Friday, January 29, 2010

RESPON - KEMASKINI DENGAN PEMBETULAN EJAAN

Jangan mudah menghina profesionalisme kemediaan

Salam kembali Mr John! Terima kasih kerana banyak memberi komen terhadap entry-entry dalam blog saya. Setiap komen yang dibuat oleh pengomen saya baca dan saya cuba cari apa yang tersurat dan tersirat. Mana-mana yang baik saya jadi teladan dan mana yang tidak berapa molek saya jadikan sempadan.

Pada kesempatan yang ada, saya cuba luangkan masa untuk memberi respon kepada komen Mr John sebagaimana berikut;
john said...

salam abe li..(kpd joots skali...)
sumber abe li..utusan...
ku li kato: "Mustapha Pengampu, Utusan AKHBAR DONGENG - Ku Li"
padae doh la...abe li ulas perkaro sumber dongeng ko?...
tok ser ulas ko 'rakyat kelate keno 'bbodo' ko pas kelate distadium smale?...
john kato..."PADAE DOH LA...."

January 28, 2010 7:36 PM

Untuk makluman Mr John, saya baca semua akhbar harian dan akhbar mingguan yang saya fahami bahasanya. Itu rutin saya. Antaranya termasuklah Harakah dan Suara Keadilan. Mr John barangkali baca Konsep Era Pakatan. Syarikat saya yang terbitkannya.

Apakah isi kandungannya menguntungkan Umno atau pembangkang? Sebelum ditukar milik kepada Saudara Yusri Yusoff, Mingguan Wasilah diterbitkan oleh syarikat saya. Apakah Mingguan Wasilah melabakan Umno atau sebaliknya?

Saya tidak pernah prejudis terhadap mana-mana akhbar atau majalah dan blog kerana saya yakin masing-masing ada tujuan dan matlamat mengikut tahap keintelektualan masing-masing.

Dengan mula terjun ke bidang kemediaan sejak tahun 1973 hingga kini dan turut menjadi penerbit walaupun tidak berjaya mana kerana saya bukan baka kaya sedangkan bidang penerbitan yang berisiko tinggi memerlukan pusingan modal yang besar, saya rasa saya ada sedikit sebanyak pengetahuan dalam bidang kemediaan.

Melabelkan Uusan AKHBAR DONGENG bagi saya adalah sesuatu yang tidak wajar dan keterlaluan. Ianya bukan sahaja menghina Utusan tetapi juga secara tidak langsung menghina bidang dan perofesionalisme kemediaan dan juga boleh merobekkan hati mereka yang terlibat dalam bidang kemediaan tidak kira yang pro sebelah mana.

Akhbar akan terwajah dengan laporan oleh para petugasnya manakala para petugasnya akan lapor berdasarkan apa yang disumberkan kepada mereka. Mereka bukan boleh mereka-reka laporan kerana terikat dengan etika. Apa yang dilaporkan adalah bergantung apa kata sumber.

Kalau sumber belawok, maka belawoklah sesebuah laporan itu. Yang paling kerap memberi laporan belawok dan putar ranggas adalah orang politik dan apa yang diharap akan disiarkan adalah yang akan menjulang mereka dan puak mereka dan menganyang pihak lawan.

Tidak hairan kalau Ku Li anggap Utusan AKHBAR DONGENG kerana akhbar berkenaan tidak banyak membantu menwarwarkan ketokohannya yang semakin luntur sedangkan beliau berharap sangat beliau dapat menjawat jawatan PM yang diusahakakan sejak zaman Dr Mahathir jadi PM lagi, sampai merajuk dan wujud S46.

Kalau Ku Li anggap Utusan AKHBAR DONGENG, itu adalah persepsinya yang belum tentu betul dan benar. Kita tidak boleh menelannya bulat-bulat tanpa cuba berlaku jujur dalam membuat persepsi.

Hakikatnya dalam Utusan bukan semua petugasnya orang Umno, mereka terdiri dari pelbagai parti, malah ada di kalangan mereka yang bekerja dengan Utusan dan Berita Harian adalah anak murid Tok Guru Nik Aziz semasa mengajar di Ma'ahad Muhammadi dulu.

