Monday, January 25, 2010

MUNCUL KEMBALI (646)

Tolak tawaran: suara majoriti rakyat Kelantan atau egoitistik Dato' Nik Aziz?

AKAN bersetujukah majoriti rakyat Kelantan dengan penolakan
tawaran untuk melantik wakil kerajaan negeri dalam jawatankuasa pembangunan wang ehsan di Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) bagi mengendali-urus wang ehsan yang kononnya berjumlah RM1 bilion atau RM1,000 juta atas alasan ianya tidak dinamakan royalti?

Kalau royat ke Pok Had Ceton Tembus, Jusoh Rambut Jjiban, Mek Jah Miniskirt Merah atau para penerima rawatan mental di mencari akan termenung tujuh hari tujuh malam untuk mencari jawapan.

Nampak sangat agasnya kita, kalau tak ikut lagu hak kita nak, rela berak bercelura dalam seluar dari masuk tandas kerana mangkuknya tidak serupa dengan hak kita harapkan.


Sebenarnya kalau kata Kerajaan Pas Kelantan atau Dato' Haji Nik Aziz selaku Menteri Besar yang tolak, itu mungkin betul kerana beliau yang keras-kerok supaya wang ehsan dinamakan royalti. Rakyat Kelantan apa peduli nak namakan dengan nama apa sekali pun.

Lepas tu nyo dok keras-kerok supaya disalurkan melalui kerajaan negeri sedangkan rekod pengurusan perbelanaan kewangan yang sering kena bayar kesilapan boleh menimbulkan kekhuatiran dan kebimbangan tentang untuk apa wang itu akan digunakan jika ianya disalur melalui kerajaan negeri.

Yang penting bagi rakyat, wang itu memberi faedah kepada mereka dalam bentuk yang sepatutnya. Nak bubuh nama penamo-rimau pun bubuh gi 'lah. Mugo pitih-emas ni daki dunia belaka.

Lagi pun mereka bukan mahukan mereka diberi kad khas yang boleh dijolok di mana-mana mesin ATN untuk keluarkan wang ehsan bagi beli rokok, budu, ikan selar kuning pecah perut atau bagi menampung keperluan harian tanpa perlu buat kerja seperti sekalo.


Sebaliknya yang menoreh akan terus kuka pokok getah, yang jual etok tetap jual etok, yang katok sabut tetap katok sabut, yang rukah nyior guna beruk tetap rukah nyior guna beruk, yang jadi nelayan akan terus jadi nelayan, yang jual ubat batuk, ganja, pil kuda, belacan dan sebagainya tetap dengan perniagaan mereka sama ada wang yang disalurkan dinamakan royalti atau wang ehsan, sama ada disalurkan melalui kerajaan negeri atau JPP.

Yang rakyat jelata pelik, bakpo nama antara wang ehsan dengan royalti yang menjadi bersungguhan dipertikaikan di samping soal disalurkan melalui JPP atau Kerajaan Negeri juga diperbahaskan yang mana perbahasan itu tidak memberi faedah sikit-abuk kepada rakyat.

Apa yang rakyat mahu dan harapkan ialah wang berkenaan sampai ke Kelantan dan digunakan untuk pembangunan Kelantan yang jauh ketinggalan dari sudut pembangunan berbanding dengan negeri lain, sekaligus rakyat akan dapat faedahnya sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Kerajaan pusat sudah merendah diri memberi tawaran untuk melantik wakil kerajaan negeri dalam jawatankuasa pembangunan wang ehsan di Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), kalau tawaran iu ditolak, orang JPP tak 'kan frust sampai teriak dan gelepar teguling bating.

Malah rakyat sendiri boleh nilailah siapa yang keras-kerok, keras pedal dan mengutamakan kepentingan sendiri, lebih dari kepentingan rakyat terbanyak yang mana masa dan keadaan boleh saksikan apakah keras-kerok itu akan membawa laba atau bala.

Persoalannya bakpo yang temo-on sangat nak namakannya royalti dan mahukan ianya disalurkan melalui kerajaan negeri sedangkan bila ada wang RM1 bilion cara berfikir dan mengurusnya tidak lagi pada tahap RM135 juta, RM50 juta atau RM23 juta.

Bukankah apabila JPP yang urus, dengan sendirinya kerajaan negeri akan bersih dari kemungkinan akan nantinya dituduh salah-gunakan wang berkenaan kalau ianya tidak sampai kepada rakyat.

Lagi pun kalau sesuku sen dibelah sebilion disalahgunakan pun, ianya akan berdosa dan kena mendapat kerelaan/kehalalan dari lebih sejuta rakyat Kelantan untuk lepas dari tanggungan dosa kerana wang itu wang rakyat.

Rasanya orang yang kental imannya tidak akan seronok melihat wang RM1 bilion, sebaliknya akan rasa gementar kerana diketahui dalam timbunan wang ada syaitan dan iblis akan mainkan peranan untuk menerakakan anak cucu Adam kerana dendam yang terbit dari keegoan makhluk laknat itu.


Silap gayanya wang boleh menyebabkan kopiah dikilas, serban boleh dibuat galas. Ramai orang punah boktan pitih, ramai orang gila kerana harta, ramai yang babuk kerana kedudukan dan kuasa. Semuanya angkara syatan laknatullah.

