Saturday, January 23, 2010

MUNCUL KEMBALI (643)

Kenapa saya lebih banyak kapakkan Pas dari Umno?

SEBAGAI
pengendali blog ini, bila diperhaikan komen-komen yang dihantar, saya dilihat lebih banyak melihat dan mempedulikan macam-macam tentang Pas dari sudut yang negatifnya tetapi keadaan yang serupa tidak pula ditujukan kepada Umno.

Kepada yang mengikuti penulisan saya sejak penhujung tahun-tahun 1980-an ke mari, masing-masing akan nampak perubah tulisan saya, paling ketara menjelang pilihanraya umum ke-11 ke mari.

Sebelum tahun tahun 1998, yakni sebelum saya diminta menyertai Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan (UPKn), hampir tidak ada bahagian muka Umno yang tidak saya kapakkan.

Mungkin kerana itu saya diajak masuk UPKn. Tidak mustahil saya dianggap orang Pas walaupun saya berkali-kali tegaskan bahawa saya tidak berminat berparti politik. Mungkin kerana
tokcik dan mokwo sebelah ayah dan ibu saya penyokog Pas tradisional, maka saya pun dianggap orang Pas juga.

Tetapi saya tidak pernah berminat berparti politik. Sejak kecil (semasa di darjah lima), saya saksikan guru saya (orang kuat Pas) kena penampar dalam kelas oleh seorang pemuda lasak Umno di Sekolah Kebangsaan Bechah Kelubi di samping kes Abdul Samad Gul mati kena kapak, menjadikan saya melihat parti politik ganas dan kotor.

Penglibatan saya dalam bidang media, menjadikan saya berjumpa dengan pelbagai orang politik dan berdepan dengan manusia yang rata-rata hipokrtisme. Masa ceramah bukan main tertib dan terning, tetapi personaliti sebenar adalah sangat buruk.

Saya kerap ikut rombongan kerajaan ke Selatan Thai atas nama kakitangan UPKn. Saya menyaksikan kerapuhan peribadi dan iman, termasuk di kalangan wakil-wakil rakyat yang antaranya nampak tangkak bekas rukupan kopiah dan lilitan serban.

Justeru itu saya berazam pada diri saya sendiri bahawa atas nama tuntutan fardu kifayah, saya mewakafkan bakat dan kebolehan menulis yang tidak seberapa untuk membuat teguran terhadap orang politik tanpa mengira parti politik.

Semasa belum lagi menyertai UPKn, saya banyak kapakkan Umno kerana terpengaruh dengan syarahan penceramah-penceramah Pas yang jadikan ayat al-Quran dan Hadis sebagai antara bahan hujah. Saya melihat kesederhanaan wakil-wakil rakyat Pas.

Allahyarham Musa Muhammad (bekas wakil Tok Uban) misalnya, lepas jadi wakil rakyat, beliau yang merupakan seorang petani kembali menggala dan 'naik gerat' seperti mana sebelum jadi tok wakil. Allahyarham Ustaz Mawardi Ahmad hanya berkereta 'kura' sebagai tok wakil.

Tok Imam Daud Pasir Tumbuh (Allahyaram) berkenderaan jeep Suzuki yang serupa dengan orang Jeli, orang Bukit Jering buat punggah 'pot getah'. Ada unsur-unsur kezuhudan wakil-wakil rakyat Pas dikalan itu pada persepsi saya.

Tetapi selepas menyertai UPKn, stelah saya berada dalam kawah, belanga dan periuk Pas secara langsung, menjadikan persepsi saya terhadap Pas mula berubah warna kerana rupanya ada berlaku kes gulai ayam yang disembelih secara sah dicampur juga dengan ayam yang dimampuskan dengan dipulas tengkuknya.

Saya yakin, sesiapa pun yang berpeluang masuk ke dalam kawah, belanga dan periuk Pas tanpa diseliputi ketaksuban melampau, akan jadi macam saya juga, tambah-tambah kalau terselit unsur-unsur seni di hatinya sebagai seorang orang yang melihat sesuatu bukan hanya dengan mata kasar tetapi juga dengan mata hati.

Contohnya Kickdefella. Jiwa kesenimannya tidak boleh terus untuk menyekat aliran pemikiran dan membuatkan matanya terus kelabu dan dikelabukan oleh hipokritsme. Seperti kata Haji Mohd. Sayuti Omar, hanya kita yang memahami diri kita.


