Tuesday, January 26, 2010

MUNCUL KEMBALI (649)

Buta sejarah tidak akan celik jati diri

SAYA sangat bersetuju dengan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim bahawa mana-mana masyarakat yang tidak mengenali sejarah atau sastera akan menjadi masyarakat yang kasar dan tidak mampu menonjolkan identiti diri.

Hakikatnya, bangsa-bangsa yang lebih awal tamadun seperti Cina dan India sangat memelihara sejarah, sastera, malah budaya dan adat resam mereka. Walaupun sudah turun temurun berada di Malaysia, orang India tetap mengkagumi negara nenek moyang mereka.

Kalau bercakap dengan mamak-mamak pengendali warung sekali pun, bila bercakap tentang kenegaraan, mereka akan puji dan tidak pernah mencerca India walaupun sesetengahnya merupakan warnagegara Malaysia berketurunan mamak yang seumur hidup tidak pernah pun ke India atau pun mamak yang sudah berpuluh tahun mencari peluang hidup yang jauh lebih baik di negara ini berbanding dengan negara asal mereka.

Kesusasteraan, kebudyaan dan adat resam mereka juga dipelihara. Kehebatan kesusasteraannya menyebabkan kita yang tidak faham bahasa urdu pun akan terbuai dan tersentuh mendengar lagu-lagu Hindustan, malah kerana terbayangkan bagaimana nasib kanak-kanak yang ditinggalkan ibu melalui lagu 'I Love my dady' yang Ameer Khan berlakun sebagai bapa misalnya, air mata boleh melilih dan kita boleh terisak-isak dibuatnya.

Manakala orang Cina pula bila mati dan dikebumikan, muka si mati akan dihadapkan ke arah Benua Cina sebagai suatu adat dan tradisi bagi mendandakan bahawa walaupun di sudut mana mereka berada di dunia ini, mereka tidak akan lupakan sejarah negara bangsa mereka walaupun berjuta-juta di kalangan orang Cina sebagai warga negara ini tidak pernah sekali pun dalam hidup mereka, pergi ke negara Cina.

Sikap dan sifat orang India dan Cina yang merupakan antara banga yang paling awal membina ketamadunan itu tidak patut dicemburui, diiritihati, apatah lagi disalah persepsi untuk dipersoalkan tentang ketaatan-sediaan mereka terhadap negara ini kerana mereka adalah warganegara Malaysia dan jika masuk ke India atau Cina tanpa dokumen atas nama pelancong, mereka akan ditangkap, didakwa, didenda dan dipenjarakan atas nama warga asing walaupun mereka berbangsa India atau Cina.

Sebaliknya sikap dan sifat mereka patut dieksploitasi ke arah mempertahan dan menggilap sejarah negara bangsa bukan sahaja di kalangan bangsa Melayu sebagai bangsa pertuanan bagi negaa ini tetapi juga di kalangan bangsa-bangsa lain sebagai warganegara supaya masing-masing tidak buta sejarah.

Bagi maksud itu adalah amat wajar jika hasrat Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang berhasrat membantu mempertingkatkan pembelajaran sejarah di sekolah-sekolah bagi membolehkan para pelajar lebih mengenali sejarah, identiti bangsa dan negara, direalisasikan segera.

Respon segera dari Kementerian Pelajaran bagi merealisasikan hasrat murni itu sangat penting kerana pelajar khususnya dan seluruh warganegara amnya yang hafal sejarah menerusi kegiatan kesenian serta wariasan akan membantu menjayaka pemupukkan ke arah pencapaian kejayaan gagasan 1 Malaysia yang secara tidak langsung akan mewujudkan keharmonian hidup masyarakat majmuk negara ini.

Sejarah, sastera, budaya, kesennian dan adat resam adalah merupakan pencermin dan warna identiti sesuatu bangsa mahu warganegara pelbagai bangsa, warna kulit, adat resam dan pertuturan seperti Malaysia. Bangsa atau wargnanegara pebagai bangsa dan pelbagai anutan agama yang buta sejarah dengan sendirinya tidak akan celik jati diri yang akan tergamak pula memburuk dan memperlekehkan negara, bangsa, bahasa, sastera budaya dan adat resam sendiri di dalam atau luar negara.

