Monday, January 25, 2010

MUNCUL KEMBALI (647)

Wang ihsan: pemimpin utamakan ego akan dihakimi rakyat

MENTERI Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz yang dipetik melalui laporan media berkata, beliau sama sekali tidak akan menerima sebarang rundingan mengenai pemberian wang ihsan malah akan bertindak menyebarkan kepada rakyat bahawa Kerajaan Pusat mencuri harta milik Kerajaan Negeri.

Beliau juga tidak akan memenuhi jemputan malah, tidak akan membenarkan mana-mana wakil daripada kerajaan negeri menduduki jawatankuasa itu. Kalau dijemput semata-mata untuk menerima wang ihsan, beliau tidak akan pergi dan tidak benarkan pegawai kerajaan pergi, 100 peratus Kerajaan Kelantan akan tolak.

Penegasan itu adalah sebagai respon beliau terhadap tawaran kerajaan pusat untuk melantik wakil kerajaan negeri dalam jawatankuasa pembangunan wang ehsan di Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) bagi mengendali-urus wang ehsan.

Menteri Perdagangan Antarabngsa Dan Industri, Dato' Mustapa Mohamad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMno Kelantan pula berkata, kerajaan pusat telah menghulurkan kerjasama dan silaturrahim dalam menentukan agihan wang ihsan maka sebab itu ditubuhkan sebuah jawatankuasa di mana ahlinya termasuk wakil kerajaan negeri, kita berharap mereka terima.

Mengulas mengenai desakan Pas yang tetap mahukan royalti, beliau berkata, kerajaan pusat tetap bertegas dengan wang ihsan kerana ia berdasarkan peruntukan undang-undang.

Maknanya soal penstatusan sama ada 'royalti' atau 'ehsan' tidak akan selesai dan penstatusan itu pastinya bukan merupakan suatu keperluan kepada rakyat dan negeri Kelantan dan ianya lebih bersifat berkepentingan politik atau sikap lebih suka memijak ligan tolarensi dalam menyelesaikan sesuatu masalah dan usaha meleraikan kekusutan.

Pada pendapat saya dan saya yakin majoriti rakyat Kelantan sependapat dengan saya bahawa soal nama dan penstatusan tidak penting kepada rakyat dan negeri Kelantan asalkan wang itu digunakan bagi faedah rakyat dan negeri Kelantan secara saksama. Siapa pun yang menguruskannya bukan menjadi soal kerana ianya bukannya diurus oleh kuasa asing dari negara asing pun.

Sama ada kerajaan pusat atau negeri terdedah kepada penghakiman rakyat melalui piihanraya. Lagi pun jarak antara Kota Darulnaim selaku pusat pentadbiran kerajaan negeri dengan Menara Perbadanan yang menempatkan pusat pentadbiran Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Negeri Kelantan tidak sampai pun 10 minit perjalanan dengan berjalan kaki.

Dalam pada itu JPP pun scara tidak langsung memberi pedapatan kepada kerajaan negeri dalam bentuk sewa pejabat kepada Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) selaku pemilik Menara Perbadanan.

Kalau JPP tidak menyewa dan aras bawahnya juga tidak disewa oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna bagi Negeri Kelantan seperti sekarang, bangunan berkenaan banyak terbiar kosong. Itu nikmat dan tuah yang jarang diperkirakan oleh banyak pihak yang lebih suka cari keburukkan dari kebaikan.

Kegagalan membawa pihak pusat dan negeri ke meja rundingan secara profesional dan telus bagi membentuk pakatan untuk menyumbang perkhidmatan kepada negeri dan rakyat secara bersama hanyalah kerana merebaknya wabak dan sidrom ego di kalangan mereka yang bergelar pemimpin dan kearanya sanggup memperjudi dan memperalatkan rakyat dan negeri oleh wabak dan sindrom yang tidak berfaedah itu.

Saya yakin rakyat sudah cukup dan sangat bosan dengan lagak dan egoistik mereka yang bergelar pemimpin yang mempertahankan ego tegar. Dlam pilihanraya umum ke-13 nanti rakyat pasti akan membuat penghakiman supaya mereka tidak terus diperjudi dan diperalatakan oleh mereka yang bergelar pemimpin yang lebih mengutamakan keegoan dari kepentingan rakyat dan negeri.

