Friday, January 29, 2010

MUNCUL KEMBALI (654)

Biar Ku Li Bbabat?

SAYA banyak terima sms hari ini, antaranya dari orang yang menamakan dirinya Ku Cing bin Ku Rap (nama betul ke nama main-main?) dan bertanya macam mana pandangan saya dengan sikap Ku Li sekarang?

Agaknya apa yang dimaksudkan ialah apabila Ku Li berdiri atas pentas Pas dan memberi sokongan moral kepada Pas di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV dua malam lepas.

Secara peribadi saya hilang hormat dan bangga terhadap Ku Li walaupun dari satu negeri, bila dia memimpin S46. Sebelumnya saya adalah antara pengkagum beliau sebagai anak raja berjiwa rakyat.


Bagi saya beliau seorang yang suka 'bbabat'. Seingat saya beliaulah orang mula-mula sekali yang kata 'celako' kepada orang media (sebelumn TGNA gunakan perkataan yang sama), yakni ditujukan kepada Ketua Biro Berita Harian Kelantan ketika itu, A.R. Kamaluddin atau Kamekaze (kini Allahyarham), seorang tokoh wartawan dan pembaca berita radio/tv berbisa. Semasa di Mingguan Perdana, pojoknya menggunakan nama Tebuan.

Celako Ku Li telah dibalas dengan celako juga oleh A.R Kamaluddin melalui pojoknya dibawah judul 'Saya celako atau Ku Li yang celako'. Ramai yang kata A.R.Kamaluddin akan tulah tetapi seingat saya Allahyarham bukan kena tulah, sebaliknya mendapat tuah kerana pangkat dan gajinya semakin tinggi selepas itu.

Bila Ku Li naik pentas Pas, saya melihatnya tidak lebih dari tokokkan kepada siri bbabatnya. Orang Pas kata Ku Li jadi 'ular air' kerana sumpahan Tok Wali Hassan, calon Pas yang nyaris-nyaris kalahkan Ku Li di Parlimen Gua Musang.

Nampaknya kini 'ular air' sudah naik standard sebagai 'ular cat raya' di mata Pas yang telah menggiringi bbabatan Ku Li dengan takbir, di samping segala cemar-colete dan busuk-kohong Ku Li di mata orang Pas telah bertukar dengan suci bersih dan wangi semerbak.

Saya yakin orang Pas akan anggap saya yang bbabat bukan Ku Li yang bbbat membaca entry saya ini sebagaimana orang Pas kata saya ketinggalan keretapi dan penganalisa, permalah dan pemirasat berfikiran terkatup apabila saya kata pemilihan Dato' Ibrahim Ali menggantikan Ustaz Ismail Noh bertanding di kawasan parlimen Pasir Mas akan membawa masalah kepada Pas.

Sekarang semua orang marahkan Ibrahim. Bagi saya sebenarnya orang Pas bukan marahkan Ibrahim, sebaliknya mereka marah kepada kebodohan dan kebahlolan sendiri yang menyangka Ibrahim boleh dicucuk hidung ruadanya masing-masing mononye kena 'kentut kepal' Ibrahim.

Secara lojiknya, kalau Ibrahim pelahap jadi orang Pas, dia akan terus masuk Pas, bukannya bertanding atas tiket Pas tetapi atas nama calon bebas. Ibrahim bijak mengeksploitasi peluang dan keadaan.


Perkara yang sama akan berlaku dengan kebbabatan Ku Li sekarang. Lagi pun Pas pernah berpengalaman dengan kerenah Ku Li. Kepada saya, bagi orang Pas yang berpolitik secara terbuka berpandangan jauh, memberi kesempatan kepada Ku Li bbabat itu samalah seperti Pas memberi peluang kepada Ibrahim Ali.

Manakala orang Umno dan mereka yang tidak berparti politik akan nampak bahawa Pas kini dalam keadaan sangat-sangat terdesak, tersepit dan terkapik sehinggakan orang macam Ku Li nyo kutip ambik buat kiro.

