Friday, January 22, 2010

MUNCUL KEMBALI (642) - DIKEMASKINI DENGAN PEMBETULAN EJAAN

Tok Guru jangan 'cepelag'

HAMPIR semua akhbar harian hari ini melaporkan tentang keberangan Mursyidul Am Pas, Dato' Haji Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan ekoran laporan 'cas keting' yang kononnya secara niat jahat, diperbesarkan.

Dalam siaran berita sebuah saluran televisyen, di SOTkan (istilah yang digunakan dalam kewartawanan penyiaran, ringkasan dari sound on tape, yakni siaran rakaman sumber) beliau berkata budaya 'cas keting' bukan baru, tetapi ianya berlaku sejak zaman Nabi Adam a.s. lagi.

Kenapa 'cas keting' ditujukan kepada Pas sahaja kalau bukan kerana berniat jahat terhadap Pas. Itu yang dipersoalkan dan yang menjadi keberangannya, sekaligus mengulangi taktik dan teknik streotype lagi klise untuk lepaskan diri bila tersepit dan terkapik dengan diembas atas batu jemala media.

Beliau seolah-olah sama macam saja dengan tanggapan kebanyakan orang Pas yang menyangka orang media jahil dan tak reti agama, tak tahu dosa pahala belaka, walhal ramai di kalangan pengamal media yang jauh lebih berpengetahuan ilmu agama dari orang Pas sendiri. Sama ada di Utusan, Berita Harian atau stesen radio dan tv, ramai di kalangan petugasnya adalah lepasan universiti Timur Tengah.

Tengok pada sejarah kelahiran akhbar-akhbar di Tanah Melayu (kini Malaysia), bukankah ianya diasaskan oleh mereka yang mendapat pendidikan di Timur Tengah, termasuk yang mengasaskan penubuhan Utusan Malayu, yang menerima hakikat bahawa titisan tinta sama nilainya dengan titisan darah para syuhada.

Media adalah umpama anggur. Media juga umpama nira atau tuak nipah, tal dan juga nyior. Anggur boleh dimakan dalam bentuk segar atau dijeruk buah mudahnya tetapi ada yang memprosesnya menjadi arak.

Demikian juga dengan nira/tuak, ia boleh diminum dalam bentuk segar, dibuat cukai atau dijadikan tuak masam yang memabukkan. Sama ada anggur atau nira/tuak, ianya akan terbentuk dengan wajah yang mahu diproses dan matlamat kegunaannya untuk apa.


Demikian juga dengan media, ianya bergantung kepada bagaimana ianya mahu digunakan. Kerja media adalah melaporkan apa yang menarik untuk dibaca, ditonton dan didengar.

Kerana itu sering para penceramah kewartawanan dalam ceramah kepada bakal-bakal wartawan dan penulis akan berkata kalau anjing atau kucing gigit orang, ianya bukan lagi sebuah berita yang menarik kalau dilaporkan.


Tetapi kalau oran gigit anjing atau kecing ianya akan menjadi amat menarik. Kalau gajah pijak orang sampai jadi lepeng bukanlah satu laporan yang menggemparkan, tetapi kalau ada orang yang boleh tampar gajah sampai gajah jadi 'mmutar itek' ianya pasti akan dijadikan tajuk utama kerana apa yang mustahil dan tidak patut berlaku telah berlaku.

Sebagai pengamal media sejak tahun 1973, barangkali kalau pun tidak mengaji khusus bidang kemediaan sampai ke universiti tetapi pengalaman kira-kira 30 tahun dalam bidang berkenaan sama ada media cetak atau elektronik, menjadikan dunia kemediaan adalah merupakan antara kehidupan saya, setidak-tidaknya saya boleh kenal rentak dan hujung jatuh sesebuah laporan.

Sama ada sebagai petugas atau ketika saya sebagai ketua pengarang dan penerbit akhbar mingguan dan majalah bulanan (nota: Mingguan Wasilah sudah saya pindah milik kepada saudara Yusri Yusoff kira-kira setahu nyang lampau, yang masih dibawah syarikat saya sekarang adalah Mingguan Konsep/Konsep Era Angkatan dan majalah Wasilatul-Ummah), petugas kena cari bahan paling baru untuk dimaklumatkan kepada pembaca.

Tidak hairanlah kalau 'cas keting' menjadi pilihan untuk diutamakan oleh para petugas media dalam membuat laporan dari sekian banyak butiran kuliah/ucapan Dato' Nik Aziz kerana beliau sendiri yang menyebutnya. Bila didoakan agar Pas dibabahkan dari amalan 'cas keting', maknanya amalan itu ada berlaku dalam parti itu.

Orang tidak akan jumpa tukang urut uluran setiap minggu kalau tidak mengidapi penyakit yang boleh menyebabkan bahagian-bahagian tertentu akan sengal dan sengalnya pula sampai bawa ke otak dalam kepala bila tersentuh atau disentuh.