17 comments:

Anak Kelantan + Terengganu said...

WANG EHSAN: JANGAN LAYAN KESOMBONGAN NIK AZIZ

Semalam sekali lagi Nik Aziz Nik Mat, menteri Besar kelantan terus berlagak sombong dan bongkak apabila meminta orang mendoakan agar pemimpin Umno di timpa bala, gara-gara tidak menamakan pemberian hasil minyak atas nama Royalti.

Nik Aziz elagic mendengar nama Wang Ehsan kerana dia mungkin bukan pemimpin negeri peminta sedekah. Cuma Nik Aziz layak menjadi peminta sedekah untuk mendapat pinjaman RM 600 juta bagi memulih bekalan air kelantan yang samapi kini pun belum pulih-pulih.

Rakyat ramai lagi yang menderita kerana masalah air tidak dapat dibekalkan, malah ada di kawasan pula tekanan air begitu rendah membuat permasalahan air berterusan. Apakah wang yang diminta sedekah oleh Nik Aziz di zaman Tun Mahathir yang digelar maha Firaun, kafir dan sebagainya di belanja ke mana, sedangkan masalah air tak selesai.

Sekali lagi Nik Aziz dengan nada gedebenya, tidak akan menghantar wakil untuk bermesyuarat dengan JPP bagi mengagih-agihkan Wang Ehsan yang akan disalur pada Mac depan.

Cara Nik Aziz bercakap sebenarnya tidak menggambarkan nilai hidup seorang orang berilmu, macam orang kemaca. Tak ada akui ulama pewaris Nabi. Watak bercakap macam samseng Pualu Melaka, bukan Tok guru. Tak tahu macam mana orang boleh tertarik dengan sifat Nik Aziz. Jika dilihat maca di luar (pakaian) saja yang nampak islam, tetapi di dalam seolah-olah tak ada cahaya bila marah. Mana nilai sabar yang diajar dalam islam.

Ingatlah pesan ini kepada pemimpin-pemimpin Umno, baik Kelantan atau pusat, tak payah layanlah orang macam ini. Layan orang tak ada akal, kita juga akan rosak akhlak. Biarlah nik Aziz ajar anak menantunya agar bebas dari rasuah, sebelum nak kritik orang lain.

Nik Aziz yang ini juga yang berdegar-degar nak buat Hukum Hudud di kelantan. habis kenapa tak buat sedangkan Dewang Undangan negeri sudah bersetuju untuk pas buat hukum Hudud. kenapa takut Umno halang, dari takut kepada Allah yang boleh dikongsi dengan ajaran lain.

Anak Kelantan + Terengganu said...

Tak mungkin kaji soal Hukum Hudud pun nak ambil masa 40 tahun. tak cukupkan dengan 20 tahun pas perintah kelantan dan sebelum ini sudah 18 tahun perintah kelantan, draf dan undang-undang Hudud belum boleh dilaksanakan.

Percayalah Pas, Umno dan kerajaan pusat tidak akan sekat jika Pas nak laksanakan Hukum Hudud. jika tak percaya, pas isytihar Hukum hudud di kelantan. Jangan salahkan orang lain jika pas sendiri hanya pandai bercakap, tetapi seebnarnya tidak ada cita-cita besar untuk laksanakan Hukum Hudud.

Hukum Hudud pas cuma satu gimik politik, bukan perjuangan sebenar. Hari ini, baik pas isytihar segera dan syaa percaya dato' Seri najib akan bersetuju.

Sebenarnya, pas takut naka buat hudud kerana semua akan pemimpin Pas akan termasuk jerat. jika Mat Sabu berkurung dengan bini orang dalam bilik 121 Hotel Perdana pun boleh diarah bebas kerana terlalu ingin menjaga maruah parti, macam mana nak laksanakan hukum hudud.

Mutakhir ini, Pas lagi takut untuk bercakap soal Hukum Hudud dan pembentukan negeri islam kerana terlalu menjaga hati DAP yang beridelogi komunis moden. Tetapi, bagi Pas dan Nik Aziz sendiri merreka ini sedia berkawan dengan Iblis dan syaitan asal boleh mempertahankan kuasa, sedangkan hal-hal islam tidak berkembang langsung di kelantan.

