Wednesday, January 20, 2010

MUNCUL KEMBALI (638)

Perkara pelik tapi benar mewabaki parti politik pembangkang

DALAM Pas sebagai parti pembangkang milik orang Melayu terbesar dan tertua di negara ini diwabaki dan sindromi 'cas keting' dan ketidak-seragaman pendapat dalam banyak isu, terutama isu penggunaan nama Allah oleh bukan Islam yang boleh memporak-puandakan parti itu, dianggap pelik, namun dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) nampaknya ada perkara yang lebih pelik lagi sedang berlaku.

PKR adalah merupakan antara rakan sepakatan Pas dalam Pakatan Rakyat (PR) yang turut disertai DAP, parti pelbagai kaum tetapi lebih didominan oleh mereka yang berbangsa Cina dan India. Walaupun ada Melayu dalam DAP, jumlahnya umpama melukut tepi gantang sahaja.

Dengan berimejkan parti pelbagai kaum, PKR yang penerajuan utamanya adalah oleh tokoh berbangsa Melayu, parti itu menjadi teramat dan terangat pelik apabila pimpinan parti mencabar mana-mana ahli yang berhasrat mahu meninggalkan parti berkenaan supaya melaksanakan segera hasrat mereka, terutama di kalangan ahli PKR Selangor.

Cabaran itu dibuat oleh Pengerusi Perhubungan PKR Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga Menteri Besar Pakatan Rakyat (PR) Selangor sebagai respon kepada tindakan 13 Ahli Jawatankuasa (AJK) PKR Bahagian Kuala Selangor yang diketuai Khalid berindak meletak jawatan dan menyebabkan bahagian berkenaan terbubar.

Dengan tindakan 13 AJK PKR Bahagian Kuala Selangor yang kecewa dengan sikap Khalid yang dianggap semakin lupa diri apabila dilantik sebagai Menteri Besar Selangor kini hilang jawatan ketua bahagian dan menjadi Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Selangor tanpa jawatan ketua bahagian.

Yang peliknya, pada umumnya semua parti politik di muka bumi ini berusaha berhempas pulas menambah jumlah keahlian parti tetapi kepada Khalid nampaknya keahlian parti tidak penting apabila beliau membuat cabaran supaya ahli parti segera keluar dari parti.

Saya berpendapat, bila cabaran seumpama itu dibuat oleh seorang pemimpin sesebuah parti politik, maka ada dua kemungkinan. Pertama mungkin keahlian parti sudah terlalu ramai dan kedua mungkin kerana pemimpin berkenaan sudah berputus asa dan tidak yakin parti yang dipimpin mampu bertahan.

Sama ada PKR kini sudah terlalu ramai sangat ahli atau parti itu dalam keadaan putus asa kerana faktor-faktor tertentu, ianya bukan sahaja boleh difirasati oleh rakyat terbabyak tetapi pendukung dan penyokong PKR sendiri pasti lebih dari tahu tentang hakikat PKR kini berada pada tahap mana sebenarnya.

Justeru sama ada wajar atau kurang ajarnya cabaran Khalid itu bergantung kepada penilaian dan penerimaan pendukung dan penyokong PKR sendiri yang akan buat keputusan sama ada patut terus kekal dalam parti itu atau mufarakah darinya.

Berikkut adalah laporan-laporan mengenai PKR Selangor;

Khalid cabar ahi PKR keluar parti

SHAH ALAM, 20 Jan. - Tan Sri Abdul Khaid Ibrahim menggesa pemimpin atau ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang pernah menyatakan hasrat mereka untuk meninggalkan parti itu agar melakukannya dengan segera demi kebaikan parti tersebut.

Menurutnya, gesaan itu dibuat kerana beliau yakin PKR tidak akan menghadapi masalah kehilangan pemimpin atau ahli yang berbeza pandangan atau pendapat dalam sebarang keputusan yang dibuat oleh parti.

Malah katanya, ketiadaan mereka akan memudahkan lagi PKR melakukan apa jua tindakan yang dirasakan sesuai dengan kepentingan parti itu.

