Saturday, January 23, 2010

MUNCUL KEMBALI (644)

Kalau ramai Melayu sokong DAP, antara faktornya atas dorongan Mursyidul Am Pas

RENCANA Mingguan Malaysia 24 Januari dibawah judul 'Melayu Sokong DAP' bukan sahaja menarik minat saya tetapi menjadikan jiwa Melayu saya meronta-ronta untuk memberi respon. Soal betul atau tidak dakwaan DAP itu, satu perkara yang lain.

Minat Melayu terhadap perjuangan DAP tidak boleh ditolak hakikatnya sejak akhir-akhir ini. Ada beberapa kerat orang Melayu diberi peranan yang nampak agak penting. Di Kelantan sendiri umpamanya, DAP pernah mengemukakan seorang berbangsa Melayu sebagai calon parti itu dalam pilihanraya walaupun calon berkenaan hanya seorang penggatih taksi (pengayuh beca roda tiga) kalau tidak silap saya.

Sebelum kewujudan Pakatan Rakyat (PR), orang Melayu yang menyertai DAP akan dianggap 'Melayu tidak masuk book', orang Melayu yang bankrap identiti dan nilai kemelayuan, terutama di Kelantan sebagai negeri yang dianggap benteng kekuatan dan kehebatan Melayu dan Islam bagi negara ini.

Lagi pun jangankan DAP, dengan menjadi pimimpinan, ahli dan penyokong Parti Sisialis Rakyat Malaysia (PSRM) yang berlambang tanduk kerbau pun sudah dikerling sinis. PSRM yang kemudiannya bertukar kepada nama Parti Rakyat Malaya (PRM) dan kini bergabung dengan Parti KeADilan yang kini dikenali Parti Keadilan Rakyat (PKR) dianggap berfahaman komunis.

Kerana menerajui PSRM/PRM, seorang tokoh akdemik termuka, Dr Hussein Ali (kini senator) dan Timbalan Presiden PKR tidak diperkenankan bertanding bagi kawasan Parlimen Kota Bharu pada pilihanraya umum ke-11 yang menyaksikan kawasan berkenaan jatuh ke tangan UMNO.
Yang menentang keras pencalonan Dr Hussein adalah Dato' Nik Aziz Nik Mat.

Sesungguhnya DAP ditentang oleh orang Melayu kerana secara umumnya orang Melayu beragama Islam dan akan marah kalau Islam diperkotak-katikkan walaupun seseorang Melayu itu hidup bergelumang dengan kemungkaran dan kemaksiatan kerana pemimpin parti itu pernah berkata kalau mahu melaksanakan pemerintahan secara Islam di negara ini, maka langkah mayat dia dulu.

Tetapi kekotoran dan kebusukkan DAP di kalangan oarng Melayu terutama Melayu pendukung dan penyokong Pas mula bertukar kepada penuh kesucian dan keharum-semerbakkan apabila wujudnya PR yang mana DAP adalah antara anggota bagi pakatan yang tidak bergezet itu.

DAP menjadi cukup suci dan harum pada mata pendukung dan penyokong Pas apabila Mursyidul Am parti itu, Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan mengatakan bahawa di dada Karpal Singh yang merupakan antara tokoh penting DAP ada bulan, sekaligus akan difahami oleh pendukung dan penyokong Pas bahawa pemimpin DAP itu kena disokong, bukannya ditentang.

Bagi orang Pas, apa yang keluar dari mulut Dato' Nik Aziz suci belaka, malah menyokong buah fikirannya dipercayai akan ada berkat, menolaknya boleh membawa sesat.

Justeru itu bagi saya, seandainya bertambah jumlah Melayu menyokong dan menyertai DAP akhir-akhir ini, ianya adalah atas dorongan secara tidak langsung oleh Mursyidul Am Pas itu dengan ungakapan bahawa di dada Karpal Singah ada bulan.

7 comments:

Lulusan Sains Politik said...

Orang parti politik boleh buat, boleh cakap, boleh label apa sahaja. Benda yang Rasulullah s.a.w. tak buat. Masa baginda, mana ada parti politik walaupun politik sudah sedia ada bersama penciptaan Nasi Adam a.s.