Anonymous Anak Kelantan + Terengganu said...

Jika Pas pejuang tulin islam, berapa ramai orang bukan islam memeluk islam di kelantan. Cuba cari statistik jumlah bukan Islam memeluk islam di kelantan sejak Nik Aziz jadi menteri Besar. Di mana contohnya, islam itu agama dakwah.

Jelas kepaada kita, Pas lebih berpolitik dari memperjuang nilai islam sejati yang mengajurkan kita menjadi pendakwah untuk menarik lebih ramai bukan Islam memeluk islam.

Kenapa kerajaan Pas kelantan beria-ia untuk mendapatkan wang royalti minyak. bercakap samapi nak saman kerajaan pusat dan Petronas jika tidak bagi. Jelas kerajaan pusat sudah tak bagi wang royalti minyak, tetapi di beri atas nama wang Ehsan dan disalur menerusi JPP untuk diagih-agihkan kepada rakyat kelantan.

Samanlah kalau benar-benar gedebe. Doalah biar semua orang pecah perut jika doa kita begitu hebat. kenapa tak doa biar orang yang didakwa memfitnah menantu kita yang sombong dan begitu bermegah atas nama menantu Tok Guru jadi pecah perut.

Hari ini, orang memecah tembelang hal anak menantu Tok Guru nik Azizi masih sihat pun. barangkali orang yang mendedahkan ini lagi benar dan lebih ikhlas untuk kepentingan umum rakyat kelantan.

orang bercakap sombong terlalu jauh doanya untuk diterima Penguasa Alam dan manusia. Jangan hidup terlalu bermegah kerana kita ni tok guru agama yang boleh mengajar orang Pas yang berhati batu pada setiap pagi Jumaat.

Kerana terlalu nak doa orang lain pecah perut, perut kita pula yang selalu sakit. dan terlalu kerap untuk jumpa dan masuk hospital kerana sakit perut. Ingat, jika salah doa kepada orang yang berhati lebih mulia, perut kita yang pecah dulu atau dihidap kenser perut. Ingat, Allah itu lebih adil dan maha mengetahui niat kita.

ketahuilah, dunia akhir zaman ini terlalu ramai manusia menjadi 'kufur' kerana menggunakan ayat-ayat Allah dan kalimah Allah untuk menghina orang lain dan menjatuhkan orang lain. ingatlah, nabi Muhamad s.a.w pun tidak mendoakan orang yang membaling tahi unta ketika bersolat agar pecah perut atau mati katak.

Kita selalu bercakap ikutlah perangai nabi sebagai contoh, tetapi percakapan kita, perbuatan kita jauh untuk mencotohi cara hidup Nabi. Yang ditiru cuma cara nabi berpakaian luar sahaja, di dalam memakai pakaian Iblis.

Dengan kesombongan Nik Aziz untuk tidak menerima Wang Ehsan, biarlah Umno kelantan mengurus secara lebih berkesan. Jika bagi pun, wang Ehsan ini akan di guna oleh PBMK untuk membayar hutang bodoh yang dibuat oleh CEO dungu yang sudah pun jadi jutawan.

Lagi baik tidak bagi kepada kerajaan pas kelantan kerana setiap program yang dilaksanakan sebelum ini lingkup begitu sahajha. Ke mana perginya kandang kambing terbesar di Gong Chenok yang dulu diwar-war sebagai yang terbesar di pantai Timur, malah malaysia.

ke mana hilangan Skim Kifalah di mana orang yang usia 60 tahun meninggal, Tok Penghulu pas pun sudah mula takut nak jengok kerana bimbang orang tanya mana duit Kifalah yang digembur=gembur sebelum ini.

Anak Kelantan + Terengganu said...

kenapa pula peserta Ladang rakyat , setiap tahun semakin bertambang kurang. Apakah untung Ladang Rakyat sudah tidak memberi untung besar lagi. Berapa pula jumlah hasil keuntungan duit Ladang Sawit yang dirampas dari Felcra.

Mujurnya rancangan untuk meroboh Sekolah Mahad Muhamadi di jalan Pengkalan Cepa untuk dijadikan Pusat perdangang tidak jadi kerana ada bantahan dari orang ramai termasuk bekas pelajar Muhamad Muhamadi. Jika orang ramai tidak tahu kes ini, sudah pasti Sekolah Ma'ahad Muhamadiakan tinggal lama.

