Saturday, January 30, 2010

MUNCUL KEMBALI (658)

Tidak mudah jadi kerajaan punca pembangkang meracau

KALAU dalam Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) berdominasikan Pas di Kelantan berkemelut kerana kononnya masalah yang dibawa oleh menantu Menteri Besar, Kerajaan PR Selangor berdominasikan Parti Keadian Rakyat (PKR) kerana ahli parti itu tidak senang dengan sikap Menteri Besar, Kerajaan PR berdominasikan Pulau Pinang pula kini dilanda kemelut yang kononnya kerana sikap cauvinis, diktator dan berfikiran bahaya Ketua Menterinya.

Ketiga-tiga negeri berkenaan yang tindak tanduk masing-masing menunjukkan sikap tidak 'heran' kepada kerajaan pusat serta mengamalkan sikap umpama 'budak para-sekolah' mencabar guru kelas 'bergocoh' dengan kerajaan pusat bukan sahaja gagal menutup bangkai gajah tetapi sekadar serpihan tahi raksasa rimba itu pun gagal diselindungkan di sebalik sehelai daun lalang tentang hakikat yang sedang dihadapi.

Yang tenang tanpa kocak dan riak serta tidak menimbulkan masalah dan tidak berlaku kemelut, terutama akhir-akhir ini hanya kerajaan PR Kedah berdominasikan Pas bermenteri-besar Datuk Azizah Abdul Razak yang mengamalkan resmi padi, bukannya mengamalkan resmi lalang sebagaimana rakan-rakan di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang. Azizan semacam menyedari hakikat bahawa menjadi kerajaan tidak semudah menjadi pembangkang.

Pada pendapat saya sebuah kerajaan sama juga seperti sebuah perniagaan yang bukan sahaja memerlukan seorang CEO dan orang bawahan yang bijak, kreatif, inovatif dan sentiasa komited terhadap tugas yang menjadi tanggungajawab yang diamanahkan, tetapi kena mempunyai dana yang cukup, semolek-moleknya dana kena lebih dari yang diperlukan dan fixed-depositnya kena ada pada setiap bank.

Tanpa dana yang cukup, tidak mungkin sesebuah perniagaan mampu bergerak dan berkembang walaupun unit promosi dan propagandanya banrangkali sangat hebat dan boleh menarik kepercayaan setiap pelanggan yang dipromosi dan dipropagandakan. Sehari dua bolehlah tunjuk lagak kata dana yang diperlukan lebih dari keperluan dan sekali gus boleh jual mahal dengan bank-bank kononnya syarikat tidak perlukan pinjaman, sebaliknya dengan penuh lagak dikatakan banklah yang patut buat pinjaman dengan syarikat.

Tetapi akhirnya segala tembelang akan pecah dan dari CEO hingga ke tukang bancuh kopi tidak akan mampu menyembunyikan keadaan sebenar menyebabkan semuanya dilanda rasa tertekan walaupun ketika mengambil-alih sesebuah syarikat, pihak pengurusan dan kakitangan sebelumnya dianggap tidak berkualiti. Mulalah berlaku tuduh menuduh, kata mengata dan buruk memburuk sesama sendiri, malah masing-masing akan sedar bahawa umpama permainan bolasepaklah, menjadi pemain tidak semudah menjadi penonton.

Itulah sebenarnya yang melanda Kerajaan Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang khasnya dan pembangkang amnya. Masing-masing mula sedar bahawa menjadi kerajaan tidak semudah menjadi pembangkang, apatah lagi apabila menjadi kerajaan di negeri yang mahu dilihat tidak perlukan simpati dan huluran bantuan pusat. Padahnya masing-masing kini meracau macam orang sasau dan berlakulah hal-hal yang sepatutnya tidak berlaku.

Antaranya bukan sahaja berlaku ketegangan di kalangan parti-parti dalam pakatan dan dalam sesebuah parti seperti antara Pas sesama Pas, PKR sesama PKR (cuma DAP sesama DAP belum lagi0, malah turut mwwujudkan ketegangan dan kemarahan pengundi yang akan menentukan sama ada kerajaan boleh bertahan atau akan tumbang pada pilihanraya akan datang.

Sesebuah kerajaan yang tidak dalam keadaan sasau dan meracau, pasti tidak akan melakukan apa sahaja tindakan yang menimbulkan kemarahan rakyat kerana mereka sedar kuasa mengekal dan menjatuhkan sesebuah kerajaan ada pada tangan rakyat melalui kuasa undi. Kalau rakyat marah siapa lagi akan beri undi.

