Thursday, January 28, 2010

MUNCUL KEMBALI (653)

Ku Li BOLEH KE DIPEGANG BUKU?

SAYA
yakin kerana terpegun dengan kehadiran pada majlis solat hajat royalti minyak yang mana sejak dikuburkan sendiri tanpa nesan parti S46 yang dpresideninya, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaliegh Hamzah (Ku Li) menjadi 'over' meriah, manggak dan bangga sehingga

Sama ada cerdik atau sebaliknya, wajar atau tidak saranan bekas Menteri Kewangan dan bekas Presiden S46 yang merupakan parti yang dimampuskannya sendiri itu, sekalian makhluk di langit dan di bumi berhak membuat penilaian ikut kemampuan akal masing-masing.

Sebagaimana ketika baca laporan mengenai Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bharu, Zulkifli Nordin, skali saya ketawa sendiri ketika masa 'memerut' sambil membaca lembaran-lembaran akhbar harianhari ini, amalan lazim saya, masa memerut akan disantaikan dengan membaca akhbar harian. Cuma hari ini mujurlah tak ada prikkkkkk pikpik. Lawas dan puas.

Soalnya kenapa sekarang baru Ku Li sedar tentang banyak cukai diberikan kepada Kerajaan Pusat dan kononnya tidak diagih secara sama rata. Kenapa ketika menjadi Menteri Kewangan mahu pun ketika menjadi Menteri Perdagangan Dan Perindustrian, hal ini tidak ditimbulkan.

Kenapa waktu itu tidak dibuat saranan sedemikian kerana banyak cukai cemukai, kecuali cukai tanah diberikan kepada kerajaan pusat, antaranya untuk membayar gaji kakitangan kerajaan pusat dan pembiayaan pembangunan di negeri-negeri yang bernaung dibawah persekutuan, malah beliau sanggup isytihar balah dengan Dr Mahathir kerana mahukan jawatan Presiden Umno dan sekaligus mahu jadi Perdana Menteri sebagai peneraju kerajaan pusat.

Bila saranan itu dibuat dalam keadaan sekarang, ketika harapan untuk jadi PM sudah tidak ada, ketika beliau sudah dawas, sudah berada di ambang 'pupus dan lupus' pengaruh dan kehebatan, maka makhluk di langit dan di bumi akan tahulah ke mana hujung jatuh matlamat saranannya itu.

Saya masih ingat bagaimana kawan rapat saya laki bini datang ke rumah bersama anak isteri untuk mengucapkan selamat tinggal. Kononnya selepas kedatangannya, peluang untuk kami bertemu seperti biasa kerana beliau sekeluarga akan berhijrah ke Kuala Lumpur.

Tanpa ditanya (sikap dan sifat semulajadi saya lebih sukar mendengar dari bercakap atau menyampuk perkacapan orang lain) katanya beliau telah dipilih menjadi pegawai akhbar kepada seorang tokoh penting S46 yang dilantik sebagai menteri ekoran dari tindakan orang S46 kembali secara pukal ke pangkuan Umno dan S46 dibubarkan.

Selain dari Ku Li yang disenaraikan sebagai Timbalan Perdana Menteri buat beberapa bulan bagi menggantikan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, nama-nama tokoh bekas S46 dari Kelantan disenaraikan sebagai menteri, timbalan menteri dan setiausaha parlimen.

Rakan itu memang tidak muncul selepas itu tetapi tidak ada pun bekas orang S46 dari Kelantan yang dilantik sebagai menteri. timbalan menteri atau setiausaha . Kalau ada pun Datuk Seri Dr Rais Yatim dari Negeri Sembilan dan beberapa yang lain dari luar Kelantan.

Ku Li pula bukan setakat tidak dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri sebagaimana yang didakwa tetapi diantik sebagai menteri pun tidak. Saya mendapat tahu kawan saya itu kini menjadi pembuat belindan kubur. Kawan saya itu (tanpa inya) muncul semula apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan dari Umno.

Kononnya Dr Mahathir bertindak demikian kerana mahu mempercepatkan proses menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Ku Li dengan melantik beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri beberapa ketika dan seterusnya akan diserahkan jawatan Perdana Menteri demi untuk selamatkan negara dari bankrap kerana hanya Ku Li yang mampu meyelamatkannya. Saya hanya tersenyum mendengar dakwaannya yang tidak pernah jadi kenyataan itu.