Yang pelingnya, kerajaan pas kelantan beria-ia untuk memajukan tanah di Tujung, tiba-tiba habis tanah kerajaan di kawasan bandar mahu di jual. Ini yang pelik lagi ajaib.

jika Nik Aziz tak mahu wang Ehsan, tak usah nak bercakap lagi. Sebenarnya, pas mengharap duit ehsan itu untuk digunakan bagi memperkuatkan Pas untuk merasuah rakyat menghadapi pilihanraya umum ke -13 nanti. Nak jual kawasan balak, dah terlalu banyak kawasan balak sudah di pugar, balak tak sempat tumbuh beasar dlam tempoh 20 tahun ni.

kini pas sudah megnukur tanah mana yang boleh dijual kepada pemaju swasta kononnya untuk meluaskan kawasan Ladang rakyat untuk cari duit. Esok, jika Umno memerintah kesemua Ladang rakyat itu masing-masing ada pemilik individu, bukan ladang Rakyat milik kerajaan sepeti yang diusahakan oleh Felcra, Felda atau pun Kesedar.

Sebenarnya, rakayt kelantan sudah terlalu lama ditipu oleh kelicikan Pas yang hebat dan pandai membaca ayat-ayat al-Quran. hakikat banyak harta kerajaan milik rakyat sudah tergadai dan terjual. tunggulah fakta yang bakal meletus jika kerajaan pas jutuh nanti.
Ingat, nik Aziz dengan megah bercakap bahawa kerajaan negeri dulu bodoh memerintah atau tidak pandai memerintah hingga kerajaan pimpinannya terpaksa menanggung beban untuk membayar saman RM 800 juta kepada Timbermine Sdn Bhd.

Nik Aziz sebenarnya terlupa, kerajaan bodoh yang disumpah seranahnya itu adalah kerajaan Pas pimpinan Tok Guru Haji Mat Nasir yang meninggal di Australia dan ketiak itu kekal menyokong Pas kembali.

Waktu Nik Aziz sumpah itu, seingatnya kerajaan Mat Yaacob, kerajaan Umno-Bn yang perintah kelantan selama 12 tahun yang berjaya memaju bandar Kota Bharu dan membuat penempatan semula rakyat apabila tanah stinggan di ambil di kawasan Padang Bas.

Apakah kerajaan pas pimpinan Nik Aziz menyediakan penempatan baru kepada stinggan apabila mengambil tanah untuk dimajukan. Inilah perbezaan anatara kerajaan berjiwa rakyat dengan kerajaan yang sebenar-benar bercakap atas nama islam tetapi menindas rakyat.

Kini, rakyat yang diberi lot-lot tol (sementara) mula merungut kerana primeum tanah dinaikkan beratus kali ganda. Apa sudah jadi dengan kerajaan Pas kelantan yang penuh kesombongan ini.

Ketahuilah, tidak ada beza Wang Ehsan dfengan Royalti minyak. yang penting itu juga duit. Apakah kerana namanya 'kueh tahi itik' tidak boleh dimakan, tetapi kueh tahi iti itu jika ditukar mana menjadi kueh Tok Guru baru halal di makan. Jangan jadi bodoh dan jangan terlalu sombong apabila bertutur kata.

Ingatlah, biat kita ni hebat kerana di gelar Tok Guru, tetapi - 'Jangan pandang Sebelah Mata' jika jumpa oran tidak pakai serban. Kita buat haji dan Umrah pun sama-sama pakai kain Ihram tanpa pakai selar dalam.

Apakah tok Guru buat haji dan Umrah pakai jubah dan berserban. Itulah hakikat, Allah tidak pandang pakaian, tetapi Qalbu (takwa). Siapa ikhlas dalam ibadah, berukuk dan bersujud, Allah s.w.t menjanjikan kebaikkan dan kemulian untuknya. Ingat, lebih afdal pergi buat ibadah haji dan umrah dengan duit sendiri.

