Wednesday, January 20, 2010

MUNCUL KEMBALI (636)

Kickdefella kini dibawah naungan Alwi Che Ahmad?

PETANG ini, dalam perjalanan untuk menjemput anak bongsu saya, pelajar darjah lima Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail (i) yang belajar taekwondo, kereta kancil milik bini saya nyaris-nyaris melanggar sebuah kereta jenama mewah yang memintas dan kemudian berhenti depan saya, tidak jauh dari bangunan Global Media.

Nasib baik pada waktu itu saya tidak terlalu hanyut oleh aneka macam pemikiran yang berputar dalam kepala. Kata orang, manusia penulis banyak berkhayal tetapi bagi saya sebenarnya bukan berkhayal tetapi berfikir. Pongoh taik ayam saya mula naik ke kepala dan saya segera turun dari kereta dan terus ke kereta di depan. Pintunya saya ketuk kuat.

"Kalau demo nak tunjuk samseng, nak tunjuk agah dengan kawe demo silap orang. Tok payoh halang kereta kawe kalau demo ada tak puas hati dengan kawe, telefon tentukan tempat dan masa, kawe akan gi. Walaupun bukan berani mano, kalu ada orang jual muroh berdo'oh, kawe boleh beli" sergah saya apabila cermin tingkap kereta dibuka.

Saya mula buat andaian jahat, mungkin ada pihak yang cuba mahu memperlakukan saya sebagaimana yang diperlakukan kepada Kickdefella yang dilontar kapak yang memecahkan cermin kereta blogger berkenaan.

Pemandu kereka angkat sembah macam sembah sultan pulak, membuatkan saya jadi kaget dan resah kerana diperlakukan dengan apa yang sepautnya tidak dilakukan terhadap orang tamada dan kemacar macam saya. Wanita di sebelahnya nampak sedikit mnggelabah manakala tiga kanak-kanak di bahagian belakang tempat duduk asyik bertolak-tolakkan semasa sendiri.

"Minta maaffffff banyak-banyak. Jangan laaaa salah faham. Ni Che Meli 'kan? Pemilik blog kapak jangak?" pemandu kereta itu bersuara dengan suara sedikit tergagap atau pun mungkin memang dia ada unsur-unsur gagap semula jadi.

"Saya silap. Saya tak patut potong dan berhenti depan macam ni. Tapi saya nak cepat. Bila bini saya kata Che Meli dalam kereta di depan, saya cepat-cepat pintas dan berhenti untuk berikan maklumat pada Che Meli. Che Meli tahu doh ko, Kickdefella lloni doh jadi orang Alwi Che Ahmad. Boktan tu Husam kato dia tak ada apa-apa hubungan dengan Kickdefella. Itu yang nak saya ghoyat. Minta maaf , boktan saya Che Meli terkejut dan marah. Saya laki bini buko sokmo blog kapak jangak" katanya.

Selepas habis bercakap dan saya hanya menjadi pendengar tanpa menjampuk apa-apa, kereta yang menghalang laluan saya berlalu pergi. Menyesal pula rasanya kerana saya agak kasar tadi. Kalau dia pun naik darah dan gocoh saya, soh batang erong saya boleh patah dan berkubang darah kerana saiz badannya rasanya tiga kali lebih besar dari saya. Terlupa pula saya nak tanya siapa dia sebenarnya yang menaiki kereta serbaguna berwarna hitam.

Macam mana pun tindakannya itu bukan sahaja tidak wajar tetap sangat merbahaya. Andaikata saya dalam keadaan khayal atau ketika itu saya berpaling ke arah lain, bukankah boleh berlaku kemalangan. Kalau ada apa-apa maklumat pun yang nak diberitahu, telefon atau email sajalah. Nombor telefon dan alamat email dicatat dalam blog saya. Jangan ambil tindakan yang boleh mendatangkan bahaya.

Sebenarnya cerita Kickdefella dan jadi orang Alwi saya sudah dengar desas desusnya. Tetapi saya tidak letak dalam kepala pun. Dalam kedudukan beliau sekarang, bagi saya tentulah orang boleh suluh macam-macam teradap Kickdefella.

Saya sendiri pernah alaminya, kononnya saya telah dibayar berjuta-juta oleh Umno. Yang buat dakwaan itu barangkali lupa bahawa orang Umno bukannya bangang dan bahlol lagi tolol untuk bayar atau ambil buat kira dengan orang kelas sampah sarap macam saya ni. Bak kata orang, sayani dari kelas anjing pun malas dan rasa takdok faedah nak salok.

Tetapi kalau dari segi lojiknya, tidak mustahil kalau Umno ambil Kickdefella kerana beliau orang ilmuan, bekas seorang pensyarah. Pun begitu hanya Kickdefella dan Alwi yang boleh berikan jawapan pasti sama ada betul atau tidak.

