Thursday, January 28, 2010

MUNCUL KEMBALI (652) - KEMKASKINI DENGAN PEMBETULAN EJAAN

Renung: cari laba dan bala, faedah dan padah

PADA entry ini saya tidak bercadang untuk mengulas apa-apa selain dari postingkan dua laporan yang dipetik dari Utusan Malaysia untuk dicari laba dan bala serta faedah dan padahnya. Laporan tersebut adalah sebagaimana berikut;

1.atas dakwaan kerajaan negeri kerana didakwa berniaga secara haram
Lagi kedai Melayu diroboh

PULAU PINANG 28 Jan. - Sebuah lagi kedai makan milik seorang peniaga Melayu di negeri ini dirobohkan atas arahan kerajaan negeri Pulau Pinang kerana didakwa berniaga secara haram.

Kedai makan Three N Ikan Bakar di Jalan Faraday, Bukit Dumbar di sini yang telah beroperasi sejak enam tahun lalu itu, dirobohkan oleh kira-kira 40 anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP)

Lebih mengejutkan pemilik kedai tersebut, Jamaludin Yusof, 50, kerja-kerja meroboh kedai pada pukul 9.40 pagi itu dilakukan seminggu lebih awal dari tarikh yang telah diberikan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Timur Laut kepadanya untuk berpindah.

Semalam, kedai makan atas pokok yang diberi nama Do Re Mi Kafe hampir dirobohkan walaupun majlis perkahwinan sepupu pengusaha kedai, Johar Ismail, 34, akan berlangsung Sabtu ini.

Menurut Jamaludin, dia telah diberikan notis oleh pejabat tanah agar merobohkan kedai milik berkenaan selewat-lewatnya 26 Januari lalu.

Bagaimanapun katanya, tarikh itu dilanjutkan sehingga 4 Februari ini oleh pihak berkenaan selepas dia membuat rayuan.

''Bagaimanapun awal pagi tadi saya dikejutkan dengan panggilan telefon daripada seorang kawan yang memaklumkan kedai ini akan dirobohkan pagi ini.

''Saya terus ke pejabat tanah dan melihat papan kenyataan di pejabat itu menunjukkan tarikh yang ditetapkan untuk merobohkan kedai saya masih 4 Februari ini. Saya benar-benar terkejut dengan apa yang berlaku," katanya di sini hari ini.

Menurut Jamaludin, dia kemudiannya dimaklumkan oleh pegawai di pejabat tanah bahawa mereka telah didesak oleh kerajaan negeri untuk merobohkan kedai tersebut hari ini.

Jelas Jamaludin, dia akur dan bersedia untuk merobohkan gerai tersebut, namun hanya meminta masa yang lebih panjang untuk membolehkannya memindahkan barang dan peralatan yang ada secara selamat.

''Saya bukan orang kaya. Semasa mula berniaga di sini enam tahun lalu, saya meminjam daripada Majlis Amanah Rakyat (Mara) sebanyak RM50,000 dan ditambah dengan simpanan sendiri. Hutang yang ada pun belum berbayar.

''Sudahlah berniaga pun kurang sambutan kerana kegawatan ekonomi dan sekarang gerai saya pula dirobohkan,'' ujarnya.

Menurutnya, dia benar-benar buntu ekoran kejadian itu.

''Jika kerajaan dahulu, bolehlah mengadu kepada Barisan Nasional (BN) atau UMNO, tetapi sekarang tidak tahulah mana mahu mengadu. Saya harap apa yang berlaku akan menjadi pengajaran kepada seluruh orang Melayu Pulau Pinang," katanya.

Jamaludin berkata, dia telah mendapat sokongan daripada kerajaan negeri terdahulu untuk meneroka kawasan semak dan belukar di kawasan berkenaan bagi dijadikan kedai makan melalui satu surat yang dikeluarkan Penolong Pentadbir tanah ketika itu, Mahyuddin Hussin.

Bagaimanapun, katanya, apabila kerajaan pakatan pembangkang mentadbir negeri ini, surat tersebut dikatakan tidak betul.

''Saya cuma mahukan pembelaan dan timbang rasa mereka. Mana pergi janji mereka untuk membela nasib kami peniaga Melayu," katanya.

Sehubungan itu Jamaludin mencabar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim datang ke negeri ini dan melihat nasib peniaga kecil terlibat.

''Kenapa hanya kami orang Melayu yang diambil tindakan sedangkan kaum lain dibiarkan berleluasa berniaga," katanya.

Menurut Jamaludin, mungkin nasibnya agak baik berbanding rakan-rakannya yang lain apabila berjaya mendapatkan ruang berniaga di Medan Selera Gelugor yang masih dalam proses pengubahsuaian.

