Tuesday, January 19, 2010

MUNCUL KEMBALI (635)

Tidak merokok patut dijadikan syarat wajib pengambilan pelajar dan kakitangan di sektor awam dan swasta

KITA kini berada di pentas tahun 2010 dan telah hampir sebulan tahu 2009 melabuhkan tirainya. Ada kejayaan dan kegagalan yang dialami pada tahun 2009, ada yang menyebabkan ktta ketawa dan menangis pada tahun yang sama. Jaya atau gagal, ketawa atau menangis adalah lumrah dalam kehidupan.

Antara yang masih mengekalkan kegagalan dengan amat ketara pada tahun 2009 sebagai mana pada tahun-tahun sebelumnya adalah kempen kurangkan tabiat merokok yang membudayai hidup 1.3 bilion (1,300 juta), penduduk dunia, termasuk juga di kalangan lebih 3 juta rakyat Malaysia.

Turut mengalami kegagalan adalah 270 Kilinik Berhenti Merokok yang ditubuhkan bagi menghilangkan tabiat merokok di kalangan rakyat negara ini apabila jumlah perokok di negara kita terus meningkat sebanyak 30,000 setiap tahun.
Berdasarkan kajian Kementerian Kesihatan, mendapati 45 hingga 50 remaja di bawah usia 18 tahun menjadi perokok baru setiap hari. Maknanya antara 135,000 hingga 156, 000 perokok baru setiap tahun atau antara 1,496,000 hingga 1,660,000 daripada 3,120,000 juta perokok di negara ini pada waktu ini adalah terdiri daripada remaja berumur 18 tahun ke bawah.

Fakta Unit Kawalan Tembakau, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan medapati tiga daripada 10 orang atau 30 peratus perokok adalah remaja berusia 12 hingga 18 tahun. Jumlah remaja yang mula merokok pada usia 13 dikatakan berada pada tahap membimbangkan.

Sesuatu yang amat meranjatkan apabila dikatakan ada pelajar berusia 10 dan lapan tahun merokok. Kajis elidik Unit Kawalan Tembakau, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan ke atas remaja yang merokok mendapati rata-rata menyifatkan merokok adalah gaya hidup yang menyeronokkan.

Merokok juga, menurut kajii selidik Unit Kawalan Tembakau, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan, dianggap lambang kematangan dan kedewasaan untuk dihormati di kalangan rakan sebaya, daya tarik bersosial dan tanda keberanian.

Juga tentunya kerana ikut tabiat dan gaya hidup ibu bapa dan saudara mara yang merokok. Tabiat merokok bukan sahaja di kalangan remaja lelaki tetapi juga membabitkan remaja perempuan.

WHO pula meramalkan jumlah perokok dunia akan meningkat daripada 1.3 bilion sekarang kepada 1.7 bilion pada tahun 2025 . Tetapi jika didasarkan kepada peningkatan yang begitu ketara berbanding dengan statistik pada tahun 2000 yang mana jumlah perokok dunia hanya berjumlah 1.1 bilion tetapi meningkat kepada 1.3 juta pada tahun 2003 yakni peningkatan jumlah sekitar satu juta tahun, bilangan perokok seluruh dunia mungkin akan mencecah ke angka 2.6 hingga 2.7 bilion pada tahun 2025, jauh mengatasi angka yang diramalkan.

Jika tabiat dan kegilaan merokok gagal disekat, sekurang-kurangnya 650 juta perokok akan mati pada usia pertengahan kerana rokok/tembakau setiap tahun di seluruh dunia dan jumlah kematian akibat rokok akan meningkat kepada 6,050 juta (6.050 bilion) setahun menjelang tahun 2025.

Sehubungan dengan itu saya amat bersetuju kalau syarat tidak merokok dikenakan sama ada untuk pinjaman pengajian ke institusi pengajian tempat dan juga peluang belajar serta dalam pengambilan kakitangan oleh sektor awam dan swsata supaya tabiat merokok akan dimufarakah kandari membudayai hidup rakyat negara ini.

Ianya patu dimulakan oleh Kerajaan Membangun Bersama Islam di Kelantan dalam pengambilan guru dan kakitangan pentabiran sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan juga kakitangan bagi jabatan kerajaan negeri dan syarikat GLC negeri.

4 comments:

armouris said...

info tentang rokok kat sini
- 11 Sebab Berhenti Merokok
- Kenapa Wanita Tidak Sepatutnya Merokok

Dromey Kambing said...