Bila Dr Mahathir pilih Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (kini Tun) sebagai TPM, rakan saya itu tidak muncul agak lama sehinggalah bila di akhir perkhidmatan keperdana-menterian Tun Abdullah, beliau datang dan kononnya berani kerat kelingking, bukan Najibyang akan jadi PM, sebaliknya Ku Li. Najib akan kekal pada kerusi TPM.

Selepas Najib jadi PM dan bukannya Ku Li, dia tidak datang lagi ke rumah saya dan kini Ku Li sendiri memunculkan diri di tengah rakyat Kelantan bukan sahaja berstuju untuk ketuai kaukus royalti minyak, malah membuat saranan supaya negeri-negeri mengkaji kedudukan dalam persekutuan, mungkin kalau perlu bolehlah duisahakan tuntutan kemerdekaan gamaknya.

Soalnya bolehkah idea Ku Li dipakai. Orang lama dalam Pas barangkali tidak mudah lupa, kecuali kalangan yang sudah nyanyuk dan pejuang-pejuang Pas pada kelas yang luka 'jjawi'nya baru tumbuh kuping.

Gara-gara Ku Li, Pas yang berkuasa di Kelantan selama 18 tahun, tumbang. Bila bentuk pakatan dengan Pas kerana tidak ada pilhan lain untuknya mendapat simpati pengundi, usia kerjasama bertahan tidak lama mana apabila S46 partinya dimampuskan sendiri olehnya, satu tindakan yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana parti oleh makhluk di langit dan di bumi.

Kalau dengarkan ucapannya yang masih alam S46 kononnya tidak pelahap untuk sertai kembali ke pangkuan Umno, oarng yang mendengarnya tujuh kali mati tujuh kali hidup semula pun tidak akan ada yang percaya macam mana Ku Li boleh kembali ke pangkuan Umno semasa Dr Mahathir yang digelar anak mamak penjual coklat masih menjadi Presiden Umno. (Ayah Dr Mahathir sebenarnya seorang pendidik dan menjadi guru besar, bukan penjual coklat sebagaimana yang didakwa).

Saya ingat lagi semasa membuat liputan majlis ucapan Ku Li di Dewan Majlis Daerah Tumpat, Kelantan -- ketika itu timbul desas sedus kononnya beliau akan kembali semula ke pangkuan Umno -- Ku Li kata, kalau nampak seorang lelaki berlari dalam hujan dan ribut dengan kilat berdentum sabung menyabung membawa bendera S46, itu bukan orang sasan atau gila tetapi ianya adalah Tengku Razaleiegh Hamzah yang tidak akan tinggalkan S46 walaupun ahli parti itu hanya tinggal beliau seorang sahaja terkedek-kedek.

Soalnya apakah Ku Li jenis pengota katanya? Kalau sebelum ini orang Pas dan sekalian makhluk di langit dan di bumi tahu perilaku Ku Li, apakah apa yang dikatakannya di depan 80,000 biji butir mata dan 80,000 lubang telinga (kalau tidak ada yang keceng sebelah mata dan pekak sebelah telinga) pada pada majlis solat hajat royalti minyak,
BOLEH KE DIPEGANG BUKU?

Jawapannya ada dalam otak kepala dan dada sekalian makhluk di langit dan di bumi.
menyaran negeri-negeri di negara ini mengkaji semula kedudukan mereka dalam persekutuan.

15 comments:

Anonymous said...

baso jenis ore kerah keng...
tahun 80-90an biso lah mu
masa tu standard lag mu
loni standard dah tinggi
tak pade dah mu tu...
tulis mengabe kok sir
ore ajar tok sir dengar
dok caro ko kerah keng tuh...
bodo pah ko mapuh
pah tu ajak ore masuk gok
kerah keng dio

Anonymous said...

pergh...kl KERAjaan kelate nak tubik mlysia,rakyat2 kelate hok keja di negeri lain lagu mana gamak la jwbnya..kawe oyat lalu..kawe nak mitak jadi warganegara mlysia..xdok negeri pun xaper la dari ada negeri tapi xberjasa langsung ko rakyat...xingin eh ambo nak jadi warganegara kelate ni..bertambah2 la pendatang asing di malaysia xlama lagi..peluang pekerjaan di sektor kerajaan pun terbuka luas utk org rmi..

wat cepat2la tuntutan nak tubik dari mlysia tu..jgn lupa mskkan skali dlm perjanjian tu bhwa kepada sapa2 rakyat negeri kelate hok xse jadi warganegara kelate boleh pilih secara automatik nak jadi rakyat negeri mana...

pokyakgawah said...

