Friday, January 29, 2010

PENJELASAN - KEMASKINI DENGAN PEMBETULAN EJAAN

Bukan soal tunjuk gedebe

Anonymous said...

nak tunjuk gambar mu
masa gedebe dululah...
kah kah kah kah

buke gedebe tu
ge......

Itu antara komen yang dihantar ke satu entry blog saya, tentunya ekoran dari saya meletakkan gambar saya tanpa rambut dalam blog dan menulis 'kadang-kadang saya boleh ditemui dengan wajah begini'. Nampaknya timbul silap faham dikeranakan silap persepsi terhadap saya oleh pengomen berkaitan.

Sebenarnya bukan soal tunjuk gebebe tetapi dalam usia yang sudah diambang senja, celebe tu adalah, kecut sana, lembek sini. Saya sudah tinggalkan masa muda dan saya tak ingin ingatkannya kembali.

Ketika muda, darah muda dan otot-otot masih kuat, macam-macam boleh jadi. Namun sAya bersyukur kerana doa ibu dan ayah, saya tidak terlanjur jauh ke dunia capra. Keputusan ibu bapa supaya saya kawin cepat telah menyelamatkan saya dari hanyut, pendidikan agama yang diterima juga telah menjadikan saya Dapat jadi macam sekarang.

Sebenarnya saya bubuh gambar tanpa rambut dalam blog kerana ada yang email bertanya kenapa wajah saya yang dilihatnya di Masjid Kampung Sireh dan ketika berjumpa di sebuah sekolah rendah di Pasir Mas, tidak sama dengan gambar yang menjadi masshead blog saya bila saya sekarang dilihat pakai jubah, berkepala tanpa rambut dan tanpa janggut.

Apakah kerana saya takut dikenali umum setelah menulis macam-macam yang kebanyakannya kurang disenangi oleh banyak pihak? Apakah saya melakukan penyamaran supaya saya tidak dicam bila berada di tengah awam?

Hakikatnya bukan soal takut, apatah lagi nak tunjuk gedebe. Mencukur rambut adalah seperkara yang biasa bagi saya. Kadang-kadang bila sakit kepala kerana kena hujan atau terLalu lama berada di tengah panas, saya akan cukur rambut untuk hilangkan sakit kepala. Saya jarang telan ubat penahan sakit.

Bila rambut dicukur, lazimnya sakit kepala akan hilang. Ada rakan kata kerana rambut saya lebat, sebab itu bila kena hujan, berdiri tengah panas agak lama atau apabila memakai minyak rambut, saya akan mengalami sakit kepala. Kalau tekanan kerja, terutama hal-hal yang berkaitan urusniaga, saya juga akan sakit kepala tetapi keadaan itu tidak berlaku bila saya menulis walaupun dari awal petang sampai awal pagi.

Adakalanya saya cukur rambut kerana mahu hilangkan kelimumur. Sekarang ni 'kan nak syampu di saloon tak boleh, dilarang. Rata-rata tukang syampu orang perempuan. Kalau syampu sendiri tidak rata kerana rambut saya terlalu tebal. Janggut pula lazimnya saya cukur bila bini saya curi gunting masa saya terlina.

Saya sendiri kurang pasti kenapa bini suka sangat curi gunting janggut saya. Mungkin baginya menjijikkan bila tengok janggut saya agak panjang atau kerana janggut, saya akan kelihatan lebih tua. Saya simpan janggut kerana kalau dicukur akan timbul butir gatal, kadang-kadang boleh berkudis. Saya tidak pasti kenapa keadaan itu berlaku.

Saya bubuh gambar dengan wajah-wajah saya yang pelbagai itu adalah bagi memudahkan penjenguk blog boleh cam saya bila jumpa di mana-mana dan kalau mahu tegur, kritik, maki, seranah, beri cadangan atau pandangan tentang blog saya boleh dilakukan secara terus.

Sebagai seorang 'orang' saya tidak pernah anggap saya 'perfect' kerana itu saya boleh ditegur, pendapat dan pandangan saya boleh disanggah sama ada melalui komen dalam blog atau bila berjumpa dengan saya di mana-mana saja.

Bagi saya sebagaimana saya tidak boleh bersetuju dengan pandangan orang lain, orang boleh juga untuk tidak bersetuju dengan pandangan saya. Kalau saya boleh kiritik dan tegur orang lain, saya juga boleh ditegur dan dikiritik. Saya dalam tulisan tidak sama dengan saya dalam kehidupan seharian. Saya profesional.

Pernah satu ketika rakan saya tegur, macam mana saya boleh sembahyang di belakang Ustaz Wan Ismail Wan Jusoh yang melabelkan saya 'budak sakit otak' dan 'saiko' sehingga saya mewujudkan watak 'Beruk Sekolah Atap' vs 'Beruk Profesional' dalam siri penulisan kreatif saya bagi menyanggah tanggapannya itu. Saya berimankan Ustaz Wan Ismail di surau Hotel Perdana.

Baginya pelik tetapi bagi saya tidak. Secara peribadi saya bukan berbalah sampai dalam perut pedal denganUstaz Wan Ismail. Cuma kami barangkali berkehel pendapat. Saya yakin Ustaz Wan Ismail pun macam tu. Saya tetap hormati beliau sebagai seorang yang berilmu kerana beliau sebelum jadi wakil rakyat adalah merupakan seorang pensayarah walaupun dari segi usia, makanya beliau lebih cerdik walaupun saya lebih tua.

