Sunday, January 31, 2010

MUNCUL KEMBALI (659)

Wang ehsan bukan untuk kerajaan negeri

KERAJAAN negeri tetap bertegas tidak akan menerima wang ehsan yang akan diberikan kerajaan pusat bermula Mac ini, itu penegasan Menteri Besar Kelantan Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat melalui blognya dan dipetik-siar oleh Utusan Malaysia hari ini.

Itu penegasan bersalut politik sebenarnya. Apa yang mahu kerajaan negeri terima kerana wang itu akan disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan. Diterima atau ditolak, wang itu tetap tidak akan boleh diterima oleh kerajaan negeri secara langsung. Itu hakikatnya.

Lagi pun wang itu untuk rakyat bukannya untuk kerjaan negeri. Melalui saluran mana yang boleh disampaikan kepada faedah rakyat, bukan urusan rakyat untuk ambil peduli pun. Rakyat bukannya bodoh. Kalau JPP guna-pakai wang itu untuk JPP sendiri, tahulah rakyat mengajarnya.

Tetapi sepanjang kira-kira 20 tahun, rakyat boleh nilai sendiri apa peranan yang dimainkan oleh JPP, apakah ianya menyusahkan rakyat negeri atau sebaliknya. Apakah ada pengarah (MB Kerajaan Pusat bagi Kelantan) dikaitkan dengan masalah moral, amalan kronisme dan nepotisme?

Berapa kes Pengarah JPP, anak atau menantu yang menkari sasaran kritikan umum atau meneri kritikan dalaman, apatah lagi disiasat oleh SPRM sehingga menerima desakan dari dalam JPP sendiri atau oleh pimpinan dan ahli Umno agar meletak jawatan. Apakah ada kes kerana dirasakan terutang budi atau mahu membodek agar lebih banyak projek, Pengarah JPP ditawarkan tajaan menunaikan haji atau umrah standard biasa, apaah standard VIP?

Berapa ramai orang di sekeliling Pengarah JPP yang ada keupayaan membuka stesen minyak, memilik-keluarganya sekolah dan berapa ramai orang sekeliling Pengarah JPP termasuk anak saudara bini Pengarah JPP yang dapat balak, berapa orang anak dan menantu Pengarah JPP yang menjadi tenaga kerja pada mana-mana komponen di JPP?.

Rasaya tak ada. Kalau ada tetapi disorok umpama menyorok sampah di bawah karpet, apakah tidak ada mulut tergohong lidah tidak bertulang di JPP yang akan dedahkannya kerana dalam JPP bukan semuanya pro Umno/BN, ada yang condong kepada Pas dan PKR. JPP hanya tempat mencari rezeki, kecenderungan politik hak masing-masing dan JPP tidak boleh sekat kecenderungan politik para petugasnya.

Maknanya JPP melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawab dalam keadaan bersih dan profesional. Tidak ada berlaku satu pun kes tebus bayar projek-projek yang tersalah dibuat perjanjian atau perancangan. Umur JPP dengan kerajaan Kelantan sekarang sama tua, kalau muda JPP pun hanya beberapa hari atau beberapa bulan sahaja.

Atas faktor itulah, pada saya, maka kerajaan pusat memilih JPP sebagai agensi yang akan disalurkan wang ehsan yang kemudiannya akan disalurkan untuk faedah rakyat secara saksama berdasar rekod cemerlang JPP seblum ini kerana JPP tidak ada kes tunutan bayar ganti rugi yang perlu dibayar dan tidak ada kes bayaran tebus projek kerana kesilapan dalam membuat perjanjian.

Orang kerajaan negeri bak bbabat macam mana pun hanya kerana keperluan politik, ianya tidak akan memunah-ranahkan kecemerlangan sumbangan perkhidmatan JPP yang merupakan sebuah agensi yang tidak ada kepentingan politik kerana ianya sebuah agensi kerajaan, bukannya pertubuhan politik.

Lagi pun kalau Pas atau PKR serang JPP mahu tidak mahu ianya akan turut menyerang kakitangan JPP yang pro Pas dan PKR. Sebagaimana orang Kelantan yang berada di luar Kelantan kerana terpaksa mencari makan akan terkeduh hati bila Kelantan dicerca, maka kakitangan JPP yang pro Pas dan PKR juga akan terkeduh hati kalau tempat mereka cari rezeki dicaci maki.

4 comments:

Anonymous said...

Bab ni ambo s xtuju. Wang ehsan ko wang royalti ko, meme kena di uruskan oleh kerajaan negeri. X kiro samaada Pas Atau u-BN, meme jdi tgjwab kerjaan negeri. Susah payah rakyat mengundi utk di tubuhkan stu team memerintah Kelantan,tiba2 bleh plak,dgn nafsu dendam politik utk menidakkan hak menguruskan wang pteroleum.Kalau hujah a.lie kata rakyat xsey tahu siapa urus dan berkata kalau JPP salah urus rakyat akan hukum,bagi kawe gini ; apa kata sbb Pas yg merintah Kelantan, bagi kerajaan Pas urus. Kalau dia salah,xpandai,seleweng dll yg sewaktu dgnnya, sayalah orh yg pertama kan menghukum Pas dlm PRU13 nanti..amacam jawapan a.lie?