Rakan-rakan wartawan seangkatan dengan saya ada yang menjadi ahli Pas seumur hidup. Sama ada Utusan, Berita Harian, NST, RTM, TV3, Astro dan sebagainya, pihak pengurusan tidak pernah pertikai anutan parti petugas, sebaliknya mereka diberi penilaian terhadap kemampuan bekerja. Masing-masing tidak prejudis terhadap satu sama lain, sama ada antara akhbar/setesen tv/radio dan antara petugas.

Adalah tidak adil menganggap Utusan ANKHBAR DONGENG atau plbagai persepsi dan tohmahan buruk dan negatif kalau kita tidak pernah berada di dalamnya dan tidak benar-benar arif tentangnya.

Pasti Mr John dan penjenguk yang lain akan bertanya, kenapa saya banyak menegur Pas? Jawabnya saya banyak menegur Kerajaan dan Pas setelah saya berada kira-kira lapan tahun di dalamnya. Sebelumnya saya seperti juga orang Pas yang lain, melihat kerajaan dan Pas sangat suci.

Setelah saya tahu dan kenal apa itu kerajaan dan Pas, saya tidak boleh berbohong pada diri saya sendiri untuk terus memuji bagi apa yang tidak patut saya puji, malah saya merasa membuat teguran adalah merupakan fardu kifayah bagi saya.

Pun begitu saya tidak harap semua orang terima teguran saya, sebaliknya terima dan ambillah yang patut manakala yang tidak patut tahok buanglah jauh-jauh. Pandangan setiap orang tidak akan seragam, sebaliknya akan berbeza-beza.

Saya juga menghormati pandangan dan pendirian orang lain, termasuk Mr John yang saya yakin kalau Mr John masuk ke dalam kerajaan dan Pas bukan membawa ketaksuban melampau, sebaliknya masuk tanpa ada sebarang kepentingan, Mr John juga akan jadi macam saya, tidak mustahil akan jadi pengkritik lebih ganas dari saya.

Kalau tak percaya, Mr John boleh cuba masuk atau setidak-tidak Mr John cuba rujuk Kickdefella atau pun Abe Haji Annual Bakri Haron yang masuk ke dalam kerajaan dan Pas Kelantan lebih terkemudian dari saya.

Mereka bagi saya adalah orang yang masuk untuk menyumbangkan kepakaran tanpa mengharapkan apa-apa kepentingan atau ada impian untuk akhirnya akan dipilih bertanding sebagai wakil rakyat.

Janganlah kerana kita terpedaya dan percaya dengan persepsi, pelabelan dan tohmahan orang yang kita tidak cuba selidik hujung jatuh tujuannya, maka kita menghina profesinalisme kemediaan sedangkan orang media tidak pernah menghina dan mengacau periuk nasi kita kerana ianya akan berdosa dan hanya akan terampun bila kita meminta kemaafan dan diberi kemaafan oleh orang yang terkedus hati dengan kita.

Saya yakin setiap orang yang beragama Islam memasuki dunia kemediaan tidak dikira sebagai petugas di akhbar, majalah, radio, tv mahu pun sebagai blogger berhaluan kanan atau kiri adalah kerana memburu keistimewaan bahawa setiap titisan tinta sama nilainya dengan titisan darah para syuhada!.

4 comments:

john said...

Salam abe li...

TERIMO KASIH BANYOK2..atas respon komen ambo..

ambo tahu semo tu..dae memae ambo sajo nok 'provoke' abe li..dan komen ambo pun ambik dari kato2 Ku li..tok kisoh la abe li nok kato sapo2 pun mugo tu pengalamae abe li..

patoh tumbuh hilae berganti, abe li dan sapo yang pernah berkhidmat dale pas kalu raso tok berpuashati buleh keluar dan masih rama ore yang buleh menyumbang..yang penting bagi ambo PAS tetap menyinar dan ambo napok dio lebih baik dari umno walaupun pak sedaro ambo ore kuat umno kg..

abe li jange rusing..kalu pas menyeleweng, Allah akan bui balo ko pas dan ambo tok nafi dale pas kelate tu memae ado yang yang menunggu peluang jugok...orae2 lagu ni kito akan nyah keluar nanti...

abe li teruskan tugas abe li..ambo denga tugas sebagai pengomen..baru meriah..ko guano..

