Monday, February 1, 2010

MUNCUL KEMBALI (662)

Ekoran kenaikan gaji, polis kena melipat-gandakan kualiti dan profesionalisme perkhidmatan

SELAIN dari terdedah kepada ancaman maut kerana penjenayah tidak mengguna-pakai peraturan dan undang-undang dalam melakukan jenayah, anggota polis juga berada dalam perkhidmatan 24 jam.

Sehubungan dengan itu adalah suatu kewajaran, penghormatan dan pengiktirafan kepada perkhidmatan kepolisian apabila anggota polis berpangkat sarjan ke atas diberi kadar gaji baru pada jumlah yang lebih munasabah, sepadan dengan beban tugas yang digalas.

Kenaikan gaji daripada RM1,492 sebulan kepada RM2,000 bagi jawatan inspektor dan dripada RM890 kepada RM1,500 bagi anggota berpangkat sarjan secara tidak langsung akan menjadikan status penjawat-penjawatnya akan lebih tinggi dari sudut penggajian.

Gaji yang rendah menjadikan status penjawat-penjawatnya rendah dan akan dipandang rendah oleh kalangan yang enggan menilai pengorbanan anggota polis dalam menjaga keamanan, malah pada suatu ketika ahli parlimen pemangkang pernah mempersendakan dan memperlekeh anggota polis yang sudah berusia 50-an tetapi baru berpangkat kopral atau sarjan. Ianya berlaku dalam satu perbicaraan di sebuah mahkamah di Kuala Lumpur.

Persendaan itu kerana gaji anggota polis rendah berbanding dengan gaji wakil rakyat, sekaligus polis dikelaskan pada status rendah walaupun bidang tugas seseorang anggota polis jauh lebih mulia dan lebih berfaedah dari tugas wakil rakyat yang angkuh, sombong, takbur dan riak dengan statusnya.

Mudah-mudahan dengan menikmati gaji yang lebih tinggi, anggota polis akan hilang rasa rendah diri untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab walaupun ketika berdepan dengan kalangan berstatus tinggi, termasuk wakil-wakil rakyat yang sepatutnya kena sedar bahawa perjawatan mereka akan ditentukan dalam tempoh tidak lebih dari lima tahun sekali.

Juga sebagai imbalan kepada kenaikan gaji yang diterima, anggota polis patut melipat-gandakan kualiti dan profesionalisme perkhidatman. Paling penting kena jauhi amalan rasuah yang selama ini telah mencala-balarkan reputasi dan naik baik perkhidm,atan kepolisian. Bila polis komited dan amanah dalam menjalankan tugas, penjenayah menjadi sukar untuk menjalankan aktiviti jenayah mereka.

2 comments:

Ku Cing bin Ku Rap said...

Berani ko polis tangkap Ku Li, Nik Aziz, Lim Guang Eng, Khalid Ibrahim dan yang sespesis dengannya demi untuk kepentingan rakyat dan negara?

Tabik Spring said...

Kalau Anwar Brehim masa jadi TPM dan Timbalan Presiden Umno polis berani igat, tak 'kan pula polis ak berani igat Ku Li, Nik Aziz, Lim Guang Eng, Khalid Ibrahim dan yang sespesis dengannya demi untuk kepentingan rakyat dan negara wahai Ku Cin bin Ku Rap kalau dirapatkan perkataannya bukannya jadi KuCing bin KuRap.

Nak tau polis berani ko tidak, teruskanlah beragah dengan kelakuan yang boleh jejaskan keselamatan rakyat dan negara.