Tuesday, January 26, 2010

MUNCUL KEMBALI (650)

Tindakan ke atas Zulkifli umpama ugut dengan 'kentul kepal' untuk takutkan orang bersenjatakan peluru scud

BELAN-BELAN duduk menahan cemas dalam tandas kerana priiiiiik-pikpik lambat sut awal pagi ini gara-gara makan ccolek asam celagi agak banyak malam tadi, saya ketawa sendiri membaca laporan-laporan akhbar yang berkaitan dengan Ahli Parlimen (PKR) Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Nordin.

PKR parti yang didukung dan disokongnya sekarang semacam mengugutnya untuk diambil tindakan kerana sikapnya yang secara lahirnya songsang kerana membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen (Pas) Shah Alam, Ir Khalid Samad. Pas adalah rakan kongsi Pas dalam Pakatan rakyat (PR).

Soalnya apakah mempertahankan nama Allah yang menjadi sebutan dalam setiap pergerakan sembahyang supaya tidak digunakan sebarangan itu, satu tindakan songsang dan bersifat menongkah arus bagi negara yang majoriti penduduknya beragama Islam?

Zulkifli (PKR) yang menjadi ahli parlimen ari parti mewakili pelbagai kaum dan anutan agama menentang penggunaan nama Allah oleh bukan Islam manakala Khalid (Pas) yang mewakili parti yang kononnya berlandaskan Islam menyokong penggunaan nama Allah oleh bukan Islam.

Justeru, siapa sebenarnya yang songsang dan menongkah arus?. Kedua-duanya profesional, seorang lawyer, mankaa seorang lagi jurutera. Maknanya kedua-duanya bukan bodoh, bukan ahli parlimen jenis tamada, kelaroh atau kelas 'pauh samseng' atau kelas dahan pauh nyo makan 'ggobek'. Kedua-duanya ibarat pauh siku raja, emas-intan dan yang sekelas dengannya. Tidak ada orang bodoh mampu jadi lawyer dan jurutera, contohnya saya sendirilah.

Ertinya sama ada Zulkifli atau Khalid yang keluar dari parti masing-masing, maka parti terbabit akan kehilangan intan dan permata, bukannya kehilangan setempok anak lecek yang dijual tompok, jenis ikan bermutu rendah dan berharga murah yang lazimnya dibeli dan direbus untuk jadi hidangan kucing jenis tamada peliharaan, kucing parsi jangankan nak makan, kerling pun tidak.

Tidak hairanlahkalau Zulkifli menegaskan beliau bersedia menghadapi sebarang kemungkinan, termasuk dipecat daripada PKR berikutan ketegasannya dalam memperjuangkan isu berkaitan Islam. Melihat kepada warna perjuangannya, umat Islam wajib disokong. Soal ikhlas atau tidak perjuangan itu antara dia dengan Allah. Sepatutnya Khalid kerana imej parti yang didukungnyalah yang patut berpendiran macam Zulkifli.

Kenapa Zulkifli tidak takut dengan bakal tindakan yang akan dikenakan ke atasnya? Sebabnya kerana beliau tahu yang ada dalam kepal pengugutnya hanya kentut, bukannya bom. Sedangkan beliau pastinya memiliki peluru scud untuk mempertahankan diri dalam segenap tindak tanduknya.

Kalau Zulkifli dipecat atau beliau sendiri memilih kanja dari PKR, saya yakin beliau bukannya keseorangan. Beliau ada pengikut. Kalau beliau kanja mungkin jumlah pengikutnya yang akan ikut kanja sama akan kecil bilangan tetapi kalau beliau dipecat, maka bilangan pendukung dan penyokong yang akan pecat diri sendiri dari PKR akan lebih ramai jumlahnya.

Makanya dalam kes Zulkifli, PKRlah yang tersepit dan terkapik. Kenapa kes-kes begini boleh terjadi? Pendukung dan penyokong PKR boleh tepuk dada dan dahi, tanya diri sendiri.

17 comments:

Bekas Orang S46 said...

PKR cari na'as, malah parti tu memang parti na'as pun. Saya yakin tak sampai tiga penggal pilihanraya, PKR akan lebur. Tunggu dan lihat.

Che Mek Pontian said...

Isyyyy, pengalaman cemas berlama atas mangkuk tandas pun boleh diolah jadi peluru scud juga?. Saya dapat bayangkan betapa kelakar MKJ, tak berhajat sertai program realiti tv Raja Lawak ke?

john said...

pendek ja....