Maka akan adanya orang-orang yang suka isap oko itu akan cepat lagi ia mampus, itu kata doktor. Akan tetapi lagu mana akan adanya jugak akan doktor itu juga akan menghisap rokok akan dianya? Aku sendiri pernah tengok akan doktor keling isap okok di kantin ospital? Apakah tidak akan mati akan dianya? Segar megar? Ini termasuk juga gemulah Mok Woo dan Tok Cik aku dulu kan kuwat juga isap okok, tapi akan lambat juga mati akan dianya. Kalu tak silap aku umor dia dekat 100 baru mati. Walhal dia isap okok kuwat, isap takdak puting, tembakau bakok, kadang-kadang daun gelenggang. Ni fakta mung ni akan adanya salah akan dianya. Acu tanya dan cek balik fakta yang doktor oyat tu? Aku rasa pelawok belaka.
Nih cadangan aku kalu nak hapuskan tabiat ketagih tembakau nih. Kerajaan mesti subsidi harga rokok, atau pun rokok diberi percuma. Biar semua orang boleh rasa nikmat isap rokok nih. Iklan rokok dalam tv mesti diteruskan, paksakan stesen tv beri charge 1/2 harga iklan tv untuk rokok. Baru meriah Malaysia, satu Malaysia isap rokok. Ambil contoh negara Jamaica dimana 2 dari warganya ketagih ganja, baru meriah. Acu tanya Jootspring....?

sunsnake said...

Malam ini tadi Anwar Ibrahim berceramah...
Di Bukit Sentosa...
Hanya beberapa ratus meter dari tapak..
UMNO Juara Rakyat yang kini kembali sepi dan lengang..
Selengang pemikiran rakyat..

Apabila mengenangkan gula yang naik harga..
Apabila mengenang insuran motor dah takde pihak ketiga
Apabila mengenang minyak Ron95 yang macam tak cukup terbakar
Nak buat macam mana hari tu dah naik harga!
Kerajaan UMNO dah macam peniaga

Disaat Kerajaan Pakatan Rakyat sibuk..
Nak menurunkan lagi harga air yang telah sedia diturunkan..
Kerajaan Malaysia UMNO lagi aktif dan sibuk!
Nak menaikkan harga makanan rakyat!

Beras nak dinaiknya!
Gula dah dinaiknya..
Minyak Masak nak dinaiknya!

Akhirnya...
Rakyat akan naik minyak!
Setinggi mana minyak rakyat akan naik?
Setinggi flat di Bukit Beruntung yang Najib janji nak repair?

Malam ini tadi Anwar Ibrahim berceramah...
Di Bukit Sentosa...
Hanya beberapa ratus meter dari tapak..
UMNO Juara Rakyat yang kini kembali lapang dan kotor..

Ribuan Rakyat mengunjungi program ceramah ini..
Namun, tidak ada sebiji bas pun yang dapat dilihat!
Hanya ada Bas kilang yang membawa staff Perodua pergi dan balik kerja..
Seperti biasa..
Namun yang ganjil, ratusan buah kereta dan mungkin...
ribuan buah motor memenuhi hampir 1,2 dan mungkin 3 Kilometer dari tapak ceramah!

Tanpa dapat duit minyak!
Tanpa dapat duit kopi!
Tanpa dapat minum free!
Tanpa dapat rokok free!
silap-silap dapat no telefon puteri UMNO yang tergedik-gedik!
Yang sendat sana sendat sini!

Tapi yang datang malam ni..

Kena bayar air minum sendiri..
Kena bayar kacang rebus tu sendiri..
Nak burger? bayar ye bang!
silap-silap lalu uncang derma!
nah! hulur la sekali!!

Duduk pulak merata ceruk!
Yang nasib baik dapat kerusi
yang datang lambat dok la atas kaki sendiri!

Inilah hebat..
Inilah keramat!

Bila rakyat marhaen telah jatuh hati...

Tak perlu segalanya free!!
Tak perlu berjanji-janji!

Hanya perlu sedar diri...
Bahawa Rakyat bukan besi..
Bukan jua hakiki..

tetapi Suara Rakyat Suara Keramat!
Rakyat pantang dikhianat!
Kerna itulah UMNO semakin tenat!
MCA dan MIC dah lama kena sebat!
Disebat dek sumpahan rakyat!

Malam ini tadi Anwar Ibrahim berceramah...
Di Bukit Sentosa...
Agak-agaknya bila kan bersua lagi

Anonymous said...

jange isap rokok wei...
mati kang
meli tak wi isap
cerut tak po