Saya tidak yakin majoriti rakyat Kelantan menerima pendirian Dato' Nik Aziz yang menolak perelantikkan wakil kerajaan negeri dalam jawatankuasa pembangunan wang ehsan di Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) sebagai tindakan yang bijak dan tempat.

Sebaliknya ianya akan dilihat betapa keras-kerok, keras pedal dan temo-onnya seorang Dato' Nik Aziz, mengulangi betapa keras-kerok, keras pedalnya beliau dalam menolak gagasan kerajaan perpaduan dengan memaki, mencaci-cerca dan dan menghambat-halau Ustaz Nasaruddin Mat Isa yang saya yakin tidak akan hilang dari ingatan dan rasa terhina oleh tujuh keturunan Timalan Presiden Pas itu.

Tindakannya itu menyebabkab orang ramai, rakyat jelata akan semakin nampak cula siapa beliau yang sebelum ini dianggap pelik apabila Setiausaha Politiknya boleh tulis surat letak jawatan serta merta manakala menantunya pula kena notis tiga bulan untuk meletak jawatan sebagai CEO PMKB.

Sama-samalah kita melihat apa yang tersurat dan tersirat di sebalik laporan berikut;


Kelantan tolak tawaran

KOTA BHARU - Kerajaan Negeri Kelantan menolak tawaran yang dikemukakan oleh Kerajaan Pusat untuk melantik wakil Kerajaan Negeri dalam jawatankuasa pembangunan wang ihsan di Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau sama sekali tidak akan menerima sebarang rundingan mengenai pemberian wang ihsan malah akan bertindak menyebarkan kepada rakyat bahawa Kerajaan Pusat mencuri harta milik Kerajaan Negeri.

Nik Aziz berkata, beliau juga tidak akan memenuhi jemputan malah, tidak akan membenarkan mana-mana wakil daripada kerajaan negeri menduduki jawatankuasa itu.

“Kalau dijemput semata-mata untuk menerima wang ihsan, saya tidak akan pergi dan benarkan, 100 peratus Kerajaan Kelantan akan tolak,” katanya pada sidang media selepas menerima kunjungan rombongan ekspedisi penyerahan memorandum menyokong tuntutan royalti petroleum oleh Pas Kawasan Batu, di kediaman rasmi Menteri Besar di sini, semalam.

Kelmarin, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, satu jawatankuasa pembangunan wang ihsan akan ditubuhkan di peringkat JPP dalam tempoh terdekat bagi menentukan kaedah menyalurkan peruntukan itu kepada Kelantan.

Untuk tujuan tersebut, Dr Awang berkata, wakil Kerajaan Negeri akan dilantik untuk memberi ruang terlibat dalam perbincangan dan memberi pandangan tentang apa yang akan disalurkan oleh Kerajaan Pusat.

Nik Abdul Aziz berkata, lebih penting dari penubuhan jawatankuasa itu adalah memastikan dahulu bentuk perundingan yang ingin dibuat sama ada rundingan soal royalti atau wang ihsan.

“Pasti dahulu perundingan yang ingin dibuat, nak runding soal royalti atau wang ihsan. Kalau nak beri wang ihsan tak payah rundinglah, sebab dia paksa kita.

“Saya tidak akan terima wang ihsan dan saya akan beritahu pada rakyat semua, Pusat telah merampas mencuri, menyamun harta Kelantan,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Nik Aziz menjelaskan Kerajaan Kelantan menuntut royalti mengikut landasan Islam, di mana Allah memberikan hasil bumi seperti logam, emas, batu, besi dan sebagainya termasuk minyak adalah di bumi Kelantan.

“Sesiapa yang mengambil hak orang lain, dia akan berdosa dunia akhirat, di dunia dia dikutuk dan di doa musnah oleh rakyat Kelantan, di akhirat dia akan dimamah oleh api neraka.

“Mereka sebelum ini mendakwa Kelantan tiada hak tetapi, sekarang ada hak, cuma dengan nama ihsan, kita berdoa pada Allah, sama ada awak (pemimpin UMNO) nak kata ada hak atau tak ada hak, petrol ni tak ada di Kuala Lumpur," katanya. - disalinsiar dari SINAR HARIAN

24 comments:

BARISANG said...

PONTONG...POTONG...POTONG.......DAN......LAGI..DAN ......LAGI......PONTONG........DAN LAGI.....POTONG.........POTONG
PONTONG...POTONG...POTONG.......DAN......LAGI..DAN ......LAGI......PONTONG........DAN LAGI.....POTONG.........POTONG
PONTONG...POTONG...POTONG.......DAN......LAGI..DAN ......LAGI......PONTONG........DAN LAGI.....POTONG.........POTONG
PONTONG...POTONG...POTONG.......DAN......LAGI..DAN ......LAGI......PONTONG........DAN LAGI.....POTONG.........POTONG
PONTONG...POTONG...POTONG.......DAN......LAGI..DAN ......LAGI......PONTONG........DAN LAGI.....POTONG.........POTONG
PONTONG...POTONG...POTONG.......DAN......LAGI..DAN ......LAGI......PONTONG........DAN LAGI.....POTONG.........POTONG
PONTONG...POTONG...POTONG.......DAN......LAGI..DAN ......LAGI......PONTONG........DAN LAGI.....POTONG.........POTONG
PONTONG...POTONG...POTONG.......DAN......LAGI..DAN ......LAGI......PONTONG........DAN LAGI.....POTONG.........POTONG
PONTONG...POTONG...POTONG.......DAN......LAGI..DAN ......LAGI......PONTONG........DAN LAGI.....POTONG.........POTONG
PONTONG...POTONG...POTONG.......DAN......LAGI..DAN ......LAGI......PONTONG........DAN LAGI.....POTONG.........POTONG
PONTONG...POTONG...POTONG.......DAN......LAGI..DAN ......LAGI......PONTONG........DAN LAGI.....POTONG.........POTONG