PECAT ZULKIFLI!!! 'PLURU SCUD DALAM DAGING.

Abuzar said...

YB Zulkifli Nordin dakwa YB Khalid Samad hina Islam & sultan selangor kerana cadang semak semula enakmen MAIS dalam satu artikel mencadangkan 'Enakmen larang kalimah Allah ketinggalan zaman'.

Soalan: Fasa 1 ......

Apakah enakmen MAIS benar2 telah menepati Islam 100% - berdasarkan alquraan & alhadist?

Apakah benar enakmen MAIS tak boleh disemak & di ubah lagi?

Apakah isu kalimah Allah diguna oleh orang bukan Islam ini benar2 bercanggah dengan Syariat Islam?

Apakah cadangan YB Khalid Samad benar2 menghina Islam & sultan selangor?

Soalan: Fasa 2 ......

Apakah enakmen MAIS yang berkaitan hukum murtad, hadud, jinayat & qisas telah menepati alQuran &al Hadist?

Mengapa perkara khilafiyah dikalangan ulamak termasuk fatwa Dr. Yusuf Qardhawi.. dalam "isu kalimah Allah diguna oleh orang bukan Islam" .. kita terlalu "garang" tetapi perkara qatie dalam isu ajaran sesat .. wujud Masjid Qadiani, Bahai, .. golongan anti-hadist, blackmetal, freemanson, freesex, fahaman sekular, kurafat & syirik, pemujaan tugu, murtad, maksiat, judi, arak, jinayah berleluasa.. tak ramai pulak YB2 yang naik angin"?

Mengapa tak saman atau perbesar2kan kutukan terhadap pihak2 yang pertahankan & bersekongkol dengan amalan tidak syarie itu?

Soalan: Fasa 3 ......

Jujurkah kita terhadap Allah SWT dalam memperjuangkan Islam dengan mengambil isu2 terpilih saja sedangkan banyak hukum Allah Taala kita sendiri langgari?

QS. an-Nisa'-61: "Apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah kamu (tunduk) kepada hukum yang Allah telah turunkan dan kepada hukum Rasul", niscaya kamu lihat orang-orang munafik menghalangi (manusia) dengan sekuat-kuatnya dari (mendekati) kamu."

QS. an-Nisa'-142: "Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk bershalat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya (dengan shalat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali."

QS. al-An'am-70: "Dan tinggalkanlah orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai main-main dan senda gurau, dan mereka telah ditipu oleh kehidupan dunia. Peringatkanlah (mereka) dengan Al Qur'an itu agar masing-masing diri tidak dijerumuskan ke dalam neraka, karena perbuatannya sendiri. ..... "

Wahai YB2, Umat Melayu & Islam ..... fikirkanlah dalam kotak syariah & dakwah Islam yang betul.. janganlah polemikkan perkara2 yang merugikan dunia & akhirat .... rujuklah kepada yang arif & alim mengenainya...

Unknown said...

hai bekas orang s46....habis nko ingat parti PKR ni sama spesis ngan bekas parti nko...da biasa dgr statement cam nko tu....

Tuan Mat Tuan Sohok said...

Nak suruh sempurna moleh enkmen MIAS benar-benar betul mudah saja, lantik Syohibussamah Abuzae dab John sebagai ahli majlis fatwa, barulah semuanya betul.

Bukankah MAIS tu bawah kerajaan Selangor. Kalau tak betul, kenapa tak dibetulkan melalui sidang dewan.

Sejak PR perintah Selangor, dan berapa kelab malam, rumah urut dan pusat pelacuran yang sudah ditutup. Rasanya yang ditutup tak ada, yang baru dibuka anyak.

Hassan Ali rampas arak pun kena serah kembali kepada yang empunya dan bukan empunya yang kena dakwa tetapi Hassan berdepan dengan tidakan tatatertib parti.

Anonymous said...

mu nak royat gapo meli...
nak royat mu berak ccirit
busuk mu nih
pah ke dalam perut

joostspring said...

abuzar..

pandai demo kecek..bab pelaksanaan hampeh..se spesis dah2 dgn abuya ajis mu..

Kapak Belah Kayu Api said...

Anonymous said...

mu nak royat gapo meli...
nak royat mu berak ccirit
busuk mu nih
pah ke dalam perut

BAKPO DOK TENGOK BAB MELI BEROK PRIIIK PIKPIKNYO. ITU INTRO. DALAM MENULIS NI SELAIN DARI TAJUK UNTUK KENA ASA DAYA PENARIK SUPAYA BILA ORANG KELIH NAK BACO.

