Friday, January 29, 2010

Santai & SENTAL (2)

Cerpen berjudul

COKEH DAN BOKEH

Oleh
RAMLI ABDUL HALIM

MAHA Co-Po-Lam-Hamzah yang sedang dicokeh dan bokeh dari kerusi
maha co-po-lam-Hamzah’nya kerana hasrat mahu menjadi maha kepada segala maha hingga kiamat, menerima bahana pertama sebagai mangsa cokehan dan bokehanapabila tiga batang kaki kerusi pertakhtaannya dipatahkan menyebabkan dia terjatuh menonggeng nyiot kaki ke langit.

Dengan bunyi suara berdohong kerana batang erongnya cedera parok,
Maha Co-Po-Lam-Hamzah masih juga melaung hasrat melalui coronng pembesar suara yang boleh latas ke tujuh petala langit, tujuh petala bumi bahawa dia tidak akan kanja dari kerusi maha co-po-lam-hamzah’nya.

Dengan kemaruk, dengan gigih lagi ketagih diusahakannya supaya mimpi untuk kekal di block dan kerusi maha co-po-lam-hamzah' dan menjadi 'maha co-po-lam-hamzah' hingga kiamat akan menjadi realiti. Kaki-kaki kerusi yang patah akan dibaik pulih walaupun terpaksa menggunakan segala khazanah dari tujuh petala langit dan tuju petala bumi.

Lazimnya dialah yang ketawa terbahak-bahak, tetapi pada hari kejatuhan-menonggeng-nyior-kaki-ke langitnya, dia pula yang menjadi bahan ketawa, dirasakan blok pemerintahannya bergoyang dan bergoncang penaka dilanda gempa bumi oleh gegak gempitanya tawa hilai mengiringi kejatuhan-menonggeng-nyior-kaki-ke langitnya.

Sakit kerana terjatuh menonggeng nyior selepas dia cuba bangun dari jatuh menonggeng nyior kaki ke langitnya gara-gara tiga batang kerusi pertakhtaannya dipatahkan tidaklah sesakit mana pun kerana tempat jatuhnya beralaskan karpet membaldu setebal sama tinggi dengan aras lututnya bila duduk berdiri, tetapi sakit kerana menjadi bahan ketawa lebih menyiksakan, lebih mesusuk jantung hatinya.

Sepanjang melekat pada kerusi ketakhtaan atas nama '
Maha Co-Po-Lam-Hamzah' bagi segala maha co-po-lam-hamzah' yang digezetnya sendiri, dia ketawa terbahak-bahak, sampai terloncat-loncat, terkenyeh-kenyeh, terkising-kenyeh macam beruk kena belacan, macam anak kera muda boleh cermin ialah kerana melihat yang tepak datang menginsut, yang bikung datang berusung, yang bole datang berpimpin, yang buta datang bertongkat, yang lumpuh kedua kaki datang berketkong, yang lumpuh seluruh badan datang berketpong, yang pekak dan bisu datang bertemankan jurubahasa isyarat menujukkan kehambaan kepadanya, masing-masing membawa buah tangan untuknya sebagai Maha Co-Po-Lam-Hamzah, paling debek pun tiga butir coklat cicak tiga warna. Yang kandar berkandaran Kopi Tok Lebai, Kopi Jantan, Kopi Janda dan telur ayam kampung bersama air sarsi pun ada.

Sekali ketawa duburnya yang tidak lekat unjat pasti terkentut, putttttttttttttt put put put put put putttttttttttttttt. Kadang-kadang sampai jadi prikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk pikpikkkkkkkkkkkkkk, berculra habis dalam seluar jerut.

Pun demikian halnya bila terlompat dan punggungnya sedikit tertonggeng, pasti terkentut. Ada yang kata lubanP
o-Lam-Hamzah' berpasak-paksikan sistem genstarisme, samsingsme dan kuku-besisme ciptaannya.

Bau kentutnya pula bukan setakat busuk tetapi lengkap dengan banganya sekali. Busuk pahit penaka terhidu bau busuk seribu ekor bangkai gajah mampus berulat nyunyak-nyunyak.

