Thursday, January 21, 2010

MUNCUL KEMBALI (640)

Tokoh dalam bidang lain tak semestinya tokoh dalam politik

KEMELUT yang berlaku di Selangor yang menyaksikan Pengerusi Badan Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga Menteri Besar Pakatan Rakyat (PR) negeri berkenaan gugur sebagai Ketua Bahagian PKR Kuala Selangor membuktikan bahawa menjadi orang politik dan ketua kerajaan bukan seperkara yang mudah.

Ketokohan dan kehebatan Khalid dalam bidang pembinaan ekonomi pasti tidak ramai yang berani mempertikaikannya. Bila teringatkan Amanah Saham Nasional (ASN), maka pasti setiap orang mahu tidak mahu akan teringatkan namanya. Labur RM10, nilai saham khusus untuk Bumiputera itu secara otomatik menjadi RM100. Ramai Bumiputera yang bertukar status standard hidup kerana jasa beliau berhubung dengan ASN.

Tetapi sebagai ahli politik dan menteri besar, beliau kelihatannya gagal untuk mempraktik dan merealisasikan kehebatan dan ketokohannya dalam membina, membangun, mendewasa dan mengahkan ASN dalam kerjayanya sekarang. Mudah cakap, bidang politik dan ketua kerajaan bukan bidang Khalid, itu hakikat yang kena diperakui olehnya serta para penyokongnya.

Kerana terjun dalam bidang yang tidak sepatunya menadi bidang untuknya menyumbangkan kehebatan dan ketokohan untuk faedah negara menjadikan beliau yang dikagumi dan disayangi kerana ASN, kini bukan sahaja ada musuh di kalangan parti lawan kepada parti yang dianutinya tetapi beliau juga mula ada musuh dari dalam parti sendiri, mala tidak mustahil dari dalam kerajaan terajuannya dan juga dalam pejabat menteri besar tu sendiri.

Responnya kepada kemelut yang menyebabkan beliau sekarang dalam keadaan menjadi ketua perhubungan tanpa menjawat jawatan ketua bahagian kerana bahagiannya hilang kepercayaan terhadapnya, yang mana beliau mahukan mereka yang berhasrat mahu meninggalkan PKR supaya berbuat demikian dengan segera, terbukti responnya tidak ada unsur-unsur 'seni politk' dalam berpolitik.

Pada pendapat saya, responnya itu bukannya ibarat api yang mula menyala disimbah air untuk memadamkannya tetapi dicurah dengan segala macam minyak dan dibubuh dengan timbunan kayu, menjadikan api bertambah marak dan boleh membakar hangus dirinya dan kedudukannya. Keadaan itu berlaku kerana beliau tidak mempunyai 'bakat'. 'patat siput' dan 'seni' dalam berpolitik.

Sifir politik tidak semestinya 2 X 5 = 10. Jawapannya boleh jadi seratus, seribu, sepuluh ribu, seratus ribu, sejuta, sepluh juta, seratus juta, sebelion, sepuluh bilion, seratus bilion, setrilion dan betri-trilion. Yang putih dalam seni politik boleh jadi hitam dan yang hitam boleh jadi putih. Yang wangi boleh jadi busuk manakala yang busuk pula boleh jadi wangi.

Secerdik, sehebat dan setokoh mana pun seseorang itu dalam bidang ekonomi, akademik dan sebagainya belum tentu ianya mampu menjadi tokoh politik yang hebat. Kerana itulah sejarah mencatatkan, kepimpinan negara diterajui oleh orang politik yang terpaksa metong-sampahkan kehebatannya dalam bidang-bidang yang lain, termasuk dalam bidang keagamaan bila menjadi orang politik.

Belum ada dalam sejarah Malaysia khususnya, pemilik Ph D sebagai lambang puncak kebijaksanaan dan kehebatan keilmuan seseorang tokoh, yang dilantik menjadi perdana menteri dan timbalan perdana menteri atau menjadi jumlah majoriti anggota kabinet. Kalau ada pun hanya setakat menteri, tetapi bilangannya sangat kecil.

Kebanyakannya menjadi timbalan menteri dan setiausaha parlimen ketika jawatan setiausaha parlimen belum lagi dimansuhkan pada era keperdana-menterian Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi dan masih ditiadakan pada era keperdana-menterian Datuk Seri Najib Tun Razak, yang mana timbalan menteri atau setiausaha parlimen berPh D itu lazimnya bermenterikan, yakni berbosskan tokoh yang tidak memiliki Ph D.

Seingat sayalah, satu-satunya menteri besar yang ada Ph D ketika menjadi menteri besar adalah bekas Menteri Besar Perlis, Tan Sri Dr Abdul Hamid Pakwan Teh. Yang lain setakat memiliki BA atau paling hebat pun cuma MA sahaja dalam bidang-bidang pengajian yang terpaksa ditong-sampahkan ilmu pengajian dalam menjalankan tugas atau mengamalkan cara hidup atas nama orang politik.