Tetapi bila melihat kepada kenyataan Husam dalam akhbar hari ini, tidak mustahil kalau Kickdefella benar-benar beralih naungan. Cuba kita sama-sama perhatikan apa yang tersurat dan tersirat di sebalik laporan berikut;

Husam nafi ada kaitan dengan Kickdefella

KOTA BHARU - Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan beliau adalah individu yang bertanggungjawab menyalurkan maklumat kepada blogger Kickdefella di dalam blognya.

Husam sebaliknya menyifatkan ia adalah ‘kerja-kerja kecil seperti pemain bola sepak kampung’ dan ia adalah satu luahan yang bersifat peribadi oleh penulisnya Syed Azidi Syed Abdul Aziz terbabit.

“Kita ambil Kickdefella menyertai Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) adalah disebabkan kepakarannya dalam bidang media. Kalau ikutkan blog dia...saya sendiri tidak puas hati. Tetapi dalam dunia blog, kita tidak boleh campur tangan dalam hak orang lain.

“Ini hak personal, kita kena hormat ke atas kebebasan blogger. Jadi apa yang dia tulis tidak ada kena mengena dengan saya bahkan saya sendiri tidak puas hati dia puji saya melambung-lambung. Tetapi dia buat juga nak buat macam mana, kadang-kadang dia serang orang, mereka anggap sebagai saya suruh,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat Harian Pas Kelantan di JKR 10 di sini, semalam.

Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan berkata, orang yang ingin mengaitkan beliau dengan Kickdefella perlu menyediakan bukti yang kukuh bahawa mereka mempunyai hubungan sebelum berbuat demikian.

“Apabila dia (Syed Azidi) ditamatkan perkhidmatan, dia jadi personel. Kita tidak boleh kawal dia sampai hari ini saya tak boleh berhubung dengan dia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan sesetengah pihak mengenai hubungan beliau dengan Kickdefella memandangkan beliau dilihat sebagai orang yang bertanggungjawab membawa masuk blogger terbabit ke dalam pentadbiran Kerajaan Negeri.

Kerajaan Negeri Kelantan dilanda pelbagai konflik apabila Kickdefella mendedahkan pelbagai isu dan kepincangan kerajaan negeri dalam blognya yang dilihat menyerang kepimpinan negeri sehingga mencalar imej Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Minggu lalu, Kickdefella mendedahkan kerugian yang didakwa terpaksa ditanggung oleh Kerajaan Negeri dalam urusan projek Bazar Tok Guru berjumlah lebih kurang RM50 juta yang diakui sendiri oleh Nik Abdul Aziz namun ia dinafikan oleh pimpinan kanan Kerajaan Negeri. - SINAR HARIAN

Seingat saya, Husam yang bawa Kickdefella pulang ke Kelantan dan diberi peranan. Kalau dalam keadaan Kickdefella dipecat dari PMBK seperti sekarang dan Husam ulangi sikap lepas tangan sebagaimana kes-kes yang lepas, termasuk yang berkaitan Haji Mohd. Sayuti Omar, kakitangan Hasrat Tinta Sdn Bhd dan Global Media, rasanya tidak mustahil kalau Kickdefella dah betul-betul beralih tempat naungan.

Kalau Kickdefella bertindak demikian pun pada saya bukan salah Kickdefella kerana beliau ada anak bini yang perlu diberi makan pakai. Setelah dahan tempat bergayut ditutuh dan setelah dia jatuh bercelabak, apabila orang yang suruh dan sediakan tempat bergayut tidak tanya khabar, apatah lagi kalau sengaja pula jauhkan diri, maka kalau Kickdefella beralih tempat bernaung pun bukan bermakna beliau jenis tak lekat unjat atau tidak istiqomah, sebaliknya itulah yang wajar dilakukannya.

7 comments:

Bukit Jering (Jeli) Mari said...

Bejuma la lagi dengan Husam. Masa ada faedah untuk dia, demo duduk di Jedok nun pun dikutip cari. Bila dia raso takdo pekdoh ko dia, demo rayu ggantung kaki pun dia tak ddoli doh.

Anonymous said...

Kawe ni tak kenal mano dengan Husam...Tapi maso kawe tengoh dok kuat PAS mulo, kawe jumpo dio di rumah Mad Iraq...maso tu ggulai smeleh lembu...kawe senyum ko dio sapai hujung mulut kiri kanan nok rapat ko telingo...dia kelih nyo wak dooook jah...maka kawe pun kato, bare ni jenis agah...tu jaaaah!

Anonymous said...

biso meli nulih
buleh capur tipu dgn betul
cayolah...
tak caya gak
kena kapok la...

Jin Under Road said...