Soalnya kenapa Dato' Nik Aziz menyebutnya di depan umum, di tempat terbuka, bukannya dalam mesyuarat tertutup kalau ianya tidak mahu disebarkan kepada umum?


Maknanya ada sikap 'cepelag' Dato' Nik Aziz dalam bercakap. Sepatutnya kalau beliau merasakan apa yang disebut tidak mahu dijadikan bahan maklumat untuk pengetahuan umum oleh media, beliau kena sebut 'off rekod' atau minta tolong barang ni jangan dibawa keluar dari majlis kuliah ini.

Dengan itu orang media akan faham dan tidak akan laporkannya, kecuali yang tidak reti etika kewartawanan. Seandainya yang disebut '
off rekod' dilaporkan juga, pelapor dan media yang diwakilinya boleh disaman.

Bidang kemediaan ini sebenarnya dikelilingi oleh etika dan displin yang tinggi. Yang langgar etika adalah mereka yang tidak buat persiapan untuk jadi orang media. barangkali kerana menjadi orang media kerana secara kebetulan.


Setiap akhbar pula dilahir dan digerakkan dengan tujuan dan matlamat tertentu. Lazimnya media arus perdana akan mendukung kerajaan yang memerintah. Kerajaan pusat pada masa ini adalah adalah dari Umno/BN, maka media arus perdana akan mendukung Umno/BN.

Pihak pembangkang tidak boleh mengharapkan laporan yang baik dan molek untuk mereka dari akhbar arus perdana sebagai kerajaan tidak boleh mengharapkan laporan yang baik dan molek tentang kerajaan dari media berhaluan kiri.


Senang cakap, cuba tengok akhbar Harakah, Suara Keadilan dan Mingguan Konsep (terbitan syarikat saya sendiri) serta blogger-blogger pro pembangkang/berhaluan kiri, mana ada secalit yang molek tentang kerajaan ditulis dan, dilapor dan diulas.

Semua yang dilaporkan buruk-buruk belaka. Walhal sebagai sebuah kerajaan yang berpengalaman selama 52 tahun, tak 'kanlah kerajaan begitu busuk dan memualkan sedangkan dapat dilihat dengan jelas beza negara 52 tahun yang lampau dengan sekarang, juga jika dibandingkan dengan negara-negara lain yang lebih awal merdeka dari kita.


Kenapa berlaku sedemikian? Jawabnya kerana media berhaluan kiri juga ada tujuan untuk membangkitkan penentangan terhadap kerajaan dan memberi sokongan kepada pembangkang.

Dato' Seri Najib Tun Razak dan anggota kabinetnya pasti tidak mengharapkan julangan dari Harakah, Suara Keadilan, Mingguan Konsep, Mingguan Wasilah dan juga blogger-blogger berhaluan kiri.


Kenapa akhbar dan blogger haluan kiri dibenarkan beroperasi sedangkan permit penerbitan akhbar kerajaan yang kawal? Jawabnya supaya dapat dicari kesalahan dan kecacatan kerajaan untuk dibaiki.

Akhbar arus perdana tidak mungkin mendedah kelemahan, kecacatan dan kesalahan kerajaan. Kalau ditegur pun akan berlapik. Juga sebagaimana parlimen, dewan negara memerlukan pembangkang, negara juga memerlukan media berhaluan kiri, bukan sahaja di negara kita tetapi juga di negara-negara lain di dunia ini.


Pas dan parti-parti pembangkang sepatutnya kena menganggap media arus perdana dan blogger pro kerajaan sebagai media dan blogger berhaluan kiri supaya segala kelemahan dapat dibaiki kerana akhbar berhaluan kiri seperti Harakah tidak akan menulis apa yang buruk tentang Pas, kalau perlu dituis juga, ianya akan ditulis secara berlapik.

Dari pemerhatian saya, apa yang sedang berlaku dalam kerajaan dan Pas Kelantan berpunca dari kecepelegkan Dato' Nik Aziz yang barangkali kerana terbuai oleh rasa terlalu berpengaruh ekoran pemujaan yang terlalu over.

Lihat sahaja gambarnya, ada di mana-mana. Ada yang yakin melihat gambarnya sudah mendapat pahala, Gambar-gambarnya diagih kepada umum lebih banyak jumlahnya dari gambar Sultan.


Saya sendiri merasakan betapa terpaksa memikul beban kecepelagkan Dato' Nik Aziz sewaktu bertugas dengan Urusetia Penerangan Kerajaan Pas Negeri Kelantan. Isu Allah pun mencarut, Allah samseng, sanggup bekerjasama dengan syaitan, Dr Mahathir tak reti baca al-Quran (yang kemudiannya beliau minta maaf) adalah kecepelahkan yang menterpaksakan pelbagai hujah dan alasan dicari unuk mempertahankannya.