Anonymous said...

assalamualiakum
buat abg li..gambar lama abg li mengingatkan saya tentang ramli abdul halim yang saya minat dulu.(skang pun minat juga, cuma wajah abg li yg ada dale palo ambo macam dale gambar tu la)
buat john...tahniah n terima kasih atas komen2 anda..seronok baca komen john, berbeza pendapat tu biasa la. kita perlukan saudara john untuk memurnikannya. semoga kita semua mandapat maanfaat dariNYA


a.m

pokyakgawah said...

Mesyuarat exco Pemuda yang berlangsung di Menara Dato Onn, PWTC yang bermula jam 3 hingga 7 petang berlangsung dalam suasana yang tegang dan panas.

Gesaan agar KJ meletak jawatan dibuat Mohd Hishammuddin Yahaya yang juga Naib Ketua Pemuda Bahagian Putrajaya.

Difahamkan, gesaan itu mendapat sambutan dan sokongan sebahagian besar exco yang lain.

Untuk rekod, harus diperjelaskan bahawa rata-rata exco yang menang pada pemilihan UMNO yang lalu bukan penyokong KJ.

Sebahagian besar mereka adalah dari kem Datuk Seri Dr. Khir Toyo atau Datuk Mukhriz Mahathir.

Namun, punca sebenar penolakan para exco bukan kesetiaan mereka kepada pemimpin pilihan mereka.

Penolakan itu dikatakan berpunca daripada kegagalan KJ sendiri dalam menyatu padukan pergerakan itu walaupun sudah hampir setahun menjawat jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO.

Dipercayai, permintaan meletak jawatan secara rasmi akan dibuat exco pemuda UMNO pada mesyuarat akan datang.

Anonymous said...

Salam...
Ambo juga senasib dengan Abe Li, antara org yg agak lamo dale PAS, tapi tugas ambo di bhg penerangan PAS. Dulu start dengan pasang speaker je, lepas tu naik pangkat sikit. Ambo juga telah memahami sangat-sangat agenda PAS. Oleh kerana ambo di bahagian penerangan, maka keset-kaset ceramoh PAS penuh almari rak dalam simpanan ambo smpai skrang. Ambo bleh dengar lagi apa yang diucapkan dulu. Matlamatnya adalah 'Menegakkan Negara Islam' dan 'Menjalankan Hukum Hudud'. Kini sudah terlalu jauh menyerong dari matlamat asal.
Pada ambo, PAS tidak boleh memberi konsistensi atas apa yang dicakapkan. Hanya kerana dendam kesumat, maka sahabat seIslam dikutuk dan diperhinakan atas nama Islam. Sangat bertentangan dengan sirah rasulullah saw. Membongkar salah laku pemimpin mungkin dibolehkan, tetapi sehingga mengutuk, menyerang, membenci, memfitnah peribadi...pada saya ianya sudah keterlaluan.Apakah itu tiada dosa? Menyatakan bahawa PAS saja yang benar, orang lain buat semuanya salah (walaupun baik)dan konon kitalah yang jaguh dan paling baik, ujub sifatnya.Sangat dimurkai Allah. Tok Guru pun sangat jauh berbeza sekarang ni, antara dulu dan sekarang,(saya minta ampun kalau kata-kata saya ini menyentuh perasaan mana-mana pihak), namun saya menulis sekadar untuk menyatakan pengalaman. Dulu, saya menerima terus bila PAS menyatakan bahawa agama dan politik tidak boleh dipisahkan, kafir..saya pun setuju sampai kini, namun saya sudah dikelirukan, bahawa sebenarnya kita boleh memisahkan agama dengan parti politik. Justeru, memisahkan PAS dan agama itu boleh, kerana PAS hanyalah sebuah pertubuhan parti politik yang nilainya sama dengan UMNO, PKR, DAP dsb. Biar apa pun, sekarang saya masih tidak berparti. Hanya mengikuti perkembangan politik dengan mejenguk blog2 sebegini. Blog Abe Li antara satunya. Saya tenang dan saya rasa selesa beribadah tanpa gangguan politik dalam kepala.tq