Meli tulih hok orang roat ko dia. Kalu betul, maka betullah. Kalu tok betul gat tak betullah. Bukan nyo payah, hak kena Kicdefella tanya Kickdefella, hak kena Alwi tanya Alwi. Meli doh buka klunya.

Ngok-ngok Gi Ssungai said...

Ini kara Kicdefella

Keliru kenyataan Husam

KOTA BHARU - Blogger, Kickdefella menegaskan beliau tidak akan memberikan respons negatif berhubung kenyataan Timbalan Pesuruhjaya II Pas Negeri, Datuk Husam Musa mengenai dirinya sebaliknya beliau menganggap Husam adalah harapan rakyat Kelantan.

Kickedefella atau nama sebenarnya Syed Azidi Syed Abdul Aziz berkata, beliau amat terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan Husam berhubung dirinya.

“Saya keliru membaca kenyataan Husam. Saya kecewa dan terkilan. Saya seolah-olah tidak kenal dia atau mungkin juga boleh dikatakan sekarang baru saya mengenali dirinya.

“Dia seolah-olah lemas dan perlu menyelamatkan diri dalam keadaan sekarang. Saya rela kerana dia dalam keadaan lemas dia panjat saya. Saya rela. Kalau itu kenyataan untuk selamatkan diri tak apalah, moga selamatlah dia,” katanya kepada :Sinar Harian :ketika diminta mengulas kenyataan Husam terhadap dirinya, semalam.

Mengulas mengenai dakwaan Husam yang menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan beliau adalah individu yang bertanggungjawab menyalurkan maklumat kepadanya di dalam blog beliau, Kickdefella menegaskan beliau tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara itu.

“Sama ada kami masih berhubung saya tak mahu komen. Allah maha mengetahui. Saya tak mahu berbohong,” katanya.

Semalam, Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan dilaporkan berkata, mereka yang ingin mengaitkan beliau dengan Kickdefella perlu menyediakan bukti yang kukuh bahawa mereka mempunyai hubungan sebelum berbuat demikian.

Husam sebaliknya menyifatkan ia adalah ‘kerja-kerja kecil seperti pemain bola sepak kampung’ dan ia adalah satu luahan yang bersifat peribadi.

Sementara itu, dalam perkembangan yang sama Kickdefella turut melahirkan rasa kesal mengenai kenyataan Husam berhubung perjanjian persefahaman (MoU) di antara Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dengan peniaga di Arked Uda dan Bazar MPKB yang menyatakan lot perniagaan tersebut akan dijual dengan harga subsidi sebanyak RM40,000.

Husam dalam kenyataan dilaporkan berkata, masalah itu boleh dirunding namun Kerajaan Negeri tidak mahu peniaga bila diberi betis hendakkan paha pula.

“Dalam kes ini peniaga bukan bagi betis nak paha tetapi pada Pilihan raya Umum yang lalu Pas minta berjanji dan minta peniaga beri undi pada mereka. Ini soal gagal tunai janji.

“Saya hairan mengapa sebelum ini Husam senyap betul. Tetapi apabila dah sah Ketua Pegawai Eksekutif PMBK berhenti macam-macam pula dia nak cakap. Adakah ini strategi atau mengapa ya?,” katanya.

Husam semalam menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa beliau mempunyai hubungan dengan Kickdefella.

Husam berkata, Kickdefella diambil menyertai Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) adalah disebabkan kepakarannya dalam bidang media. - dipetik dari SINAR HARIAN

Bukit Jering (Jeli) Mari said...

Maknanya Kicdeffella juga akan haapi masalah yang serupa dengan MSO, dengan bekas kakitangan Hasrat Tinta dan Global Media kerana berjuma dengan Husam.

Meli, apa kaitan Hasrat Tinta dan Global Media dengan Husam?

Ambo Mengaji Masscom Tapi Jadi Cikgu said...

Husam berkata, Kickdefella diambil menyertai Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) adalah disebabkan kepakarannya dalam bidang media. - dipetik dari SINAR HARIAN....

KEPAKARAN DALAM BIDANG MEDIA PPALO BAPOKMU. KICKDEFELLA ORANG FILEM, BUKAN ORANG SURATKHABAR, MAJALAH, RADIO, TV. NYO BULEH TTUKAR MINYAK GAS DENGAN MINYAK BEJEN.

KALU SURUH KICKDEFELLA WAT TUBIK FILEM, DRAMA TV, DOMENTERI BARU YA, SURUH URUSKAN KENDALI KERJA MEDIA PAROK SIKIT. BUKAN TOK LEH, TAPI JADI MACAM TUKANG BUAT GODEK DISURUH BUAT JAMBE, SIKIT SEBANYAK AKAN ADO LA REYOK PETOKNYO. BUKAN SALH TUKANG KALU JADI GGITU, SALOH ORE JON PILIH TUKANG.