PONTONG...POTONG...POTONG.......DAN......LAGI..DAN ......LAGI......PONTONG........DAN LAGI.....POTONG.........POTONG
PONTONG...POTONG...POTONG.......DAN......LAGI..DAN ......LAGI......PONTONG........DAN LAGI.....POTONG.........POTONG
PONTONG...POTONG...POTONG.......DAN......LAGI..DAN ......LAGI......PONTONG........DAN LAGI.....POTONG.........POTONG
PONTONG...POTONG...POTONG.......DAN......LAGI..DAN ......LAGI......PONTONG........DAN LAGI.....POTONG.........POTONG
PONTONG...POTONG...POTONG.......DAN......LAGI..DAN ......LAGI......PONTONG........DAN LAGI.....POTONG.........POTONG

john said...

Barisang datas ni iseng doh....

ambo tahu doh..tubik je berita ni, abe li akan mengapak tupul la tok guru...teruskan2...

pado ambo selaku pengikut setio..selagi mano tok guru royak benda hok tok tergelincir akidah ambo sokong belako..ego ko tok ego ko abe li buleh syok berkato2 dalae blog sendiri..hakikatnyo ngundi baru ni umno kaloh perak tako..maknonyo majoriti rakyat sokong la..kacawoli geng2 umno,jootspring dan abe li...

letok namo penamo rima pun kalu dan hak..tetap hak..tok soh dok sedak atah namo rakyat la mugo rakyat doh pilih kerajaan negeri baru ni..kalu raso tok soba suruh tok jib bubar parlimen..pakat ngundi smula..

menang umno buleh royalti..menang pas umno buleh wang ehsae ko guano..

p/s: abe li jange lupo 28hb ni distadium tuh..ku li ado..kalu abe li raso malu nok masuk, dok kat spital kb buleh dengar doh..dok pun 26hb kat panji g dengar tok pa nga brehim ali nnakir...

Anonymous said...

bodo meli ni...
jenis bodo tak leh ajar
kalu cerdik tak leh tupe
mujur jadi bodo...
nak kata tak ngaji
dok ssoho sokmo
jadi buleh tak kenal
belacan dengan gula...
hak lain pakat nggor belako
dok ikut kapok gelebek

Anonymous said...

Kerajaan pusat UMNO dgn angkoh, sejak bertahun2 menipu & menafi hak royalti minyak rakyat Kelantan. Bila ada yg usahakan Kerajaan Negeri dapat balik royalti tu, UMNo sekali lagi angkoh kuasa menukar menjadi Wang Ehsan. Umno nak ugut orang Kelantan macam dia buat ko orang Terengganu dulu. Takpa ....rakyat Kelatan kata .... ada ubi ada batas....

Bila lulus Wang Ehsan, UMNO cpat2 istihar Kerajaan Negeri Kelantan tak layak terima duit tu... kena serah kepada JPPK ... kerana JPPK tu dakwanya, "TERAMAT TULUS, TELUS dan TERAMAT ADIL" nya sejak diwujudkan pada 1990 dulu.... buta & bodo koo rakyat Kelantan 20 tahun lepas... akan perbuatan JPPK selama kening? ... projek2 pusat JPPK sebelum ini dimonopoli oleh sapa?.. projek jambatan tendung dulu..dll... kes Wang PPRT dulu pun masih lagi panas...

APAKAH pemimpin2 Aristokrat & Kapitalis UMNO nak suruh orang2 Melayu Kelantan sembah dan jadi hamba kepada UMNO/BN dulu baru nak beri Royalti minyak itu???? UMNO bermuka2 tubuh Jawatankuasa Wang Ehsan dengan meletak kerajaan Kelantan sebagai wakil negeri yg tak dak kuasa apa2 kepada harta sendiri...

Keangkohan UMNO membelakangkan & memperkecilkan fungsi Kerajaan Demokrasi pilihan majoriti rakyat & masyarakat Islam Kelantan... sejak 1990.. sirip autokratik & ketamakan UMNO semakin jelas... kecuali bagi mereka2, penjilat2 lendir hanyir pemimpin2 korup UMNO..

Pada firasat ambo, sebenarnya pemimpin2 UMNO sedang meletak jerat dilehernya sendiri dalam "sorong-tarik isu royalti minyak" ini untuk ditarik "senjah" oleh "amokan" rakyat Kelantan diserata pelusuk nanti...????? Bagi mereka2 yg dok galak main api politik Kelantan tu... kenangilah peristiwa dua ledakan politik Kelantan ... iaitu pada 1977 dan 1999 dulu....

Anonymous said...

ومكروا ومكرالله والله خير
الماكرين
****
حاسبوا انفسكم قبل ان تحاسبوا

****
اللهم فرق جمعهم وزلزل اقدامهم
يا الله فورق فرنداكن فواق مريك دان رونتوهكن كدودوقن مريك ايتو فانصرنا على القوم الظالمين

****

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُبِكَ مِنْ جَهْدِ الْـبَلاءِ، وَدَرَكِ الشَّقَاءِ، وَ سُوءِ الْقَضَاءِ، وَشَمَاتَـةِ الأَعْدَاءِ

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari kesusahan bala, hinanya kesengsaraan, keburukan qadha` dan kegembiraan musuh ( terhadap masalahku .)

semoga Allah Taala membetulkan kepala orang2 yang tidak betul.