Saya nampak beliau profesional, bila jumpa dengan saya, tidak pula dia cuba mengelak sebagaimana sikap seorang bekas wakil rakyat di sebelah Ulu Kelantan, akan cuba dari tersrempak dengan. Bila berjumpa, saya dan Ustaz Wan Ismail sering bersalaman dan mesra. Lazimnya bila berjumpa saya, Ustaz Wan Ismail akan bertanya: 'tak nnulis doh ko lloni?".

Beliau tak kata "jangan dok tulis kotsir" sebagaimana pesanan kebanyakan wakil rakyat atau tokoh Pas bila berjumpa saya pada tempat ceramah atau pada Kuliah Jumaat Tok Guru Nik Aziz yang saya hadiri setiap minggu.

Tentu beliau menghormati keprofesionalan bidang yang saya ceburi walaupun barangkali saya tidak mencapai tahap profesional kerana tak mengaji sampai universiti kerana memilih menyertai bidang media walaupun dengan keputusan yang saya ada ketika itu melayakkan saya sambung belajar hingga ke universiti jika saya mahu.

Sebelum kes perceraiannya dengan bini orang Kemboja, ada pihak yang suruh saya buat pendedahan sebelum kes itu kecur atas alasan saya bermusuh dengannya, kononnya biar Tok Guru Nik Aziz tahu siapa sebenarnya Wan Semail. Saya tak pernah bahasakannya dengan 'Wan Semail' walaupun di belakangnya, sebaliknya saya akan membahasakannya dengan 'Ustaz Wan'.

Kepada orang yang minta saya 'kubang' itu saya kata bahawa tidak akan mengaibkan orang tanpa tujuan, tanpa kepentingan umum saya tak akan lakukannya. Kalau untuk tujuan kepentingan awam, jangankan Ustaz Wan, kalau Tok Guru Nik Aziz sekali pun akan saya 'kubang'.

Penjenguk blog saya juga barangkali sedar saya pernah bercanggah pendapat dengan Kickdefella apabila beliau serang saya ketika blog saya http://raamliabdulhalimmelayu.blogspot.com yang bermassheadkan sama seperti blog saya sekarang belum dimusnahkan dulu. Ketika itu kami belum pernah bersua muka dan Kickdefella baru dibawa balik ke Kelantan.

Bila satu ketika secara tidak sengaja kami berjumpa di kedai sup sedap depan bangunan Global Media Channel, bekas wakil rakyat Haji Hashim Omar perkenalkan saya pada Kickdefella antara lain dengan menyebut: 'Ni 'lah orang hak demo bbaloh dalam blog". Kickdefella cepat membalas: "Meli ke. Patutlah rasa macam pernah tengok. Bila pula kita orang bbaloh".

Sebenarnya kita orang media buat kerja secara profesional dan mengamalkan hidup profesional. Kalau pun saya agak garang dalam menulis tetapi dalam kehidupan di luar dunia penulisan bukan semestinya saya garang. Kalau pun saya tibai Tok Guru Nik Aziz atau mana-mana tokoh dalam blog, tidak semetinya saya tibai juga di kedai-kedai kopi atau bila saya berada di mana-mana.

Kalau penjenguk pernah jumpa saya di mana-mana, pasti masing-masing akan dapat kenali sifat dan keperibadian sebenar saya, sebagaimana para pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang pada suatu ketika pernah jemput saya ke KDN bagi urusan permit penerbitan, belasan pegawai KDN yang duduk dalam satu bilik untuk tanya pelbagai soalan kepada saya semacam tidak percaya bila melihat perwatakan saya, tulisan saya kepada KDN boleh begitu garang, termasuklah salinan surat yang katak KDN itu dihantar kepada Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri.

3 comments:

Anonymous said...

biasa la abg li..dah kerja abg li lagu tu. tapi tu la, baso dia dah, maybe dalam setanda tu ada hak tak molek sebutir 2, biasalah. kerbau sekor kena lumpur, habis kena belako. kalu abg li nie jenis permata, ikhlas denganNYA, suatu hari nanti akan zahir juga hak comel tu walau sebelum zahir tu dicaci, dihina dimaki n etc. tapi kalu abg li ni jenis khianat, walau bungkus n sumbat dengan kertas polysterin + lutsinar, pahtu cuah air wangi minyar atar sedozen pun, tambah lak tak ikhlas denganNYA, pasti akan zahir juga kejahatan yg disembunyikan. tazkirah utk ambo juga tu..

a.m

Anonymous said...

mu meli pernah duduk dalam rumah baru sama2 puak pas..
itu cerita dulu.
serupa jugak sebutir kapal besar hanyut kena ribut berlabuh sebuah pulau.
Masa tu banyak karolah hak tubik..
kudis, pana, kurap, mace2 ada
muga ore atas kapal mace2 ada
hak pongoh, hok belawak, hok gatal, hak manja, hak auta, ada belako
mana ada gak kita buleh hak kita nak.
tok setuju dengan ore gak gi duk pulau sore2 lah.
Tak kan aku nak cerita sejarah nabi, sejarah dunia, sejarah malaysia kok mu...
mu kena ngajilah. kena pikir, kena renung, mace2 kena....
tapi mu akal pendek. Doh la gitu, hati buta lagi. Ore tua dulutak nagji tapi cerdik bokte hati cerah...
pade lah meli. semula pulak.
nampak sangat mu masih simpan dendam. pah bila hati nak cuci kalu dok glumat lagu tu sokmo

Ku Cing bin Ku Rap said...

Demo sedirinyo suci hati setaro mano? Orang hati cuci tak cepelag, tak agah. Aku doh boleh kesan lokasimu. Dengan Meli takpo, dia ssegih belako. Ttemu samo agah boleh tengok la lagu mano buku ttemu dengan ruas.

Barang ni Meli sat capur. Seroh ko adik Ku urus. Barang buleh beghes.