29 Jan 2010 Majlis anjuran Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) dengan kerjasama kerajaan negeri tidak mendapat sambutan daripada rakyat Kelantan.Hanya I50 orang sahaja yang hadir.Ini menunjukkan sokongan kepada Kerajaan Pas semakin tenat.Ini memberi peluang Kepada BN Kelantan...... mintok jootspring ke....meli ke.....
sambung berita ni...

john said...

salam, komen utk tajuk artikel ni..

pado ambo sapo2 hok baik nga pas buleh 'pegang buku' belako...

pado abe li sebaliknyo...biarkan2..

p/s :abe li gi dok stadium smale?..ambo mcm joots royak eh PPUUAASSS!

komen ambo utk tajuk berita mstar online..

1. Peruntukan Tambahan RM700,000 Untuk Sekolah Berprestasi Tinggi
-sekolah tak berpretasi tinggi lagu mano?..duit tak dok..claim cikgu payoh..pelajar..cukup makan je laa

2. Penduduk Kampung Jangan Minta 'Insentif' Pada Pilihan Raya
-tak dak duit dah ke kerajaan?..orang kampung 'fixed deposit tuuu.

3. Najib Lancar Alat Berwudhu Automatik Pertama Dunia
-ok la tu..smoga ramai ore rajin semayang..harap masjid besar, alat canggih..jemaah x de..hampeh!

4. Pemuda Umno Lancar Kempen Tambah Ahli Baru, Jumaat Depan
-Ingat bagitau yg daftar tu keistimewaan jadi ahli..antaranya..projek kontraktor kelas F, bantuan anak sekolah, bantuan baja dacing, bantuan borang tekun, jaminan keselamatan kes2 maksiat,.bla..bla..bla..

5. MCA Cadang Adakan Dialog Dengan Pertubuhan Islam
-umno tak nak buat ke?..

6. Krisis Pakatan Rakyat Merebak Ke P. Pinang, Lim Dikritik Pemimpin PKR
-terima kritikan untuk kebaikan..mengaku kelemahan..baiki diri

p/s: fakta nombor-

ceramah royalti 28/1 50 000 jah..
ceramat tok pa 26/1 5 000 tuuuuuu..

john: padae doh....

pokyakgawah said...

Saya cadangkan BN Kelantan buat Majlis anjuran Gerakan Bertindak Wang Ihsan Rakyat (Gibuwikebn) sya rasa tentu lebih ramai yg akan hadir ..agak2 2000000 akan hadir tu tak termasuk dgn ....motok meli ulas

pokyakgawah said...

Saya cadangkan BN Kelantan buat Majlis anjuran Gerakan Bertindak Wang Ihsan Rakyat Bn Kelantan (Gibuwikebn) sya rasa tentu lebih ramai yg akan hadir ..agak2 2000000 akan hadir tu tak termasuk dgn ....mitok meli ulas

Ku Cing bin Ku Rap said...

Anonymous Anonymous said...

baso jenis ore kerah keng...
tahun 80-90an biso lah mu
masa tu standard lag mu
loni standard dah tinggi
tak pade dah mu tu...
tulis mengabe kok sir
ore ajar tok sir dengar
dok caro ko kerah keng tuh...
bodo pah ko mapuh
pah tu ajak ore masuk gok
kerah keng dio

PENJENGUK BLOG CIDIK BELAKO. KALU TAU MELI BODO MACE DEMO KATO. TOK KAN PPAKAT NAK IKUT, BOKALI BLOG MELI PUN NYO TOKSIR BACO. YANG PELIKNYO ORANG TERLEBIH CERDIK MACE DEM,O PUN BACO BLOG HAK ORANG DEMO KATO BODO.

KALU LAGU TU GAK DEMO LEBIH BODO DARI ORANG HAK DEMO KATO BODO.

joostspring said...

agah molek john ari ni..bokali tdo male senyum pah ko tlinga sbb rmi ore g stadium..

kalu sero sedak gak..sruh r nik ajis bubar dun..br blh tahu skrg ni ore kelate nak ko nik ajis ko dok..kl nik ajis mng gak br bleh mendabik dada sedara john..

sedak r demo john rmi ore g stadium male..ore pas blako ko hok g smale tu john..