Ahli Pas Sejak Tahun 1978 said...

Anonymous Anonymous said...

bodo meli ni...
jenis bodo tak leh ajar
kalu cerdik tak leh tupe
mujur jadi bodo...
nak kata tak ngaji
dok ssoho sokmo
jadi buleh tak kenal
belacan dengan gula...
hak lain pakat nggor belako
dok ikut kapok gelebek

TAKPO MELI. KALU MATO KAPAK MU GELEBEK PUN, MU TINDAS DENGAN BEKALANG. DIA MENONYE MACAM BAPAK KAMBING BARU LEPAS HIDU JUBUR KAMBING BETINA LEPAS KECING BELAKO PUAK-PUAK BABUK DALAM PAS. ORANG PAS TOK BAUK AKU YAKIN SETUJU DENGAN MU.

aHLI pAS jUGA said...

DIA ke BIAR MENONYE?

joostspring said...

john...

puak2 demo kandok ko royalti sgt ko...

kalu kandok sgt gak undi umno r PRU13 nanti deh...hahahahahha

puak2 duk gila ising kandok sgt ko royalti ni hanya tuk survival politik jah...kerajaan negeri kelate xdok pitih dah wei...

urus projek kambing pun xreti..ada hati nak urus projek besar2..hahahahah..projek khifalah yg berkaitan amanah pun fail..lpas tu nak berkecek konon2 kerajaan negeri kelate ni telus..piraah..

dlm pru 12 puak2 pr ni kuat sgt ko john endoro..pkr sblm ngundi hari tu hidup segan mati xmahu jah...jgn duk perasaan sgt gak john wei konon2nya rmi org sokong PR...BN jatuh PRU 12 hari tu kerna pok lah lembik anak beranak...dan PRU 13 nanti lu pikirlah sendri nasib nik ajis anak beranak..fikir john..jgn xfikir..hahahahahaha

Pemerhati Bermata Tanpa Pakai Cermin Mata said...

Kami lebih pandai urus wang minyak: Nik Abdul Aziz

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas kenyataan sesetengah menteri Pusat yang menganggap Kerajaan Negeri tidak berkeupayaan mengurus wang royalti minyak.

Menurutnya, beliau lebih tahu keupayaan pentadbiran negeri yang bersih dari gejala rasuah dan mampu menguruskan wang hasil minyak negeri lebih baik berbanding dengan apa yang dilakukan Barisan Nasional (BN).

“Kami lebih pandai, jauh lebih pandai (dari BN). Kami tak ada rasuah, stadium dan masjid tidak pernah runtuh, yang menyebabkan runtuh itu kerana tidak pandai,” katanya hadir melawat ke Kolej Yayasan Islam Kelantan di sini, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek yang menyatakan Kerajaan Pusat tidak memberi wang royalti disebabkan bimbang cara pengurusan Kerajaan Pas Kelantan.

Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas berkata, Kerajaan Pusat harus menyedari Kelantan mempunyai kerajaan sah dan berhak menerima wang hasil keluaran perut bumi negeri ini.

“Kelantan ada kerajaan, ada raja, ada bendera, ada Dewan Undangan Negeri. Kenapa mereka bertindak seolah-olah negeri ini tidak ada kerajaan,” katanya.

Dalam masa yang sama, Nik Abdul Aziz turut membidas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang disifatkan lebih dahulu berpolitik dalam urusan pemberian royalti minyak.:

Katanya, bukti sudah jelas apabila Kerajaan Persekutuan mengadakan undang-undang semata-mata untuk menyekat hak royalti Kelantan sedangkan ia tidak berlaku kepada negeri Terengganu yang ditadbir oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Sementara itu, Nik Aziz berkata, beliau sedia menerima apa sahaja nama pemberian hasil minyak Kerajaan Persekutuan dengan syarat ia harus disalurkan kepada Kerajaan Negeri tanpa melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).

BUKANKAH BUKAN NAMANYA ANGKUT BAKUL JUNJUNG SENDIRI. APA YANG SEDANG BERLAKU SEHARI DUA INI ADALAH SEALIKNYA. RAKYAT, KECUALI YANG TAKSUB GILER BOLEH AGAK KE MANA WAN G EHSAN AKAN DIGUNAKAN KALAU DISALURKAN MELALUI KERAJAAN NEGERI, MALAH RAKYAT BOLEH AGAK KENAPA KERAJAAN NEGERI KEARUK SANGAT MAHUKAN WANG TU.

ambo said...

Walaupun ambo tak sependapat dgn mr. john.. tapi kali ni biar lah wang ehsan diberi terus pada Kerajaan Negeri Kelantan..... gereja kita kasi duit... sekolah cina/tamil kita kasi (tapi diorang tetap sokong DAP).... inikan pula org melayu sendiri.... berilah duit tu pd mereka...

p/s: masa ni kita nak tgk samaada kroni yg untung atau rakyat...
kalau betul kaedahnya kita puji.... tapi kalu kroni makin kembung.... makin byk modal peluru org umno/mr.joost dll.....

p/s2: Ada org kata umno lebih jahat dari DAP = fatah kata hamas lebih jahat dari Israel!!!!!!! (alasan untuk tak mahu bersatu)

Pemerhati Bermata Tanpa Pakai Cermin Mata said...