Jika tidak, kata Jamaludin, mungkin dia akan menerima nasib yang sama menjadi penganggur dan hilang sumber pendapatan.

Pada saya, isu ini patut menjadi perhatian dan perlu campurtangan pro-aktif dari pemain politik berbangsa Melayu tidak kira ianya dari Umno, Pas, PKR, DAP atau apa-apa parti sekali pun.

2. YBK mohon bantuan kewangan

SHAH ALAM 28 Jan. - Esok adalah tarikh akhir bagi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) untuk melunaskan RM6 juta cukai tanah seluas 526 hektar milik yayasan itu di Serendah, Rawang dekat sini kepada kerajaan negeri Selangor.

Jika gagal, yayasan bebas dan berkecuali yang ditubuhkan pada 1990 untuk memerangi kemiskinan itu akan kehilangan aset bernilai RM540 juta.

Semua rayuan untuk mempertahankan tanah tersebut ditolak oleh kerajaan negeri Selangor tanpa sebarang tolak ansur hanya kerana permintaan agar Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerajui YBK tidak mendapat persetujuan ahli lembaga pengarah yayasan itu.

Pengerusi YBK, Datuk Zainal Abidin Sakom (gambar) berkata, hakikat bakal kehilangan aset yang dihadiahkan oleh kerajaan negeri pada 1997 hasil kejayaan YBK menjadi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) contoh dalam memerangi kemiskinan memang amat menyedihkan.

Menurutnya, YBK memang tidak mampu membayar cukai tersebut kerana peruntukan yang ada hanya cukup untuk menampung perbelanjaan harian untuk 300 anak yatim di bawah jagaan yayasan.

Lebih memeritkan, tambah beliau, apabila dua rayuan kepada kerajaan negeri iaitu membayar secara ansuran dan meminta kerajaan negeri mengambil tanah yang setara dengan nilai cukai belum dibayar, tidak dilayan.

''Apa lagi yang mampu kami lakukan apabila kerajaan negeri yang selama ini mendakwa menjaga kebajikan rakyat, bertindak tidak adil dan kejam kepada yayasan yang selama ini membela nasib anak yatim dan rakyat miskin," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Zainal Abidin menjelaskan, tanah tersebut merupakan hak milik syarikat Permodalan YBK dan sudah mempunyai geran dan sejak diambil alih, cukai premium tanah telah dijelaskan.

Bagaimanapun, katanya, disebabkan kawasan itu belum dibangunkan, cukai hasil tahunan berjumlah RM6 juta tidak dapat dijelaskan kerana yayasan tidak mampu.

"Cukai ke atas tanah yang masih belum dibangunkan itu mahal kerana ia berstatus pembangunan bercampur.

"Projek pembinaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) itulah harapan kami untuk menjana pendapatan tetapi itu pun ditolak oleh kerajaan negeri," jelasnya.

Sehubungan itu, Zainal Abidin berharap ada pihak dapat membantu yayasan supaya tanah yang merupakan aset berharga itu tidak dirampas dan dipindah milik untuk tujuan lain.

Sebelum ini, kerajaan negeri pimpinan Abdul Khalid menyatakan pendirian keras tidak membenarkan pembinaan kampus itu di Serendah setelah syarat supaya yayasan itu melantik dirinya sebagai Pengerusi serta Exco kerajaan negeri, Rodziah Ismail sebagai ahli lembaga pengarah YBK ditolak oleh yayasan.

Akibat penolakan syarat tersebut, kerajaan negeri menggesa yayasan itu supaya segera membayar tunggakan cukai tanah sebanyak RM6 juta sehingga menyebabkan kelewatan pembangunan kampus UiTM di tapak tanah milik YBK di kawasan berkenaan.

Ekoran masalah itu, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan bahawa pembinaan kampus baru universiti itu dipindahkan ke Jasin, Melaka.

Umno ada ahli lebih dari sejuta. Kalau masing-masing hulur RM10, YBK dah dapat RM10 juta untuk selamatkan aset RM540 juta dan YBK akan ada lebihan RM4 juta.

Tetapi RM10 terlalu kecil bagi orang Umno. Dermalah RM50, RM100, RM1,000, RM1 juta atau RM6 juta oleh setiap ahli supaya YBK dapat RM50, RM100 juta, RM1,000 juta atau RM6,000 juta.

Ianya lebih bernilai dari membeli saham untuk tambahkan kekayaan peribadi atau kroni atau pun membeli kereta mewah dan membina rumah bernilai berjuta-juta serta menjalani gaya hidup mewah.

