Sunday, January 24, 2010

MUNCUL KEMBALI (645) - DIKEMASKINI DENGAN PEMBETULAN EJAAN

Wabak Nikazizsme bantutkan 'Halal Park'?

SESUAI dengan menteri besarnya yang distatuskan sebagai 'ulamak' dan kerajaannya berslogankan Membangun Bersama Islam yang mana ianya berpotensi untuk dieksploisi bagi penghasilan dan pemasaran makanan halal yang nilai pasarannya bertrilion $AS setahun, kerajaan pusat melalui MICD telah menyediakan peruntukkan RM13.8 mewujudkan Halal Park yang mengandungi lapan buah kilang di kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa II.

Walaupun dari segi politik, ianya tidak melabakan kerajaan pusat, malah ianya semacam disembunyikan dari dimaklumatkan kepada umum oleh kerajaan negeri, namun atas dasar bagi merebut peluang dagang yang saiznya sangat besar, Halal Park diwujudkan juga di Kelantan supaya bangunan kilang tidak tersenarai sebagai membazir dan dibiarkan kosong dan hanya menjadi tempat cicak bercengkerama serta biawak berjoget.

Peruntukkan RM13.8 juta itu adalah bagi kos pengubahsuaian bangunan dan pembelian peralatan yang menjadi keperluan bagi setiap usahawan yang kemudiannya disewakan kepada usahawan terbabit dengan jaminan modal pusingan bagi penghasilan produk, promosi dan pemasaran sepatunya dibiayai oleh SME Bank dalam bentuk pinjaman.

Di samping untuk merebut sebahagian dari pasaran makanan halal dunia yang saiz pasarannya cukup besar, matlamat Halal Food yang berasaskan industri penghasilan makanan halal dengan peruntukkan disalurkan melalui Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) adalah bagi melahirkan usahawan muda di kalangan Bumiputera. Ia bermula pada tahun 2008, yakni kira-kira dua tahun yang lampau.

Kelapan-lapan kilang itu adalah selaku vendor manakala Muslim Best Marketing (M) Sdn Bhd, sebuah syarikat yang berpengalaman di peringkat dalam negara dan antarabangsa dalam bidang promosi dan pemasaran bahan makanan halal, bertindak sebagai anchornya.

Vendor-vendor berkenaan terbabit dalam penghasilan kerepek ubi dan pisang, salsa sos, murtabak raja, pau kukus, pau goreng, donut VitAto, roti canai, nuget, fries, breaded ViTAto & Pizza VitAto, puri & pulpa buah-buahan, karipap pusar & samosa serta jus minuman & kordial berasaskan buah-buahan untuk dipasarkan di dalam dan luar negara.

Bagaimanapun kerana kerenah dan sikap anti profesional seorang pengusaha yang enggan memberi kerjasama, Halal Park gagal berfungsi hingga sekarang dan projek bernilai RM13.8 juta itu kini menjadi gajah putih.

Penglibatan pengusaha 'keras keng', 'angkoh', 'bongkak' dan 'riak' lagi 'takbur' itu sendiri adalah sesuatu yang sangat pelik memandangkan selain dari ianya sudah termasuk dalam bilangan warga emas sebagai pesara, ia juga adalah bekas pengurus pada satu unit di PKINK.

Penyertaan beliau itu sendiri dikatakan melanggar prosedur. Bila diadakan mesyuarat bagi mencari jalan penyelesaian, beliau tidak hadir, menyebabkan anchor dan vendor-vendor lain yang serius untuk menjayakan matlamat penubuhan Halal Park menghadapi masalah kronik dalam pengasilan, promosi dan pengedaran produk kerana modal kerja yang sepatutnya didapatkan dari pinjaman SME Bank belum lagi diperolehi.

Pihak pengurusan PKINK yang sepatutnya bertindak membatalkan penyertaan vendor berkenaan dikatakan tidak boleh berbuat apa-apa kerana vendor tersebut dikatakan dikebalkan oleh perlindungan Pengerusi PKINK Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan kerana vendor itu adalah 'orang bawah dagu' MB yang juga Pengerusi PKINK.

Gara-gara sikap tidak profesionalnya, SME Bank telah hilang kepercayaan terhadap potensi Halal Park dan tidak berminat membantu dalam bentuk pinjaman. Alasannya kerana vendor-ventor tidak bersatu serta setelah diwujudkan selama kira-kira dua tahun, Halal Park gagal menunjukkan kemajuan pencapaian, malah ianya semacam sedang menunju ke arah keberterkuburan walaupun sudah membabitkan pembiayaan RM13.8 juta.