Mat

Ku Cing bin Ku Rap said...

Kalu buwi ko orang hak sebelum pitih mar lagi dah habis dalam kia-kira untuk jelaskan hutan, wang yang disalur tidak akan ke mana.

Serupalah macam Majlis Agama Islam Kelantan beri juta kepaa Sarikat Dian untuk selamatkan syarikat itu, kemudian Yayasan Kelantan Darulnaim pulok ambil alih dari Majlis Agama, syarikat berkenaan tidak tidak pulih kerana apa yang wang yang disalurkan macam buang garam ke laut.

Setelah banyak hata kerajaan seperti ladang sungai terah, hotel perdana, perdana resort, kawasan tanah limau manis, lembah sireh dan macam-macam lagi dijual dan digadai untuk tampung kewangan negeri dan negeri masih juga menghadapi masalah kewangan yang kronik, boleh ke wang ihsan sampai kepada rakyat kalau disalurkan melalui kerajaan negeri?

Kelantan bukan takdok pitih, hutan di ulu kelantan hampir habis dibalak, peremiumnya hilang ke mana. Flecra bayar premium ke mana perginya? Nak kata buat masjid, berapa buah masjid yang dibuat, nak kata buat jambatan, berapa ratus jambatan yang telah dibuat, kalau nak kata buat jalan, berapa ratus batang jalan yang dibuat.

Yang banyaknya jual anak syarikat PKINK, tubuh syarikat baru bawah PMBK, semuanya rugi, Syarikat pulak (macam Global Media umpamanya), bukannya untuk faedah rakyat tetapi untuk kepentingan tokoh politik tertentu.

Ramai wakil rakya jadi orang banyak dan mudah pitih, banyak hata, rakyat boleh begapo. Buat masjid Cina di Rantau Panjang sampai sekarang belum boleh guna.

Cuba senaraikan apa yang kerajaan negeri buat dan apa yang JPP buat. Pejabat JPP bukan duduk di London, cuma di bangunan menara perbadanan, jarak dengan kota darulnaim kalau kentut pun dengar. Maknanya melalui JPP wang itu disalur ke Kelantan, ke Kata Bharu, bukan ke Johor, Melaka, London atau Washington.

Kalau ajakan pusat supaya wakil kerajaan negeri duduk dalam jawatankuasa wang ehsan, nak hadiri mesyuarat tak payah naik kapalterbang, kalau naik beca pun tukang gatihnya tok raso sengal punggung, kalau jalan kaki pun tok dan pecah peluh. Boktan agah dok kacan nok jugok. Podahhhhhhhhh.

john said...

Salam...

ambo mitok sapo2 hok panda undae2..ko akta ko...ulas ayat Ku Li ni..

"As Chairman of Petronas I drafted this law and signed these agreements on the instruction of the late Tun (Abdul) Razak (Hussein) because he wanted to ensure that the poorer states in the peninsula would benefit from oil found offshore. He knew they didn’t have oil onshore or within state territorial waters"

translate kelate-
"sebag pengerusi Petronas, ambo merangko undae2 dan 'sain' perjanjiae ini di bawoh arahan gemuloh Tun Razak krano nok pastikae negeri2 miskin disemenanjung buleh manfaat dari minyok yang dijumpai dilautaenyo. Dio tahu minyok2 ni payoh nok jupo didaratae ataupun kawasae sekitarnyooooo!"(baco dale nada tok guru ngajar kitab balassoh)

persoalannya?....jeng..jeng..

Antara bapak (gemuloh Tun Razak) dan Anak (Tok Jib) sapa yang menipu????...atau adakah Ku Li...?

p/s:jawapae ore umno ambo tahu doh, ore pas ambo tahudoh..ore atah paga?.."ikut ah gapo pun asal aku buleh makae....."

Anonymous said...

ambo tok panda undang2 john...tapi mikir caro bodo pun boleh jawab..ANAK KUNCI DOK KAT TANGAN BN LONI...KABA KO DOK?, KALU UMNO KATO NOK BUI GAK DIA BUI...KALU DIA TOK SIR BUI...DEMO NOK WAK GUANO?...TAK KAN DEMO NAK GI GOCOH NAJIB..! HABIH-HABIH HOK BULEH BUAT, PANGGIL ORE DENGAR CERAMOH, PAH TU MINTOK PITIH PAKAT BOH DALE PPIOH, SUPO ANJING DOK SALOK BUKIT...KALU BUI PUN DEMO SUPOH, TAK BUI PUN DEMO SUPOH, BAIK JANGE BUI...KATO LA NOK KATO GAPO PUN...BUI PUN KATO JUGOK! TAK DOK HOK BETUL...BASO MENESIO TOK KENE BUDI...KALU NOK JUGAK ROYALTI, PAKAT UNDI BN...KITO BUI ROYALTI...ABIH CRITO...KALU TIDOK TOK SOH KKECEK!