Tuesday, January 19, 2010

MUNCUL KEMBALI (634)

Kokurikulum: jangan sampai rakyat berpandangan negatif

TIDAK ada siapa yang boleh nafikan tentang tujuan murni kokurikulum. Antaranya adaah untuk memberi pendedahan kepada realiti kehidupan yang bakal dihadapi selepas tamat belajar serta pembinaan ketahanan mental dan fizikal.

Bagaimanapun kalau kerananya maka berlaku pelbagai kejadian yang tidak diingini, mahu tidak mahu pasti ianya akan menimbulkan pandangan negatif di kalangan masyarakat terbanyak, malah ibubapa akan dianda kekhuatiran dan kebimbangan bila anak-anak menyertai aktiviti kokurikulum.

Tragedi jambatan runtuhan dan meragut nyawa murid di samping beberapa tragedi lain bagi murid yang menyertai korikulum, yang terbaru tragedi perahu naga terbalik, mahu tidak mahu ianya menjadi antara unsur-unsur yang boleh menyebabkan mayarakat terbanyak memandang negatif terhadap kokurikulm.

Sehubungan dengan itu, kemahuan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya pentadbiran sekolah termasuk guru bertindak secara bijaksana menjalankan aktiviti kokurikulum khususnya yang memerlukan aspek keselamatan, perlu dipandang serius oleh guru-guru dan pentadbiran sekolah.

Saya bersetuju, malah saya yakin masyarakat terbanyak boleh setuju dengan TPM yang juga Menteri Pelajaran bahawa kementerian tidak berupaya untuk memantau setiap aktiviti kokuriklum berikutan jumlah sekolah yang besar iaitu kira-kira 10,000 buah di seluruh negara.

Pada saya, kegiatan kokurikulum perlu memabitkan aktiviti yang sesuai dengan keadaan setempat. Misalnya kepada murid yang berada jauh dari sungai atau pantai dan tidak mahir berenang, mereka tidak patut dilibatkan dengan aktiviti yang membabitkan air yang dalam dan menyebabkan mereka boleh mati lemas jika perahu atau rakit terbalik misalnya.

Kalau dirasakan aktiviti melibatkan air sangat perlu dan tidak boleh dielakkan, aktiviti hendaklah dimulakan pada kawasan air cetek supaya ia tidak akan mendatangkan bahaya sekiranya peserta terjatuh ke dalam air. Dengan itu ianya boleh mengelak dari kemalangan maut.

Pelajar dari bandar barangkali tidak sesuai dilepaskan dalam hutan rimba yang besar. Ianya lebih sesuai dimulakan dengan aktiviti yang yang membabitkan semak-semak kecil dahulu. Demikian juga dengan pelajar dari desa yang membabitkan aktiviti di bandar, kena dimulakan dengan aktiviti-aktiviti asas dulu.

Rasanya inilah yang dimaksudkan oleh Tan Sri Muhyiddin supaya pentadbiran sekolah termasuk guru bertindak secara bijaksana menjalankan aktiviti kokurikulum khususnya yang memerlukan aspek keselamatan kerana guru-guru lebih tahu tentang kesesuaian korikulum murid mereka dengan keadaan setempat.

Yang penting, masing-masing kena berusaha untuk memastikan apa yang dirancang untuk mendapat faedah, tidak akan berakhir dan dengan padah.

3 comments:

Embong anak Ngah, K.Berang said...

Kalu anak menteri, lebih anak atau cucu PM atau TPM yang jadi menerima padah ekoran kegatan kokurikulum, pasti akan keluarlah kenyataan bahawa korikulum tidak peru, ianya boleh menjejakan masa belajar para pelajar.

Ko guano gamok?

Anonymous said...

sapo hak setuju pakat akat tangan...
tak setuju pun akat jugak
nati meli nak lekuk atas palo

Kapok 20 Paun said...

Lekuk dengan belakang kapok??????????