Saturday, January 30, 2010

MUNCUL KEMBALI (656)

Gara-gara nila setitik rosak susu sebelanga

SAYA tidak mahu mengulas panjang laporan SINAR HARIAN, sekadar mahu menyalin-siar untuk renungan secara tersirat dan tersirat oleh penjenguk blog. Sebagai rakyat Kelantan yang terkenal sebagai negeri Serambi Mekah Tadahan Wahyu, apatah lagi tersohor dengan ramai orang masjid dan balaisah dengan menteri besarnya orang panggil 'tok guru' menah, sepatutnya setiap rakyat kena pakat-pakat jaga imej negeri dan reputasi menteri besarnya.

Bila seorang guru sekolah agama main selak-selak kain budak sekolah umur 16 tahun, ianya akan menjejaskan nama baik negeri dan pemerintah. Seorang yang sudah dewasa (berusia 30 tahun) dan seorang guru sekolah agama pula dengan regunya main selak sain bukan seluar adalah budak bawah umur, alangkah punah ranahnya imej negeri, apakah tidak dibimbangi ibubapa kepada murid perempuan akan hilang kepercayaan kepada guru lelaki, termasuk di sekolah-sekolah agama ekoran kejadian itu.

Di Kelantan kalau sekolah agama pada umumnya dibawah pentadbiran kerajaan negeri, maknanya reputasi agensi yang mentadbiri sekolah-sekolah agama akan punah ranah, gara setitik nila rosak susu sebelanga jadinya. Renungi dan carilah apa yang tersurat dan tersirat di sebalik laporan berikut;

Guru ditangkap khalwat bersama pelajar

KOTA BHARU - Seorang guru sekolah menengah agama dekat sini, dicekup dipercayai berkhalwat bersama salah seorang pelajar Tingkatan Tiga, dari daerah Tumpat di dalam sebuah kereta kancil berhampiran Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) Tanjung Puri.

Pasangan berkenaan ditahan oleh ahli Skim Rondaan Sukarela (SRS) ketika asyik berasmara di dalam kereta, di satu kawasan sunyi di Lebuh raya Kota Bharu-Pasir Mas, Tendong, dekat sini, petang kelmarin dalam keadaan yang memalukan.

Dalam serbuan kira-kira jam 3 petang, lelaki berusia lingkungan 30-an yang tidak diketahui status perkahwinan itu, dikatakan cuba melarikan diri dengan melanggar kenderaan ahli SRS sebaik menyedari kehadiran beberapa kereta tidak dikenalinya berada di be-lakang kenderaannya.

Sumber salah seorang ahli SRS berkata, sebaik menyedari tindakannya itu berjaya dikesan, lelaki berkenaan mencuba meloloskan diri tetapi usahanya gagal kerana kenderaannya berjaya dihalang oleh kenderaan yang dinaiki oleh ahli SRS itu menyebabkan dia dicekup bersama pelajar berusia 16 tahun itu.

“Ketika kami menyerbu kenderaan itu, lelaki berkenaan dipercayai berada dalam keadaan separuh bogel, manakala kain pasangannya berlondeh hingga ke paras kaki dan masih berpakaian lengkap baju sekolah.

“Selepas kami memperkenalkan diri sebagai ahli SRS, guru berkenaan terus merayu supaya dilepaskan dan menyatakan dirinya adalah guru sekolah agama, tetapi kami tetap tidak mengendahkannya seterusnya membawa pasangan itu ke pejabat agama,” katanya ketika ditemui Lundang semalam.

Difahamkan, guru berkenaan dikatakan baru menjemput pulang gadis berkenaan dari sekolahnya di Tumpat sebelum dibawa bersiar-siar, seterusnya singgah di kawasan sunyi berhampiran rumah usang tidak bernombor di tepi lebuh raya berkenaan sebelum ditangkap berkhalwat.

Menceritakan sebelum kes tangkapan itu, seorang ahli SRS berkata, pada mulanya dia sebenarnya ingin mengejar jentera bomba setelah mendengar siren kecemasan ketika berada di rumahnya untuk mengetahui kecemasan yang berlaku.

“Saya tidak dapat mengejarnya kerana jentera itu terlalu laju dan kemudiannya, saya melihat terdapat sebuah kereta yang mencurigai dan terus mendapatkan bantuan daripada kawan-kawan lain menggunakan radio amatur.

“Setelah mendekati kenderaan itu, mereka bertindak berani mencuba melanggar kami tetapi tidak berjaya kerana kami lebih berpasukan dan usahanya melarikan diri gagal,” katanya. - dipetik dari SINAR HARIAN.

6 comments:

JOHAN said...

aduh ... ganahnya ustaz ni... Harapkan pagar pagar makan padi.

Using Gley Mas said...

Yang mung susah tu apa pasal, muga barang sedap, lah gi lah, kacawoli org pl***y mapuh. Palu atah keto kancil koo, atah guni beras koo, atas grell rais jual kopi koo tak poo belakoo, masuk lako. Kalu mung aku tak tahu lah, barang tak naik, kena sapu dengan minyak piney muda, baru gagah.

chegarMD said...

taksah cahgi pasa lah meli , nak bughuk sekulah agama kerana seorang
ustaz tu. banyak sejarah2 islam menunjukan orang 2 alim pon buat perkarani tapi itu bukan nya buleh dibuat hujah utk menguduh sekulah2 agama .mu ni dasar orang sekuler kalau temu muga lagu nigak buat cerita duk jaja habis dunia apa lagi kalau berlaku di kelantan seolah2 shaitan tak ada di kelantan aku tahu meli mu ni dgn puak2 umno suka sangat nak nguduh ongang2 kelantan. padahal ongang2 luar sangat2 kagum dgn rakyat kelantan, hidup kelantan,kasihku pda mu tidak akan aku gadai kan dgn umno.

Ku Cing bin Ku Rap said...

Dok eh hak buatlaporan tu Meli ko sapo? Meli cumo petik laporan SINAR HARIAN.

chegarMD nak suruh sorok mugo lagu ni macam sorok sapoh bowoh kapet ko, alasannya ustaz tu bukan malaikat, syaitan juga ada di Kelantan?

Kalu ustaz tu palu punggung anak demo f\guano gamok, nok susut macam susut sapoh bawah kapet, biar jubur anak royoy ghaha pun asal nama baik negeri diperintah parti Islam tak punoh?

Sih Ingus Retap Ddinding said...

chegarMD! menguduh kalu benda tak jjadi. Ustaz lodeh seluar, selak kain budak sekolah tu jjadi sungguh ko atau ceruta rekaan. Puak-puak hak kepong tu 'kan pasukan anti maksiat hak Pas lanyik, bukannya hak Umno lantik

Anonymous said...

Emmm...manisnya bahasa puak-puak pendokong islam ni...