Sebagai anchor, Muslim Best Marketing (M) Sdn Bhd yang bertanggngjawab mempromosi dan memasarakan produk-produk para vendor paling tersepit, tidak boleh mengeluarkan vendor bermasalah itu daripada senarai vendor kerana yang berkuasa melakukanya, termasuk dari sudut perundangan, adalah PKINK.

Bagaimanapun pihak PKINK tidak mampu untuk bertindak secara profesional dan telus menyebab perbadanan itu sendiri secara langsung menjadi 'gajah putih', malah mahu tidak mahu namanya di peringkat pusat akan tercalar dan reputasi akan rosak yang akhrnya akan membawa kesan kepada rakyat dan negeri Kelantan.

Turut menjadi gajah putih adalah sebuah kilang roti yang dilengkapai dengan pealatan bernilai lebih dari RM2.5 juta yang juga dikatakan diberi kepada individu 'bawah dagu' MB dan terletak di sebalah kilang-kilang vendor Halal Park yang kini gagal berfungsi kerana masalah pemasaran yang kronik.

Vendor-vendor terbabit dalam aduannya kepada blog ini membuat kesimpulan bahawa wabak NIkazizsme telah membantutkan Halal Park kerana memberi peluang kepada vendor 'keras keng', 'angkoh', 'manggak' 'bongkak' dan 'riak' serta 'takbur' semata-mata kerana dia mendabik dada sebagai 'orang bawah dagu' MB walaupun penyertaan itu sendiri tidak menepati format, tujuan dan matlamat Halal Park, tambahan pula beliau seorang bekas pengurus unit di PKINK.

Jangan terkejut kalau akhirnya Halal Park akan bertukar menadi 'Haram Jadah Park' dan akhirnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyelongkarnya, termasuk dalam PKINK sendiri kerana jumlah RM13.8 juta bukan satu jumlah yang kecil untuk dibazirkan yang mana RM13.8 juta itu bukan sahaja hak rakyat negara ini tetapi lebih bersifat hak rakyat Melayu, tegas antara vendor terbabit.

Kononnya wajarlah kerajaan pusat tidak salurkan wang ehsan petroleum melalui kerajaan negeri kerana jika ianya disalurkan pun, pasti semakin banyak masalah akan menimpa kerajaan berslogankan Membangun Bersama Islam kerana bila membabitkan kewangan ianya akan mendatangkan masalah sebagaimana masalah yang menimpa bagi pembinaan Bazar Tok Guru mahu pun Bazar Tengku Anis.

17 comments:

Pusat Bujil said...

Aaaaaaa sapo pulok gi solo ppalo suruh Meli belah dengan kapak nih.

Lagu ni gat, jjadi macam Meli kata, serupo orag ceroh perut duk atas mangkuk tandas la ni, bangun tokdan terik urat belikat molek lagi nok gi basoh, tubik priiiik pikpik pulok.

TGNA dengan koncu-kocunyo bbo la we duk makan asam keludi pah tu minum air banyoknyo, kesian ko bingkai lubang jubur getek.

Anonymous said...

cepelag sokmo meli...
hak lagu gak ssoho benar dia...
abih kederat nga kona leper
nak buat srupa
ore jadi malekat blako
kalu lagu tu gak
pakat tok soh wat krijo
biar meli sore jah..
muga dia reti segala reti

Cok Cangkul (jangan Pijak Mata) said...

Buah ni bukan sakat guna kapak jangan ni. Nyo guna kapak 100 paun menah ko. Nyo ppakat cincang ko puak-puak suratkoba dengan tv pulok gat parok lah.

Mujo Meli tok royat alamat lokasi penuh Halal Park tu. Mujor la ado orang macam Meli, nyo dedo mugo-mugo lagu ni. Kalu dok gat, dok raso orang-orang Pas takdok doso menah belako.

Mugo-mugo Meli panje umur dan terus berani takil hak mano patut takil.

Usahawan Coklat Celagi said...

Lagu tu 'lah Meli Wei kalau dah umpama beruk dibuwi bunga. Bukannya beruk reti tentang harum mewanginya bunga.

Kalu RM13.8 juta buwi ke demo pun, kawe rasa demo boleh wat tubik 200 judul majalah sebulan atau pun 30 judul akhbar mingguan seminggu.

Bokali MIDC terpedaya oleh moleknya kertas kerja/proposal.

Anonymous said...

Toksoh bue la duit royalti tu.. dop reti urus. Ke nyo perabis ko anok menatu, nk baya ute lagi.. tanoh kelate nyo pakat jual, buke nk tamboh aset..perabis aset. pah tu, lagumano nk pege duit rm 1 bilion? urus dop reti.

