Sunday, February 7, 2010

MUNCU KEMBALI (671)- KEMASKINI PARAGRAF AKHIR

Rakyat pemberi budi kena dibebaskan dari masalah

KEBANYAKKAN wakil rakyat lupakan kuasa rakyat setelah menang dalam pilihanraya dan menjadi ahli parlimen, ahli dewan undangan negeri, perdana menteri, timbalan perdana menteri, menteri, timbalan menteri, menteri besar/ketua menteri, timbalan menteri besar/timbalan ketua menteri dan juga exco/menteri negeri dengan diberikan pelbagai keistimewaan.

Seringkali rakyat diminta mengenang budi, yakni jangan pmenentang, pembelot atau merubah sokongan terhadap parti yang diberi kemenangan majoriti, seolah-olah rakyat telah termakan budi. Jarang yang cuba memuhasabah diri dan bertanya pada diri sendiri betulkan rakyat yang termakan budi atau wakil-wakil rakyat yang menerima budi rakyat dalam bentuk undi?

Juga jarang yang cuba menghisab diri, apakah masa dan hari-hari yang telah ditinggalkan telah diberi khidmatan yang menjadikan rakyat pemberi undi berpuashati atau sebaliknya. Bukankan tanpa undi rakyat, seseorang wakil rakyat akan menjadi ahli parlimen, ahli dewan undangan negeri dan akan menjadi perdana menteri, timbalan perdana menteri, menteri, timbalan menteri, menteri besar/ketua menteri, timbalan menteri besar/timbalan ketua menteri dan juga exco/menteri negeri?

Yang pasti sama menang sebagai wakil pati pemerintah atau pembangkang, ahli parlimen, ahli dewan undangan negeri, perdana menteri, timbalan perdana menteri, menteri, timbalan menteri, menteri besar/ketua menteri, timbalan menteri besar/timbalan ketua menteri dan juga exco/menteri negeri ianya adalah kerana menerima budi, mandat dan amanah rakyat melalui undi.

Wakil-wakil rakyat yang sedar diri sama ada ianya perdana menteri, timbalan perdana menteri, menteri, timbalan menteri, menteri besar/ketua menteri, timbalan menteri besar/timbalan ketua menteri dan juga exco/menteri negeri tidak akan mengizinkan rakyat mencium tangan masing-masing sebagai penerima budi, sebaliknya merekalah yang sepatutnya mencium tangan rakyat dan meraikan rakyat.

Bagaimanapun menghormati, mencium tangan penuh dengan rasa kehambaan, meraikan dan tindak tanduk yang bersifat menjulang rakyat secara berlebihan bukannya menjadi harapan dan impian rakyat terhadap penerima budi mereka. Yang diharapkan ialah segala amanah, mandat dan tanggungjawab sebagai penerima budi dihargai dan dibalas dengan memberikan perkhidmatan yang menyebabkan seluruh rakyat akan merasa menerima faedah yang saksama.

Sebenarnya bukan rakyat yang menghadapi masalah dibawah kerajaan pembangkang sahaja akan menimbulkan penentang terhadap pembawa masalah tetapi rakyat yang ditimpa masalah demi masalah dengan berada dibawah kerajaan yang menerima majoriti membetuk kerajaan di negara ini juga akan menjadi sasaran kemaran akan berdepan dengan penilaian dan penghakiman rakyat bila tibanya pilihanraya.

Tidak mudah untuk menjadi kerajaan kepada rakyat yangkini rata-rata celik huruf, rakyat yang sudah matang dan berpengalaman dalam berpolitik serta berkerajaan, ditambah pula dengan dunia serba terbuka dan maklumat boleh diterima dengan cepat. Setiap langkah wakil-wakil rakyat sama ada yang mewakili kerajaan atau pembangkang diperhatikan dan dinilai.

Justeru berpolitik dengan saling tuding menuding dan tohmah mentomah lawan dengan pada masa yang sama asyik menjulang parti dan puak sendiri bagi menutup segala kelemahan dan kepincangan sudah tidak releven lagi, sebaliknya bila lawan ditohmah rakyat akan menyeongkar mencari kelemahan pentohmah. Yang rakyat mahukan ialah apa yang dijanjikan dalam mmanefesto pilihanraya dilaksanakan tanpa dalih dan bukan bersifat retorik semata-mata.

Kalau bersikap 'cakap tidak serupa bikin' dan menyebabkan rakyat menghadapi masalah sebagaimana dakwaan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafei Afdal, bukan sahaja pembangkang yang akan berdepan dengan penilaian dan penghakiman rakyat, tetapi wakil-wakil rakyat yang mewakili parti kerajaan tetapi perkhidmatan gagal memuaskan hati rakyat turut akan dinilai dan dihakimi.

Saya yakin cara rakyat menilai wakil-wakil rakyat pada pilihanraya umum ke-13 nanti akan jauh berbeza dengan penilaian yang telah dibuat dalam dua belas kali pilihan raya yang lepas-lepas kerana rakyat semakin matang, berpengalaman dan cukup maklumat menjadi mereka sukar untuk digula-gulakan dengan janji yang tidak ditepati.

3 comments:

Anonymous said...

Weh meli... lama dah sepatutnya demo tulis artikel komen hak lagu nih. Terutamanya Tok wokil Rakyat yang asyik tambah bini, kalu tak dak penyakit ULURAN tak apa lah, kalu ada ULURAN tak ka nyanya, kelih saja lah.

Worih Gemulah Paksu Wil said...

Molrh benar, mana-mana tok wakil agah, yang lupa bdi pengundi, yang gagal memberikan perkhidmatan terbaik, kita sebagai pengundi jangan beri undi pada pilihanraya umum ke-13 nanti tanpa kira prti.

Sudah sampai masanya unuk kita sebagai penguni jadi raja, wakil rakyat jadi hamba. Selama ini kita idak sedar kuasa dan nilai kia.

Terima kasih MKJ kerana tolong sedarkan kami, sekurang-kurangnya saya sebagai pengundi. Lepas ini bila calon datang berkempen, saya akan tanya apa jasa kepada rakyat yang dibuat bila jadi wakil rakyat kalau yang bertanding tu memang dah jadi wakil rakyat. Kalau calon baru saa akan tanya antara rakyat dengan tok wakil rakyat, siapa raja siapa hamba, siapa pemberi budi siapa penerima budi.

Worih Gemulah Paksu Wil said...
This comment has been removed by a blog administrator.