"Pada saya, ini perkara biasa dalam politik. Malah ia amat baik untuk PKR Selangor kerana mereka ini tidak bermina atau tidak sealiran dengan parti, itu bagus, kalau mereka ini tidak setia kepada PKR, sukar untuk kita mengruskan parti" katanya. - UTUSAN MAAYSIA

MB hilang jawatan ketua bahagian

KUALA SELANGOR 20 Jan. - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Kuala Selangor yang diketuai Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dibubarkan setelah 13 ahli jawatankuasanya (AJK) meletak jawatan.

Kesemua 13 AJK berkenaan termasuk Ketua Angkatan Muda (AMK), Nazaruddin Darmawan dan Ketua Wanita, Fauziah Sulaiman meletak jawatan secara berperingkat bermula November lalu hingga kelmarin.

Mereka bertindak demikian kerana hilang kepercayaan terhadap Abdul Khalid yang juga Pengerusi Perhubungan PKR Selangor.

Pengumuman pembubaran PKR Bahagian Kuala Selangor itu dibuat oleh Timbalan Ketua bahagian itu, Arshad Abu Bakar (gambar) di sini hari ini.

Dengan pengumuman itu, bermakna Abdul Khalid hilang jawatan Ketua Bahagian sehingga pemilihan baru diadakan yang dijangka pada Mac ini.

Arshad pada sidang akhbar juga berkata, pembubaran itu dibuat kerana AJK bahagian itu yang dipilih pada Mesyuarat Agung Tahunan Bahagian 2007 (untuk sesi 2007-2010) kini hanya tinggal tiga orang.

Beliau berkata, ia selaras dengan Artikel 25.7 (Pindaan 25.9) Perlembagaan PKR iaitu jika dua pertiga daripada AJK bahagian berhenti serentak, Majlis Pimpinan Pusat hendaklah mengadakan mesyuarat agung khas untuk melantik semula AJK baru.

''Kita mempunyai 30 AJK bahagian. Mereka yang dipilih dan mempunyai kuasa hanya 20 orang manakala 10 lagi adalah lantikan.

"Sekarang 13 daripada 20 yang dipilih telah meletak jawatan, dua lagi meninggal dunia, seorang keluar parti (Azmi Mohamad) dan seorang lagi dipecat (Ketua Penerangan, Ibrahim Mahidin). Jadi, yang tinggal hanya tiga orang iaitu saya, Abdul Khalid serta seorang AJK iaitu Faridah Abdul Rahman. Mengikut Perlembagaan PKR, bahagian ini boleh dibubarkan kerana tidak cukup ahli," katanya.

Menurut Arshad, peletakan jawatan beramai-ramai dibuat kerana AJK telah hilang kepercayaan dan kecewa dengan kepimpinan Abdul Khalid yang tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua.

Jelasnya, AJK bahagian juga berasa terpinggir dan diabaikan kerana sejak 14 bulan lalu, tiada mesyuarat diadakan menyebabkan aktiviti dan gerak kerja tidak dapat dilakukan.

Malah dakwanya, PKR Bahagian Kuala Selangor tidak mempunyai pejabat pentadbiran sendiri sebaliknya menggunakan kemudahan Pejabat Kerja Menteri Besar di Pekan Ijok yang dibiayai oleh kerajaan negeri.

"Abdul Khalid juga mula mewujudkan jurang dan tidak percayakan AJK yang dilantik, bersikap diktator, angkuh, membawa gaya pentadbiran autokrasi dan langsung tidak mengambil inisiatif untuk memperkukuhkan parti walaupun ada ahli keluar parti.

"Segala pengorbanan, tenaga dan penat lelah AJK di awal penubuhan parti sehingga berjaya merampas Selangor daripada Barisan Nasional (BN) juga tidak dihargai. Ini bukan rintihan kami sebagai AJK sahaja malah juga sebagai penyokong PKR," kata beliau.

Sehubungan itu kata Arshad, pembubaran itu diharap dapat mengubah kepimpinan bahagian tanpa Abdul Khalid. - UTUSAN MALAYSIA



1 comment:

Anonymous said...

pelik saja hak pembangkang ni
pencadang jah tak pelik....
nak wat gertak lagu mana
paku pendek
tiang berlubang