Ianya tidak akan melabakan Pas, sebaliknya boleh menyumbangkan kepada semakin menokok jumlah kalangan yang kurang minati Pas. Saya bukan mahu mendahului takdir tetapi sama-sama kita lihat nanti.


Maknanya orang Umno kena biarkan sahaja Ku Li bbabat, tak payah buang masa, tenaga dan sakit kepada memikirkannya kerana dia tidak akan memberi padah, sebaliknya akan memberi faedah kepada Umno.

Langkah paling bijak Umno adalah menyaksikan secara percuma pertunjukkan sarkas Pas yang kini menggunakan Ku Li sebagai pemainnya sebagaimana Umno perlu rileks dan buat dok bagai lembu kenyang dengan telatah Dato' Haji Nik Aziz dan koncu-koncunya.

Sebenarnya sebagaimana di Pulau Pinang, Kedah dan Selangor, rakyat sudah pun menyediakan penghakiman untuk Kelantan pada pilihanraya umum ke-13 nanti. Kalau Umno tidak cepelag, beghes.

Itu antara pandangan saya sebagai respon kepada sms yang diterima. Para pembaca berhak untuk tidak bersetuju dan saya tidak menghalang para penjenguk blog yang tidak setuju dengan pandangan saya berteraskan kebebasan memberi pandangan dii negara yang mengamalkan demokrasi.

4 comments:

Anonymous said...

Guano gamok

Tahun 1999 dia kato pas belawok. Siap bersumpah lagi, dia kata Pas berbohong bila dia tok les jawate dalam kerajaan kelantan.

Pah tu la ni dio berceramah dengan set2 belawok tu pulok. Kununnya nk tulong pas kelate.

AMBO TOK SIR ORE MAKE GAJI BUTO (Baju ni ambo ada lagi).

Pas hebat, selalu sangat menggunakan Ku Li..

Tahun 1997, Harakah guna Ku Li (sebagai bekas menteri kewangan) untuk rungkai penyelewengan di bank negara angkara Anwar Ibrahim.

Kuli nk jadi PM.. Tok lih kok BN dia masuk kok PR..

Tok Guru

Tok Siak said...

Bakpo Meli tak ulas pasal cikgu/ustaz sekolah agama bahan pnggung murid umur 16 yang ditangkap dalam sebuah kereta.

Ulas la biar sedap....dok kato Kelantan oang makan dakwah belako, moksiat tok banyok. Ko kes boktan tengok tv, cikgu/ustaz skolah agama pun bedal punggung, anak murid pula tu. Bukan ke 16 tu dikira bawah umur. Hukuman patut kerat atau kasi konet an bedal dengan pelepas tal. Jo guano gamok?

Ku Cing bin Ku Rap said...

Entry ni tak ramai yang berani komen. Takut tulah atau boktan hak Meli tulis ken atas kemelok.

Terima kasih Abe Meli kerana menjawab pertanyaan sm saya. Tak sangka Abe Meli buwi perhatian pada pertanyaan walaupun hanya melalui sms. Jawapan Abang Meli saya sangat puas hati.

Abuzar said...

Ku Li tak "bbabat" (meracau, amokan separuh gila, kurang siuman), dia amalkan konsep "IMalaysia.. Rakyat diutamakan"... kerana dia faham kehendak majoriti Rakyat Kelantan..nak royalti minyak. Kalau nak suruh rakyat Kelantan berarak ramai2 ke Putrajaya nak tuntut royalti minyak ini pun saya rasa orang2 Kelantan diseluruh negara akan berdemontrasi di Putrajaya! Mungkin lebih ramai dari di Stadium Sulanata Muhamad IV pada 28 Jan 2010 lepas...tengoklah masa lawan bola piala malaysia di satdium bukit jalil dulu lah...

Cuma Dato' Najib saja bercakap retorik .. "1 Malaysia... rakyat diutamakan,.. "tapi dia utamakan kroni UMNO spt Dato' Mustafa Mohamad, Dato' Awang Adek, dan segelintir puak2 kaki bodek dia saja...................

Dato' Najib PM, UMNO, BN ... kenalah dengar suara rakyat majoriti nih, jangan la dok angkoh kuasa, buat harta negara macam hak mak bapa demo saja..