Tuesday, January 19, 2010

MUNCUL KEMBALI (633) - KEMASKINI DENGAN PEMETULAN FAKTA DAN EJAAN

Buka kitab ikut warna berdasarkan keperluan dan kepentingan kini wujud dalam Kerajaan Pas Kelantan

SEBELUM mumayyit lagi, saya yang sering dibawa oleh 'tokcik' dan 'mokwo' ke balaisah di depan rumah, dah mula dengar cerita tentang tok guru membuat hukum ikut kepentingan dan berhujah menggunakan keng, kelentong dan berbohong bagi menyembunyikan kelemahan diri.

Masa itu saya terima sahaja apa yang tukang baca kitab jelaskan, tetapi bila sudah remaja dan kebetulan dikurniakan sedikit keistimewan dalam memahami penyusunan ayat, termasuk ayat-ayat dalam kitab yang menggunakan tulisan jawi dan bahasa kaedah lama, lazimnya saya akan menahan tawa sendiri dengan gelagat pembaca kitab yang jual temberang.

Misalnya bila dalam kitab bertulis jawi mengeja
'ro-wau-mim', tukang baca kitab dulu-dulu akan bacanya dengan menyebut bulu 'rom'. Bila ditanya oleh penadah kitab yang mahu penjelasan tentang apa itu bulu 'rom', maka dijawab bahawa bulu 'rom' itu adalah sejenis bulu haiwan 'dalam syurga'. Jawapan itu bersifat kelentong dan bohong besar.

Apabila dalam kitab bertulisan jawi juga ditulis antara ayatnya berbunyi ada pun kemudian daripada itu, jika mahu sihat adanya, maka ada baik adanya bagi kita manusia '
berbirobbikum'. Lagi adanya 'berbirobbikum' itu sunat adanya dan nabi pun ada buat ia akan dia.

Pembaca kitab membaca '
berbirobbikum' bagi perkataan yang dieja bo-ro-bo-ro-bo-kaf-mim'. Bila ditanya oleh penadah kitab apa itu 'berbirobbikum', pembaca kitab kata ianya bahasa penghuni syurga.

Malah dengan nada suara tinggi pembaca kitab akan berkata: ada pun orang yang mengaji dengan orang yang sedang ianya mengaji ia akan dia yakni gurunya atawa ustaznya, ditanya ia akan dia macam-macam akan bahasa-bahasa syurga adanya, maka payahlah baginya ia akan dia untuk masuk syurga adanya.

Kerana percaya dengan kelentong dan pembohongan tukang baca kitab yang mahu menutup kelemahannya, maka tidak ramai penadah kitab yang berani bertanya walaupun tidak faham dengan apa yang diterangkan.

Maka sama ada bulu '
rom' atau 'berbirobbikum', penjelasan lanjut tentang apa maksub sebutan-sebutan itu tidak berani ditanya, takut bila mati nanti, lambat boleh masuk syurga atau tidak boleh masuk syurga langsung.

Sebenarnya perkataan bagi bulu rom itu adalah '
bulu roma' dan 'berbirobbikum' itu pula sebenarnya 'berbekam'. Juga kerana dieja 'bo-wau-lam-ho' bagi 'buluh' dan juga 'buleh' ikut kaedah ejaan jawi lama, maka ada pembaca kitab yang baca ada pun tupai itu ia akan dia 'makan bolehhhhhh' bagi ayat yang sebenarnya adalah tupai itu 'makan buluh'.

Juga diceritakan bagaimana ada seseorang yang hobinya menangkap ikan mendapat seekor ikan besar yang tidak pernah dilihat sebelumnya dan timbul keraguan untuk memakannya dari sudut hukum hakam.

Maka datanglah ia kepada seorang tok guru untuk bertanya sama ada ikan berkenaan boleh dimakan atau tidak.

Tok guru berkenaan yang juga tidak pernah tengok ikan besar begitu pun kata bahawa ikan itu tidak halal dimakan kerana mampusnya tidak disembelih.

Sambil mengeluh pemilik ikan tadi kata, sayang sungguh. Kalaulah ikan ini halal dimakan alangkah baiknya, hajat hati mahu saya bahagi dua dengan tok guru.