Sesekali kentutnya ada bau sumbangan tajaan bersyarat, komisyen kelulusan kawasan balak mudah bersyarat, komesyen pelaksnaan projek GLC yang diswastakan bersyarat dan macam-macam lagi walaupun barang halal tetapi hakikatnya haram caranya dan boleh jadi haram macam kepala babi yang dibaling ke dalam masjid.

Sesekali ada kentutnya bersulam bau hampak dan ko’oh kronisme dan proksisme. Yang pasti kentutnya maha busuk dan bapak bagi segala busuk lagi membusukkan tetapi diwangikan dengan alasan bahawa kronisme dan nepotisme wujud bersama kewujudan dunia lagi, bukan perkara baru untuk dipedulikan, kecuali kalau ianya membabitkan orang lain, yang tidak membabitkan siku lutut sendiri.

Walaupun dia tau kentutnya busuk dan dia sendiri nyaris-nyaris termuntah menghidunya, dia tetap berkentut dan terkentut serta terkentut pada setiap kali dia ketawa, terloncat atau tersalah tertonggeng punggung.

Orang nak muntah-kedarah, mau pening nak mampus, nak lembik-lotek macam kain buruk pengesat kaki kerana terhidu kentutnya dia tak peduli, dia akan dan terus serta tetap akan ketawa, dia tetap akan dan terus mengilai kerana seronok, bangga, megah dengan kemahaannya.

Dia ketawa kerana dia cukup senang hati, seronok dan terhibur apabila perangkap dan teori cepelagsme, sikap mulut manis dubur masam, telunjuk lurus kelingking berkaitnya terus menjadi, terus dianggap suci dan penuh berkat.


Adakalanya dalam ketawanya tiba-tiba dia sampai selak-tengango. Rupanya walaupun cuba dirahsiakan, namun rahsianya terburai juga, dia adalah pengidap uluran kronik, bila dia terduduk atas bengkak uluran sebesar buah bacang gelupnya, belum sempat mengaduh lagi dia dah selok-tengango.

Kerana itulah ada yang bawa buah lada pahit berguni-guni banyaknya sebagai hadiah penuh kehambaan kerana Noor Ibrahim pemilik Perladangan Jasban yang memang pakar dalam bidang pokok kayu kayan dan herba kata, lada pahit mustajab untuk mengubati uluran, bisul, gout dan penyakit saraf akibat gangguan saraf, termasuk penyaikit bengong-kelulah agaknya.

Teringatkan betapa mangsa cepelagsmenya meratap, menangis, meraung, merayu dan meronta-ronta sambil merintih lat! dan terlontar pertanyaan kium? atau nehim kabi nehim dan what you want do to me? meyakinkannya bahawa beruk-beruk dan kera serta kakoh dan kalangan yang spesisnya dengannya dan yang hampir terlucut pelekah tidak kira sama ada yang jantan atau betinanya akan memilih untuk terus memperkukuhkan sendiri pelekah di tengkuk masing-masing bagi membolehkannya merentap dan menyenjah bila dia mahu berbuat demikian.

Beruk, kera, lutung, kakoh dan yang spesis dengannya yang terperkup dan terukup oleh cepelagsmenya masih bersedia untuk terpusir butir mata dan terjelir lidah kerana cekit nak mampus oleh perbuatannya, kerana rentapan dan senjahannya yang bukan sahaja tidak ada perikemanusiaan langsung tetapi juga tidak ada perikeberukkan, perikekeraan, perikelutungan dan perikekakohan.

Kembang hidungnya yang memang sudah mempelepah-nyior bentuknya bukan main apabila airmata sandiwara hasil peminuman tiga botol mineral water sebelum melakunkan tangisan yang agak menjadi, ditadah dan disedut serta dijilat dengan lahap oleh ampu-man dan ampu-women yang memang telah diprogramkan sebagai pengampu dan penjilat pundat dan pantat berkerapu berkurapnya.

Perangkap dan teori cepelagsmenya akan terus diperagakan bertujuan membaik-pulih imejnya yang tercemar dan ternajis kerana angkaranya sendiri yang sepanjang berada pada kedudukan
maha co-po-lam-hamzah'nya sering asyik memperbodoh, memperlekeh, memperleceh bukan sahaja sekalian makhluk Allah tetapi juga Allah dan Rasul-Nya serta hukum Allah turut sama dipersendakan manakala dia pula mahu dianggap sebagai serba jagat, suci dan berkat.

