Wednesday, January 20, 2010

MUNCUL KEMBALI (637)

Congek-cadung Kerajaan dan Pas Kelantan

LEPAS sebabok...sebabok dok mari tindas dan andas atas ppalo Kerajaan dan Pas Kelantan, menjadikan Kerajaan dan Pas Kelantan umpama pengidap uluran kronik yang butir pe..........nya sudah sebesar buah macang gelup, tersentuh sikit, sengalnya naik sampai ke otak dalam kepala.

Belum reda isu kenapa menantu Tok Guru Menteri Besar kena tunggu tiga bulan notis baru bagi meletak jawatan sebagai CEO PMBK tetapi Abe Aji Ambo yang tulis surat notis sebulan tetapi dikatakan telah diarah tulis surat lain supaya letak jawatan serta merta bagi jawatan SUP MB, nyo dok gebeng dan terjoh mari wabak baru pulak.

Ketika isu tuntutan ganti rugi RM800 juta baru dalam proses nak buat rayuan, nyo mari isu kerajaan terpaksa bayar kesilapan PMBK bernilai RM23 juta, malah Kickdefella sering sebut angka RM50 juta.

Maka jadilah kerajaan dan Pas Kelantan umpama bukan saja jatuh ditimpa tangga tetapi tempayan atas jemuran juga turut terembas atas kepala. Juga ibarat orang 'cerah perut' (orang hospital panggil cirit-birit), bangun tokdan betul pinggang molek lagi, tubik prikkkk-pikpik pulok.

Terbaru, dalam dok ssohor kerajaan Pas Kelantan kagum dan mendakwa kamcing dengan Tengku Mahkota Kelantan selaku pemangku Sultan, orang yang dilantik oleh kerajaan sebagai senator walaupun berkelas muaalaf Pas yang bekas berjawinya baru nak bekeruping, telah melakukan tindakan yang menyongsang arus dengan apa yang dipersohorkan dan didabik dada oleh kerajaan Pas Kelantan.

Mualaf Pas itu adalah Ahmad Rusli Iberahim, bekas pegawai PTN yang kemudiannya menjadi wakil rakyat S46 yang kemudiannya menyertai Umno apabila S46 dipusarakan tanpa batu nesan dan seterusnya menyertai Pas.

Awal bulan ini (Januari), beliau memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk semakan kehakiman tentang pelucutan gelaran 'Datuk' dan pelantikan Jaksa Pendamai dengan turut menamakan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd. Aiseri Alias sebagai responden dan ia dijangka didengar pada 1 Mac nanti.

Beliau menfailkan permohonan itu ekoran dalam warta kerajaan bertarikh 20 Oktober lalu, Aiseri memaklumkan, Pemangku Raja bersetuju menarik balik tauliah Ahli Darjah Kebesaran Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (D.J.M.K) dan Ahli Yang Kelima Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (A.S.K) serta pelantikan Jaksa Pendamai yang dikurniakan sebelum ini, berkuat kuasa mulai 29 September 2009.

Dengan tindakan Rusli itu, semacam berlaku congek-cadung dalam kerajaan Pas Kelantan kerana beliau cuba mencabar keputusan yang dibuat oleh Pemangku Sultan yang sangat dikagumi oleh Kerajaan Pas.

Malah tindakannya itu menjadikan Kerajaan dan Pas tersepit antara kena jaga hubungan dengan istana dan pada yang sama Rusli yang telah demikian diistimewakan sebagai mualaf Pas kena juga dijaga supaya Pas tidak dilihat mengamalkan sikap habis manis sempah dibuang.


Saya yakin orang Pas yang bubus atau ekor sulahnya melepas aras ubun-ubun akan bertukar menjadi botak licin gerling kerana kepala asyik digaru bila membaca laporan berikut;

Ahmad Rusli digesa lepas jawatan

KOTA BHARU 19 Jan. - Pemuda UMNO Kelantan menggesa Senator Ahmad Rusli Iberahim melepaskan jawatan selaku Ahli Dewan Negara kerana bertindak menyaman pihak istana dan kerajaan negeri berhubung penarikan balik darjah kebesaran.

Ketuanya, Anuar Safian menyifatkan, selaku seorang pemimpin dalam parti yang menerajui negeri dan dicalonkan ke kedudukan itu, ia akan memberi gambaran tidak baik terhadap institusi berkenaan dan juga kepada kerajaan.

Beliau memberitahu Utusan Malaysia, Ahmad Rusli sepatutnya memberi peluang kepada orang lain yang dapat menunjukkan taat setia kepada Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra.

Awal bulan ini, Ahmad Rusli memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk semakan kehakiman tentang pelucutan gelaran 'Datuk' dan pelantikan Jaksa Pendamai.

Ahmad Rusli turut menamakan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd. Aiseri Alias sebagai responden dan ia dijangka didengar pada 1 Mac ini.