Mendengar kata pemunya ikan itu kata begitu, tok guru pun minta si pemilik ikan tadi tunggu sekejap untuk membolehkannya menyemak kitab bagi dapatkan lebih kepastian sama ada ikan berkenaan halal dimakan atau sebaliknya.

Lepas tak lama mana masuk ke dalam rumhanya, tok guru tadi pun pun keluar dan mendekati pemilik ikan lalu berkata, ada pun ikan ini halal dimakan, lebih afdal kalau dalam pembahagian yang dibuat, bahagian untuk tok guru lebih banyak, baru lebih berkat.

Si pemunya ikan yang kehairan bertanya kenapa tadinya kata tidak halal sekarang menjadi halal pula?

Tok guru pun berkata yang kata haram dan tak boleh dimakan tu dalam kitab yang kulitnya berwarna biru manakala yang kata halal dan boleh dimakan pula adalah dalam kitab yang kulitnya berwarna hijau.


Kerana khilaf untuk mengelak dari pembaziran, maka adalah lebih afdal dan lebih berkat kalau ikan berkenaan dimakan. Kepalanya semolek-moleknya dimasak kari mamak dan dijadikan hidangan khusus dan istimewa buat tok guru.

Cerita-cerita begitu masih menjadi bahan selingan dalam kuliah di kalangan para pengkuliah agama pada waktu ini. Bagaimanapun nampaknya cerita-cerita sedemikian bukan sekadar cerita selingan, sebaliknya turut berlaku dalam kehidupan sekarang.

Akademi Fantasia di Astro dikecam hebat tetapi kerana Mawi yang pernah menjuarai AF3 ke apa dan dikatakan cenderung kepada Pas dan di rumah orang tuanya penuh dengan gambar pemimpin utama Pas, Mawi kelahiran akademik yang kononnya haram jadah kerana program itu melalaikan, diraikan.

Maka kes itu jadilah umpama kepelikkan kepada orang Siam dengan sikap orang Melayu yang kononnya memakan kura-kura atau penyu haram tetapi telur haiwan-haiwan itu dimakan pula sedangkan ibu haiwan-haiwan itu berasal dari tetasan telurnya.

Demikianlah juga dengan Akta Rahsia Rasmi (OSA). Pada suatu ketika Pas menuntut ianya dihapuskan bersama Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana dianggap sudah tidak releven tetapi bila kes kesilapan perjanjian pembinaan Bazar Tok Guru yang menterpaksakan Kerajaan Pas membayar harga kesilapan itu berjumlah RM23 juta ke RM50 juta, soal OSA dibangkitkan.

Saya yakin seandainya pendedah rahsia itu yang turut membuat banyak lagi pendedahan lain, yakni Kickdefella atau Syed Azidi Syed Abdul Aziz ditahan dibawa ISA supaya tidak lagi dapat membuat pendedahan demi pendehahan baru, Kerajaan dan Pas Kelantan pasti akan menyokong dan akan menganggap wajar dan saksama.

Ertinya buka kitab ikut warna kulit berdasarkan keperluan dan kepentingan, kini wujud dalam Kerajaan dan Pas Kelantan. Yang kepada orang lain tidak boleh, haram dan tidak releven, bila ianya menjadi keperluan kepada Pas atau tokoh tertentu dalam Kerajaan dan Pas, maka ianya akan boleh, akan halal dan akan releven.

15 comments:

Anak Penjual Etok Kg Kasar said...

Tulisan Meli ni bokali buat orang Umno suko, orang Pas pulok jon sakit ppalo. Tapi beringat orang Umno, kapok Meli nyo takel belako. Hari ni giliran Pas sakit ppalo, esok luso orang Umno pula bekok muko kena belakang kapak Meli.

Meli ni jenis tak dengar gemalo, jenis tak makan break, nyo redoh belako, dia tok ddoli sapo.

Anonymous said...

Kerajaan BN Jimat 1.3 Bilion untuk Gula, Bazir 1 Billion untuk F1
mu kabarrrrrrrrrrrrrrrrrrr dok meli wehhhhhhhhhhhhhhh

Jusoh Ccobong said...

Anonymous said...

