Monday, January 25, 2010

MUNCUL KEMBALI (648)

SBT: murid kurang pintar dan 'otak beku' jangan dipinggirkan

BERBANDING dengan pelajar yang kurang pintar dan 'berotak beku' di negara ini, pelajar pintar dan 'berotak cair' lebih mendapat keistimewaan dari sudut pembelajaran, bermula dari pra-sekolah lagi. Terbaru pelajar pintar dan 'berotak cair' mendapat keistimewa belajar di Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).

Memang tidak boleh dinafikan bahawa SBT yang dimulakan dengan 20 buah sekolah dan akan terus ditambah kepada bilangan 100 buah pada tahun 2012 adalah baik dan berfaedah kepada negara. Murid yang pintar dan 'berotak cair' memang perlu dipastikan menerima pendidikan yang sempurna tanpa sebarang halangan. Mereka adalah aset negara.

Lazimnya sekolah yang baik dan melahirkan murid yang cemerlang bukan sahaja mengumpulkan murid yang cemerlang tetapi mereka juga akan dididik oleh guru yang cemerlang, malah pengurusan sekolahnya juga dilakukan oleh pengurusan yang cemerlang.

Di samping itu sekolah-sekolah cemerlang yang mana murid, guru-guru dan pengurusannya cemelang akan menjadi perhatian dan akan sentiasa dipantau oleh pejabat pelajaran daerah, pejabat pelajaran negeri dan juga Kementerian Pelajaran sendiri dengan pelbagai program dibuat supaya yang cemerlang akan lebih cemelang. Proses penerimaan pelajarnya pun melalui proses penapisan dan pemilihan yang cukup ketat dan rapi.

Tetapi murid yang kurang cemerlang dan belajar pula di sekolah yang kurang cemerlang lazimnya akan diajar oleh guru yang kurang cemelang dan pengurusan sekolahnya juga diurus oleh pengurusan yang kurang cemerlang, menjadikan mereka yang kurang cemerlang kekal dalam keadaan kurang cemerlang.

Bagi saya ianya tidak adil kepada pelajar kurang cemerlang yang bukan minta dilahirkan dengan kurang cemerlang dan 'berotak beku'. Ibuapa juga tidak pernah mendoakan agar anak yang dilahirkan kurang pintar dan 'berotak beku'. Masing-masing mengharapkan dikurniakan anak yang berkualiti dan berprestasi tinggi.

Kata orang, seperdu buluh kepada seorang yang kreatif dan mempunyai bakat dan kerajinan yang cemerlang seperti orang Jepun akan menghasilkan pelbagai barangan yang boleh dijual dengan harga yang mahal tetapi kepada seseorang yang tidak kreatif seperti kebanyakan orang bangsa kita ianya tentulah dianggap hanya boleh dijadikan rakit atau galah untuk memasang bendera parti pada musim pilihanraya.

Demikian juga dalam dunia pendidikan, murid yang kurang pintar dan 'berotak beku' bagi guru yang kurang cemerlang akan dilihat membebankan dan dilhat umpama belakang parang, walaupun boleh diasah dan ditajamkan tetapi ianya akan memakan masa yang lama dan memerlukan usaha yang lebih oleh pengasahnya. Tetapi kepada guru yang cemerlang, pasti ada usaha dan ikhtiar supaya belakang parah yang diasah cepat tajam.

Maknanya murid yang kurang cemerlang dan 'berotak beku' sepatutnya dididik oleh guru yang cemerlang dan sekolah yang kurang cemerlang perlu diuruskan oleh pengurusan yang cemerlang, bukannya menjadi tempat longgokan guru dan tenaga kerja yang patut dipeti-sejukkan.

Murid yang pintar dan cemerlang pasti lambat diajar, apa yang diajar akan cepat difahami. Kawan saya tidak pernah pun kalut menghantar anak-anaknya tusyen atau memilih sekolah cemerlang untuk anaknya belajar, tetapi semua anaknya kini jadi lawyer dan doktor kerana anak-anaknya memang sedia pintar dan berotak cair.

Bagi saya dalam memberi pendidikan, tumpuan yang lebih atau pun setidak-tidaknya tumpuan yang sama rata perlu diberikan kepada pelajar yang kurang pintar dan 'berotak beku', termasuk mendidik mereka berdasarkan minat dan kecenderungan.

Kalau ianya minat bertukang rumah misalnya, maka doronglah ke arah itu, pasti nanti ianya akan menjadi tukang rumah yang cemerlang. Jangan dipaksa pelajar dengan pendidikan atau mata pelajar yang mereka tidak suka. Orang yang tidak meminati lagu Datuk Siti Nurhaliza, perdengarkanlah lagu yang seindah mana pun irama dan melodinya, pastikan ianya akan cepat mengantuk dan tertidur.