6 comments:

john said...

Salam...

Diakui memang sukar menjadi pemerintah negeri yang mempunyai pemerintah lain diperingkat pusat yang tambah2 lagi pemerintah pusat yang tidak pernah nak menghormati peruntukan persekutuan!

Dengan segala media utama dikawal oleh pemerintah ini..berita 'kek disponsor'pun jadi tajuk utama. sedangkan pekung yang dimiliki dan membusuk tak seolah-olah tiada pada 'mereka'...

apa2 yang berlaku hasil kesilapan mereka rakyat lah yang menanggung dahulu sesuai denga slogan 'rakyat didahulukan'..maknanya ekonomi lemah, harga barang naik..rakyatlah kena tanggung dulu..pak menteri pun mencarilah alasan2 retorik mewajarkan kenaikan tersebut...

Jika berlaku kesilapan yang samada secara sengaja dan tidak sengaja, nahaslah negeri tersebut. dan sekiranya perkara-perkara yang tak elok itu dalam negeri tersebut berlaku, biarkanlah..dan jadikan itu sebagai peringatan dan proses pemulihan..

Kita bernasib baik dan mungkin juga ambo nak terima kasih lah kerana kemajuan dalam bidang teknologi membolehkan kita dapat meng'akses' maklumat dengan cepat dan bekemungkinan tepat. segala pembohongan akan dapat dikesan...

p/s:mereka sudah masuk 53tahun memerintah..adakah mereka tiada masalah?..adakah perpaduan parti antara mereka semakin kukuh atau longgar..? TIDAK!..tiada apa-apa berlaku kepada mereka..kerana mereka berjaya MEMANIPULASI kuasa yang ada pada meeka..

chegarMD said...

ulasan mu ni meli cuma bersumberkan
media perdana saja yg di kepalai oleh pembakar jambatan dia tu master dlm putar belit,dua tiga hari yg lepas bukan main ucapan nya mengesa agar media tidak menjadi alat propaganda dan selepasitu dia lupa apa yg dikatakan depan peserta2 antarabangsa kembali pula kpd perangi lama nya.dan mu ni pon masih belum bebas dari penyakit propaganda ni , padahal mingikut kaji selidek negeri2 yg di perintah oleh apa yg kamu namakan parti pembangkang itu mereka lebih telus,di sayangi rakyat, mereka lebeh dekat dgn rakyat,tidak sombong walaupon kurang peruntokan.yg penting kamu pergi sendiri kenegeri2 tu jangan duduk tingut berita2 tv kerajaan dgn surat2 khabar umno tu. duduk dgn rakyat akar umbi. apa yg berlaku di kelantan sudah cukup jelas apa2anjuran umno tidak di hadiri rakyat melainkan jamuan hari raya.tapi yg di anjur oleh pr di hadiri oleh rakyat tampa makanan dan paksaan.itulah yg paling mudah
utk kau sedari ya!meli ya habibi..

WargaShahAlam said...

Salam,

Saya tinggal di Selangor, dan nampak sangat Selangor semakin senget sejak diambil alih oleh Khalid Ibrahim aka Sahak Gobek anak Ibrahim londeh(panggilan manja di kampungnya).

Jalan di bandaraya Shah Alam sudah bertaraf kampung, itu contoh yang paling mudah dilihat. Dalam masa setahun ini, kalau jalan tarpun ditengah bandaraya Shah Alam boleh rongak sana rongak sini, saya rasa markah yang boleh diberi kepada mereka hanyalah ranking D.

Belum campur hal lain-lain lagi, seperti kebodohan decision making dan tundukkecut kepada puak2 DAP.

Sekian, sekdr menyampaikan keluhan dan rintihan orang Selangor di bwah Pakatan Pembangkang yang tak tahu mentadbir.

Anonymous said...

Ulasan cikgu john dan chegarMD adalah berteraskan kepada ketaksuban semata-mata. Apa pun yang ditulis di sini, saya melihat tidak pernah ada yang betul, terutama john. Inilah hakikatnya apabila kita sudah meletakkan dalam otak kita hanya sebelah pihak yang nak disokong. Sumbernya sudah pastilah HARAKAH, ceramah-ceramah parti pembangkang dan blog2 berhaluan kiri. Kalau dibaca pun sumber lain, niatnya hanya untuk kritik dan mencari kesilapan kerana yang nak dibela hanyalah PAS, PKR dan DAP. Biar menonggeng sekali pun asal boleh ulas.