Justeru, kalangan pakar dan tokoh dalam pelbagai bidang sama ada ekonomi, akademik, keagamaan, perubatan, sains, angkasa lepas dan sebagainya, perlu berfikir bertrion kali sebelum mengambil keputusan menjadi orang parti politik atau pun apabila ditawarkan sebagai orang parti politik kerana bila melangkah masuk ke gelanggang politik bermakna diri diletak di dalam keadaan di belakang api di depan duri, di kanan muncung peluru scud atau patriot di kini pula penuh dengan periuk api.

4 comments:

Bakal Tinggal PKR said...

Kerana dalam politik orang tidak berilmu memimpin orang yang lebih berilmulah, maka berlaku politiking dalam semua perkara, amalan demokrsai tidak dihormati.

Budak-budak Tadika pun dijadikan mangsa politik.

Khalid Ibrahim tak akan lama berada di kerusi MB, dia terpaksa menerima nasib yang sama dengan Nizar yang masih dok gilo sakok sampai lloni.

Bakal Blogger Pakai Lambang Seligi Batang Nibong said...

Mulut 'cepelag' (pinjam ayat Meli), bila terkapik dan mahu lepaskan diri, maka media yang dipersalahkan.

Sesama manusia bole la kelentong tetapi Allah nampak apa yang tersembnyi di hati.

Nik Aziz marah laporan ‘cah keting’
22/01/2010 5:49pm

KOTA BHARU 22 Jan. - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berang dengan laporan berlakunya ‘cah keting’ atau cantas mencantas dalam Pas sebagaimana yang tersiar dalam media minggu ini.

Mursyidul Am Pas itu dalam nada yang keras menegaskan bahawa beliau tidak pernah berniat untuk menyebut ia berlaku dalam Pas sebaliknya mengatakan ia wujud di semua peringkat dalam masyarakat termasuk dalam parti lain.

Katanya laporan yang hanya mengaitkan parti itu dengan 'cah keting' adalah tindakan yang bersifat ‘khianat’.

“'Cah keting' tak semesti ada dengan Pas, tidak ada niat sedikit habuk saya sebut Pas ni ada 'cah keting.

“'Cah keting' laki bini (suami isteri) ada 'cah keting', kenapa tuju kepada Pas sahaja, laki bini cerai sebab cah keting lah, bini nama Limah, ngorat Mek Jenab, akhir jadi cerai, cah ketinglah tu orang panggil. (Media) tak sebut.

“Dalam syarikat kongsi empat, lima orang lama-lama bankrap, kerana apa, ada seorang cah keting, (tetapi) tidak sebut pun, sebut-sebut Pas,” katanya ketika mengampaikan kuliah mingguan di perkarangan Pejabat Perhubungan Pas Negeri Kelantan hari ini. - Utusan

CIKGU BAHASA said...

laki bini cerai sebab cah keting lah, bini nama Limah, ngorat Mek Jenab, akhir jadi cerai, cah ketinglah tu orang panggil.....

BUKAN LAGU TU MAKSUD SEBENAR 'CAS KETING'. YANG BABITKAN KETING NI ADA DAUA: 'CAS KETING' DAN 'KADAH KETING'.

'CAS KETING' MAKNANYA 'SABOTAJ' ATAU MENJATUHKAN SESEORANG SECARA KHIANAT. MANAKALA 'KADAH KETING' IALAH JATUHKAN ORANG.

'CAS KETING; KALAU DALAM PERMAINAN BOLA, KAKI LAWAN DISEPAK DI SEBELAH BELAKANG MANA 'KADAH KETING' PULA IALAH KAKI DIULUR DI CELAH KAKI LAWAN BERTUJUAN UNTUK MENJATH-TIARAPKAN LAWAN

aYAM sSUMBAT said...

Ini pula laporan BERNAMA

Nik Aziz Bidas Media Perbesarkan Isu "Cah Keting"

KOTA BAHARU, 22 Jan (Bernama) -- Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat Jumaat membidas media yang menurutnya telah memperbesar-besarkan isu "cah keting" atau tikam belakang dalam parti itu sedangkan fenomena itu turut wujud dalam parti-parti politik lain.

Menteri Besar Kelantan itu berkata media juga telah salah tafsir saranannya dalam kuliah Jumaat minggu lepas supaya umat Islam mendoakan perlindungan daripada tuhan supaya parti itu dijauhi niat manusia yang ingin berbuat khianat atau menikam belakang.

Beliau percaya semua itu dilakukan dengan tujuan dan niat jahat untuk menimbulkan konflik dalam parti itu.

"Tindakan itu memperlihatkan seolah-olah tidak berlaku cah keting kepada pihak parti politik lain, termasuk Umno sendiri," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Medan Ilmu, di sini.

Pada Sabtu lepas, Mursyidul Am PAS itu mengakui budaya "cah keting" wujud di mana-mana, termasuk dalam PAS sendiri dan ia bukanlah merupakan perkara baru dalam mana-mana pertubuhan politik. -- BERNAMA