TGNA boleh kata di dada Karpal Singh ada bulan, Karpal Singh pula boleh kata di jubah, serban atau janggut TGNA ada roket.

Silap gayanya negara dan bangsa kita boleh kembali terjajah oleh angkara parti dan orang parti politik.

Anonymous said...

berat tuh...
tak leh log
roket gi bulan
tapi gak
gerakan dok wat kuca
mca dok wat lana
hak lain2
meli jadi tak napok...
ore kecek gi ke laut
meli nak tupang jugak
tapi nak bawa gobek mak wa
wat umpan ngail jerung
mata kapak tak leh paka
tapi gak ssoho
aku raja
kapak segala kapak

Anonymous said...

Kawe ingat lagi hok Tok Guru kato...mugo mulo kawe dok bowoh dagu dio jugok...Mulo dia koto kito tak leh undi ore buke Islam...Haram...tok leh wat pemimpin...tapi loni Tok Guru tukar kitab doh,keno pakat undi DAP pulok...DAP pulok hok tidok Islam...buleh undi jugoooook, Naik skali atas pentas dengan DAP ngepen...kawe pun jadi pelik....Hukum KKKoghok apo algu ni...smeta tak leh...smeta buleh...Hok jahil ni jadi bengong abis kerano Tok Guru sore!

john said...

Ambo ulas hok anon 5.42am datas tu...

ulasan ore umno lagu tu jah.dio buke baco pasal 'tahalluf ssiayisi' dalam hubungan parti politik antara pas,pkr dan dap..jenis mugo dok sumbat nga dakyah umno lagu tu la...kepada anon di atas sila rujuk makna dan takrifan 'tahaluf ssiyasi'..lepas baco,tenang fikiran dan buang perlembagaan umno. lepas tu bereh la..nok terimo ko tok ser atas masing2..

pasal artikel abe li,

pelik ko aponyo kalu melayu nok sokong DAP pun. pasal dio bukan islam?..kes dok berbaik dengan dio lo ni kefahaman sikit2 mengenai islam buleh disampaikan. nok harap ko umno tok rok...disko nga kedai toto samo naik ngan jabatan agamo islam dio..

dulu mugo tok kenal, macam2 kita tuduhnya..bilo kito kenal gak..kito tahu la hati budi orang ko guano?..umno hok kenal 52 tahun lagu tu eh...apa yang ore hulu2 buleh?sekat jalan raya nga balairayo eh..wak lebih2 takut jadi cerdiknyo tok sokong pulok umno eh..golongan miskin dihulu2 negeri biasonya 'fixed deposit' umno le...

maaf jika terkasar bahaso!

john controversy: 'live no rule, stay no law!'

PUTRA CAKNA said...

MASA PAS BELUM KALAH TERUK DULU, IAITU MASA GEMULAH TOK WALI HASSAN AMBIL CALON PAS DULU, MASA TU MEMANG PAS ANTI CINA. MASA TU, ORANG PASA KATA BUAT GAPO SOKONG UMNO SEBAB UMNOO BAIK DENGAN CINA.
MASA TU, PAS MEMANG KUAT NAK TEGAKKAN ISLAM DAN ORANG MELAYU. DAN MASA TU ORANG KUAT ISLAM SAJA YANG SOKONG PAS. ORANG CINA BARANGKALI SORANG HABUK PUN TAK SOKONG PAS.
MASA SEKARANG SUDAH BERUBAH, SESUDAH PAS MENGENALI BAHAWA PAS TIDAK AKAN MENANG KALAU BERGANTUNG KEPADA ORANG MELAYU KUAT ISLAM SAJA. LANTAS TOK-TOK GURU DALAM PAS SUDAH BERALIH ARAH, MULA BBAIK DENGAN CINA, INDIA, SIAM DAN LAIN-LAIN IKUT MACAM UMNO.
SEKARANG DIA BBAIK LEBIH DARIPADA UMNO SAMPAI KALAU ORANG CINA BACA QURAN PUN DIA SANGAT SUKA. BARANGKALI KALAU ORANG CINA KILIK QURAN PUN DIA TAK LARANG. APA LAGI ISU 'MEMPERMAINKAN NAMA ALLAH', DIA SENYAP SAJA DAN ADA YANG SOKONG MACAM KHALID SAMAD.
ITULAH WAJAH PAS HARI INI.
DALAM BEGITUPUN, MASIH KUAT MENGATAKAN NAK TEGAKKAN HUKUM ISLAM. TAPI MENGAPA ORANG KAFIR MEMPERMAINKAN HUKUM ISLAM, KITA TIDAK TENTANG.
LANTAS BERBAIK DENGAN SYAITAN PUN JADI HALAL .....
SEKARANG ORANG PAS SUDAH MELETAKKAN KUASA SEGALANYA... BUKANNYA AGAMA YANG DIJULANG.
KALAU TOK WALI HASSAN HIDUP KEMBAIL PASTI DIA AKAN GELENG KEPALA...... SEBAB DULU LAIN SEKARANG LAIN. DULU HARAM SEKARANG HALAL... DEMI KUASA DAN HARTA!