Dalam masa 53 tahun UMNO memerintah, berapa ringgit duit john yang kerajaan pungut. Adakah kenaikan gaji tahunan john dipotong? saya rasa john kena nilai semula, bahawa 53 tahun UMNO memerintah, kita boleh hidup dalam aman dan damai. Cuma selepas pilihan raya ke 12 baru-baru ini, apabila berlaku sedikit protes terhapa UMNO dan BN, pembangkang agak besar dalam Perlimen menjadikan iklim politik tidak menentu. Tidak lain dan tidak bukan dikucar-kacirkan oleh 3 parti pembangkang tadi. DAP, PAS dan PKR yang asas penubuhannya adalah kerana kecewa, maka idea inilah yng dibawa sehingga kini. PAS ditubuhkan kerana keKECEWAan Ahmad Puad Hassan tidak mendapat jawatan dalam parti UMNO, lalu keluar menubuhkan parti PAS. PKR pula ditubuhkan kerana keKECEWAan Anwar Ibrahim untuk menjadi PM tidak kesampaian di samping untuk membela nasib Anwar sendiri. DAP adalah cabang kepada PAP, apabila Singapura keluar dari Malaysia, PAP dibawa sekali dan anak2 buah PAP pun menubuhkan DAP yang bermatlamatkan 'sama rata, sama rasa'. Inilah parti-parti kecewa. Maka kalau ada yang membela parti-parti ini, mereka juga adalah tergolong dari golongan kecewa. Ada sesuatu yang yang nak dicapai namun tak dapat, tak terkecuali john. Apa saja yang saudara Ramli tulis, pasti komennya adalah negetif. Utk pengetahuan john, saya baca semua artikel dalam blog2 yg sy lawati sama ada pembangkang atau kerajaan. Memang ada kelemahan dalam kerajaan, tetapi dalam pembangkang juga tidak terkecuali malah lebih teruk. Pun begitu saya masih memberikan komen2yang boleh membina, bukan megutuk sebagaimana john dan chegarMD. Tidak ada di dunia ini yang semuanya sempurna, mesti ada juga kecacatan di mana-mana. Nasihat saya, janganlah terlalu taksub...

joostspring said...

bab2 kecek mmg we ko demo r john...
mu check dulu kerajaan nik ajis mu tu..

kalu kick xdedahkan gapo hok jadi lani..mampus rakyat tak tahu segala taik mait nik ajis tu...kroni hok nik ajis mu amalkan ni bkn bnda baru..lama dah jadi,cuma lani br gege

john said...

Salam.."TAKSUB?"

..kepada anon, singkat sungguh anda buat kesimpulan..baiklah ambo terima la..ya memang ambo TAKSUB spt mana anda taksub kepada sapa yang anda sokong tu..mungkin betul agakan anda tentang ambo..dan macamana pendirian anda, itulah pendirian ambo..

Demo mengungkit tentang pungutan cukai?..demo kena belajarlah dulu tentang prinsip demokrasi berperlembagaan. Demo kena ngaji smula (timo kasih pggl ambo cikgu, kena hormat ko ambo tuh). Ambo nok ulas takut panje. Ambik pendek doh la..demo kena tahu apa tanggungjawab kerajaan tu dulu sebelum nok ulas panje.

Sudah menjadi tanggungjawab kerajaan menyediakan apa yang terbaik utk rakyatnya, TAPI bukan hak kerajaan nak ambik sesuko hati harta rakyat. Kalau dah buat perjanjian persekutuan, ikut je la..ni nak putar2 lagi. Kenapa Amerika dan Britain sentiasa bertukar pemerintah? adakah pemerintah mereka tidak menyediakan
kemudahan rakyatnya?..kalau nak suruh ikut je kerajaan tak perlu pakai demokrasi la...tak perlu ada pilihanraya..

Ya, wujudnya parti2 selain umno adalah untuk menjadikan M'sia lebih baik..apa kurangnya UMNO yang wujudnya sebagai boneka british semata-mata? sekurang-kurangnya parti selain umnolah yang mengawal segala nafsu buas pemimpin umno. Takkan anda buta dengan segala pendedahan penyelewengan terhadap mereka. buka juga mata anda wahai anon..jika tidak apa lebihnya anda selain TAKSUB juga.....