Tak ada duit tak payah pergi, tetapi kena pasangan niat yang kuat dan ikhlas untuk pergi ke Mekah, jika aku ini dimurahkan rezeki oleh Allah hingga mencukupi atas diri aku dan hak menjaga keluarga aku sepanjang aku menunaikan ibadat haji dan Umrah.

Anak Kelantan + Terengganu said...

Diri kita lebih tahu duit kita bersih atau tidak. Jika duit orang lain atas dasar 'belanja' belum tahu bersih, mana tahu duit yang merak dapat pun dari projek yang diperolehi secara rasuah, cara bodek atau cara memujuk pemimpin yang berkuasa. Ini hakikatnya duit HARAM, biarpun nampak HALAL kerana kita menggunakan pengaruh orang lain untuk menidakkan hak orang lain secara lebih adil dalam setiap tendar.

Sebab itu, bila kita melihat di sekeliling - kenapa terlalu ramai orang yang dulunya kaya raya dan hidup mewah, tiba-tiba hilang kemewahan itu untuk menjadi tidak kekal. Ada pula yang ditimpa kesusuhan dengan pelbagai penyakit. Ini semua hasil ketidak-cermatan kita dalam merebut peluang perniagaan yang awalnya kita nama HALAL, tetapi tanpa sedar ia sebenarnya HARAM.

Sebab itu, dalam bayak perkara apabila kita lebih bercakap soal ajaran islam - 'Jangan Pandang Sebelah Mata'. Islam dengan politik tidak boleh dipisahkan, tetapi jika menggunakan islam untuk mengaut keuntungan pilitik yang kemudia kita tidak berbuat seperti yang dituntut, ia akan menjadi HARAM.

Jika terlalu banyak buat yang HARAM, hanya nabi Muhamad s.a.w yang memegang syufaat dan kunci Syurga, bukan pemimpin Pas atau nik Aziz. Orang Allah memberi jaminan Syurga adalah mereka yang mengamal ilmu-ilmunya secara ikhlas, bukan bercakap soal ilmunya sahaja. jika ini berlaku, orang yang mendegar kemudiannya beramal dengan akhlas akan lebih terjamin Syurganya dari yang bercakap banyak. Muga kita bermuhasabah. - dipetik dari Putra7Gunung.blogspot.com

Anonymous said...

KETEREH, 26 Jan: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pimpinan kerajaan negeri yang diberi mandat oleh rakyat hampir 20 tahun lalu lebih ‘pandai’ mengurus harta rakyat termasuk hasil royalti berbanding Kerajaan Pusat.

Menurutnya, Kelantan jauh berwibawa berbanding pimpinan mereka (BN) yang terbukti telah mengamalkan dasar rasuah, berbanding pimpinan kerajaan Kelantan yang sentiasa bersikap telus.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapha Mohamed, yang mendakwa Kerajaan Pusat enggan menyerahkan royalti kerana dibimbangi kerajaan negeri tidak pandai mengurus.

Pada masa yang sama, Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri itu juga bimbang, Kelantan akan menggunakan royalti untuk kegunaan politik.

Menurut Nik Abdul Aziz, beberapa bangunan yang dibuat oleh kerajaan BN khususnya di Terengganu dan Perak didapati runtuh, sama ada jambatan, masjid dan sebagainya akibat tidak pandai mengurus di samping berlakunya amalan rasuah.

“Alhamdulillah, setakat ini pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan negeri termasuk jambatan tidak pernah runtuh, malah jambatan berdekatan rumah Exco kerajaan negeri, Datuk Mohd Amar jauh lebih rendah berbanding harga asal yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri,” ujarnya lagi.

Tuan Guru berkata demikian ketika ditemui media selepas melakukan lawatan rasmi ke Kolej Yayasan Islam Kelantan, Kok Lanas, dekat sini, semalam.

Turut mengiringi beliau, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah, Pengarah Yik, Ahmad Robert Abdul Rahim, pegawai-pegawai Yik.

Sambungnya, sebaliknya jambatan yang terletak di Kampung Beris Jambu yang dilaksanakan oleh kerajaan BN hanya panjang ‘sejengkal’ bernilai RM12 juta melebihi harga sepatutnya.

Tambah Tuan Guru lagi, pemimpin kerajaan Pusat jangan ‘perasan’ mendakwa hanya mereka pandai mengurus wang rakyat sehingga berasa bimbang hasil royalti digunakan untuk tujuan politik.

