Wednesday, January 20, 2010

MUNCUL KEMBALI (639)

Kalau Umno 'cepelag', Pas akan kembali kuat di Kelantan

KALAU ibarat dahan pohon pauh, kerajaan dan Pas Kelantan (sekurang-kurangnya pada penilaian saya) kini bukan sahaja umpama dimakan 'ggobek' tetapi sudah mumut dan rapuh yang bukan sahaja mudah patah kalau direpih tetapi kalau kena kentut Hasbon@Mat Jin Sipol (bekas askar) gu sekelas saya semasa di sekolah Arab dan di Maktab Kadir Adabi dulu pun boleh 'patah pengga' dan jatuh berjelabak.

Sorry Bon, kawe ppecah tembelang demo. Masa kawe dan pemanjat pergi panjat 'sseto', duku dan dokong demo baru-baru ni (setelah lebih 20 tahun kita tak berjumpa), nampaknya kehebatan demo berkentut masih belum ada yang boleh pecah rekod. Demo senjah urat mano yang boleh berkentut dengan bunyi kuat dan boleh ditembak berkesinambungan berpuluh das berturut-turut. Jarang yang boleh buat macam demo.

Berbalik kepada kerajaan dan Pas Kelantan. Bagi saya dengan apa yang sedang berlaku sekarang menjadikan kedudukannya amat mumut dan rapuh dalam menghadapi pilihanraya umum ke-13 nanti. Kalau mampu bertahan juga, maknanya ianya adalah sesuatu yang amat luar biasa. Saya bukan bermaksud mendahului takdir, tetapi jika dipadankan dengan keadaan semasa, adalah amat mustahil untuk kerajaan Pas mampu bertahan.

Saya yakin lebih banyak lagi pekung Pas akan pecah, bukan sahaja hasil kerajinan dan kekreatifan Kickdefella berblog tetapi lambat atau bangat, Abe Haji Annual Bakri Haron juga akan melepaskan bom dan peluru berpandunya bila selesai mencari dan menghitung jumlah kesilapan dan dosanya kenapa setelah dijemput datang ke gelup Kerajaan Pas, akhirnya beliau ditenjah keluar dengan muka menonye selepas diberi 'kentut kepal'.

Saya yakin sebagai seorang 'orang', Annual tidak akan dapat memalaikatkan dirinya. Tidak mungkin dia dapat terus tawarkan perut pedal serta dapat memujuk hati dan perasaannya. Mahu tidak mahu rasa terhina akan menyerkup dan menjiban-wankan hati dan perasaannya setelah beliau cukup setia dan gigih lagi ketagih memberikan perkhidmatannya.

Lagi pun beliau bukan seorang yang tamada atau kelaroh walaupun ada yang mempersendakan perwatakkannya, terutama gaya rambutnya dan bahasa-bahasa penulisannya yang rata-rata puitis dan bombastik. Beliau bekas seorang pegawai tadbir dan diplomatik (PTD), bekas D.O. Cameron Highland dan diberi tugas menulis teks titah ucapan Sultan Pahang sepanjang berkhidmat di Pahang.

Sebelum mufarakah dari PTD, beliau adalah seorang pegawai penting di Kementerian Kewangan semasa mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini Penasihat Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut menjadi Menteri Kewangan. Seingat saya Annual kanja dari perkhidmatan sebagai PTD selepas Anwar dinyahkan dari kabinet dan Umno.

Tenjahan keluar Annual pada saya menjadikan kerajaan Pas yang sudah berkurap semakin dikronikkan oleh kurapu, menjadikan pengidap tidak akan berhenti menggaru bukan sahaja semasa dalam keadaan jaga, tetapi juga dalam tidur. Pas sukar untuk temui ubat bagi mengubati pelbagai penyakit yang semakin memborak.

Bomoh Pas yang kerana kehebahan perbomohannya bukan sahaja kena disediakan dadar bertih dan ayam panggang berlori-lori banyaknya tetapi juga kena sediakan 100 ekor kerbau panggang sekali pun tidak mungkin mudah mengubati dan memulihkan Pas. Hanya kecepelagkan Umno sahaja akan menjadi penawar kepada Pas.

Cepelag dan kecepelagkan orang Umno 'lah yang kini ditunggu-tunggu oleh Pas sebagaimana seorang budak dikatakan secara bergurau telah mencadangkan kepada seorang pakcik yang buruk kakinya kerana kencing manis telah mencadangkan supaya ditampal 'apas' budu. Budak itu berpesan supaya pakcik kena bertahan, kalau gatal atau pedih pun jangan garu, jangan dibuang 'apas' budu yang ditampal itu.