Demikian juga kalau orang yang tidak berminat tentang hobi memancing atau hobi-hobi yang lain, pantang disyarah mengenainya pasti ianya akan berdengkur. Tetapi kalau disyarah kepada yang berminat, maka akan kecur air liornya, malah apabila apa yang disyarahkan tidak difahami, maka akan segera dikemukakan pertanyaan tentang apa yang tidak difahami.

Oleh itu percayalah, kalau anak-anak dididik dan didorong berdasarkan minat dan kecenderungan mereka, soal murid kurang cemerlang tidak akan timbul kerana masing-masing akan cemerlang mengikut bidang yang diminati, tambah-tambah kalau diasuh dan dididik dalam bidang berkenaan yang pasti akan diikuti dengan penuh minat dan keseronokkan.

15 comments:

john said...

komen lagi...sekadar renungan..

jamae isamuddin...sekolah kluster..
jamae mohyiddin...sekolah prestasi tinggi...lo ni skoloh cluster tu lagu mano doh status dio...ko akan upgrade jadi sbt jugok.....lepas ni kalu ore lain pulok jadi menteri pelajaran skoloh gapo pulok....

Cikgu Pencen said...

Sekolah ditimbah, kelengkapan diprbayakan, taktik dan teknik mengajar diprmodenkan, produknya: semakin hari emakin banyak penagih dadah, bohsia,bohjan dan penyangat.

Masjis surau dan madrasah semakin kurang jemaah.

Berjaya dan berbanggakah kita dengan kualiti pendidikan negara?

Anonymous said...

Meli..

Menatu dia dok tunggu duit royalti.. sebab tu dok turun lagi jadi ceo.

Tok Tuo pulok dok gguling bating nk ambik pitih tu ko natu dio hok hebat.

Kalu seghia gak.. samah buleh ko rakyat, samah lagi pakat dok bbagi ko kaum krabat.

Nua Berahim

Anonymous said...

Sekolah harian biasa pun mampu lahirkan pelajar yang cemerlang..semuanya bergantung pada nak dengan tokse budak tu belajar sebab cikgu tugas dia ngajar..tanpa mengira batasan politik dan warna kulit.

Anonymous said...

John mungkin buke dale bidang pendidikan...atau kalau yo pn mgkin demo tak peka...sek cluster masih berjalan, SBT adalah satu dsr baru yg diwujudkan dlm usaha utk meninggikan pendidikan negara, sistem pendidikan tetap akan berubah... takkan nak statik macam zaman menulis atas batu mulo!. Harap John pehe...menulislah dlm bidang hok kita tahu...jangan hanya nak lawan, hok baik pun kita lawan...saloh kalu lagu tu, kalu tulis jugak bab hok kita tak brapo tahu, bunyi bodo!

Guru Separuh Cemerlang said...

Makannya Meli nak kalau murid tu minat baiki kereta, dorong ke arah it, minat jadi tok bilal. dorong ke arah itu, minat jadi petani atau nelayan, dorong ke arah itu, minat jadi perompak, penyamun, penipu, perasuah, bohsia, bohjan, penagihan dan pengedaran dadah, dorong ke arah itu?

Anonymous said...

Sewajarnya kerajaan fokus kepada isu nasional remaja kini--- pembangunan sahsiah & akhlak ---disamping pembangunan akademik--- bagi membina generasi berilmu & berakhlak mulia. Sekarang ini ramai yang padai, tak buta huruf TAPI buta agama & berakhlak jahat. Bersijil & berijazah berlambak2 tapi kaki rasuah, penipu, kaki maksiat, tidak amanah, tidak berdisiplin, ganas, rakus, tamak, penzina, perogol, dadah, rempit......

Anonymous said...

Kualiti pelajar hari amat merosot kerana kualiti pemimpin BN sekarang yang rendah & tidak berakhlak mulia ... itulah puncanya.. mereka dok fikir nak makan minum saja ...soal kemanusiaan & nilai budaya agama... dibakul sampahka..

Anti Hipokritsme said...

Anak-anak akan iku perangai makbapok, bukan tiru orang politik. Aku gi lawat anak perempuan Meli belah perut beranak (cu Meli yang kelima) di hostital kota bharu, ada budak perempuan muda lagi, pelajar sekolah, mengandung, budak sekolah agama.

Budak sekolah agama di Kelantan ni bawah kerajaan pusat ko Pas. Anak exco pernah teribat curi motosikal, kaki gaduh, bahan dadah, mereka anak-anak exco Pas, salah BN jugok ko?

Kalau Kelantan comel lloteng, takdok tinggal bayi baru lahir dekat masjid, takdok rogol orang, takdok kecek bini orag sampai bercerai tanggal, takdok budok ttino buting takdok pok, takdok penagih dadah, takdok ragut, rempit, bohsia, bohjan, takdok tempat bbujang barulah boleh kato boktan BN bila di negeri yang bukan Pas perintoh banyak kes-kes lagu tu. Nik dok, di Kelantan lebih parok.