Ku Cing bin Ku Rap said...

MAHU JADI PM: KU LI-ANWAR HILANG AKAL


Cuma dua tokoh politik yang bercita-cita besar menjadi Perdana Menteri Malaysia, akhirnya ditolak oleh takdir Allah s.w.t. Kedua-dua tokoh itu adalah Ku Li dan Anwar Ibrahim.

Sebenarnya kedua-dua tokoh ini, apabila gagal untuk melempiaskan cita-cita kemaruk untuk jadi Perdana menteri sudah manjadi sasau dan hilang akal.

Ku Li yang disingikirkan oleh Tun Mahathir (orang yang diredai Allah s.w.t) untuk terus kekal menerajui malaysia lebih 22 tahun, kini hidup dalam agauan buruk setiap malam.

Hilang akal dan meracau Ku Li tidak pernah sudah. Bila Keluar dari Umno dan menubuh parti Semangat 46 begitu liar dan mencarut menuduh Tun Mahathir bermacam-macam. Pelbagai propaganda dirancang untuk menghancur kekuatan politik Melayu islam, malah berusaha untuk memusnahkan ekonomi Malaysia.

Kepada pengikut Ku Li yang fanatik ketika itu, tanpa Ku Li ekonomi malaysia akan hancur. Ku Li ada pakar ekonomi yang maha hebat, tidak ubah kata-kata indah Nik Aziz Nik Mat kepada husam Musa yang cukup hebat merancangn ekonomi kelantan.

Akhirnya, Tun Mahathir membuktikan tanpa Ku Li ekonomi malaysia tetap bangkit bsebegitu hebat, malah kekuatan politik Melayu tidak seincipun tergugugat.

Dulu Ku Li begitu beria-ia bercakap bahawa 'kalau dia gila pun, dia tidak akan menyertai semula Umno. Hidup matinya bersama S46.'. Kketika Ku Li bercakap berdegar-degar itu, akhirnya -kentuk terkeluar tahi juga. Tahi itu pula di makannya apabila membubar S46 dan kembali ke pangkuann Umno semula , malah di zaman Tun Mahathir berada d puncak kejayaan politik dan ekonomi.

Sekali lagi Ku Li yang suka cakap besar ini dipermainkan oleh Mahathir tanpa sedar apabila diberi peluang untuk merampas Kelantan, kononnya hanya Ku Li yang mampu menewaskan Pas di kelantan. - BERSAMBUNG (DIPETIK DARI http://putra7gunung.blogspot.com

Ku Cing bin Ku Rap said...

Sebenarnya, ku Li yang menghuru harakan rakyat kelantan kerana sikap emosi bodoh yang tidak bioleh menerima kekalahan dalam hidupnya. Apakah kerana Ku Li darah raja, dia tetap akan jadi raja dan tidak boleh menerima kekalahan.

ketika orang bercakap termasuk almarhum ayahnda ku sendiri bahawa - Ku Li anak raja berjiwa rakyat, saya tidak boleh menerima keran ku Li sebenarnya berjiwa ego yang tidak boleh menerima suara rakyat.

Setiap kali kepimpinan utama negara bertukar, nama Ku Li tidak pernah tertinggal untuk ditabal menjadi Perdana Menteri. Sebenarnya, orang gila akan sentisa dimomok begitu asal jiwanya puas dan orang akan sentiasa bercakap tentang dirinya.

Semalam, di Stadium Sultan Muhamad ke1v, Kota Bharu sekali lagi Ku Li seakan menjadi pujaan rakyat kelantan apabila lebih 20,000 rakyat dikalangan Pas seluruh kelantan berhimpun untuk mendegar suatu keyaaan yang sudah diduga dari Ku Li.


Apa dia : - 'Royolti minyak sememangnya layak diterima oleh kelantan, bukan wang Ehsan. memang patut jika kerajaan kelantan menolak".

Sebenarnya, jika oran gmengikut sepak terajang pilitik Ku Li, sebelum dia bercakap kita sudah tahu hujung jatuhnya. Tidak terkejut langsung jika Ku Li bercakap begitu kerana penghujung hayat politiknya sudah tiba, malah hujung nyawa pun seakan tidak terlalu jauh.