Percayakan budak itu, pakcik berkenaan tanpa prejudis melakukan apa yang dicadangkan. Lagi pun sebelumnya pelbagai ubat telah digunakan tetapi kakitnya semakin betambah buruk. Khabarnya pakcik berkenaan ambil 'apas' budu Pengkalan Batu. Gatal dan pedih tidak boleh digambarkan tetapi ditahan juga kerana kata budak itu kalau nak sembuh, pakcik kena sabar, lagi pun sabar itu separuh daripada iman.

Kebetulan penampalan 'apas' budu pada kaki buruknya telah memberi kesan. Buruk pada kaki mula kering dan akhirnya sembuh seperti sediakala. Setelah kakinya sembuh, pakcik tadi datang mencari semula budak yang mencadagkannya supaya mengubati kaki buruk kerana kencing manisnya menggunakan 'apas' budu.

Dari jauh pakcik itu melaung memanggil budak itu supaya datang dekatnya apabila pakcik itu nampak budak berkenaan sedang terbongkok-bongkok mennjerkap ikan di petak sawah.


Menyangkakan pakcik itu marah kerana menjadi mangsa kelentongnya, budak itu lari dan pakcik mengejarnya. Dalam berlari, budak itu kehairnan macam mana pakcik yang asalnya berjalan berdincut-dincut boleh berlari mengejarnya dengan begitu cedas.

Kerana dia sendiri sudah keletihan berlari, dia pun berhenti dan bersedia untuk dimarahi. Tetapi alangkah leganya budak itu apabila pakcik itu rupanya bukan marahkannya tetapi berterima kasih kerana kononnya telah mencadangkan ubat yang sangat mujarab dan mustajab.


Budak itu ternganga, kaget dan terkejut. Niat hati mahu kenakan pakcik berkenaan, tetapi apa yang berlaku diluar jangkaan. Apa yang berlaku itu patut Umno jadikan iktibar kerana dalan keadaan Pas mustahil mampu mempertahankan kedudukannnya di Kelantan, mungkin akan kembali jadi kuat dan hebat kerana kecepelagkan Umno melalui program atau gerak saraf yang diharapkan akan memberikan hasil yang positif tetapi sebaliknya negatif jadinya.

Pada saya langkah berdiam diri dan membiarkan Pas terjun dengan labu-labunya tanpa Umno cepelag, ghairah dan kemaruk untuk memaipulasi apa yang sedang berlaku kepada Pas adalah lebih melabakan Umno dari menganjurkan ceramah bertemakan Pas Mengkhianati Rakyat dan sebagainya.

Dengan kata lain, dalam keadaan sekarang Umno Kelantan tidak perlu buat ceramah penerangan, kecuali dalam edah pilhanraya umum ke-13 nanti. Puji apa yang Pas sedang buat, lebih baik dari mengeji. Rakyat akan terima kempen tuntut royalti kerana rakyat tahu kalau diberikan kepada kerajaan Pas Kelantan, sebanyak RM800 juta akan dibayar tuntutan ganti rugi kepada Timbermine Sdn Bhd.

Baki RM200 juta lagi adalah bagi membayar harga pelbagai kesilapan yang dibuat. RM1 bilion adalah merupakan suatu jumlah kewangan yang amat diperlukan bagi membuat plbagai pembayaran dan pastinya ianya tidak akan sampai kepada rakyat. Ianya akan lebih terjamin untuk pembiayaan keperluan rakyat jika wang ehsan disalurkan melalui JPP kerana RM1 bilion bukanlah satu keperluan terdesak kepada kerajaan pusat.

Memberi sejumlah wang kepada orang yang sudah sedia kena digunakan bagi membayar apa yang patut dibayar, akan jadi umpama mencampak sesudu gula ke laut yang mana tidak mungkin air laut akan bertukar menjadi manis kerananya dan umpama mencampak segenggam garam ke sungai yang tidak mungkin akan masin airnya.

Saya setuju dengan Tun Salleh Abbas, rakyat tidak 'bodo' dan tentulah rakyat yang tidak 'bodo' tidak boleh diper'bodo'kan. Kerana itu sama ada Pas atau Umno jangan sekali cuba memper'bodo'kan rakyat kalau tidak mahu berlipat-sirat.

10 comments:

Ahli Umno Libral said...

Aku setuju dengan MKJ, klu Umno nak kembali memerintah Kelantan, orang Umno jange cepelag, orang Umno kena jadi penonton tinju, gusti, silat jatuh dan tomoi sesama Pas yang kadang-kadang sampai tumbuk kamkang.

Kalu patut ketawa Umno ketawa, kalau patut sorok Umno sorak, kalau patut kepal tangan geram, kepallah tangan tetapi jangan gocoh.

