Saturday, January 30, 2010

MUNCUL KEMBALI (657)

ku li tidak bohong
Kenapa TGNA mesti tolong serandekan mantan pengerusi Petronas?

KALAU Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li bertindak betul, wali dalam nawaitu dan apa yang dicakapknya tanpa ada unsur-unsur berbohong dan tidak langsung menyanggah fakta dan menyongsang hakitat, perlu apa Menteri Besar Kelantan, Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat tolong serandekan (back-up) Ku Li?

Sila beli SINAR HARIAN edisi Kelantan hari ini dan baca (beli, jangan baca sajo) tajuk utamanya dibawah judul Ku Li tidak bohong: Nik Aziz mahu semua pihak terima penjelasan mengenai royalti minyak. Bila tokoh hebat tolong serande penjelasan orang lain seperti Ku Li, maknanya ada kurang-keyakinan terhadap penjelasan itu yag ianya akan membawa faedah, sebaliknya ada kebimbangan akan membawa padah, kecuali penyerandenya jenis cepelag dan jenis 'tak arap ko orang lain' atau merasakan penjelasan orang lain tidak sebiso penjelasannya.

Memang betul kata Dato' Nik Aziz; 'Ku Li adalah orang yang bertanggungjawab berunding ketika itu dan sudah pasti hanya dia tahu mengenai royalti. Kenyataan Ku Li ini terpaksa dierima kerana dia yang berunding dengan Tun Razak. Tak ada orang yang boleh sebut macam dia ghoyak (beritahu). Dan dia tidak belawak (bohong)' tetapi mana Dato' Nik Aziz tahu sama ada Ku Li tak belawok atau sebaliknya. Sekadar agak, orang lain pun boleh agak bahawa Ku Li bohong, tak ada siapa pun pernah masuk tengok-kelih dalam perut pedak Ku Li.

Lagu mana dengan laporan berikut;

Kenyataan Ku Li bertentangan

BACHOK 30 Jan. – Kenyataan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bahawa Kelantan berhak untuk mendapat royalti minyak sebanyak lima peratus daripada Kerajaan Pusat adalah bertentangan dengan pendirian beliau lebih 10 tahun lalu.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, pada masa itu, Tengku Razaleigh adalah pemimpin yang paling lantang menafikan hak Terengganu ketika pemimpin Pas di negeri itu mengemukakan tuntutan sama.

Dengan merujuk pada laporan beberapa akhbar pada tahun 2000 (keratan laporan Utusan Malaysia bertarikh 1 November 2000 ada disiarkan dalam laporan di halaman 11 Mingguan Malaysia hari ini), Awang Adek berkata, Tengku Razaleigh yang merupakan bekas Pengerusi Petronas tahu setiap perjanjian berhubung pengeluaran minyak dan gas di perairan negara ini, kerajaan negeri memang tidak mempunyai hak.

“Waktu itu katanya kerajaan Terengganu memang tidak ada hak untuk mendapatkan royalti. Memang dalam perjanjian Petronas beliau tahu minyak yang dijumpai di luar 5.5 kilometer (tiga batu nautika) dari perairan bukan hak kerajaan negeri.

“Jadi sebagai seorang negarawan, kenapa Terengganu tidak boleh tetapi Kelantan boleh. Kalau beliau kata mempunyai hak bersuara, saya juga berhak dan pendekatan saya adalah memperingatkan kembali apa yang telah dikatakan oleh beliau sebelum ini,” katanya kepada pemberita di Tangok, Bachok di sini hari ini.

Awang Adek turut membawa rujukan berupa salinan laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 1 November 2000 bertajuk, Minyak: Penjelasan Ku Li.

Dalam laporan itu, Tengku Razaleigh yang merupakan bekas Menteri Kewangan berkata, kerajaan Pas Terengganu tidak boleh mempertikaikan kedudukan wang ihsan kerana wang yang disalurkan selama ini walaupun atas nama royalti minyak, bukanlah hak negeri itu.

Beliau yang menerajui syarikat minyak nasional itu semasa perjanjian dengan kerajaan Terengganu dimeterai pada 1975 dilaporkan berkata, semasa Petronas ditubuhkan telah dinyatakan bahawa tiada sebuah negeri pun di Semenanjung berhak ke atas hasil minyak yang dijumpai di kawasan yang berada di luar ‘wilayah’ mereka.

Selain Utusan Malaysia, laporan berkenaan turut disiarkan pada tarikh yang sama di muka depan akhbar Berita Harian bertajuk Royalti: Ku Li buka mulut dan akhbar New Straits Times bertajuk Terengganu not entitled to oil royalty, says Razaleigh.

Kelmarin, ketika berucap pada Majlis Solat Hajat dan Ceramah Perdana Royalti Petroleum di Stadium Sultan Mohamed Ke-IV, Tengku Razaleigh berkata, kehadirannya pada malam tersebut adalah berdasarkan prinsipnya yang mahu menegakkan keadilan dan memperjuangkan nasib rakyat Kelantan yang ditindas selama ini.