Menurutnya, Kelantan sebagaimana juga negeri lain mempunyai Raja, Dewan Undangan Negeri, rakyat malah mempunyai kerajaannya sendiri, namun kenapa ianya harus disalurkan sesuka hati.

“Apakah kerajaan Kelantan tidak mempunyai Raja, atau kerajaan Kelantan tidak sah serta tiada undang-undang, apa ni… insya Allah, rakyat yang tak puas hati akan mengambil keputusan yang di luar jangkaan terhadap mereka,”ujarnya lagi.

Beliau berkata, kerajaan Kelantan tidak pernah mempolitikkan soal royalti, sebaliknya pemimpin kerajaan Pusat yang bertindak sedemikian hingga menafikan hak kerajaan negeri.

“Kalau minyak keluar dari pantai Terengganu, tak payah undang-undang untuk menyekat daripada minyak mari (datang) ke Kelantan, tetapi bila minyak keluar daripada perut Kelantan, kenapa pula perlu membuat undang-undang?

“Jawabnya tiada lain hanya untuk menyekat kuasa politik kerajaan Kelantan bagi mendapatkan hak royaltinya, namun apabila hasil minyak keluar dari negeri ini, nak buat undang-undang, tidakkah itu membuktikan kerajaan Pusat telah bermain politik?”soalnya lagi.

Katanya, kerajaan Pusat terlebih dahulu berpolitik berbanding dengan PAS di Kelantan.

Tuan Guru sekali lagi menegaskan, kerajaan negeri tidak sekali-kali akan menerima wang ehsan apa lagi sekiranya disalurkan pada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).

Anonymous said...

Petikan -http://www.blogtokguru.com

Hakikatnya, suara rakyat Kelantan sepakat untuk menuntut hak atas perjanjian royalti minyak yang telah dimateraikan antara Petronas dengan Kerajaan Negeri Kelantan sejak 1975 lagi.

Atas perjanjian itu jugalah, maka Kerajaan Negeri turut mengambil tanggungjawab untuk menuntut hak keadilan mendapatkan royalti minyak, bila mana negeri-negeri Sabah dan Sarawak diberi hak, dan suatu ketika negeri Terengganu turut diberi wang royalti minyak.

Lebih-lebih lagi, bila mana Kerajaan Kelantan mendapat tahu, pihak Petronas Carigali Sdn Bhd dengan usahasama Shell Exploration dan Production Malaysia B.V telah mengeluarkan hasil minyak dari perut bumi laut Kelantan di Blok PM301 sejak tahun 2005, tapi hingga kini kita Negeri Kelantan tidak dibayar wang royalti itu. Di manakah keadilan sebenar?

Malang sekali, pihak Kerajaan Pusat banyak membuat dalih. Mereka tidak mahu berlaku adil untuk Kelantan. Mereka telah mereka-reka pelbagai tafsiran di sebalik perjanjiian yang dibuat. Malah telah memalingkan hakikat keadilan kepada keputusan yang zalim.

Mereka menolak membayar royalti, dan menukar royalti kepada wang ehsan !! Jelas, keputusan Perdana Menteri ketika mengumumkan perkara tersebut di parlimen pada 4 November 2009 lalu adalah menzalimi seluruh rakyat Kelantan. Ia juga penghinaan kepada Kerajaan Negeri.

Malah pengumuman Perdana Menteri itu adalah berlapikkan alasan dan hujah palsu, kononnya kelayakan membayar royalti dalam jarak tiga batu nautika. Maka semua itu adalah peraturan kolot yang tak sesuai dipakai pada zaman serba canggih dan zaman kesedaran maklumat ini.

Persoalannya, apa bezanya hasil perut bumi lain di Kelantan ini dengan hasil minyak. Hasil galian dan logam seperti emas, besi, balrite, dan sebagainya diberi hak kepada Kerajaan Negeri, kenapa pula hasil minyak dan gas yang juga dari perut bumi Negeri ini tidak nak diberi hak kepada Negeri.

Kemudian, apa pasal pula Pusat memandai-mandai buat undang-undang nak beri ehsan kepada Negeri, sedangkan hasil itu digali dari perut bumi Negeri. Hakikatnya, pihak Kerajaan Pusat di Putrajaya tak ada setitik pun minyak, tapi mereka membolot kesemuanya.