Pah tu dok bbesa perut kroni (takpo, dale isle ada kroni jugok, kato To' Guru), dok perabis ko anok natu (takpo, zame nabi dulu guna ank menatu), pah tu gat pakat dok berebut nk pitis royalti, nyo ado pulok cah keting (takpo, zame nabi dulu ado cah keting)..

'Jauh' doh pas loni, Pas loni dop supo mulo, dok bbesar kroni berebut harto.

Tok

barisang nasional said...

POTONG....potong...potong...potong...
potong....potong...potong...potong...
potong....potong...potong...potong...
potong....potong...potong...potong...
potong....potong...potong...potong...
potong....potong...potong...potong...
potong....potong...potong...potong...
potong....potong...potong...potong...
potong....potong...potong...potong...
potong....potong...potong...potong...
potong....potong...potong...potong...
potong....potong...potong...potong...
potong....potong...potong...potong...
potong....potong...potong...potong...
potong....potong...potong...potong...
potong....potong...potong...potong...
potong....potong...potong...potong...
potong....potong...potong...potong...
potong....potong...potong...potong...
potong....potong...potong...potong...
potong....potong...potong...potong...
potong....potong...potong...potong...
potong....potong...potong...potong...
potong....potong...potong...potong...
potong....potong...potong...potong...
potong....

joostspring said...

cian ko anom 6.55 ni..

sakit hati ko wei segala kurap panau nik ajis se se ore pakat duk amik caro lani...

baru kawe tahu rupo2 byk sgt dah kurap panau hok tokguru john ni duk susut...

susut jangan xsusut wei...

kalau org tahu gak senang je cara dia..

oyat je ke media kata sekian2 hok berlaku ni ada dah di zaman nabi..

habis cerita...hebat tok guru kawe ni...

Anonymous said...

Sebab tu la, kerajaan pusat tak seh bui pitih royalti. Bui duit pun tak tahu ke mano dan tak pandai belanjo.. rugi sokmo spt bazar tok guru. Kuro hangit betul la.. Pas lo ni tak serupo mulo..
Kawe sokong demo meli!!!. Teruskan..

Semuntal Ekor Berjuih said...

Sokong Meli demo buleh begapo, Meli buleh buwi begapo ko demo. Sokong bawak reboh buleh la. Meli ada bgapo. Kapo dia tu kalu lut takil taik pun mujur benar doh.

Sokongah TGA ko, Husam ko baru bueh mugo, balok, keruping-kerping projek ko. Baru do kelliha sikit.

john said...

Nyahut sikit...joots manggil...

Tok guru nik aziz ore no 49 diduni islam yang paling berpengaruh!...

tok guru joot@umno...mano eh?....

malah kato gapo2......

Anonymous said...

Tok guru nik aziz ore no 49 diduni islam yang paling berpengaruh!...

hahaha..! sapo bui..? puok2 hok tok rajin mari kelih la tu...kalu kelih pun duduk di klate tak sapa satu hari...pah bui nombor.....LUCUUUUUUUUnyer!

John weeeeeiih...
Kalu nak kira gitu gak...Datuk Najib gi Arab Saudi boleh anugerah no 1, hanya tak sampai 10 org yg terima anugerah lagu tu...tmpt 49 tak dop nilai la...
John...
kawe jawab doh komen demo hok posting meli sbelum ni...baco r..

john said...

Anon diatas..sila buat nama/nick satu senang nok berbual..ambo baco doh hujah demo..kemas doh..tapi banyok kekurangannyo..mungkin demo buleh rujuk lagi la..tafsiran demo dalae konteks pemahaman ore umno ja tuh...

pas tok buat gapo?..mugo pas tok perintoh m'sia lagi..bui lah dulu kito tahu eh..

antara umno nga dap? ambo pilih dap eh mugo dok dalae pakatae rakyat..

pado demo demo napok umno baik..pado ambo..ambo napok hok jahat banyok pado hok baik..

jaso umno kepada negara?..mudoh jah , akyat m'sia sepatutnya buleh sepertimano pemimpin umno buleh!

Anonymous said...

Ooo.. meli serba tau ......

Kewajipan meli atau puak2 mu yg serba tau tu.. buat aduan kpd polis atau sprm supaya siasat semua penyelewengan kerajaan PAS Kelantan...la ni. Kalu sprm lambat buat siasatan seperti kes pmbk, desak pengerusi sprm, menteri JPM, letak jawatan... kerana tak reti buat kerja.. makan gaji buta ... dok kekoh duit rakyat... ganti pengerusi sprm dengan mu sendiri ko baru betul.... Kalu tak mu hanya "bbual saja" dok jual gedebeer...