ambo said...

Ambo pun nak ulas tulisan en.John... (tapi mr.john tak perlu jawab lah.. sbb gu mr.john adalah mr.joost)

"ulasan ore umno lagu tu jah.dio buke baco pasal 'tahalluf ssiayisi' dalam hubungan parti politik antara pas,pkr dan dap"

Untuk pengetahuan org umno.. inilah lah ayat yg slalu dimainkan dlm ceramah... disinilah letaknya konsep halal mengundi org kafir...

berkenaan 52 tahun BN PERINTAH memang byk kelemahan yg berlaku & byk maksiat yg berleluasa...

tapi sy tetap bersyukur dgn rezeki yg dikurniakan Allah S.W.T MELALUI KERAJAAN BN... Alhamdulillah...

Nak ulas... dalam 52 tahun PAS sebagai pembangkang (tolak beberapa tahun PAS dlm BN)... kenapa maksiat berlarutan di Malaysia @ Kelantan.. HIV bersepah.... berapa ramai.. non-muslim yg berjaya diislamkan.. takkan asyik salahkan org umno.... dimana pula tanggungjawap org PAS (nanti dia jawab tanggungjawab PAS adalah menjatuhkan UMNO yg zalim dgn bersatu padu dgn DAP)......

P/S: Kawan ambo keje kat Public Bank@Bank Cina (ramai DAP dlm ni)... so kalau ada org PAS yg kata DAP dah mula lunak dgn islam.. dan mula nak cuba memahami islam.... dia kata bulls@$%....

Kesimpulannya (agaknya beginilah yg tersemat dlm fikiran) : Semua perkara buruk/maksiat yg belaku di Malaysia adalah salah org UMNO 100% yg majoritynya jahil2 belaka

Manakala PAS tiada kuasa sbb hanya pembangkang ... jadinya dlm tempoh 52 tahun hanya org UMNO yg jahil sahaja akan dihisab...........

Anonymous said...

ulasan ore umno lagu tu jah.dio buke baco pasal 'tahalluf ssiayisi' dalam hubungan parti politik antara pas,pkr dan dap..jenis mugo dok sumbat nga dakyah umno lagu tu la...kepada anon di atas sila rujuk makna dan takrifan 'tahaluf ssiyasi'..lepas baco,tenang fikiran dan buang perlembagaan umno. lepas tu bereh la..nok terimo ko tok ser atas masing2..
Nak jawab hok John...

Nak jawab hok John..
John sendiri kurang faham dengan makna 'tahaluf siyasi'. 'Tahaluf siyasi' adalah usaha mewujudkan kerjasama harakah Islam dengan mana-mana pergerakan lain yang tidak bermatlamatkan Islam di dalam perjuangannya. Kerjasama ini boleh terjadi di dalam apa jua bidang yang dipersetujui bersama untuk sama-sama menghadapi musuh. Matlamat dan konsep perjuangan mereka hampir sama antara satu sama lain iaitu ke arah menegakkan sebuah NEGARA ISLAM dan lebih jauh dari itu menghidupkan semula SISTEM KHALIFAH yang telah berkubur. Untuk pengetahuan JOHN, ianya di asaskan oleh Hassan Al-Banna pada tahun 1928.
Itu takrifan secara ringkas...