ISI KANDUNGAN, INTIPATINYA ADAAH CCARO PASAL ZULKIFLI NORDIN TIAK HERAN DENGAN TINDAKAN PKR KERANA PENDIRIAN MENYANGGAH KHALID SAMAD, TERMASUK BUAT LAPORAN POLIS.

ITU PUN TAK PAHAN. OTAK KECIK DAN BEKU PEKAT SUGGUH MU NI.

Raja Long Tuan Pendek said...

Kalu demo nak tau Kapak Belayu Kayu Api...lagu tu 'lah orang kalu toksik mengaji. Berkecek agah, uduh, celupar dan cepelag.

Kalu si Anonymous tak mengaji banyok pun tak apa asalkan rajin bbaco, barulah banyak maklumat dan luas pengetahuan, tidaklah mudoh taksub totok.

Orang macam lahangau ni kalau kata taik Nik Ajis lebih sedap dari tempyak bubuh dalam budu, da boleh setuju, mugo tengok gambar tok guru pun boleh pahala, bahe taik tok guru mestilah jeliro. Ko guano gamok?

Puuuuuut Putput said...

Komen Raja Long Tuan Pandak jeliro sengoti. Kemas. Padat. Tepat. Melekat.

joostspring said...

raja long...

kalu nik ajis kentut lak..acai2 dia bkn pakat tutup hidung..duk pakat sedut bau kentut nik ajis..bagi mereka kentut nik ajis tu diibaratkan angin syurga...

sikit hari lagi mungkin ada kot pengikut2 nik ajis semaye berkiblatkan rmh ajis di pulau melaka tu...

joostspring said...

raja long...

kalu nik ajis kentut lak..acai2 dia bkn pakat tutup hidung..duk pakat sedut bau kentut nik ajis..bagi mereka kentut nik ajis tu diibaratkan angin syurga...

sikit hari lagi mungkin ada kot pengikut2 nik ajis semaye berkiblatkan rmh ajis di pulau melaka tu...

john said...

joots dan angkatan yang sewaktu dengannya....

Yang palsu tak akan menang dengan yang hak...kito buleh berbicara dalam ruangan ni..masalahnya pemimpin demo kalu di ajak berdebat ko berforum tok berani..itulah HAKIKAT yang demo keno terimo...

kalu demo dok kelate lo ni male ni cobo g silau2 stadium..kalu raso lebih rama yang ikut forum tok pa nga brehim kelmaren..MAKAnya dengan ini SOOOOHHH! rakyat kelate setuju denga abe li dan setuju wang ehsae kepado umno.....

kalu dok gak demo padae dok nakir nga kapok jongos abe li jaaa...usoho nok tegok benae hok basoh tuuu...

Nikndat bin Tuan Ngoknget said...

Parokkkkk, main kentut taik pulok ni guano weiiiiiiiii, MELI?

Dulu kata hasil minyak untu Kelantan RM1 bilion, bilah kerajaan pusat kata RM20 juta jah, bakpo minta RM40 juta, bukan RM980 juta?

Kiro cedok dengan gayung ko apo?

Pengamal Makan Telur Ayam Kampung Dengan Air Sarsi said...

Bo ko RM20 juta tak payoh dok gege la. Gi jumpo dengan orang hak bagi cek RM750 juta nak bayar hutang peninggalan kerajaan BN, yang Nik Ajis doa berkembo-kembo tu, BEGHES selalu eh. Mulo bunyi RM1 bilion aku pun naik angin, bila bunyi RM20 baru barang naik lebih kurang lepas gotel 2 jam setengah, terkejut ko kucing, pakai keto' selalu.

joostspring said...

sapa palsu ni john??

dulu puak demo kata duit tu nilai dia rm 1 billion..

lpas tu kerajaan pusat umumkan 20 juta jah..ada pulak pok tolol pas kata jumlah sepatutnya 40 juta..dah dulu kata 1 billion bakpe x oyat 980juta lagi???

20 juta sikit jah nilai dia tu..skali arif bahe jah 20juta tu..
baik demo suruh nik ajis dgn huse saman jah john..charge bulleh 1 trillion,huse sendri kata bleh mng kes ni,tggu gajah rimau lagi.saman je la..

rendah sgt akal demo john duk wat bandingan g2..kalu g2 gak demo ni xleh baco lagi r rentak org kelate dan malysia ni...org pas je kandok melaung oyt ko ore dia ore pas..org pas ni kl kita pong sikit jah beconget ekor2.