Saya ingat lagi bagaimana resahnya gemulah Haji Wan Mohd. Jamil Wan Mahmood selaku Pengarah Urusetia Penerangan ketika itu menghadapi ke
cepelagkan Dato' Nik Aziz itu yang mana hampir keseluruhan wakil-wakil rakyat Pas tidak mengambil bahagian bagi mempertahankan Dato' Nik Aziz.

Sayalah yang dijadikan tempat berbincang untuk menghasilkan pelbagai jenis buku dan risalah, termasuk akhbar dinding yang ditanpa pada tepat-tempat yang mudah dikelih oleh orang ramai untuk mempertahankan kecepelagkan.

MC saya sering kena batal. Pernah saya tidak tidur sehari semalam kerana siapkan buku, bayangkan pernah tiga judul buku diterbitkan dalam sebulan sebulan. Saya yang cari isi, sunting, layout dan buat filem tiruan (untuk jimatkan kos) dan seterusnya dihantar ke percetakkan.

Ketika saya dan gemulah Wan Jamil berada di Langkawi pun masih juga kena urus hal-hal cetak buku dan poster khas dari sana kerana tidak mudah untuk meminta printing mencetak sesuatu buku, risalah atau poster dalam tempoh masa yang singkat. Saya ada sedikit sebanya pengetahuan dalam bidang percetakan dan akan menyedian bahan para cetak yang akan memudahkan dan merngankan kerja pencetak.


Pada saya supaya kerajaan dan Pas Kelantan tidak akan terus dilanda musibah demi musibah dan kemelut demi kemelut, Dato' Nik Aziz kena berhenti dari mudah cepelag bila bercakap.

9 comments:

john said...

Salam...Ambo tok leh eh..kalu tok komen..rasa lagi bosan joot...x po ah, untuk menghilangkan kebosanan artikel abe li..ambo ngomen lagi lah....

Tok guru cepelag?..tafsiran masing2! media kerajaan ulas lagu tu..abe li pun ulas lagu tu..ore media biaso ah..ambo?..ambil kot alih hok sumber alternatiflah...

mungkin abe li raso dio nok sedar doh kot..mugo dio dulu hok kuat dok pertahan 'cepelag' tok guru tu..baso dio doh itu memang peranan unit penerangan negeri (cepelag tu buleh gelincir akidah ko?). memang tugas dio doh. kalu raso tok kenan gak..tubit. tulis semula hok raso tok kena tu.

pado ambo selagi tok guru nik aziz ni tok melakukan perkaro2 yang syirik (dan insya'Allah TAK AKAN!) selagi tu lah kedudukan dio tok terjejas. Panggilah sapa pun dale M'sia ni hok biso2 bahagie penulisan srupo abe li ko, jootspring ko, zainuddin maidin ko..ceritolah pasal ke'cepelag'an tok guru,.tok terjejas punya kecuali geng2 umno je..tu pun mungkin ore umno sediri masih pandang tinggi lagi ko tok guru..(tok perlu nok paka perunding imej syarikat yahudi bayar rm20juta nok bersih imej!)

setakat ni, kelantan bawaoh nik aziz, m'sia bawoh 3 pm doh!..demo perasan dok joot?...mungkin sari duo ni yang kuat sangat dok hentam tok guru kes salah lantik menantu kot..aahh semua tu akan berakhir..kita tengok gapo lagi osoho geng2 umno nok buat?..dedah..sila tak dedah...panggil sprm tuh...

john teguh belakae tok guru!

POKYAKGAWAH said...

POLIS OH POLEH
KUALA TERENGGANU – Gelagat ‘penembak peluru hidup’ dalam Tragedi Batu Buruk Lans Koperal Wan Aziz Wan Omar di Mahkamah kadangkala melucukan malah adakalanya amat mengejutkan khalayak yang menjadi pemerhati.

Sepanjang perjalanan perbicaraan kes Tragedi Batu Buruk, pernah suatu ketika, Wan Aziz tiba-tiba menutup mukanya, apabila pihak mahkamah menyebut ‘Batu Buruk’, seolah-olah menangis.

Apabila ditanya, mengapa beliau bersikap begitu, katanya beliau amat sedih dan mahu menangis apabila mendengar nama ‘Batu Buruk’ disebut, kerana kononnya, terkenangkan peristiwa yang berlaku pada 27 September, 2007 itu.

http://buletinonline.net/images/stories/berita20/wanaziz1.JPG

Wan Aziz

Pada ketika yang lain, apabila ditanya berapa das tembakan yang dilepaskan beliau sewaktu menembak Suwandi dan Azman, beliau sambil menunjukkan aksi menembak kesemua arah, bang…bang…… bang…….