Woris Meli Jauh-Jauh said...

Kerja Meli menulis bila orang buwi maklumat. Yang demo maroh pasal apo. Demo pun ada terlibat ko. Pasal SPRM tu sat ggoba. Lambat bangat nyo gi la tu.

Setahu aku Meli bukan jenis orang pelahap atau kemaruk kerja. Kalau dia tak suko, dia boleh berhenti kerja. Bakpo berhenti kerja, anak bini nak makan begapo. Dia kata dengan sekepin kertas dan sebatang pen dia boleh cari akan. Kalau takdok benda nak makan sangat, dia boleh makan tanoh KO.

Mu jangan agah dengan Meli, try mu tanyo Brehim (Bernama). Dalam senyum-senyum pun Meli gocoh orang. Dia bako Padang Jelapang.Dia jenis tok jual gebebe, kalau orang jual Meli beli selalu. Itu kalu dululah. Ttekoh tua doh ni tak tau la pulok.

Kalu tengok ko romo dia takdok gamok tapi jangan buat main-main.Setahu aku dia beso katok orang. Tak ccaya try semak rekod polislah. Pah tu orang jenih mu ni tokdan ko Meli, kalu aku kenal rupa dan jjupo mano-mano bokali maka penampar aku dulu. Kalu napok tubuh besar aku baham kena kayu 2/3 ata batang langsat, nampak gedebe benar aka rauk dengan lawi ayam.

Mu toksoh dok takut Meli. Tulislah asal benda benar. Hak kena takut nyo ko Tuhan, ko sama-sama makhluk takut apa, samo-samo berak rumput mampus beako. Ingat ko bako Padang Jelapang

joostspring said...

john...
xpyh la demo nak takwil kata pas x jasa ko malaysia lagi sbb xperintah malaysia..

mu amik jasa pas ko kelate ni sudah la john wei...tu pun pening palo dah nak mikir gapo jasa pas ko kelate..yg aku tahu se habuk kerajaan negeri kelate xpernah nak we jasa ko aku..

Ahli Pas Yang Sah Tak Akan Pangkah Pas Bawah Nik Aziz said...

.....................................Kemudian kecoh pula soal menantunya yang Nik Aziz lantik sebagai CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan. Dan di dalam berita yang sama hari ini, Nik Aziz turut berkata seperti berikut,

Nik Aziz also denied a claim that the state government has sold “Rumah Kelantan”, a state-owned official residence located in Kuala Lumpur’s Golden Triangle.

He said the Rumah Kelantan site in Jalan Conlay would be redeveloped into an 18-storey building.



Bernama yesterday published a report on its website quoting Kota Baru Umno chief Datuk Fatmi Che Salleh as saying that Rumah Kelantan had been sold to a businessman and the proceeds from the sale were used to cover the state government expenditure.



He said it was a complicated process for the state government to get the project off the ground.

”My son-in-law (Abdul Ariffahmi Abdul Rahman, who is chief executive officer of Kelantan Menteri Besar Incorporated) had to shuttle between Kelantan and Kuala Lumpur many times to complete the various procedures regarding the project.“ di petik dari NST Online.

Yang jelas ialah Nik Aziz berkata, menantunya tidak menjual tanah tapak Rumah Kelantan di Jalan Stonor kepada pemaju. Apa yang Nik Aziz tidak kata atau nafikan bahawa menantunya telah memberi secara percuma tanah itu kepada pemaju seperti tanah tapak Bazar Tok Guru.

Apakah ini benar? Saya suka mendengar bagaimana Exco-Exco Kelantan yang bijak Ekonomi memberi penjelasan terlebih dahulu.
.........................................LAPORAN PENUH BACA BLOG KICKDEFELLAH DIBAWAH ENTRY: Rumah Kelantan Jalan Stonor : Menantu Tak Jual, Dia Bagi Free Saja.

DEMIKIAN BETAPA SUCI, ALIM DAN ZUHUDNYA NIK AZIZ WAHAI MAKHK DI LANGIT DAN DI BUMI.

Ketrunan Raja Jembal Kalah Perang said...

Aku nak tengok Kicdefella tulis pasal Halal Park ni. Masa benda tu dibuat, Kicdefella ada dalam keranaan negeri lagi, Meli takdok doh.

Aku rasa kelapan-lapan kilang tu di belakang kilang Sinar Harian. Bila lagi Sinar Harian nak intai tengok?