Kerajaan Kelantan perlu utamakan rakyat

SHAH ALAM - Kerajaan Kelantan perlu utamakan kepentingan rakyat sebelum bertindak menolak sebarang rundingan mengenai pemberian wang ihsan dengan Kerajaan Pusat.

Penganalisis politik, Profesor Dr Ahmad Atory Hussain berkata, penolakan itu akan merugikan rakyat, sekali gus menafikan hak rakyat untuk menikmati pembangunan dan kehidupan selesa melalui pemberian wang ihsan.

Menurutnya, ia juga merugikan Kerajaan Negeri jika tidak mahu berunding dan menyuarakan pandangan mengenai wang ihsan dalam jawatankuasa tersebut.

“Seharusnya dalam jangka masa pendek, Kelantan perlu menerima wang itu secara terbuka bagi menyediakan kemudahan lebih baik kepada rakyat.

“Selepas itu, mereka boleh mengadakan rundingan royalti minyak secara muhibah bersama Kerajaan Pusat,” katanya kepada Sinar Harian semalam

Beliau mengulas tindakan Kerajaan Negeri Kelantan menolak tawaran yang dikemukakan Kerajaan Pusat untuk melantik wakil Kerajaan Kelantan dalam jawatankuasa pembangunan wang ihsan yang akan ditubuhkan dalam masa terdekat.

Tujuan dijemput dalam jawatankuasa itu bagi memberi ruang wakil Kerajaan Negeri untuk terbabit sama dalam perbincangan selain memberi pandangan mengenai tindakan yang perlu dilakukan dengan wang ihsan yang disalurkan nanti.

Berikutan itu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dilaporkan berkata, beliau sama sekali tidak akan menerima sebarang rundingan mengenai pemberian wang ihsan malah akan menyebarkan kepada rakyat bahawa Kerajaan Pusat mencuri harta Kerajaan Negeri. (Nota Laporan ini dan yang diatas adalah dipetik dari SINAR HARIAN).

INI PANDANGAN ORANG AAKADEMIK, ORANG CERDIK. AGAKNYA PANDANGAN SIAPA ANTARA KEDUANYA DIANGGAP LEBIH BERFAEDAH KEPADA RAKYAT DAN NEGERI OLE RAKYAT KELANTAN?

Anak Kelantan Mengajar Di Sabah said...

TGNA terima nasihat tak betul dengan menolak tawaran untuk melantik wakil kerajaan negeri dalam jawatankuasa pembangunan wang ehsan di Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) bagi mengendali-urus yang ehsan.

Ini kerja musuh-musuh dalam slimut TGNA, supaya rakyat marah dan berdemontrasi minta TGNA letak jawatan. Sikap mudah percaya dan mudah makan bodek oleh orang dalam bermulut manis jubur masa telah dimanipulasi oleh musang berbulu ayam dalam Keajaan, dalam Pas Kelantan.

Tolonglah Abang Meli, sedarkanlah TGNA tentang niat di sebalik nasihat tidak beul itu. Selamatkan TGNA agar jasa yang ditabur tidak akan tertimbus oeh takbur. Gunakanla kapak Abang Meli tu walaupun akhrnya kapak itu akan belah kepaa Abang Meli sendiri. Saya boleh napak Abang Meli orang perjuangan. Abe Meli ambil risiko untuk selamat TGNA, Kerajaan dan Pas Kelantan walaupun Abang Meli dilihat sebagai pengkhinat.

Biar Allah nilai apa yang kita buat kerana Allah Maha Tahu termasuk apa yang kita niat. Saya setuju denga apa yang Abang Meli tuls, penilaian manusia tidak akan saksama.

Dalam isu ehsan ni, sepatutnya Kerajaan Kelantan jangan tunjuk angkuh dan sombong. Dalam perang tidak semestinya pelancar peluruh scud yang paling hero, yang berusaha untuk hentikan pertempuran dan pertumpahan darah yang paling heo sebenarnya. Orang yang lebih suka bertempur lazimnya berperut dan bermulut busuk dan berada dibawah pengaruh syaitan dan iblis (pinjam kata Abang Meli).

Abuzar said...

Penafian hak royalti minyak negeri Kelantan ni ... merupakan satu lagi dari berpuluh siri/bentuk AMALAN DISKRIMINASI POLITIK terhadap kerajaan PR/ bukan UBN dalam "budaya demokrasi UBN" sejak sekian lama.

Mengapa Royalti Minyak Sabah, Sarawak dan Terengganu tak melalui JPP masing2 seperti yang dihujjahkan oleh Dato' Awang Adek & Dato' Mustafa Mohamad tu.... Bijakkah hujjah ini....??

Begitu juga Amalan Diskriminasi Politik dalam birokrasi kerajaan... seperti SPR, SPRM, PDRM, Mahkamah, RTM, Media, Kemas dan lain2....?

Adakah para pimpinan UMNO sekarang cuba memperbodohkan & memperhina keupayaan bangsa dan anak negeri sendiri?