Biar Pas samo Pas bergomol sama sendiri sampai lembik lotek dan munah ija gi, Umno jangan ok kutip ambik ccaro.

john said...

yo lo ko?...ambo harap hok abe li tafsir tu mewakili majoriti hok sokong pas baru ni....?..tapi buleh dok di terjemoh dalam peti undi ke 13 nanti?..

hahaha...kepada umno kelate..demo nok suruh mimpi perintoh kelate jadi realiti mudoh jah...suruh tok pa nga awe 'cerut' adek sokong kerajae negeri tuntut royalti....mudoh jah!

tapi kalu dae dok bodo rakyat kelate pasal royalti tu, selamo tu lah payoh nok buleh umno peritoh kelate..bui lah hujoh lagu mano pun

Ambo 'paste' tajuk ni jah:

Royalti Minyak Kelantan : Menteri tak tau undang-undang jangan dok sibuk, rakyat bukannya bodoh : Tun Salleh Abbas

buleh baco dalae M'insider..kepado abe li hok dok napok kelemahae kerajaae negeri melalui hujoh utusae dan berito hariae..tulong ulas pasal tajuk tu...kae abe li penulis bebas...

john kontroversi!

pokyakgawah said...

Bersedia untuk naik minyak

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan 1Malaysia akan memperkenalkan mekanisme harga baru petrol sebelum bulan Mei ini.

Menurut beliau Majlis Ekonomi Negara akan menentukan sama ada harga petrol akan naik atau sebaliknya. Berdasarkan perkembangan harga semasa di pasaran dunia, harga petrol terus menunjukkan peningkatan.

Jadi pengumuman kerajaan sebelum Mei nanti sudah boleh dijangka, harga minyak akan naik! Kecualilah, kalau betul-betul rakyat didahulukan dan gimik menjadi juara rakyat diutamakan maka harga minyak akan turun.

Bila harga minyak naik maka faham-fahamlah, harga barang akan melambung dan seterusnya inflasi akan meningkat. Tetapi yang peliknya, menteri yang sama kelmarin berkata harga barang dijangka tidak naik lagi selepas ini.

Tak tahulah siapa penasihat ekonomi menteri ini atau menteri ini memang tak belajar bab ekonomi.

Bila harga minyak naik, kita wajar beterima kasih kepada kerajaan 1Malaysia kerana berterusan menjaga kebajikan rakyat agar kita terus berterima kasih dan mengundi parti juara rakyat ini pada pilihanraya umum akan datang.

Maka semua rakyat di negara ini perlu bersiap sedia untuk naik minyak!

Anonymous said...

meli cepelag abih doh
sapa ko ketut kepal...
berahi demo li
guano gamok
ore alik sano

Anti Al-Liwati Al-Juburi Al-Taiki said...

Aku rasa orang Umno Kelantan kena pakai buah Meli. Dia buwi pandangan tanpa ada kepentingan mana-mana parti politik.

almongolia alnajibun said...

mungkinkah Pemberian COLA Akan Ditarik Balik ?

"
Saya telah menerima berita yang bertaraf khabar angin ini dua minggu yang sudah, namun belum mahu mendedahkannya di blog edyesdotcom. Tetapi apabila saya mendengar khabar yang serupa dari sumber yang berlainan, maka saya laporkan di sini ; Bantuan Sara Hidup (COLA) berkemungkinan ditarik balik.

Waubagaimanapun, saya ingatkan bahawa berita ini masih di bawah status khabar angin dan menyeru agar semua kakitangan kerajaan lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.


Kerajaan Najib yang masih pekat dengan 'syndrom denial'nya tidak akan mengaku kalah. Kerajaan Najib ingin ditafsirkan sebagai sebuah kerajaan yang berjaya dan berduit walaupun timbul isu pengurangan subsidi gula serta kemungkinan kenaikan harga minyak. Liabiliti kerajaan dikurangkan dan rakyat menjadi mangsa bertepatan dengan cogankata - Rakyat Didahulukan.

Ketirisan dalam pengurusan yang kini semakin menjadi-jadi semakin merugikan pihak kerajaan selain hanya menguntungkan proksi dan cukung darat. Kerugian demi kerugian ini akhirnya ditanggung oleh rakyat setelah GST diperkenalkan kelak. Banyak isu ketirisan yang masih lagi tidak ditebus, antaranya termasuklah isu 12 Bilion PKFZ, isu komisen ratusan juta pembelian Sukhoi dan Scorpene, termasuk juga isu projek hospital yang kosnya naik dari 300juta kepada 500juta. Inilah ketirisan yang akhirnya ditanggung oleh rakyat jelata - Kenaikkan harga gula dan harga minyak dan seterusnya 'rantaian beraksi' kenaikkan harga barang.