5 comments:

Emak Cina Bapa Melayu said...

Sat pandangan yan amat baik.

Abuzar said...

Golongan yang tiada menghargai bahasa, budaya & tamadun sendiri ini diantaranya adalah ....orang2 Melayu yang diasuh dengan fahaman sekularisme dan materialistic semata2... bagi mereka jatidiri & maruah bangsa tu tiada nilai langsung ... yang penting "WANG" & "HIBURAN" .....

Lihatlah tadbiran media masa negara; media cetak & RTM, TV ... penuh dengan program unsur2 penerapan nilai budaya songsang, kuning dan ganas ... hiburan melampau & negatif.. dll ...APAKAH UCAPKATA RETORIKNYA LAGI, aduhai Dato' Seri Menteri Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan?

Anonymous said...

SAYA TERTARIK DENGAN KOMEN Abuzar

saya suka dengan komen2 yg sebegini...namun komen Abuzar tidak dapat lari dari mesejnya yg kita sama-sama tahu...

Saudara tidak boleh menyalahkan Menteri Penerangan sahaja dalam soal sebegini...mgkin beliau tidaklah sedalam saudara Abuzar belajar agama, sebab itu orang-orang yang ada fikrah Islamiah perlu duduk semeja dengan orang2 seperti Menteri Penerangan...bukannya dengan cara mengutuk! Saudara mungkin masih ingat, peristiwa yang baru berlalu dan masih basah dalam ingatan kita, di mana UMNO telah bersetuju dengan agenda Perpaduan yang telah dicetuskan oleh TG Haji Hadi. Pada masa itu YB Sahuddin Ayub, Ahli Parlimen Kubang Kerian telah memberi syarat2 kepada UMNO untuk bergabung dan mengadakan kerjasama. Syarat pertama yang diminta ialah, UMNO hendaklah memberikan jawatan menteri2 kanan dalam kerajaan kepada PAS. Cadangan tersebut telah disokong oleh beberapa orang pemimpin PAS termasuklah Presiden PAS sendiri, YB Nasaruddin Mat Isa dan beberapa orang lagi...Tapi sayang seribu kali sayang!, belum pun UMNO memberi jawapan, TGNA telah memusnahkah agenda tersebut, satu agenda besar untuk perpaduan umat Islam. Bayangkan kalau Nasarudin atau YB Salahudin Ayub memegang Menteri Penerangan, mungkin ianya tidak sebagaimana yg saudara katakan tadi. Salah siapa?...Bagi saya, orang yang paling utama yang melakukan kesilapan besar ialah TG Nik Aziz. Kerana terlalu berpolitik dan sangka buruknya terhadap orang lain, matlamat besar telah hancur...!Orang-orang Melayu yang berpecah, gagal dicantumkan semula...Sekarang lihatlah, betapa golongan minoriti telah mencaturkan golongan majoriti...apa saja yang mereka minta, mesti akan ditunaikan oleh UMNO atau PR demi menjaga golongan ini. Siapakah sebenarnya yg menang dalam percaturan politik sekanarng..? kaum minoriti yg bukan Islam...Saudara Abuzar, terima kasih kerana komen anda ini dan...JANGAN TERLALU CEPAT MENUDUH DAN MEYALAHKAN ORANG LAIN...Marilah kita sama-sama bermuhasabah...

Tuan Mat Tuan Sohok said...

Kalau Abuzar rasa stesen-stesen tv yang ada merosakan seang saja, bukan stesen tv sendiri, tiru macam Meli, bukan akhbar mingguan dan majalah sendiri bila orang tak boleh terima cara dia bekerja dan pemikiran dia.

Anonymous said...

nak tunjuk gambar mu
masa gedebe dululah...
kah kah kah kah

buke gedebe tu
ge......