Dia juga sering memasang perangkap acepelagsmenya dan menwarwarkan teori cepelagsmenya sebagai sesuatu teori yang maha baik di kalangan yang baik, yang maha berhemah di kalangan yang berhemah, yang maha berwawasan dari sekalian wawasan dan maha perfect dari segala perfect.

Justeru itu, melalui cepelagsme dan gerakan cepelagsme, dia mau segala kemahuan, segala ungkapan dan segala tindak tanduknya dianggap betul belaka, tidak ada yang lebih betul darinya, tidak ada yang lebih hebat darinya, tidak ada yang mampu mengatasi rekod kemahaannya.

Dia juga mahu bau kentutnya yang lebih busuk-kohong dari bangkai seribu ekor gajah berulat nyunyak-nyunyak dianggap harum semerbak setanggi dan kasturi, seribu kali lebih wangi dari bau-bauan hasil pemerosesan pokok-pokok depu yang dicucuk dengan ubat khas untuk menilai-tinggikan pokok yang pada asalnya hanya digunakan untuk dibuat bodi gendang, kulitnya dibuat tali timba, tali putar gasing, tali tambat kambing, lembu dan kuba.

Dia mahu orang yang lebih alim, lebih cendekiawan darinya dianggap jahil, dianggap barua, pokna dan pak-had-ceton-tembus yang tercepelag oleh perangkap cepelagsmenya berbuat apa sahaja supaya secara rela atau terpaksa akan memahakannya.

Dia mahu dilihat oleh sekelian beruk, kera, lutung, kakoh dan yang spesis dengannya bahawa dia lebih layak masuk syurga kerana jasa-jasanya tolong menguruskan masjid yang telah sedia dibina tanpa jemaah kerana berkunci sepanjang waktu manakala neraka adalah untuk penentangnya.

Yang menentang arus, yang menyanggah kemahuannya, teori dan impian bersalut nyanyuk nak mampusnya akan disenaraikan sebagai ahli neraka, sebagai kalangan yang tidak berhak untuk mencium bau syurga.

Maha
Co-Po-Lam-Hamzah mahu dianggap tanpanya rimba tidak akan lagi menjadi rimba, laut tidak akan mampu lagi menjadi laut, bumi tidak akan lagi menjadi bumi dan langit tidak akan lagi menjadi langit.

Malah dia mahu air laut yang masin akan dikatakan manis bila dia kata air laut manis walaupun ianya masin-perat. Dia mahu air sungai yang tawar akan dikata masin bila dia mahu air sungai dikata masin walaupun tawar-lemba dan tawar-ebe.

Bila cepelagnya tidak menjadi, maka akan dibuat kejutan kononnya kemahaannya akan dinoktahkan, dia akan menoktahkan dirinya sebagai
Maha Co-Po-Lam-Hamzah yang sebenarnya adalah antara autanya, kepura-puraannya merajuk dengan para pengampunya yang telah sedia dilatih akan segera meratap supaya dia menarik balik dari menitikkan tanda noktah perkhidmatan keautaan dan kecepelagkannya.

Ratapan yang bersalut cepelagsme para pengampu lengkap dengan tanda seru NO! dan pertanyaan WHY?, ada yang terkam bersama pujukan dan ampusme sampai patah tumit kasut, malah ada yang betina rebah terletang dalam keadaan terkangkang koyak ketika menyerbu untuk bersandiwara memujuknya supaya menarik balik pengumuman keberundurannya.

Kerana kononnya dipujuk (sebenarnya ianya adalah di antara perangkap dan teori autasme dan cepelagsmenya) oleh mereka yang memang telah diprogramkan lebih awal, maka penitik-noktahan itu ditarik balik, kononya kerana sekalian para beruk, monyet, kakoh, lutung, mawas, kera duku dan yang spesis dengannya tidak rela dan tidak redha.

Dalam tangis dan mimik muka pilu bersalut autasme, dia ketawa dalam hati hingga terkentut dan terbelahak kerana autasmenya terus menjadi hasil bantuan penuh ampu dan bodek beruk, kera, lutung, kakoh dan yang spesis dengan yang yang masih bersedia memperkukuhkan pelekah di tengkuk masing-masing dan bersedia untuk terpusir butir mata dan terjelir lidah tercekit dekat nak mampus kerana rentapan dan senjahannya sebagai
Maha Co-Po-Lam-Hamzah.