Kerajaan BN Jimat 1.3 Bilion untuk Gula, Bazir 1 Billion untuk F1
mu kabarrrrrrrrrrrrrrrrrrr dok meli wehhhhhhhhhhhhhhh


DEMO NOK ROYAT KATO KERAJAAN RUGI RM1 BILION? BIAR KAWE TOLONG ROYAT RM1 BILION TU BAGI KERAJAAN PERSEKUTUAN BUKANNYA BESAR PUN, MUGO KERAJAAN PUSAT MENATANG KAYO.

DEMO TENGOK DARI SUDUT MANO MEMBAZIRNYA F1? DULU PUAK-PUAK DEMO KATA BUAT PUTERAJAYA BBAZIR, BUAT KOTA DARULNAIM BAZIR. DOH EH LLNO PUTERAJAYA DAN KOTA DARULNAIM BBAZIR SUNGGUH KO DOK?

PUAL-PUAK DEMO PERINTAH KELANTAN DUDUK DALAM BANGUNAN YANG BAZIRKAN PITIH RAKYAT. BUNYI KO ZUHUD PATUTNYA PEJABAT MB ADALAH DI PEJABAT IMAM BESAR MASJID MUHAMMADI, BUKANNYA DI KOTA DARULNAIM.

TOKSOH LAYAN LA MELI MUGO-MUGO LAGU NI. BUWI KO ORANG MACAM KAWE JAH LA. ORANG MACAM EMO KENO BBETUL STESEN PUAK-PUAK PAS HAK GELNCIR REL.

Anonymous said...

Jusoh oh Jusoh..

Take beer!!!
Hidup Pas...

Anonymous said...

Kerajaan BN Jimat 1.3 Bilion untuk Gula, Bazir 1 Billion untuk F1
mu kabarrrrrrrrrrrrrrrrrrr dok meli wehhhhhhhhhhhhhhh

NI LA HOK SALOH SORE PENYOKONG PUOK HOK BREHI TUKAR KITAB.ORE TAK LEH BUAT... KALU ALAH KEDIO BULEH SLALU...

HOK ORE BUAT SEMUA TAK BETUL...HOK TOK TOK GURU DIA BUAT JAH BETUL..SEBAB TU SMETA GUNO KITAB HIJAU, BERASO TOK SEDAP TUKA KO KITAB BIRU PULOK...TAK CAYO ACU TENGOK NI...

1.MULO TOK GURU DIA KATO TAK LEH UNDI ORE BUKAN ISLAM, HARAM...TAK LEH BUAT PEMIMPIN...LONI DOK NGEPEN KO DAP, PAKAT SURUH UNDI PULOK...NAIK ATAS PENTAS TULONG KEMPEN...NI PAKAI KITAB MANO PULOOOOOK..?

2. MULO KATO ORE PEREMPUAN TOK LEH JADI PEMIMPIN...TAK LAYOK...LONI BULEH PULOOOOOK...GUANO, KITAB HOK MANO TU..?

3. DULU KATO TOK LEH BERGABUNG DGN ORG KAFIR..SEBAB TU TAK LEH BERGABUNG DGN UMNO, SBB ADA MCA, MIC...LONI DOK BAIK DGN DAP...KARPAL SINGH, LIM KIT SIANG TU ORE ISLAM KO...? GELAP BUTIR MATO DOH BOKALI...GUNO KITAB MANO NI..?

4. MULO MASU UMNO MERINTAH, LULUS LESEN AROK DI KLATE KHUSUS UNTUK ORE BUKE ISLAM...TOK GURU KATO HARAM...LULUS LESEN PUN HARAM, JUAL PUN HARAM,TUKANG ANGKAT PUN HARAM...LONI KEDAI AROK DI KLATE ADO SUPOO TULO TU...SAPO LULUS LESEN NI...? MAJLIS PERBANDARAN BAWOH SAPO MERINTOH LONI HOK LULUS LESEN JUAL AROK?...TAK KAN MAJLIS PERBANDARAN SANDAKAN JONG MARI LULUS LESEN JUAL AROKKKK..? BULEH PULOOOOOOOOOOOOOKK! KITAB MANO PAKAI PULOK NI..?

5. DULU KATO TOK LEH AMALKAN KRONISMA...AMBIK ANOK MENANTU BUI JAWATAN PENTING DALE KERAJAAN...DOK KATO UMNO PUNOH KERANA AMAL KRONISMA! LONI BILO TOK GURU AMBIK MENANTU DIA JADI CEO PMBK...AMBIK ANOK DIO NIK ABDUH BUI JAWATAN DALAM MPKB... DIA KATO NABI PUN AMBIK ANOK BERANOK DULU...KENO WI KEUTAMAAN KO ANOK BRANOK..., MASO UMNO TAK LEH...KALU TOK GURU DIA BUAT...BULEEEEEH!, NYO TUEIL BACO KITAB MANO PULOK NI...?