Kerajaan juga begitu gah mengumumkan penyertaan pasukan F1 Malaysia yang menelan belanja sebilion untuk semusim perlumbaan. Nama pasukan yang sepatutnya adalah Pasukan Lotus F1 Malaysia Racing Team kerana ini adalah antara matlamat Najib dalam menyertai pertandingan mewah ini, tetapi nama pasukan tersebut ditukar kepada Lotus F1 Racing Team. Pelumbanya pula adalah pelumba import dengan Fairuz Fauzi memanaskan bangku simpanan untuk sepanjang musim.

Pernah rakan saya membantah pendirian saya dengan mengatakan penyertaan pasukan F1 Malaysia dibiayai oleh 4 syarikat gergasi Malaysia antaranya termasuklah Air Asia dan Kumpulan NAZA yang melibatkan sejumlah RM500juta. Di manakah liabiliti kerajaan? Maka saya jawab, RM500juta itu sememangnya dari konglomerat swasta, tetapi kerajaan juga kehilangan RM500juta yang berbentuk cukai! Sudah pasti konglomerat yang sponsor sejumlah RM500juta akan dilupuskan cukainya dalam jumlah nilai yang sama! Inilah ketirisan terancang.

Kini, setelah tertiris di sana sini, maka giliran kakitangan kerajaan pula menjadi korban dengan pemberian nafas COLA yang bakal ditarik balik... Kemungkinan yang dirancang..."

Anonymous said...

ambo setuju dgn abe li, ambo dulu sokong pas tp tuhan tunjuk ko ambo jalan hok benar dan salah telah berlaku pd ore pas, tuhan telah menunjukkan munafiknya ore hok ado ilmu agama, jelas pd ambo jd pas ambo tolak 100%, UMNO belum tentu ambo pilih lg.

Mungkin PR 13 ambo tok ngundi, tak tahu lg, hok ambo tahu pas nipu dgn kata2. Nik Aziz dok tok biso doh sbb dia kecek tebalik, ramai doh dok kutuk, kentut dio napok gaya bahagia saja ore hok kutuk dio tak dok keno tuloh puuung.

Kalu UMNO nok mene ikut kata meli
sbb ore kelate ni mudah terbalik sokong sbb dlm diri ore kelate ado emosi banyok, kena gosok, kena kecek beralus, hok ni yg kure pd UMNO. Macam PR11 dulu dato pha tadok pung gembar gembur kata nok kempen perintah kelate ko apo2, senyak sunyin tapi kalah sikit jor.

Haa buat lagu tu kalu UMNO nak mene jgn ikut propaganda Datuk Nuar bukit marok tu dulu, sapa bilo Umno tok mene kalu dok buat kempen nak takluk kelate pah tu dok soho dlm media- jange buat lagu tu, ore kelate mudah nyetok.

Dialah Yang Awal Yang Zahir Yang Batin Yang Akhir

Gemuloh Pakcu Mail Sg Petai

joostspring said...

john..

demo otak ko??...hohohohoho

hok kena sydrom denial ni org serupo john dan penjilat selipar jepun nik ajis..hahahaha

john..

demo jela ko royalti sgt gak undi umno la PRU13 nanti..hahahahaha

pemimpin2 pas ni kelas2 bodo blaka..buleh duit royalti nya habis amik make ko tok2 seban dan jubah..mulut arif fahmi pun duk nganga jah nak bahe duit royalti..huse muse duk main nusuk belake jubah nik ajis,duk nanti duit kopi..

hahahahahahaha

Abuzar said...

Kadang2 setuju jugak dengan MKJ ni.... kita kena tukar corak budaya politik dinegara ni... kepada ...BANYAK BERKHIDMAT & MENYUMBANG dari BANYAK BERCAKAP & TEMBERANG.....

Rakyat perlu tolak semua bentuk perjuangan "kepuakan" .... kita pilih berdasarkan KEWIBAWAAN & AKHLAK MURNI ... yang mampu menghargai hak rakyat & negara.

Tok Bomoh Uluran Kronik said...

Saya rasa MKJ ikhlas. Sebagai orang tua (lahir tahun 1956, makanya dah 54 tahun usinya) dan sebagai pengamal media dia bergaul dengan semua orang.

Beliau adalah antara yang menyokong kerajaan perpaduan. Kalau boleh MKJ patut buat satu artikel, kenapa beliau sokong kerjaan perpaduan gagasa Haji Hadi. Ada beberapa tulisannya sebelumnya saya nampak beliau banyak bidas Haji Hadi yang baginya agresif.

MKJ lebih tidak pernah pangkah Datuk Dr Harun Din, banyak melihat kemolekkan Dato' Abdul Halim Abdul Rahman, kuat menyokong TGNA tetapi kini banyak menyanggah pula. MKJ patut jelaskan sebabnya kerana tidak akan berlaku sesuatu tanpa sebab dan musabab.