Apa yang berlaku ialah minyak sudah digali di laut sana, ia tidak di perut bumi Putrajaya, sebaliknya ia digali di Laut Cina Selatan yang jelasnya kalau tidak hak Kelantan, maka ia hak Terengganu atau hak Thailand.

Namun, maklumat yang diketahui umum, minyak sudah dikeluarkan dari laut Kelantan. Tiba-tiba kita di Negeri yang keluarkan hasil minyak nak diberi ehsan. Sepatutnya, kerajaan Negeri yang ada hasil minyak yang beri ehsan kepada Pusat.

Ini sudah terbalik, dan sudah tidak berlaku keadilan. Dan orang yang tidak adil adalah orang yang tidak mengikut jalan agama dan melakukan kezaliman. Ingatlah amaran Allah kepada orang yang zalim, Allah berfirman;Maksudnya;

............

Atas hujah-hujah keadilan tersebut, maka Kerajaan Negeri Kelantan tetap bertegas tidak akan menerima wang ehsan.

Ia bukannya untuk mempolitikkan isu, sebaliknya tindakan Pusat menukar royalti kepada ehsan, tidak mematuhi perjanjian dan berunding dengan Petronas serta berselindung di sebalik nama Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) sebenarnya telah mempolitikkan isu royalti/ehsan ini.

Penegasan kami, sebagai Kerajaan Negeri akan tetap bersama rakyat berjuang bagi memastikan hak dan keadilan bagi mendapatkan wang royalti minyak.

Semuga Allah Yang Maha Esa memberi hidayah kepada pemimpin yang sedang menzalimi rakyat Kelantan. Hentikanlah kerja zalim itu, dan ingatlah akan azab Allah, maka bertaubatlah.

john said...

Salam...

siapa pemimpin yang egois itu?...berpijaklah dibumi yang nyata..berpolitik biarlah untuk mencerdikkan rakyat..jangan memubatkan rakyat yang kurang pendedahan menjadi bertambah dungu...

jika sebelum ini tiada istilah ehsan..tiba2 bila kalah dijadikan royalti kepada ehsan..janganlah nak gunakan isu kononnya untuk kepentingan rakyat..KALAU RASA UMNO YANG HANYA LAYAK UNTUK DUIT EHSAN TU AMBIK JE LA DAN BUAT YANG MANA YANG PAS TAK MAMPU..KALAU PAS TAK MAMPU NAK SEDIAKAN AIR DENGAN BAIK,NAH SURUHLAH UMNO GUNAKAN EHSAN TU..KALAU RASA ITU HAK KAMU ,JANGAN LAYAN LE TOK GURU TU...MASALAHANYA KAMU TAHU ITU BUKAN HAK KAMU DAN KAMU CUBA UNTUK MENEGAKKAN BENANG YANG BASAH...

kalau di terengganu boleh buat..buat le juga di kelantan...kita tengok le akibat kepada umno..adakah semakin hebat..atau semakin diBENCI!

na na na na na ganu kiter said...

isu wan ihsang timbul mule-mule skali di ganu biler PAS menan ngundi taung 99....YAN MANER ROYALTI hok
B ENG dok paka berpulu2 taung di tuka serte merte jadi wan Ihsang...dang biler B Eng menan ngudi 2004 wng ihsan tukor jadi royalti balek...dapt balek ker kerjaaang negeri.

Ini menunjukang satu penipuang atas darat, kalu di kelatang menam B Eng harus wan ihsang tuko jadi Royalti dok caye ..tanyer deris jusoh

Anonymous said...

Istilah WANG EHSAN ganti royalti ni adalah idea besar Mahathir yang merupakan ICON POLITIK PUTAR ALAM Umno.....

dari Datok Onn..hidup Melayu .. kepada Tunku Ab Rahman... Merdeka .... Tun Razak ... hidup Pembangunan .. Tun Husin .. hidup Perpaduan... Manakala Mahathir .... hidup Korupsi... Pak lah ... hidup Hadhari ... Najib ...hidup 1Mal...

Muda Mamat said...