6. TOK GURU KATO UMNO DOK AMALKAN RASUAH...HABIH DOK ROYAT KOK RE...KONON UMNO NI RASUAH...TOK GURU DOK TERIMO TAJAAN HAJI TIDOK RASUAH KO?...NAK GI LLO..LO DOH! MEME DIAO TERIMO DOH...TAPI NYO KUTUK DDEMO...TAK JADI GI, TAPI SETUJU DOH...! GUNO KITAB MANOOOO KENEHHH?

7. MASO MAHATHIR, POK LOH GI MERAYAKAN MAJLIS PERAYAAN RUMOH ORE BUKE ISLAM...TOK GURU KATO TOK LEHHH...HARAM...MENYERUPAI ORE BUKE ISLAM, MAKA TERGOLONGLAH DARI KUMPULAN ITU...TU TOK GURU KATO MULO...LEPAH TU TOK GURU GI RASMI TEMPAT IBADAT ORE SIAM DI JONG BAKAR, TUMPAT...BULEH PULOOOOOK!...HERE SUNGGUH, KITAB MANO NYO PAKAI PULOK NI...?

8. BERKAITAN DGN HOK NI JUGOK...REPLIKA KIJANG TEMPAT JAM BESAR DALAM BANDAR TU NYO KATOK HABIHHH...SEBAB TOK LEH BUAT PATUNG...HARAM. YO LO LA TUUUU...TAPI, TOK GURU DAN KUNCO-KNCO NYA, LULUS PULOK BUAT PATUNG TERBESAR DI ASIA...TINGGIIIIIIII SUNGGUH, TINGGI PADO MENARO MASJID LAGI...MASO UMNO TOK LULUS NAK BUAT STARA TU...TAPI MASO PAS, LULUS...ACU TANYO PAKAI KITAB MANO NI...?

9. DULU, MATLAMAT PAS NAK LAKSANAKAN HUKUM HUDUD...DOK CANANG KOK KAMPONG KONON NAK BUAT HUDUD...SEKAT BAIK NGA PKR, DAP NI...MAPUH KERAH DOH HOK DOK ROYAT SLAMO KENING...TUNDUK BOWOH KEKENG KARPAL SINGH DAN LIM KIT SIANG...NIZAR (MB SEKERAT HARI)PULOK JAWAB, TIDAK ADO PUN DALAM PERLEMBAGAAN PAS NAK BUAT HUDUD...NYO KONA KOK TU PULOK! DIO PULOK JONG TUKAR KITAB...

10. BILO ADO CINO BUKE ISLE BACO QURAN...HABIH KITAB.. PAS CARI NOK SURUH KATO BULEH..TOK APO ORE BUKE ISLE BACO QURAN...LEPAS NI KALU ADO ORE TANYO...BULEH KO BACO QURAN PUOK2 TIDOK ISLE NI.. MUGO DEMO TU TOK MANDI WAJIB!...KALU ORE ISLE LAGI KAN TAK LEH BACO KALU DALAM HADAS BESAR...INI KAN PULOK ORE BUKE ISLE...KAWE PERCAYO...PAS AKAN CARI KITAB LAIN PULOK NOK JAWAB NI...NYO TUEIL IKUT HUKUM PUOK2 DIO...PUNOH ABIS ISLE DE PUOK2 NI..

11. BANYOK LAGI....MALAS DOK AKU DOK IKUT ERE PUOK NI...DUGAAAA!

Anonymous said...

Bengong betul Pas loni. aku doh nok sokong Pas, tak jadi pulak sbb serbo-serbi pelik.Hok hare jd halal. Hak halal jd hare.Baik aku sokong bebas.. tak sakit palo.

Anonymous said...

hahaha...aku nak tergelak baca cite ni..lagi tergelak baca komen..hahahaa...kalau masuk majalah gila-gila, sure laku nih...cuba suruh zunar lukis katun ikut cite nih..agak-agak nak ke dia..hahahaha

Anonymous said...

kitab meli hak sohornya
pakat tadah la wei
kalar gapo kitab mu meli

Dulu Pas Lloni Sokong Bebas said...