Permainan politik UMNO masih ditahap mentaliti masyarakat zaman PRIMITIF FEUDAL .. dimana golongan bangsawan menguasai, menindas & memperhamba rakyat marhaen dengan kuasa2 eksekutif mereka. "Era siapa kuat dia berkuasa". UMNO masih bertindak bagaikan rakyat diera yang masih jakun & dijajah barat... UMNO bertindak mundur kebelakang dengan amalan politik ugut & dera. Mereka, UBN,lupa ... bahawa Gerakan Reformasi pemikiran politik masyarakat sekarang telah kearah rakyat negara-bangsa yang lebih demokratik, bertamadun dan berdaulat .....

Hasil tsunami politik PRU12 adalah indikator & isyarat yang jelas tuntutan rakyat yang ingin REFORMASI TOTAL bukan political gimmick atau cosmetic! UBN never learned?

Kerajaan Kelantan perlu utamakan rakyat SHAH ALAM - Kerajaan Kelantan perlu utamakan kepentingan rakyat sebelum bertindak menolak sebarang rundingan mengenai pemberian wang ihsan dengan Kerajaan Pusat. Penganalisis politik, Profesor Dr Ahmad Atory Hussain berkata, penolakan itu akan merugikan rakyat, sekali gus menafikan hak rakyat untuk menikmati pembangunan dan kehidupan selesa melalui pemberian wang ihsan. Menurutnya, ia juga merugikan Anak Kelantan Mengajar Di Sabah said...

Itulah perlunya wakil Kelantan sertai jawatankuasa yang dijemput. Barulah segala apa yang berlaku akan dapat diketahui secara langung bukan berdasarkan agakan dan gamakkan.

Sabah, Sarawak dan Terengganu bawah keraaan BN, kerajaan yang sebulu dengan pusat, mudalah kira bicaranya. Kerajaan Pas ni warna lain. Tak 'kan tu pun tak boleh fikir. Mmain politik kepala bapak apa.

Ahli Pas Yang Sah Tak Akan Pangkah Pas Bawah Nik Aziz said...

.....................................Kemudian kecoh pula soal menantunya yang Nik Aziz lantik sebagai CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan. Dan di dalam berita yang sama hari ini, Nik Aziz turut berkata seperti berikut,

Nik Aziz also denied a claim that the state government has sold “Rumah Kelantan”, a state-owned official residence located in Kuala Lumpur’s Golden Triangle.

He said the Rumah Kelantan site in Jalan Conlay would be redeveloped into an 18-storey building.



Bernama yesterday published a report on its website quoting Kota Baru Umno chief Datuk Fatmi Che Salleh as saying that Rumah Kelantan had been sold to a businessman and the proceeds from the sale were used to cover the state government expenditure.



He said it was a complicated process for the state government to get the project off the ground.

”My son-in-law (Abdul Ariffahmi Abdul Rahman, who is chief executive officer of Kelantan Menteri Besar Incorporated) had to shuttle between Kelantan and Kuala Lumpur many times to complete the various procedures regarding the project.“ di petik dari NST Online.

Yang jelas ialah Nik Aziz berkata, menantunya tidak menjual tanah tapak Rumah Kelantan di Jalan Stonor kepada pemaju. Apa yang Nik Aziz tidak kata atau nafikan bahawa menantunya telah memberi secara percuma tanah itu kepada pemaju seperti tanah tapak Bazar Tok Guru.

Apakah ini benar? Saya suka mendengar bagaimana Exco-Exco Kelantan yang bijak Ekonomi memberi penjelasan terlebih dahulu.
.........................................LAPORAN PENUH BACA BLOG KICKDEFELLAH DIBAWAH ENTRY: Rumah Kelantan Jalan Stonor : Menantu Tak Jual, Dia Bagi Free Saja.

DEMIKIAN BETAPA SUCI, ALIM DAN ZUHUDNYA NIK AZIZ WAHAI MAKHK DI LANGIT DAN DI BUMI.

Keturunan Tarik Rakit Sungai Pulau Melaka said...

Kelantan jangan berkonfrontasi

Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my

KOTA BHARU 25 Jan. – Kerajaan negeri Kelantan tidak harus mengambil pendekatan berkonfrontasi apabila menolak cadangan kerajaan Pusat untuk bersama-sama menyertai jawatankuasa wang ihsan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed (gambar) berkata, tindakan tersebut tidak akan menguntungkan rakyat kerana kerajaan Pusat telah menghulurkan kerjasama untuk membangunkan negeri ini.

Oleh itu beliau berharap, kerajaan negeri akan menerima tawaran supaya wakil daripada kerajaan negeri berada dalam Jawatankuasa Wang Ihsan bagi menentukan pengagihan peruntukan tersebut.

“Kita tidak harus mempolitikkan isu ini dan mengambil pendekatan yang sentiasa berkonfrontasi. Ada perkara yang boleh untungkan rakyat harus ada persefahaman (di antara Pusat dan negeri), tetapi keputusan kerajaan negeri itu hanya akan merugikan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Apresiasi Tinta Media 2010 dan penyampaian hadiah pertandingan boling di antara Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dan Media Kelantan di sini malam tadi.

Turut hadir Pengarah Pembangunan Persekutuan Kelantan, Makhtar Mustapha.

Semalam, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kerajaan Pas Kelantan menolak cadangan supaya seorang wakilnya dilantik untuk menyertai jawatankuasa pembangunan wang ihsan yang ditubuhkan bagi menentukan kaedah penyaluran wang tersebut.

