yang ada pada pas namun masih merujuk dan berpegang kepada kalimah dari AlQur"an dan alHadith.

Namun begitu tidak pada umno iaitu lebih mementingkan aspek menghalal kan cara sehingga melanggar batas batas tatasusila kemaknusian malah tergelincir dari landasan agama kerana bersandar kepada dasar ke-bangsa-an.

Jika jadi pengikut kumpulan tablig atau jika dulu alarqam pun masih tetap ada musuh,musuh tablig ialah kumpulan masjid yang banyak tidak membenarkan kumpulan ini berkampung didalam masjid,musuh alarqam pula ialah satu pehak yang tidak mahu melihat apabila kempulan ini telah berjaya menjadikan satu rangkaian dakwah sambil berniaga lalu dikatakan sesat.

maka tidak hairanlah jika ada juga yang membuat tomahan dengan mengatakan kononnya pas sebuah parti sesat, siapa sesat dan siapa benar? fikirlah sendiri....

joostspring said...

keno molek artikel meli kali ni..jeliro pah ko perut wei..

Anonymous said...

Meli..
Aku sokong mu 100 peratus. Biar ore Pas sedar. Ingat dia bersih sangat..

Anonymous said...

meli ssumbat
pah tu kata ore lain