Dulu Pas Lloni Dok Beraso Nok Mengisok Tubik Doh Eh said...

Kalau ikut Pas gat, semua rakyat negara ni tak jjadi ggapo belako boktan Umno. Punah ranoh habis semua belako.

Rasanya hok tak bayar ada kontraktor di Machang, hak tak bayar pinjaman TEKUN, MARA dan macam-macam antaranya adalah orang Pas.

Boktan Umno ko tu atau memang perangai orang Pas fe'a usuh. Kes boktan puak-puak kito banyok fe'a uduh walaupun pakai kopiah sampai bertangkat kepalo, mako kita anggap orang pakai songkongkok, hak lepas ppalo ggitu jah, jahat lebih ppado kito, mugo kito pun jahat, jenis celiko bayar hutang.

Dok pakai buah raso kalau kita jahat orang lain tentu lebih jahat, punoh janen sokmo la. Oang kampung hok cukup kati ilmu jogoklah kena tipu atas darat ko Pas.

Budak Mata Ayer said...

Katok mampus pun Nik Ajis tok berani nak ambik tindakan displin pada Ju Mamat. Kalau ambik tindakan gat, Ju tok 'kan dok lok ssajo, banyok perangai anak menantu Nik Ajis akan didedah.

Ya ko kato Ju ambo pernah keno penampar tawar oleh orang bernama Asri dalam satu mesyuarat. Budok Wasilah dikatakan tengok peristiwa tu. Betul ko Meli, tok 'kan mu tok tau. Ju getek, kelih ko orang tak berapo betul.

Minah Tanjung said...

Saudara/saudari pengomen!

Tolonlah komen menggunakan bahasa standard. Kami di luar Kelantan pun nak tahu perkembangan semasa di Kelantan. Komen-komen saudara/saudari tidak berapa difaami, banyak guna loghat Kelantan.

Tuan MKJ pun tolong terangkan perkataan yang diboldkan yang saya yakin loghat Kelantan dalam bahasa standard.Dibaca sedap, tetapi kami tak faham. Tolonglah kami.

Anonymous said...

Dikelate banyok jugok maksiat hok Anti Hipokritsme said... Ambo setuju ..... sebab diKlate ada dua jenis pendidikan & budaya:

Pendidikan sekolah kebangsaan-Kaerajaan Pusat
Pendidikan sekolah agama-YIK

Budaya masyarakat ikut Islam
Budaya masyarakat ikut sekular.

Orang Klate yang berpendidikan agama atau kebangsaan, hidup dengan BUDAYA ISLAM = Golongan mukmin, OK tadak masalah.

Orang Klate yang berpendidikan agama atau kebangsaan, hidup dengan BUDAYA SEKULAR = Golongan fasik, tak OK banyak masalah... sebut oleh Anti Hipokritsme said...

Puak2 pendokong & penyokong nasionalis sekular ni la yang dok lawan tuhan & hukum Allah ... yang redha diri & ahli keluarga bergelumang dengan maksiat kepada Allah...

Kerajaan negari Klate anjur/buat program, pendidikan & budaya Islam tapi dalam TV, media massa, ...dsb kawalan kerajaan pusat BN buat kerja bercampur - ada halal-ada haram.... rakyat yang jahil pening kepala... maksiat, dadah, rempit & jenayah berleluasa .... MELAYU HANYUT DALAM KEKUFURAN oleh pemimpin & bangsa sendiri... tapi ada jugak puok2 orang klate yg dok sokong... jadi maksiat ini berkembang jugaklah diklante....

Anti Hipokritsme said...

Jadi demo ingat orang Pas tu berjurus. Jenis menikah, bila loose cerai. jenis wat lari anak orang dan nikah guna sindiket, bbini 2-3 susut ko bini tua, perangai orang berjurus la.

Bila anak tok wakil/exco main dadah, curi motorsikal, kuca ank dara orang, gedebe taik hidug masing semua tok boktan Umno. Mokpok dok buat begapo harap ko Umno corakkan feel perangai anak kita.

Berdalih sesama manusia tak apalah, depan Allah seksok boleh ko demo ghoyat dan boleh ke diteria kalau demo kato anak demo punoh janem boktan Umno? Dah rakyat buwi mandat surup Pas perintah, bakpo negeri hak Pas perintah lbih parok dari Umno. Deo ingat Tuhan tak boh dosa, boktan demo Pas dan doo tu akan diletak atas batu jemala Umno ko? Kita kult lagu mano demo baco ni?

Anonymous said...

anom 5.00

aku nak oyat ko mu gini je..

mu ni spesis gila dah wei...jenis bodo xleh nak ajar,cerdik xleh nak tumpe...

wei kero anom 5.00am...segala macam hok nik ajis mu duk buat dan dok wat nakya ko ore tu ikut hukum isle ko?? biar kaba igt gak demo wei..jgn duk main tulis sdp tgn jah...perangai nik ajis mu hok jenis ati busuk tu ikut isle ko??