Dalam warta kerajaan bertarikh 20 Oktober lalu, Aiseri memaklumkan, Pemangku Raja bersetuju menarik balik tauliah Ahli Darjah Kebesaran Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (D.J.M.K) dan Ahli Yang Kelima Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (A.S.K) serta pelantikan Jaksa Pendamai yang dikurniakan sebelum ini, berkuat kuasa mulai 29 September 2009.

Menurut Anuar, dengan sikap yang ditunjukkan, Ahmad Rusli perlu berundur dan pemimpin negeri juga perlu bersikap tegas kerana ia memalukan kerajaan negeri apatah lagi turut mengheret istana.

"Bagi Pemuda UMNO, sebagai rakyat Kelantan yang cintakan kedamaian, adalah tidak elok jika kita meludah ke dalam pinggan yang kita makan dan menggigit jari yang menyuap.

"Ia merupakan suatu tindakan sembah derhaka yang boleh memberikan contoh yang tidak baik selaku Ahli Dewan Negara," ujarnya. - UTUSAN MALAYSIA.

Bukan gesaan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Kelantan yang akan membuatkan kerajaan dan Pas Kelantan serabut perut dan berseranggah dalam kain tetapi apa yang berlaku ke atas Rusli dan tindak balas Rusli itu boleh menyumbang kepada keretakkan hubungan Kerajaan Pas Kelantan dengan istana yang turut ada kocakkan dalaman.

6 comments:

Kapak Belah Kayu Api said...

Guano bowok buah uluran pulok ni Meli?. Bergelar ko? Kawe pun kalau ssaloh makan pisang banyak, baham buah duku, langsat, dokong, betik, nyo sosong selalu. Tapi tok la sampai ko berkokok gerukgeruk

Anonymous said...

jangan saman datuk li
marah ke meli
datuk kena dok diam
srupa budak kecik jawi
meli jaga jabatan hukum loni

Bekas Tukang Buat Pingat said...

Nampak pelahap sangat ko 'datuk' dan gelaran kebesaran. Barang tokleh bowok mati belako tu. barang daki dunia.

Kalu akulah, malu muko nok sampai bowok mohkamah nah mugo-mugo lagu tu. Hok demo buwi, demo nok ambik balik ambik gi la.

Dulu aku kerja kat buat pewter di Selangor, tukang buat pingat-pingat dan bintang kebesaran ni. Tempa bbuat tu berkarapoh-rapoh.

Sekalo gat kalu orang buwi mugo pah tarik kelik pulok tu kes orang hak terimo perangai tok molek.

dol kentut kuat said...

Anonymous said...

jangan saman datuk li
marah ke meli
datuk kena dok diam
srupa budak kecik jawi
meli jaga jabatan hukum loni

MELI TEGUR BOLEH LA BUAT MENGANYING, RAKYAT TEGUR DENGAN UNDI BARULAH SIH INGUS RETAP DDINDING.

DALAM DOK MANGGOK DENGAN KERUSI MEWAH LLONI NI, INGAT GETEK KO KERUSI NYAWA-NYAWA IKAN DENGAN MAJORITI SATU KERUSI MAJORITI 2 UNDI.

APA YANG BERLAKU DULU, TIDAK MUSTAHIL AKAN BERULANG KALAU DOK MANGGOK SANGAT GAT.

Anti Al-Liwati Al-Juburi Al-Taik said...

Hok sohnya Meli, mualaf-mualaf Pas nyo jlang belako, macam Meli katoalh, luko jjawi baru nok berkeruping dah dapat macam-macam. Rusli masuk baru berapa hari dalam Pas, dah dapat senator, ada orang Pas sejati dari ada gigi sampai tinggal gusi, apa pun tak dapat, kulit kayu balak pun tokleh.

Dalam kezuhudan orang Pas sengoti main politik, ada pemimpin dan ahli Pas plastik kaut faedah macam-macam. Semuanya ini kerana ada amalan cas keting dan rakit-rakit dalam Pas.Akhirnya apa jadi pada Pas. Lihatlah makhluk di langit dan di bumi apa yang sedang berlaku.

fareezdanial said...

assalamualaikum..
maaflah kalu ambo ni mencelah dan memberi tafsiran yang salah... bg ambo la, pasal istana dgn kerajaan loni... kes saman menyaman ni, biarlah kita tengok dulu keputusan nyo lagu mano baru buleh kito nak kato ore tu macam2... bila kito duk nguduh bukan2, mesti jadi lagi huru hara bilo ore lain silap dgr... setakat media massa ni... mmg banyak yang diputar belit, diolah balik, ditokok tamboh pulok... bare brehi plago ore... jago nati ore baloh gak pakat likong blako... loni bagi ambo, baik kito tgk jag sejauh mano masalah ni akan jd... baru buleh kito pakat buat kesimpulan... ko guano....? sekian...