1. Kerjasama HARAKAH ISLAM dengan mana-mana pertubuhan lain yang tidak bermatlamatkan Islam untuk menegakkan Islam. John...tepuk dada tanya iman...PAS bukan HARAKAH ISLAM...hanya bercakap nak buat Islam, tapi apa jasanya untuk Islam?. PAS hanyalah sebuah Parti politik yang ditubuhkan oleh Fuad Hassan kerana kecewa dengan UMNO. Cuba sebut apa jasa PAS untuk Islam..? dan bandingkan dengan jasa UMNO buat untuk Islam. Adakah PAS wujudkan Bank Islam, Universiti Islam, Hospital Islam, Tabung Haji untuk kemudahan Ummat Islam, Pendidikan yang dibuat oleh PAS pun sekolahnya macam reban ayam..hanya satu dua saja yang nampak cantik, itu pun hanya di bandar2...sek2 Agama terpaksa dibantu oleh kerajaan, masih berdiding kayu! Yang perasan dok sebut HARAKAH ISLAM ni hanya org2 PAS yang syok sendiri. Sama dengan 'Tok Guru' yang diberikan kepada MB Kelantan...'Tok Guru' melalui surat pekeliling Kerajaan Negeri...maka jadilah panggillah 'Tok Guru' sampai sekarang! John tau ke...?

2. Apakah PAS sudah menganggap orang-orang Islam ini musuh mereka yang hakiki..? Perlu diingat, orang-orang UMNO juga adalah orang Islam yang menunaikan haji, bayar zakat selain sembahyang lima waktu...apakah mereka ini perlu diperangi habis-habisan seolah-olah mereka ini sudah terkeluar dari Islam..? Dan..dalam usaha memerangi orang-orang UMNO ini hendaklah BEKERJASAMA DENGAN ORANG BUKAN ISLAM dalam usaha menghapuskan mereka atas dasar 'tahaluf siyasi'? Yang paling penting apakah orang-orang PAS sudah menganggap mereka sudah terkeluar dari aqidah Islam kerana menyokong UMNO?. John tolong jawab...

3. tahaluf siyasi antara lainnya adalah kaedah perjuangan yang membolehkan penggabungan harakah Islam dengan pertubuhan yang tidak bermatlamatkan Islam. John tolong jawab...Mana lebih afdhal, berkerjasama dengan UMNO yang ahli-ahlinya orang-orang Islam..dengan BEKERJASAMA DENGAN DAP YANG HAMPIR 97% AHLINYA BUKAN ISLAM..? Matlamat untuk menegakkan agama Islam (kalau mengikut 'tahaluf siyasi' matlamatnya adalah menegakkan negara Islam), tapi ambil musuh sebagai rakan akrab...UMNO telah menawarkan diri untuk bekerjasama...tapi ditolak kerana Tok Gurunya suka sangat sangka buruk terhadap orang! Pas bukan bermatlamat untuk menegakkan negara Islam, kerana Karpal Singh telah mencabar PAS sendiri, tapi tak dijawab...ambik buat kawan lagi! (Rujuk apakata IR Nizar ketika masih menjadi MB Perak yang menafikan PAS nak tegakkan negara Islam)

John...
Sebusuk-busuk orang UMNO, mereka tahu menjaga tertib. Mana yang patut dan mana yang tidak. Kerana perjuangan UMNO lah kita boleh bercakap Islam dengan aman.kerana Umnolah negara ini makmur sentosa...John dapat pendidikan dengan baik dan menggunakan teknologi seperti hari ini. Kerana orang-orang yang John sumpah seranah ini lah negara boleh berdiri sama gagah dengan negara-negara membangun yang lain. Belajarlah jadi orang yang bersyukur...Jangan sekali-kali kita kufur nikmat...