Wednesday, January 27, 2010

MUNCUL KEMBALI (651)

Kepala babi: provokasi atau amaran?

PROVOKSI, gurauan atau sendaan, apatah lagi tunjuk 'gedebe atau, samseng gansterisme' serta sengaja mahu tunjuk 'tidak takut, tidak gerun dan tidak hairan' dalam membuat cabaran dan menerima balasan cabaran, pada saya, ada hadnya.

Membaling kepala babi ke dalam dua buah masjid di Kuala Lumbur dan Petaling Jaya adalah merupakan suatu provokasi dan perlakuan samseng yang boleh menyumbang kepada akan runtuh benteng kesabaran dan toleran yang sekaligus boleh bawa mati.

Umat Islam tidak boleh dayus kerana agama maha suci itu membenci kedayusan, malah antara syahid yang merupakan kematian yang memjadi buruan, yang dicita-citakan, malah yang diharap dan didoakan oleh setiap umat Islam adalah mempertahankan maruah.

Membaling kepala babi ke masjid walaupun masjid Imam At-Tirmizi di Sri Sentosa di Kuala Lumpur dan Masjid Jumhuriahdi Taman Datuk Harun di Petaling Jaya, namun ianya bersifat mencemar maruah dan menguji kesabaran serta toleran umat Islam seentero dunia sama ada yang masih hidup, yang sudah mati dan juga yang bakal lahir.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta pimpinan yang meletakan kepentingan politik di depan boleh minta semua pihak bertenang dan tenteram di samping beliau juga boleh minta polis mengambil langkah segera dan bertindak ke atas pihak yang tidak bertanggungjawab tersebut, tetapi bolehkah umat Islam menerima penghinaan dan diperdayuskan dengan sedemikian rupa.

Pada saya inilah bahananya apabila pemain-pemain politik beragama Islam asyik bercanggah pendapat tentang wajar atau tidak wajarnya penggunaan nama Allah oleh kalangan bukan Islam yang bukan sahaja menimbulkan percanggahan antara pemain politik bergama Islam dari parti poitik yang berlainan tetapi juga ianya berlaku di kalangan tokoh dari parti yang sama.

Kepada saya balingan kepala babi bersama wang tuai RM35 ada dua kemungkinan yakni satu bersifat provokasi manakala satu lagi bersifat amaran bahawa seandainya pemain-pemain politik bergama Islam terus bertelagah, maka mereka akan terdedah kepada penghinaan dan mangsa persendaan kalangan bukan Islam.

Maknanya sudah sampai masanya bagi seluruh umat Islam, terutama pemain-pemain politik beragama Islam tanpa mengira fahaman politik masing-masing bangkit menyeru ke arah perpaduan sejati. Berbalah dan bercanggah pendapatlah dalam hal-hal yang lain, termasuk hal berkaitan dengan royati atau wang ehsan, tetapi jangan berbalah dalam soal yang berkaitan dengan agama.

Bukan payah pun untuk membentuk kerjasama dan menolak sebarang percanggahan tentang soal-soal keagamaan kerana rujukan mutlak telah dsediakan oleh Allah dan Rasul-Nya yakni melalui al-Quran dan Hadis yang releven hingga kiamat selagi ianya tidak ditafsirkan berteraskan kepentingan politik.

Umat Islam semua lapisan, terutama para pemain politik kena bertindak sebelum nasi menjadi bubur, sebelum retak menjadi belah, sebelum umat Islam menjadi umpama buih-buih sabun dan bunga-bunga plastik yang comel dilihat tetap berbaunya tidak.

11 comments:

Dromey Kambing said...

Olosh ... licin gherlin, serupa kepala Man Botok. Waris dia bekalih

Makngoh Lima Bini Pakngoh Seman Cas Keting said...

Kalu buat sup kepala menatang mucung gelebek tu 'kan sedap, cokeh isi guna penyepit.

Makan nasi atau daging lembu hasil dari sumber yang haram seperti rasuah, tipu, salahguna kuasa dan perbuatan mungkar yang lain sama haramnya dengan makan daging babi.

Makngoh Lima Bini Pakngoh Seman Cas Keting said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

meli nak tunjuk dia biso la..
budak2 buleh la meli

Kapak Belah Kayu Api said...

Meli nak tunjuk biso bakpo pulok? Negara ni mengamalkan demokrasi, semua orang buleh buwi pandangan dan buah fikiran, termasuk Meli. Lagi pun kerja Mel tu menulis.