Nak suruh wang ihsang jadi royalti duduk bersilolah atas rumput biao punggo tumbuh akao, tak jadi ko bendo eh, macang anjing salok bukit joh.

Hok molek got, terimo wang ihsang sampai kerojaan bertukao dari Umno/BN ke Pas/PR dalam pilhangrayo ke-13 nanti, jangan jadi kerojaan DAP/PR doh la, Pas pulok hanya jadi melukut tepi gantang.

joostspring said...

terbaik la anak kelate + ganu..

ising john bila baca gapa yg demo tulis@post tu..(xpasti samada tulis sendri atau cut&paste)

john sapa meroyan nak jawab hok demo tulis@post tu...walau pun pahit kenyataan pasal wali selipar jepun@tokguru(gelaran dari pihak kerajaan negeri/SS)demo tu..kena amik mamah dan telan jugak..

ahlul2 selipar jepun hok lain menggelupar serupo cacing kepanasan sapa kena amik cut&paste dr berita nak takil kenyataan demo...

saudara meli takil org guna kapak..ahlul2 pas bwk btg lidi jah..cian wei ahlul2 pas kelate skrg ni..ising naik pah ko ats palo dah..hehehhe

Anak Kelantan + Terengganu said...

Mr joostspring!
Apa yang aya salurkan ke blog MKJ adalah cut&paste dari blof http://putra7gungung.blogspo.com yang merupakan blog terbaru saya jupa dan MKJ link dalam blognya ni.

Melihat kepada gaya penulisannya, saya yakin pemilik blog ada pengalaman luas dalam bidag kewartawanan. Sayangnya tidak dizahirkan siapa orangnya.

Anak Kelantan + Terengganu said...

Mr joostspring!
Apa yang aya salurkan ke blog MKJ adalah cut&paste dari blof http://putra7gungung.blogspo.com yang merupakan blog terbaru saya jupa dan MKJ link dalam blognya ni.

Melihat kepada gaya penulisannya, saya yakin pemilik blog ada pengalaman luas dalam bidag kewartawanan. Sayangnya tidak dizahirkan siapa orangnya.

Anonymous said...

Nak tolak atau nak terima hak kerajaan negeri sbb majoriti rakyat kelantan telah serah mandat kpd Pas utk terajui dan merintah Kelantan. Tak timbul soal nik aziz mewakili pandangn seluruh rakyat Kelantan atau tidak. kalau nak pertikai jgk,maka kita pun bley pertikai,adakah keputusan nak serah wang ihsan sahaja kd Kelantan mewakili pandangan seluruh rakyat Kelantan.

Mat

Anonymous said...

Anak kunci dok kat BN..kalu kita nak bagi, kita bagi...kalu kita tak sir bagi gak dok bagi...demo peduli apa..? Loni BN yg memerintah...Kalu bui gapo pun org PAS tak pernah bersyukur dan berterima kasih, setiap hari kalau baca tulisan2 puok PAS, mesti mencerca, mengutuk, mengapak dan segala bentuk kata nista yang tak sepatutnya dikata terhadap pemimpin dan kerajaan yang bayak berjasa...Saya sokong benar BN jangan bui...tak dok doh raso terima kasih, contohnya BN bui bajo subsidi...dio kutuk jugak, tolong bagi peruntukan baiki sekoloh2 agama hok robek tunggu nak runtuh,...dia caci jugok...ore lagu ni ko hok patut kita tolong? Banyak doh hok Kerajaan Pusat bagi ko kerajaan PAS, tapi umpama 'melepaskan anjing yang tersepit',...kalu bui hok ni pulok gak...koho sedap wat belanjo pilihan raya...Kalu ikhlas nak tolong rakyat...apa salahnya berkerjasama uruskan wang ehsan...wang jugok! sampai jugok untuk rakyat kelantan...Jange jadi penyokong taksub...

Anonymous said...

Yg SOMBONG ANGKUH EGOISTIK nak bolot kuasa pitih Minyak Kelate tuuu Nik Aziz ko, atawa Mustafa Mamat & Awang Adek Husin ?? Kena rujuk Tengku Razaliegh atau Tun Salleh Abbas, .... idea generasi awal era Tun Razak ..supaya tak terlalu "over politicking" ... budaya politik generasi baru ini akan menghancurkan Bangsa & Negara!