Monday, February 1, 2010

muncul kembali (661)

Gedebe kena lawan dengan gedebe

WALAUPUN Ketua Badan Perhubungan Umno Kelantan, Dato' Mustapa Mohamed merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri mendakwa beliau 'tidak gedebe', namun bagi saya beliau, beliau mampu untuk jadi lebih dari 'gedebe' sebenarnya jika keadaan memaksa beliau jadi gedebe.

Teori dalam gansterisme, kesamsengansme dan kegedebesme, yang paling ditakuti dan mendatangkan bahaya adalah orang tidak banyak cakap, banyak tersengih, penyabar dan sering mengaku sebagai penakut dan banyak pula merendah diri.

Dalam teori mengenali orang berani atau penakut di kampun-kampung pun macam tu. Orang yang pendiam, tidak banyak cakap, penyabar, merendah diri dan suka 'selimut telanjang' adalah orang yang boleh dibuat 'gu' dan sanggup sama-sama menyenbam baham tanah kalau berdepan dengan seteru.

Orang yang banyak dan kuat lepong-lepong macam bedil buluh adalah orang yang paling penakut dan bersifat hanya suka 'gerpok' tetapi kalau nampak orang menggeliat nak betulkan urat pun, kencingnya mula nak jadi dedas doh, bunyi deheman pun dah lari tak cukup tanah.

Pernah berlaku kepada seorang tok wakil rakyat Pas yang terkenal dengan celupar dan cepelag berceramah di Rantau Panjang. Sebelum ceramah, ada yang berpesan, bila ceramah nanti ustaz 'sat deboroh' . Ni atas tebing sungai, demo seberang pun boleh dengar. Bedil bagi demo seberang bukan benda pelik.

Oleh kerana celupar dan cepelagnya, maka si wakil rakyat tadi semasa ceramah menjadikan pesanan tai sebagai antara bahan ceramahnya. Dengan agas dia kata, siki-sikit bedil, banyak bedil namppok teh, ulur mari ccopong (laras), aku nak kentut. Niiiii........

Tidak sempat dia tepuk daddan menyebut namanya, tiba-tiba buni satu das tembakan dilepaskan dan tok wakil itu tadi terbisu on the spot, malah ketar kenalingnya sampai tidak lekat berdiri dan kena dipapah duduk dan tidak dapat meneruskan ceramahnya.

Itu antara contoh orang yang banyak dan kuat lepong-lepong macam bedil buluh, bunyi letupan entahkan bunyi tembankan senapang atau mercun dan nyaris-nyaris nak pengsan dan serta merta jadi bisu dan kelu. Seingat saya selpas itu wakil rakyat berkenaan tidak lagi memenuhi undangan berceramah di kawasan sempadan.

Pada saya provokasi dan tohmahan liar menganggap Mustapa dan Awang Adek sebagai gedebe dan pengkhianat yang pasti bertujuan mahu menggertak mereka berdua adalah ibarat bermain dengan api, jangan anggap mereka 'kepala sebutir' yang boleh diluku dan disekeh sembarangan.

Mereka adalah merupaka anggota kabinet, orang yang menjadi pilihan Perdana Menteri untuk membantunya menerajui negara. Apa-apa pun yang dilakukan ke atas mereka samalah seperti dilakukan kepada kabinet, kepada Perdana Menteri dan kepada Kerajaan Malaysia.

Maknanya kalau ada yang tunjuk 'gedebe' dengan mereka, kedua-duanya boleh jadi lebih 'gedebe' kalau merejka mahu. Kalau mereka didorong melakukan pengkhianatan, mereka boleh jadi lebih khianat dari yang mampu digambarkan.

Sebenarnya untuk melawan orang yang gedebe kena gedebe juga, untuk lawan pengkhianat kena di kalangan pengkhianat sebagaimana yang boleh ditonton dalam cerita-cerita Hindustan. Demikian juga soal wang ehsan yang mahu dilabelkan sebagai royalti.

Kalau pihak lawan gedebe mahukan ianya dilabelkan sebagai royalti, maka pihak yang labelkannya sebagai wang ehsan kena turut gedebe dengan kekalkannya sebagai wang ehsan. Kalau si yang dipelawa menyertai jawatankuasa tunjuk gedebe tidak mahu menganggotainya, si yang mempelawanya kena gedebe jangan sekali-kali ulangi pelawaan.

Kalau yang mahukan royalti dan itolak wang ehsan tunjuk gedebe dengan mengadakan majlis ceramah cerca kerajaan atau demontrasi tanda tunjuk gedebe dan hebat, kena dibalas dengan gedebe, dengan penceramah atau penggerak utama ceramah dan demonstra kena dilayan secara gedebe, termasuk ditangkap dan dilokapkan.

Kalau dengan dilokapkan masih juga gedebe, ISAkan. Kalau masih gedebe lagi dan tindak tanduknya boleh mengancam keselamatan negara, buatlah apa yang patut secara gedebe demi untuk kepetingan ramai dan tidak perlulah terlalu perajakan seseorang yang boleh mendatangkan kesusahan kepada rakyat dan negara.

Dalam menggunakan gedebe untuk melawan gedebe, jangan takutkan kesan sampinganya. Sebisa-bisa ikan semilang dengan sengatnya, akhirnya digulai lemak cili api juga. Segarang-garang singa dan harimau, ianya boleh dijadikan perkakas pertunjukkan sarkas.

Untuk memastikan negara terus stabil, keamanan terpelihara dan rakyat tidak diancam kebimbangan akan berlaku kehuru-haraan, pihak pemerintah kena gedebe dalam tindakan dengan menangkp dan mengISAkan mana-mana tokoh yang menjadi kepala pengat kepada menggugat kestabilan negara, tunjuk degil dan samseng serta melanggar undang-undang dengan membawa rakyat jelata menyertai perhimpunan dan demonstrasi bertujuan tunjuk gedebe kepada kerajaan dan penjaga keamanan, terutama polis.

Adakalanya polis patut menukarkan pelurruh getah atau gas pemedih mata dengan peluru sebenar, biar mayat-mayat bergelimpangan macam yang sering menjadi antara babak dalam filem-filem Hindustan.

Bagai saya, gedebe dan samseng hanya boleh dihapuskan melalui tindakan yan berbentuk gedebe dan samsng juga sebagamanai kumpulan ganster atau mafia tidak akan dihancurkan oleh pihak polis yang terikat dengan peraturan dan had yang dibenarkan oleh perundangan dalam menjalankan tugas, sebaliknya akan dihancurkan oleh kumpulan ganster dan mafia juga yang tidak terikat dengan peratusan dan sebarang G.O.

1 comment:

Anak Jati Kelewek said...

Kerana itu bagi saya Tun Abdullah Ahmad Badawi sebaai Perdana Menteri lebih gedebe dalam tindaknnya berbanding dengan pada era Tun Mahathir mahu pun era Datuk SEri Najib jadi PM.

Pak Lah tak cakap banyak, senyum sokmo tetapi lembutnya boleh buat orang tidak akan lupa seumur hidup penangannya. Kerana itu belai dibokeh dan dicokeh (pinjam bahasa MKJ) cepat dari kdudukannya.