Ditanya lagi berapa das tembakan, katanya tak tahu berapa, sehingga pistol berbunyi; klek….klek….klek…..klek

Yang paling memeranjatkan, apabila disoal balas oleh salah seorang peguambela Fariz Irwan, berkenaan keadaan dirinya, beliau mengaku, tidak bersembahyang sewaktu kejadian dan tidak pernah mendirikan solat!

Selain itu, beliau mengaku mempunyai tabiat buruk suka meminum arak, namun katanya pada malam kejadian itu, beliau tidak minum.

Sesi perbicaraan Wan Aziz sebagai pengadu dan saksi kes Tragedi Batu Buruk tamat semalam, disambung dengan rakannya Korporal Che Azmi, sedang berlangsung di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu dan dijangka berakhir hari ini 20 Januari, 2010

john said...

Salam...

Ni so lagi 'cepelag' tok guru..abe li tok ser ulas ko...

Nik Aziz Nafi Rumah Kelantan Di Kuala Lumpur Dijual
KOTA BAHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan kerajaan negeri telah menjual Rumah Kelantan, di Kuala Lumpur bagi menampung kos pengurusan kerajaan negeri itu seperti didakwa oleh Ketua Umno Bahagian Kota Baharu Datuk Mohd Fatmi Che Salleh.

Sebaliknya, kata beliau, bangunan yang terletak di Jalan Conlay itu hanya akan dimajukan oleh sebuah syarikat di ibu negara dan kerajaan negeri mempunyai kepentingan dalam projek membangunankan semula bangunan itu. "Rumah Kelantan itu sebenarnya tidak dijual, tetapi akan didevelopkan (dimajukan) semula oleh sebuah syarikat dan kerajaan mempunyai kepentingan dalam projek itu," katanya kepada pemberita selepas meraikan rombongan anggota Parlimen Kapar, Selangor di kediaman rasminya di JKR 10, di sini, hari ini.

"Ini antara beberapa bidang tanah dan harta rakyat yang dijual oleh kerajaan Pas Kelantan sejak parti itu memerintah hampir 20 tahun lalu," kata Mohd Fatmi.


Pembayaran balik itu dikatakan menyebabkan kerajaan menanggung rugi.

Menurut Nik Aziz, beliau tidak nampak kemelut yang berlaku dalam PAS seperti yang dilaporkan oleh media sejak kebelakangan ini. "Apa yang ditimbulkan itu ialah oleh musuh yang ingin mengkhianati parti dan mahu melihat perpecahan berlaku dalam PAS," katanya

*doh abe li tok ser cari maklumat ko alik ore pas ko?..kae sain dalae pas rama...tu lah padoh dok dengar ko UMNO, padae dok nipu ore jah...hok cerdik macae abe li pun buleh termakan.....

John kontroversi- 'once a PAS...always a PAS'

Anonymous said...

meli cepelag pulak...
berahi benar dia dengan cepelag
demo cepelag gapo semale?
ore dok kalut langit nak rutuh
meli dok cepelag lagi...
biarkan....
biarkan....
biarkan...

Anonymous said...

Ore supo John ni bui lah gapo pun alase...takkan dia pakai...supo nga tok guru dia, nasihat lagu mano pung tak pakai, mugo dio jah betul atah dunio ni...kalu de slimut telanje ngan bedero PAS gaaaak...tok soh dok tebing la Abe Li, John ni jenih paku 4 inci tak tercabut...tahu2 putuh ppalo! Ni lah baso jenis kerah keng...oyat hok sungguh xsir pakai lagi...molek doh nga tok guru dio...jenih tu jugok!

Cocuh...cocuh jilat said...

Anonymous Anonymous said...

meli cepelag pulak...
berahi benar dia dengan cepelag
demo cepelag gapo semale?
ore dok kalut langit nak rutuh
meli dok cepelag lagi...
biarkan....
biarkan....
biarkan...

DEMO PEHE KO APA ITU CEPELAG? HOK MAIN MALAM-MALAM TU BUKAN CEPELAG, TAPI PETAT NAMANYA. JANGAN BETUKAR KCAP DENGAN BUDU GAT

Mrau Tercabut Ekor said...

Bukan ke cepelag tu maknnaya 'celupar' atau mulut 'beghus'. Orang sekarang seber mulut laser.

Murai Tercabut Ekor said...

Mrau(baca Murai) Tercabut Ekor said...

Bukan ke cepelag tu maknnaya (baca maknanya_'celupar' atau mulut 'beghus'. Orang sekarang seber (baca: sebut) mulut laser.

joostspring said...

buleh caya ko kata tok guru ajis tu john...hohohoho

kan xlama lagi tubik dlm tv oyak cepelag ni lama dah berlaku..di zaman nabi ada dah...skrip tulo jah abuya ajis demo duk ulang tayang...hahahahha