Orang Pas boleh celaru perut, boleh ttukar ilir dengan ulu, ija dengan biru mmain dengan mu ni Meli.

Mu tok ssian ko Pas ko? 'Kan bini mu tok ngulu Pas.

Bakpo mu dok hantar bola tagung suruh musuh Pas smish nyo. Buleh bekok bekil, biru ketu abih mko Pas mmain dengan mu.

Orang Kok Sirit Alas Pondok Pasir Tumboh said...

Aku tergelak sampai terketut baca tulisan MKJ kali ni. Kelakar tapi penuh dengan penampar tawar.

Tak mampus lagi Pas tak tau la.

joostspring said...

panas..panas..

john sapa xse mari komen dah dlm blog meli ni..

org2 pas otak dah wei...

Abuzar said...

Amat jelas Konsep UG antara UMNO dengan PAS, idea Tuan Guru Hj. Hadi adalah amat sukar direalisasikan. Puak2 UMNO semenjak turun temurun tak pernah surut menolak PAS sejak 1955 lagi. Kadang2 UMNO bukan saja menolak PAS tetapi tersasul sampai menolak Syariat Allah dan sunnah Rasulullah! Manakala puak2 PAS bertindakbalas pula dengan cara2 yang mengusutkan. Dari corak berhujjah dalam isu ini amat jelas fokusnya adalah menjatuhkan satu sama lain. Tiada keinginan untuk kembali kepada Islam total. Tiada ingin dipersatukan. Tiada ingin mendaulatkan Islam. Sekadar untuk mencari pengaruh undi rakyat & milikki kuasa saja.

john said...

ore panggil ambo..jawab...

Pasal isu ni?..ore pas hok menyamar jah akan kecewo! dok pun ore hok dok dale pas hok nok cari makae macam setengoh nick ssini ni...

amdo memang tok setuju dengan takiyuddin ni. akibat dio sore bui bola tanggung nyo smash molek ko abe li. ore2 umno hok selamo kening tok reti politik apo lagi...menae ko demo kali ni...ambik lah..ambo tetap menyokong untuk dihapuskan isa dan osa

ok la, doh hok lain2 guano weh?...hargo gulo nok naik pulok tapi lepas rayo cino (nok jago ore cino kalih!) tapi kalu kena ko melayu sebelum rayo lagi..dalae poso naik doh!
tok masuk hargo minyok lagi?...loh la wei puok2 umno gak selagi mano demo buleh samah seria, junjungla 'keris tok bersarung tu'..ambo tetap denga parti ambo selagi pemimpin dio lebih baik dari pemimpin umno!

ho.so lagi pasal isu nama Allah, oe umno kato gapo eh pasal kenyataan nazri hok bui hok ko kristian di wilayah persekutuan dan sabah, sarawak? ore umno tok ser berdemo pulok ko?

john kontroversi!

Kapak Belah Kayu Api said...

Kena buah Meli so ni jadi kucing lekat tulang abis orang Pas, jadi kaki seluar orang Pas penuh bekerok-kerok dengan kemucup.

Andas Meli, takut luka parok. bahan dengan belakang kapak jangak demo. Bila pu;ok demo nak andas Umno?

TOK AWANG MERDEKA PPALO BAPOK JR said...

Anonymous Anonymous said...

Kerajaan BN Jimat 1.3 Bilion untuk Gula, Bazir 1 Billion untuk F1
mu kabarrrrrrrrrrrrrrrrrrr dok meli wehhhhhhhhhhhhhhh.

PERUNTUKKAN RM1 BILION TU BUKAN MEMBAZIRLAH, MELABUR NAMANYA. AKHIRNYA AKAN ADA UNTUNG.

DULU BILA BUAT KOTA DARULNAIM ORANG PAS KATA BBAZIR, BUAT KETIK SIAM. LLONI BBAZIR KO TIDAK?

SEBELUM NAK PREJUDIS TERHADAP APA YANG ORANG YANG KITA TAK SUKO BUAT, KENA TAHU JUGA SELOK BELOK EKONOMI DAN PELABURAN, BARULAH HUJA KITA TAK PPELIKKAN.