Apakah, Ku Li sudah boleh tiduiru lena dengan penjelasannya di Stadium Sultan Muhamad ke-lV. Apakah, jika Ku Li turun atas nama Perdana Menteri malaysia malam tadi, Ku Li Akan bercakap perkara yang sama.

Hakikatnya, politik dendam Ku Li tidak pernah berakhir sekali nywanya masih ada. Impian besarnya untuk jadi perdana menteri tidak tercapai dengan setiap saat masih menghitung hari.- BERSAMBUNG (DIPETIK DARI http://putra7gunung.blogspot.com

Ku Cing bin Ku Rap said...

Mimpi lagi kah Ku Li. Mungkin bermimpikah lagi dia kerana atas nama Ku Li stadium Sultan Muhamad penuh terisi dengan rakyat, lalu bercakap sampai soal negeri yang bersekutu atas nama persekutuan pun kena masing-masing kaji.

Cara Ku Li bercakap itu, sekakan semua negeri di malaysia ini agar berdiri sendiri atau memerdekakan diri dari malaysia. Akhirnya malaysia hanya akan tinggal nama.

Cerita apa sebenarnya yang Ku Li cuba bawa selepas keluar dari pertapaaan sebegitu lama kerana kecewa selepas mahathir tidka melantiknya menjadi Perdana menteri, kemudia pak Lah pula melupakan impian Ku Li kerana mengisytihar anak Tun Razak pula jadi perdana Menteri.

Sebenarnya, dari riak dan cara Ku Li bercakap malam tadi - jelas kebencian kepada kerajaan Pusat begitu besar. kebencian kepada Umno khususnya tidak pernah mati.

TIDAK MUSTAHIL kalau sekali lagi Ku Li akan membuat pengisytihan LEBIH BESAR -"KELUAR DARI UMNO' menjelang pilihanraya umum ke-13. Tunggu dan lihat sendiwara Ku Li yang tidka pernah kesudahan. Ku akan buat keranan merasakan kedudukannya diperlimen gua Musang juga tergugat kerana setiap kali pilihanraya mejoriti undi Ku Li semakin berkurangan.

Ku Li memang tidak boleh terima kepimpinan Dato' Mustapha Muhamad dalam Umno Kelantan. Justeru itu, Ku Li mula menunjukkan - wajah sebenar - sebelum satu keputusan terakhir keluar Umno di buat.

Sikap Ku Li tidak ubah seperti Anwar yang sudah lama hilang akal apabila disingkir dari jawatan Timbalan perdana Menteri. Anwar juga bercita-cita besar memupuk pengaruh dalam Umno untuk menjadi Perdana Menteri.

ingatlah, Allah s.w.t lebih mengetahui siapa yang lebih layak untuk memimpin Malaysia. Kini, Anwar sudah terlalu jauh merancang untuk menghuru-harakan politik Malaysia dan menghancurkan perpaduan Melayu Islam.

Anwar lebih mengetahui bahawa keupayaan untuk menjadi Perdana meneteri semakin mengecil dan terhakis. Dari tidak boleh menjadi Perdanan Menteri adalah lebih baik buat huru-hara dan menghancurkan ekonomi negara ini.

Kemuslihatan Anwar menyokong Gereja Krisitian dalam isu Kalimah Allah buat dari hati naluri keislaman sejati, tetapi lebih kepada ingin mencetus huru hara di kalangan masyarakat. Anwar lebih rela negara ini terbakar demi untuk memuaskan nafsu serakahnya.BERSAMBUNG (DIPETIK DARI http://putra7gunung.blogspot.com

Ku Cing bin Ku Rap said...

Allah s.w.t lebih tahu bahawa pemimpin kaki liwat yang pernah di hapuskan di zaman Nabi Lut a.s tidak layak untuk memimpi umat islam Malaysia yang begitu kuat berpengang teguh kepada susila mulia ajaran Islam.

hakikatnya, umat islam di malaysia yang begitu memelihara 'to'mahni'nah' kehalusan ajaran islam, berbanding beberapa negara lain sekalai pun bertaut dalam mazahab Sunah Wal Jama'ah.

Cara umat Islam beribadat jelas ada kelainan dari umat islam negara lain, sebab itu umat islam malaysia yang mengerjakan ibadah haji sering mendapat pujian pemerintah Arab Saudi.