Mu ni bakpo gat dok sakit hati ko Meli nyo. Kalau baco hak Meli tulis buat mu nnyitok kkarung, baik mu toksoh baco blog ni. Lama 'kan akan luku ppalo kan.

Makngoh Limah Bini Pakngoh Seman Cas Keting said...

Aku raso Anonymous kecur air lior bila ambo suruh buat sup ppalo menatang mucung gelebk tu

Anonymous said...

Nik Aziz kutuk perbuatan lontar kepala babi ke dalam masjid
28/01/2010 3:41pm

KOTA BHARU 28 Jan. – Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengutuk tindakan pihak yang melontar kepala babi hutan ke dalam pekarangan dua masjid di Lembah Klang semalam.

Beliau, yang baru mengetahui kejadian itu hari ini, berkata, semua agama tidak boleh menerima perbuatan seumpama itu kerana ia bukan budaya rakyat negara ini.

"Perbuatan mereka yang cuba membakar dan melemparkan sesuatu yang haram dari segi agama di rumah ibadat adalah perbuatan tidak bermaruah dan dikutuk oleh semua agama,” katanya kepada pemberita.

Beliau diminta mengulas mengenai kejadian dua bungkusan kepala babi di lontar ke dalam kawasan Masjid Imam At-Tirmizi di Sri Sentosa dan dua lagi di Masjid Jumhuriah di Taman Datuk Harun, kedua-duanya di Petaling Jaya.

Sementara itu, Ketua Kesatuan Agama Kristian Malaysia, Biskop Ng Moon Hing turut mengutuk perbuatan tersebut.

"Walaupun tidak diketahui apakah agenda yang tersirat di sebalik perbuatan itu, namun ia tetap dikutuk oleh semua penganut agama,” katanya. – Bernama

Anonymous said...

Polis tubuh pasukan khas siasat kes kepala babi diletak di masjid
28/01/2010 3:30pm

KUALA LUMPUR 28 Jan. – Polis menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kejadian empat kepala babi hutan yang diletakkan dalam kawasan dua masjid di Petaling Jaya pagi semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata, pasukan khas itu telah dikerahkan mencari setiap maklumat bagi menyelesaikan kes berkenaan.

"Kes ini melibatkan keselamatan serta keamanan negara, dan ia perlu ditangani segera,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kewangan Berhemat di sini hari ini.

Muhammad Sabtu berkata, siasatan dijalankan untuk mengesan saksi dan petunjuk kepada kes itu selain mencari motif perbuatan itu.

"Kalau sesiapa ada maklumat, tolong salurkan kepada kita,” katanya.

Semalam dua bungkusan kepala babi hutan bersama satu baldi plastik berisi 30 keping wang RM1 diletakkan di pintu masuk belakang ke perkarangan Masjid Jumhuriah, Taman Datuk Haron, manakala dua bungkus lagi serta baldi berisi jumlah wang yang sama dijumpai di hadapan pintu masuk ke perkarangan Masjid Al-Imam At-Tirmizi, Taman Sri Sentosa. – Bernama

Anonymous said...

ore lain lebih dulu kutuk perbuatan lagu tu...nik aziz tu lewat doh! dok blake ore sokmo.. lagu mano nok maju!

Siak Masjid said...

Tok leh ko suruh Nik Ajis doa suruh orang baling kepala babi tu pecah perut atau gerekok tangan. Dia 'kan biso benar bab-bab doa kemusnahan ni

Anonymous said...

PROVOKASI?... oleh pakar
konspirasi & korupsi ...
Ore yae suko letak kepla babi dalae masjid surau ni raso aku la.... jenis "manusia berjiwa haiwan" atau lebih hina dari itu ... ore dok usaha One Malaysia ke arah reformasi politik demokratik, perpaduan negara dae kebajikan rakyat, puok2 gilo ni pulak dok buat kerja "bebal" ... dok sebok "pelaga" rakyat, dok bakar gereja, dok buboh najis dlam masjid, ada jugak yg dok sekat ore nok mengajar di masjid, ada dok pelaga laki-bini sah suruh bercerai, dok sebok buruk2an ore bbni ramai-macam le orang dok zina dgn gundik2, ..... aku raso macam le 1Malaysia ni dok lahir & suburkan puok2 "MANUSIA SONGSANG" ... cakap lain buat lain..... yang halal diharamkan, yang haram pula dihalalkan....

Ooooh puok2 Manasia Otak Songsang Peragai Syaitan... mu bako maghi mmano la ... kalu mak bapak tau nak jadi feel macae ni.. aku raso ..mereka kerenyek tok payah hidup.. dok tambah dosa mak bapak dalae kubur saja!