Maha Co-Po-Lam-Hamzah terus ketawa terbahak-bahak, terhingguk-hingguk, terloncat-loncat, terhegeh-hegeh, tersengih-sengih, terkising-kising, terkenyeh-kenyeh dengan iringan kentut yang busuknya lebih banga dan busuk-pahit dari bangkai seribu ekor gajah berulat nyunyak-nyunyak apabila Sang Langok Jengo-Jengo termimpi dalam tidur dan dalam bangun kerana terauta oleh perangkap dan teori autarisme dan cepelagsmenya untuk mengambil kerusi maha bagi segala maha yang secara auta dijanjikannya.

Walhal pada hakikatnya impian
Sang Langok Jengo-Jengo itu hanyalah mimpi siang hari yang tidak mungkin akan jadi kenyataan kerana Maha Co-Po-Lam-Hamzah pernah mengubah aku-janjinya dalam tempoh kurang dari setengah minit, inikan pula mengambil tempoh masa beribu kali lebih panjang.

Tapi sama sekali tidak disangkanya, dalam di kelilingi pengampu dan pembodek, tiga kerusi pertakhtaannya dipatahkan dan dia boleh rebah menonggeng nyior kaki ke langit dan terpaksa juga kehilangan kerusi pertakhtaannya.

Yang memilukannya, segala ampu bodek telah berpindah kepada panggantinya yang lebih menampakkan ngoh clearingsme yang pasti akan menyebabkan sekalian rakyat saka akan melihat kebersihan penggantinya dan dia serta segala kerja raksasa dan mahanya akan dilupakan.

“Kena cokeh dam bokeh sampai tercokeh dan terbokeh” itu tegasnya kepada saki baki pengampu dan pembodek yang terus setia kepadanya kerana tidak mendapat sebarang tempat, ruang dan peluang pada blok ketakhtaan penggantinya yang menampakan ngoh clearingsme, malah terdedah kepada kemungkin menjadi sasaran tindakan KESAN dan KURUNG mereka yang melakukan penyelewengan dan kemungkaran.

“Sebelum genap lima tahun ketakhtaannya, kursi ketakhataannya kena di cokeh dan dibokeh, biar dia jatuh tertonggeng balik, molek-molek biar tengkoknya patah getah dan tidak boleh bangkit kembali, biar dia tidak boleh buat perancang untuk cokeh dan bokeh myself. Macam myself cokeh dan bokeh dia. Ada faham?”

Semua saki baki pembodek dan pengampunya angguk dan tunduk menguku. Agaknya dah berjangkit dengan perangai boss, bila tertonggeng mereka pun terkentut. Barangkali memang dari sepsis makhluk perut dan mulut busuk, apa yang dibuat pun akan diselubungi busuk lagi membusukkan.

Peliknya penggantinya yang menampakkan ngoh clearingsme, yang memerangi penyelewengan dan kemungkaran sanggup dicokeh dan dibokeh, dia yang bermulut dan berperut busuk boleh pula diberi laluan untuk menduduki kerusi takhta dan meneruskan pendekatan
Maha Co-Po-Lam-Hamzahnya.

Tidak hairanlah kalau dalam pelbagai macam air yang boleh diminum, maka air syaitan juga yang jadi pilihan, dalam Islam membenarkan jantan kuat nafsu kejantanan berkahwin empat, perempuan-perempuan sundal juga yang dipilih, malah boleh berlakunnya rasuah dan sedekah seksualisme, dalam diterangkan dengan jelas tentang jalan ke syurga dan neraka, namun jalan ke neraka pula yang dipilih.

Pelbagai sepesis makhluk nampaknya lebih sukakan yang busuk lagi membusukkan dari yang wangi, ramai yang lebih sukakan yang haram dari yang halal. Pasti kerana iman dan taqwa masing tercokeh dan terbokeh kerana mereka sentiasa di kelilingi para pemcokeh dan pembokeh, yakni syaitan dan iblis laknatullah!

1 comment:

Anonymous said...

dok kato kok re co-po-lam-hamzah
mu tuh berapa ribu kali
co-po-lam-hamzah
kata juta ke
berat bedooh