Justeru itu, kepada umat islam di malaysia - kalimah Allah - terlalu suci untuk dikongsikan dengan ajaran agama lain yang sudah jelas dan tegas di sebut dalam wahyu Allah sebagai KAFIR kerana menolak seruah Nabi Muhamad s.a.w atas perintah Allah s.w.t.

Sebenarnya, bukan Anwar tidak tahu, bukan pemimpin pas tidak tahu. Tetapi kerana ingin menjaga hati DAP yang berada di belakang Gereja Katolik, mereka sanggup menjadi munafik dan dengan mudah mahu menjual kesucian kalimah Allah demi kepentingan politik peribadi.

Anwar dan Pas sudah mula merasi akan kalah besar dalam piliharaya umum ke-13 nanti gara-gara mempertahankan Kalimah Allah. Qo'do akan akan menghimpit mereka dan terlalu sukar untuk berpatah balik.

Anwar bukan manusia hebat, cuma bernafsu rakus. Anwar adalah manusia pengecut kerana takut untuk berdepan dengan dakwaan Saiful Bukhari yang menuduh diliwat oleh Anwar. Ingat, anjing yang kalau diajar makan tahi, sekali sekala akan tetap makan tahi.

Kepada umat Islam yang tidak mahu terus tertipu, ambillah Al-quran terjemahan dan kaji apakah sebenarnya seruan Allah s.w.t kepada ahli-ahli Kitab agama samawi sebelum kehadiran nabi Muhamad s.a.w.

Inilah waktunya yang terbaik untuk kita kembali merujuk kepada al-Quran, bukan hanya mendengar ahli-ahli politik berpentingan peribadi membaca dan mentafsir tanpa kita sendiri mehu menyelidik dan medalaminya.

Apa pun bersyukur ke hadrat Allah s.w.t yang mencetuskan isu Kalimah Allah ini, semuga kita dapat kembali merujuk kepada al-Quran hakikat sebenar pengertian wahyu-wahyuNYa. Marilah kita bersatu untuk menghapuskan yang kufur atas nama politik.

Semua orang tahu kini pemimpin-pemimpin Pas sudah mula gelisah dengan berikutan penolakkan umat Melayu islam gara-gara ingin membela DAP hingga membenar Kalimah Allah boleh digunakan oleh Gereja katolik. Ingat, di akhir zaman selepas nabi Muhamad s.a.w lahir dan wafar - sudah tidak ada lagi agama samwi yang tulin dan asli.

Yang ada cuma ajaran islam bawaan nabi Muhamad s.a.w yang wajib di ikut dari semua keturunan nabi Adam a.s. bangkitlah semua umat islam untuk terus mempertahankan kesucian kalimah Allah.DIPETIK DARI http://putra7gunung.blogspot.com

john said...

Salam...

demo ado gu baru joots..kucing kurap..gagoh skit eh...kawe suko ulasan demo datas tu...

"TAHU TAK PO!"

"agah molek john ari ni..bokali tdo male senyum pah ko tlinga sbb rmi ore g stadium.."
-TOK AGAS..RRIOOK JO SKIT2..

"kalu sero sedak gak..sruh r nik ajis bubar dun..br blh tahu skrg ni ore kelate nak ko nik ajis ko dok..kl nik ajis mng gak br bleh mendabik dada sedara john.."
-DEMO KABAR KO DOK..SURUH PM MURUJIB BUBAR PARLIMEN..OTOMATIK TERBUBAR LA NEGERI..AMBO ALU2KAE..

"sedak r demo john rmi ore g stadium male..ore pas blako ko hok g smale tu john.."
KALU ORE UMNO LAGI RAMA AMBO KOHO SETUJU....

JOHN ucap Astaghfirullahal'azim..,alhamdulillah.....takbir ALLAHUAKBAR...

Anonymous said...

Ingat ckit john. demo tu cikgu. kawe knal demo. Kalu demo xsir dokong cita2 kerajaan baik demo berhenti jd ckgu. ore supo demo la hok mmunohnyo. k'jaan buat sibo x btul, gaji ambik nat2 bule dok wat make minum. Amanah yg di beri x buat, halal ko?. Susu demo peroh, blake demo piat! lagu ni ko ore ado agama?

Anonymous said...

5. MCA Cadang Adakan Dialog Dengan Pertubuhan Islam
-umno tak nak buat ke?..

Molek la MCA nak berdailog dengan pertubuhan Islam gak...ni mesti sebab mengikut jejak langkah DAP bergabung dengan Parti Islam.