Kenapa saya hanya melihat yang buruk tentang Pas sedangkan yang baiknya pun banyak? Masa saya kapakkan Umno dulu pun, orang Umno pun kata babuk apanya saya, asyik mengambil peduli hal-hal yang buruk sedangkan yang baiknya lebih banyak.

Hujah saya senang sahaja. Saya dan para penulis yang jujur dengan dirinya sendiri sebagai penulis, termasuk sebagai pengendali blog adalah umpama tukang baik pulih kenderaan atau tukang baiki kebocoran bumbung rumah.

Kita akan baiki bahagian yang rosak pada kenderaan, bukannya membaiki bahagian yang tidak rosak dan membiarkan bahagian rosak kekal rosak. Sebagai tukang baiki bumbung bocor, kita akan tampal/sumbat bahagian yang bocor, bukannya tampal bahagian yang tidak bocor dan membiarkan bahagian yang bocor kekal bocor.

Kalau sebagai makenik, bahagian yang tidak rosak dibaiki dan bahagian yang rosak dibiarkan kekal rosak, sebagai tukang baiki bumbung maka ditampal bahagian yang tidak bocor manakala bahagian yang bocor dibiaran kekal bocor, itu namanya makenik dan tukang baiki bumbung 'kepala bapak' yang sewel dan perlu dipakaikan baju getah dan kena dihantar ke Lorong Che Hussein bagi menerima rawatan mental.

Sama ada kerosakan itu memang rosak atau dirosakkan, sama ada kebocoran itu memang bocor atau dibocorkan, kerja makenik dan tukang baiki bumbung ialah kena baiki dan tampal menggunakan pemilikan ilmu dan peralatan yang ada dan hasilnya bergantung kepada kepakaran dan peralatan yang digunakan.

Kerana itu pada saya, sama ada orang Pas atau Umno, bila dikritik atau ditegur, mereka tidak sepatutnya marah, sebaliknya kena berterima kasih kerana ada yang sudi menegur supaya tidak berlaku kelekaan dan kecuaian dek kerana bisikan dan godaan syaitan dan iblis yang menyesat dan merosakkan.

Kalau apa yang ditegur itu memang benar-benar berlaku, maka bersegeralah membetulkan kesilapan dan jika ianya tidak tepat kerana penegur menerima maklumat kurang tepat, eloklah ianya dijadikan suatu titik tolak untuk beringat dan berwaspada supaya tidak akan berlaku sebagaimana yang ditegur, dikritik dan ditohmah.

Seperkara yang kena diterima hakikatnya, kalangan yang menegur sebenarnya tidak ada apa-apa kepentingan kerana itu diambil risiko menegur tetapi setiap pujian pasti ada kepentingan dan matlamat sebagai bayaran kepada hidangan gula dan madu.

7 comments:

mohd sayuti omar said...
This comment has been removed by the author.
mohd sayuti omar said...

Assamualaikum, "Li hanya kita memahami diri kita." Wassalam MSO.

joostspring said...

first time tgk abe meli delete komen org....

Kepala Bapak said...

Kata terbuka...terbuka kepala bapak. Bila kena atas ppalo puak yang dia sokong, komen orang delete selalu. Hipokrit.

Anonymous said...

jaga2 nati kena kapak...
kapak meli
ore wat belah kayu
meli wat belah palo...
palo bapok
acu belah palo mu teh
kalu x pun belah dadamu
suluh gapo dia ada dale perut
eh...nak main kapok nah teh

john said...

salam...

walaupun ambo banyok tok setuju nga abe li..pasal komen diatas yang delete tu..sebenarnya bukan abe li yang delete tapi pengomen tu sendiri..ambo tahu mugo ambo besso buat. kadang2 kalu dae ambo tok puas hati ambo tulis hok berat2..tapi raso tok sedak pulok mugo nok 'hidup lamo' dale blog ni...jadi ambo delete sendiri

pasal abe li nok kapok pas?...mmm loh gi la..ambo akae 'taha' selagi mano ambo raso 'rok'. Ambo tok rusing la abe li nok kapok pas mugo tahu doh kapok setaro manopun ko tok guru ni payoh nok lut..takut kapok tu sumbing...dae so lagi abe li asoh kapok sumbing nga batu ngasoh UMNO..bukae koho tajae..jadi koho tumpul...pinjae kato2 mso..'ya,hanya kita memahami diri kita'..tapi tak semestinya kefahaman kita akan memahamkan orang lain....

John controversy

Anonymous said...

salam buat mkj n semua
assalamualaikum
baru faham falsafah abg li
selalu abg li high light ko mso, maybe buleh tulis pasal saing2 lama abg li pulak selain isu politik,

a.m