Monday, February 1, 2010

MUNCUL KEMBALI (663)

Lim Guang Eng turut tidak disenangi oleh kaum Cina

KALAU ada rasa tidak puas hati di kalangan orang Melayu terhadap tindak tanduk kerajaan terajuan Lim Guan Eng di Pulau Pinang boleh dianggap lumrah kerana mahu tidak mahu semangat 'ketuanan' tetap wujud dalam hati sanubari Melayu walaupun ianya kurang baik dan kurang patut bagi negara bermasyarakat majmuk seperti Malaysia.

Lim Guan Eng khsusnya dan DAP amnya boleh mentohmah dan mempersepsikan bahawa timbulnya rasa tidak puas hati di kalangan orang Melayu itu kerana mainan orang Umno atau pemimpin Melayu dalam parti-parti rakan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR) yang menyuntik jarum polarisasi kaum.

Tetapi dalam Kes Lim Guan Eng, bukan hanya orang Melayu yang tidak menyenangi beliau tetapi kaum Cina juga turut 'bengang'. Kaum Cina iulah bukan dari MCA dan Gerakan yang merupakan kerabat Barisan Nasional (BN) tetapi juga dari kalangan ahli an penyokong DAP sendiri.

Ini berdasarkan kepada dakwaan Parti Cina Malaysia (PCM) bahawa lebih ramai pemimpin dan ahli DAP di Pulau Pinang menyatakan minat menyertai PCM ekoran kekecewaan terhadap sikap dan cara kepimpinan Ketua Menteri yang kononnya mahu menjadi zuhud macam Khlaifah Umar Ibnu Aziz.

Kezuhudan Lim Guan Eng diiktiraf oleh Pas yang mendakwa pimpinan pakar agama belaka tanpa menyedari bahawa zuhud tidak mungkin lahir di kalangan mereka yang tidak Islam, malah kalau Islam pun yang tidak beriman dan bertakwa.

Rata-rata pimpinan dan ahli DAP yang menyatakan hasrat menyertai PCM mendakwa sudah mengenai 'wajar sebenar' Lim Guan Eng dan mereka amat kecewa dengan pentadbiran kerajaan negeri ang dilihat sebagai kerajaan monopoli.

Maknanya kezuhudan Lim Guan Eng yang diperakukan oleh Pas ditolak oleh orang DAP sendiri. Apakah orang DAP lebih Islam, lebih beriman dan lebih bertaqwa dari orang Pas? Jawapannya ada pada orang Pas.

Apa pun hakikat yang tidak boleh ditolak kenyataannya ialah Lim Guan Eng dan kerajaan terajuannya kini sedang berdepan dengan 'kepanasan' yang bukannya kerana angkara parti lawang tetapi ekoran dari rasa tidak puashati rakyat, termasuk dari kalangan bukan sahaja berbangsa Cina tetapi juga dari dalam DAP sendiri dan juga dari PKR, parti kerabat DAP dalam PR.

2 comments:

Korakora said...

tuan, akhbar mingguan tuan sudah dikuburkan, kah?

Anonymous said...

Salam Tuan...
Parti Cina Malaysia ko Parti Cinta Malaysia...
Ko Parti Congekcakdung Malaysia... hehe..