Jelasnya, sebagai individu yang terlibat dengan penubuhan Petronas dan berdasarkan Akta Kemajuan Petroleum, beliau tahu kerajaan negeri mempunyai hak menerima royalti sebanyak lima peratus walaupun pada kawasan yang bertindih dengan Thailand.

Sehubungan itu, Awang Adek berkata, pendirian Tengku Razaleigh sepatutnya tidak berubah terutama sekali beliau adalah pemimpin kerajaan yang dihormati dan disegani.

Pendedahan itu katanya, bukan bertujuan mahu menyerang atau membidas pemimpin itu sebaliknya menjelaskan perkara sebenar kepada rakyat negeri ini.

“Saya orang baru dan beliau pemimpin lama cuma saya nak jelaskan apa yang dulu dan sekarang sudah tidak sama. Ini (laporan akhbar) bukan satu akhbar saja yang siarkan tetapi banyak lagi,” tambah Awang Adek.

Tentu ramai yang kata laporan akhbar yang belawok, yang mereka-reka cerita kerana Ku Li sendiri anggap laporan Utusan DONGENG. Yang lapor kenyataan Ku Li tentang perkata itu bukan hanya Utusan semua semua akhbar arus perdana, apakah semua akhbar siaran laporan dari SUMBER DONGENG sedangkan sumber itu adalah Ku Li sendiri.

Justeru saya berani ulangi keyakinan saya bahawa penglibatan Ku Li dalam isu hasil minyak, bukannya membawa faedah kepada kerajaan dan Pas Kelantan, sebaiknya akan membawah padah kecuali ada di kalangan pimpina UMNO cepelag. Kalau nak ulas juga, kena ada bukti bercetak atau berkaset/berCD macam Awang Adek, barulah UMNO jadi lendek.

5 comments:

Abuzar said...

Ku Li tak "bbabat" (meracau, amokan separuh gila, kurang siuman), dia amalkan konsep "IMalaysia.. Rakyat diutamakan"... kerana dia faham kehendak majoriti Rakyat Kelantan..nak royalti minyak. Kalau nak suruh rakyat Kelantan berarak ramai2 ke Putrajaya nak tuntut royalti minyak ini pun saya rasa orang2 Kelantan diseluruh negara akan berdemontrasi di Putrajaya! Mungkin lebih ramai dari di Stadium Sultan Muhammad IV pada 28 Jan 2010 lepas...tengoklah masa lawan bola piala malaysia di Stadium Bukit Jalil dulu lah...

Cuma Dato' Najib saja bercakap retorik .. "1 Malaysia... rakyat diutamakan,.. "tapi dia utamakan kroni UMNO spt Dato' Mustafa Mohamad, Dato' Awang Adek, dan segelintir puak2 kaki bodek dia saja................... golongan yang dok berbelit2 tak mahu serahkan dan nafikan duit royalti minyak Kelantan kepada Kerajaan Demokrasi Mandat Majoriti Rakyat Negri Kelantan....

Dato' Najib PM, UMNO, BN ... kenalah dengar "suara rakyat majoriti" nih, jangan la dok angkoh kuasa, jangan buat harta negara macam hak mak bapa demo saja..

Lagi lama isu2 seperti ini tak dibereskan, lagi tercalarlah prestasi UBN dimata rakyat umum......terutama tahun2 menghampiri PRU13 nanti...

Ahli Pas Separu Veteren said...

Pas terlalu banyak hantar bola taggung.....ahhhhhhhhhhhhh!

john said...

Salam...

Itulah ore panggil prinsip untuk tulong rakyat kelate/negeri sendiri..yang mana yang benar walaupun pahit terpaksalah dinyatakan benar.(jange jadi pengkhianat kepado negeri pulok, Tuankupun berkenan apo yang ku li buat).sekurang-kurangnya diakhir usia ni Ku Li sedar dah selama ni dia tersasar..syukurlah..dia dah sedar..

p/s:ambo menulis ni sambil dok tengok ceramoh royalti Ku Li..kali ke 4 doh....

chegarMD said...

semuga ubnkelantan balik kepangkal jalan dan dia hanya ada duajalan bagi mereka samaada dgn kuli atau menentang kuli kalau dgn kuli artinya mendapat keridaan allah dan dukungan rakyat kelantan dan kalau ambiljln kedua artinya cari lah negeri lain utk berteduh kerana mereka sudah derhaka kpd tuanku dan kpd negeri yg dia dilahirkan dgn menkhianati amanah penderitaan rakyat kelantan yg tercinta.fikirlah meli baik2.celakalah bagi sesiapa yg meminum memakan menhirup udara dibumi bertuah ini kalau kerana fahaman politik sempit dan pangkat mereka sanggop utk mengkhianati tuanku,rakyat dan bumitumpah darah kerana kita anak kelantan sebelum menjadi rakyat malaysia.

Kapak Binjai Manis said...

chegarMD! Bakpo air minum nasi makan dan segala udara hak ado di kelate ni ssako mokpokmu ko.

Mu cepelag sebut celaka ni kes Nik Ajit mu jenis muut cepelag. Mu tau ko celako tu begapo. Baso menate bengong.