Jika Umno sepakat menyelamatkan YBK, saya yakin Selangor mampu ditawan kembali dengan mudah. Tak percaya boleh cuba.


8 comments:

john said...

salam abe li..(kpd joots skali...)

sumber abe li..utusan...

ku li kato: "Mustapha Pengampu, Utusan AKHBAR DONGENG - Ku Li"

padae doh la...abe li ulas perkaro sumber dongeng ko?...

tok ser ulas ko 'rakyat kelate keno 'bbodo' ko pas kelate distadium smale?...

john kato..."PADAE DOH LA...."

john said...

salam...komen utk artikel ni pulok...

"Umno ada ahli lebih dari. Kalau masing-masing hulur RM10, YBK dah dapat RM10 juta untuk selamatkan aset RM540 juta dan YBK akan ada lebihan RM4 juta.

Tetapi RM10 terlalu kecil bagi orang Umno. Dermalah RM50, RM100, RM1,000, RM1 juta atau RM6 juta oleh setiap ahli supaya YBK dapat RM50, RM100 juta, RM1,000 juta atau RM6,000 juta.

Ianya lebih bernilai dari membeli saham untuk tambahkan kekayaan peribadi atau kroni atau pun membeli kereta mewah dan membina rumah bernilai berjuta-juta serta menjalani gaya hidup mewah.

Jika Umno sepakat menyelamatkan YBK, saya yakin Selangor mampu ditawan kembali dengan mudah. Tak percaya oleh cuba."

-ABE LI 'NGANGJING KO UMNO KO NI'.. SETAHU AMBO ORE UMNO PANDAI MITOK NGA KERAJAAN JAH..NOK MENGHULUR PAYOH MUGO UMNO DOK AJAR MEM'BUI' JAH..

JOOTS KERAHKAN GENG2 UMNO UNTUK MENDERMO..'MAYDAY'..'MAYDAY'..YBK IS GOING TO SINK...

john..padae doh la...

Anonymous said...

Sumber John ni harakah...yang beritanya 'serakah' la jugak..tak dop lain kutuk org jer..satu pun ore buat tak dok hok betul

Dok ceramah kumpul org ramai-ramai tu bukan apa...nak cari eset kumpul dana utk mintak sedekah!..habis ceramah tadoh ppioh. Kerajaan pusat dok tlg ore, bantu rakyat...kerajaan PAS jadi tok pakir, mintak sedekah dari rakyat...fungsi kerajaan menolong rakyat, fungsi kerajaan PAS minta dari rakyat..
john kato..."PADAE DOH LA...."

Anonymous said...

Ni la menunjukkan bini muda PASA kat P. Pinang ni prangai come..sbb tu PAS saye, dia pun mugo lebih kure jah...2x5

john said...

Salam..last komen utk artikel ni..

kpd anon 7.52 dan 7.55, joots and the geng yang nak komen ambo selepas ni dlm artikel ni...

ambo kato: "TAHU TAK PO!"....

chiaoww...

Anonymous said...

2 artikel ni menunjukkan betapa zalimnya dua buah Kerajaan. Lihat lah dunia! dok tuduh ko BN itu dan ini, bukti depan mata...tengok lah sndiri...inilah sikap rakan kongsi PAS, mana penasihat PAS/ tlg nasihatlah puok2 demo tu, nanyo ko ore Melayu.
untuk pengulas hok namo John ni...saya dengar sndri berita smalam dlm ASTRO, bukan sekadar baca dlm Utusan. Pada saya DAP, PKR dan PAS adalah kerajaan menindas...Jange gelap butir mato dok pilih lagi kerajaan lagu ni. Aku sndri dah menyesal!

joostspring said...

galok john hari ni..congek ekor john male tgk org ramai g stadium..hahahahahahaha

john tgh lepas gian tu..slama ni kena kapak sokmo..hari ni hr bergumbira bagi john.hohoho

john..
lpas tu gapo hok buleh disimpulkan dari smlm??

kerajaan malaysia akn tetap we wang ehsan..

jadi puak2 demo kena persiapkan dokumen saman tu cepat2 la wei..jgn tggu sapa nak ngundi PRU13 baru nak saman..

kita pakat nanti tgk yolo ko dok brehim ali nak saman kalu puak2 pas tak saman...

Anonymous said...

baik mu nulis hak buleh pek doh
tulis cara2 solat jamak qasar ko
solat jenazah ko...
ramai lagi hak tak reti.
pade dok tulis hak nak tunjuk kerah keng mu tak payoh lah...
tohok ke laut lah...