Menurut Nik Abdul Aziz, keputusan itu dilakukan kerana kerajaan negeri menolak pemberian wang ihsan dan bertegas untuk menuntut royalti minyak seperti mana yang diperjuangkan.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, pemberian wang tersebut membuktikan kerajaan Pusat tidak pernah menzalimi rakyat negeri ini.

“Saya nampak seolah-olah kerajaan Kelantan merasakan rakyat negeri ini dianiaya, ia sama sekali tidak betul kerana kerajaan pusat tetap menyalurkan peruntukan walaupun namanya wang ihsan.

“Kerajaan Pusat telah menghulurkan kerjasama dan silaturrahim dalam menentukan agihan wang ihsan maka sebab itu ditubuhkan sebuah jawatankuasa dimana ahlinya termasuk wakil kerajaan negeri, kita berharap mereka terima,” katanya.

Mengulas mengenai desakan Pas yang tetap mahukan royalti, beliau berkata, kerajaan pusat tetap bertegas dengan wang ihsan kerana ia berdasarkan peruntukan undang-undang. --- dipetik dari UTUSAN MALAYSIA.

Maknanya sampai cerah pun isu royalti-ihan ni tak akan selesai. Biarlah Kerajaan Negeri dengan penyakit uluran dan agasnya, JPP buatlah sebagaimana yang sepatutnya dengan wang itu demi untuk rakyat dan negeri Klantan serta negara. Rakyat akan buat penilaian.

Anonymous said...

PERJUANGAN ROYALTI MINYAK -adalah perjuangan rakyat Kelantan ... bukan keegoan Nik Aziz ... bukan nak sumbat dalam poket Nik Aziz TAPI ... nak bina masjid, balaisah, jalan2/ gertak/ titian kampong, sekolah2 YIK yg dhaif, pondok2 pengajian, pasar2 rakyat, sistem kebersihan & pembuangan bandar2, ...dll

Petikan -http://www.blogtokguru.com

Hakikatnya, suara rakyat Kelantan sepakat untuk menuntut hak atas perjanjian royalti minyak yang telah dimateraikan antara Petronas dengan Kerajaan Negeri Kelantan sejak 1975 lagi.

Atas perjanjian itu jugalah, maka Kerajaan Negeri turut mengambil tanggungjawab untuk menuntut hak keadilan mendapatkan royalti minyak, bila mana negeri-negeri Sabah dan Sarawak diberi hak, dan suatu ketika negeri Terengganu turut diberi wang royalti minyak.

Lebih-lebih lagi, bila mana Kerajaan Kelantan mendapat tahu, pihak Petronas Carigali Sdn Bhd dengan usahasama Shell Exploration dan Production Malaysia B.V telah mengeluarkan hasil minyak dari perut bumi laut Kelantan di Blok PM301 sejak tahun 2005, tapi hingga kini kita Negeri Kelantan tidak dibayar wang royalti itu. Di manakah keadilan sebenar?

Malang sekali, pihak Kerajaan Pusat banyak membuat dalih. Mereka tidak mahu berlaku adil untuk Kelantan. Mereka telah mereka-reka pelbagai tafsiran di sebalik perjanjiian yang dibuat. Malah telah memalingkan hakikat keadilan kepada keputusan yang zalim.

Mereka menolak membayar royalti, dan menukar royalti kepada wang ehsan !! Jelas, keputusan Perdana Menteri ketika mengumumkan perkara tersebut di parlimen pada 4 November 2009 lalu adalah menzalimi seluruh rakyat Kelantan. Ia juga penghinaan kepada Kerajaan Negeri.

Malah pengumuman Perdana Menteri itu adalah berlapikkan alasan dan hujah palsu, kononnya kelayakan membayar royalti dalam jarak tiga batu nautika. Maka semua itu adalah peraturan kolot yang tak sesuai dipakai pada zaman serba canggih dan zaman kesedaran maklumat ini.

Persoalannya, apa bezanya hasil perut bumi lain di Kelantan ini dengan hasil minyak. Hasil galian dan logam seperti emas, besi, balrite, dan sebagainya diberi hak kepada Kerajaan Negeri, kenapa pula hasil minyak dan gas yang juga dari perut bumi Negeri ini tidak nak diberi hak kepada Negeri.

Kemudian, apa pasal pula Pusat memandai-mandai buat undang-undang nak beri ehsan kepada Negeri, sedangkan hasil itu digali dari perut bumi Negeri. Hakikatnya, pihak Kerajaan Pusat di Putrajaya tak ada setitik pun minyak, tapi mereka membolot kesemuanya.

Apa yang berlaku ialah minyak sudah digali di laut sana, ia tidak di perut bumi Putrajaya, sebaliknya ia digali di Laut Cina Selatan yang jelasnya kalau tidak hak Kelantan, maka ia hak Terengganu atau hak Thailand.

Namun, maklumat yang diketahui umum, minyak sudah dikeluarkan dari laut Kelantan. Tiba-tiba kita di Negeri yang keluarkan hasil minyak nak diberi ehsan. Sepatutnya, kerajaan Negeri yang ada hasil minyak yang beri ehsan kepada Pusat.

Ini sudah terbalik, dan sudah tidak berlaku keadilan. Dan orang yang tidak adil adalah orang yang tidak mengikut jalan agama dan melakukan kezaliman. Ingatlah amaran Allah kepada orang yang zalim, Allah berfirman;Maksudnya;

............

Atas hujah-hujah keadilan tersebut, maka Kerajaan Negeri Kelantan tetap bertegas tidak akan menerima wang ehsan.

Ia bukannya untuk mempolitikkan isu, sebaliknya tindakan Pusat menukar royalti kepada ehsan, tidak mematuhi perjanjian dan berunding dengan Petronas serta berselindung di sebalik nama Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) sebenarnya telah mempolitikkan isu royalti/ehsan ini.

Penegasan kami, sebagai Kerajaan Negeri akan tetap bersama rakyat berjuang bagi memastikan hak dan keadilan bagi mendapatkan wang royalti minyak.

Semuga Allah Yang Maha Esa memberi hidayah kepada pemimpin yang sedang menzalimi rakyat Kelantan. Hentikanlah kerja zalim itu, dan ingatlah akan azab Allah, maka bertaubatlah.

joostspring said...

penyelesaian dia payah2 sangat gak saman je...

huse muse kata dia dipihak yg betul dan dulu bersunggoh2 sgt kata nak saman..tggu gapo rimau lagi..saman jela..xkan xsiap lagi segala dokumen2 hok berkaitan nak saman kerajaan malaysia ni..

nak sedap lagi bwk isu ni ke tribunal angtarabangsa..saman buleh usd100 trillion..make xhabis org kelate dgn duit tu mugo tahu dah menang kalu saman..

saman jgn tak saman..

Anonymous said...

Ambo rasa bukan sebab namanya wang ehsan tidak royaltimak nik aziz tolak tapi sebab duit tu boleh ka JPP kalu bui ka dia secara lansung nama wang ehsan pun tak apa satu..

ANTI LIDOH BEWOK said...

Anonymous said...

PERJUANGAN ROYALTI MINYAK -adalah perjuangan rakyat Kelantan ... bukan keegoan Nik Aziz ... bukan nak sumbat dalam poket Nik Aziz TAPI ... nak bina masjid, balaisah, jalan2/ gertak/ titian kampong, sekolah2 YIK yg dhaif, pondok2 pengajian, pasar2 rakyat, sistem kebersihan & pembuangan bandar2, ...dll

SELEPAS PERINTAH 20 TAHUN, BERAPO BUAH DOH MASJID, BALAISAH, SURAU, JAMBATAN, JALAN DAN JAMBAN YANG DIBUAT?

NOK PITIH MINYAK BARU NOK BUAT GAT BERAT LAAAA. KATA KEAJAAN CERDIK DAN BIJAK....BIJAK DAN CERDIK PPALO BAPOK, KKOROK KERING.

KAWASAN BLAK BOTAK LICIN DOH, HASIL PREMIUMNYO GI TOHOK MMANO?

ANTI LIDOH BEWOK said...

joostspring said...

penyelesaian dia payah2 sangat gak saman je...

huse muse kata dia dipihak yg betul dan dulu bersunggoh2 sgt kata nak saman..tggu gapo rimau lagi..saman jela..xkan xsiap lagi segala dokumen2 hok berkaitan nak saman kerajaan malaysia ni..

nak sedap lagi bwk isu ni ke tribunal angtarabangsa..saman buleh usd100 trillion..make xhabis org kelate dgn duit tu mugo tahu dah menang kalu saman..

saman jgn tak saman..

January 26, 2010 3:37 AM

AMBO SETUJU BENAR DENGAN DEMO. BERASO BETUL ALIK KITA, SAMEN. TOK CCAYO KO TOK-TOK HAKIM DAN SISEM PERUNDANGAN DALAM NEGARA TRIBUNAL ANTARABANGSA. SAMAN BIAR PAROK, BIAR GERABAK-GERABAK KWRETAPI KL-TUMPAT PENUH DENGAN PITIH MENE SAMEN WAT KELIK KELANTAN. BIAR BANKRAP KERAJAAN PUSAT.

CEPAT-CEPAT SIKIT SAMEN, KITA KTO TENGOK SAPO MENONYE MACAM BAPOK KAMBING HIDUP 'BARANG' IBU KAMBING BARU LEPAS KECING.

Anti Al-Liwati Al-Juburi Al-Taiki said...

ANTI LIDOH BEWOK!

Guano parok taroh dan tutuh ni. Pinje kapok MKJ ko atawa guna kapok beli sediri?

BARISANG said... pula main potong, potong, potong. Mengiga ko apo. Ko tok potong lagi. Kalu nak suruh aku tulung potong pun boleh, aku boleh minta pinje kapak MKJ.

Tok Llaki Jimah Tunggek said...

Demo nok tutuh dengan tande-tande, tohok buwi make ko anyin?

Orang Embat Kg. Parang Puting said...

joostspring said & ANTI LIDOH BEWOK!

Tok kan nyo samen wei, mugo nyo tau barang tokleh mene. Kecek nok ugut suruh orang takut, dia ingat keraaan pusat itu takdok batu.

Lepas tu nok tutup cepelag kata nak saame, Aji Nik Ajis akan kata, saman meyaman ni tadok jaman rasulullah s.a.w.

Kata nak batal keizinan PETRONA cari gali pun kto sajo jah, muogo minyak bukannyo buleh gi cedok dengan gayung atau timba upeh nibung.

Nak tutup malu, Aji Nik Ajis akan kata, batal-batal hak cari gali ni takdo jaman nabi, mugo nabi tak buat.

Orang Pas Pas cyao, beruk mat yeh suko selok sampai tubik air mato.