Monday, February 1, 2010

MUNCUL KEMBALI (664) - DIKEMASKINI PARAGRAF 7

Isu YBK boleh leburkan Khalid dan kerajaan pimpinannya

YAYASAN Basmi Kemiskinan (YBK) bukan badan politik, sebaliknya ia adalah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berperanan membantu dan menjaga kepentingan dan kebajikan golongan miskin, Bila Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkeledah dengan YBK, bermakna beliau berkeledah dengan rakyat negeri berkenaan yang hidup dalam kemiskinan.

Jika YBK kehilangan tanah kurniaan Kerajaan Selangor dibawah kepimpinan terdahulu seluas 526 hektar di Serendah, Rawang, Selangor, ianya bukan akan menjadi bahan ratapan dan tangisan Pengerusi YBK, Datuk Zainal Abidin Sukom kerana beliau tidak bukan termasuk dalam bilangan rakyat miskin.

Yang akan menangis, meratapi dan membuat aduan kepada Allah melalui doa beriringkan air mata adalah kalangan yang tersenarai sebagai rakyat miskin dan termiskin yang selama ini menerima peduli dan ambil berat YBK. Lagi punca hilangnya tolak ansur Khalid terhadap YBK kerana permohonan untuk berada dalam yayasan itu ditolak kerana pihak YBK tidak mahu yayasan terpalit dengan unsur-unsur politik.

Saya yakin Sultan Selangor sebagai yang dipertuan bagi Negeri Selangor dan segala tanah jahan takluknya tidak akan berpihak kepada Khalid dan Kerajaan Negeri pimpinan tokoh Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu kerana YBK mempertahankan hak dan kepentingan rakyat miskin, bukannya mempertahankan mana-mana parti politik.

Kesediaan Bendahari Negeri menerima bayaran pendahuluan RM180,000 tunggakan cukai dari YBK dan bakinya RM5,620,000 lagi dijelaskan olehYayasan Melaka dengan sendirinya segala pokok persoalan berhubung tunggakan cukai yang gagal dibayar oleh YBK sebelumnya telah selesai.

Soal dari mana YBK mendapat wang bagi menjelaskan tunggakkan cukai tidak timbul, yang penting keseluruhan tunggakan telah dijelaskan, maknanya YBK telah bebas dari sebab musabab kenapa tanah seluas 526 hektar miliknya boleh ditarik balik oleh kerajaan negeri.

Dengan keddukan sekarang, isu tanah berkenaan sudah menjadi ibarat sebilah pisau yang ulunya dipegang oleh YBK manakala matanya digenggam oleh Khalid dan Kerajaan Selangor. Sama ada mata pisau ditarik atau pemegang mata menariknya, tangansi pemegang yang akan luka.

Saya yakin kalau Khalid terus 'tegas sombong' dalam isu YBK, isu berkenaan boleh leburkannya sebagai Menteri Besar dan juga keajaan terajuannya. Keleburan itu akan bermula dari dalam kompleks pejabat Menteri Besar sendiri apabila Bendahari Negeri menerima keseluruhan tunggakan manakala Menteri Besar pula masih mempertahankan kedegilannya.

7 comments:

islam hadhari said...

kalu AHLI PAKATAN RAKYAT dituduh dlm pelbagai skandal..tak kira jenayah aper pun... muflis ker dsbnya...cara paling selamat ialah terus..........me_o_p_t

ISLAM HADHARI said...

Isu YBK boleh leburkan Khalid dan kerajaan pimpinannya...

Isu Altantuya Sharibuu pulok boleh leburkAN SAPA PULAK.....

Anonymous said...

apa kaitan khalid dengan altantuya...gewe dia kah?

Mat Rawang said...

Nak baca yang molek tentang khaid, baca blog orang PKR atau PRlah. Kapak Jangak blog tidak berpihak, kepala siapa pun dibelahnya.

ambo said...

Politik punya pasal...

Adakah khalid tidak mahu menerima kenyataan... Uitm... bukan sekadar utk anak UMNO... tapi juga berpuluh ribu anak PAS dan PKR.... anak atas pagar pun ada...

Hutang talam (tokeh cina) BERATUS JUTA boleh di beli...

Tapi tunggakan bayaran Oleh YBK.. seolah tiada ampun bagimu....

Ini lah ANTARA ahli politik longkang di Malaysia..dlm umno ada... dlm pas ada dlm pkr pun ada....

Al-Mujahiddin Fiisabiililleh said...

Kerana itu parti-parti politik patut dinyah-musnahkan. Lagi pun masa Rasululah s.a.w. dan pada zaman keagungan pemerintahan berkahlifah, mana ada parti-pati politik. Parti politik ciptaan orang putih, yang kita umat Islam digna-pakai bakpo?.

Malaysia kena mulakan gerakan mewujudkan pemerintaan berkhalifah. Apa yang Ashaari Muhammad Al-Arqam buat dulu betul, tapi Al-Arqam dimusnahkan, kononnya sesat walhal orang politik seribu kali lebih sesat.

ISLAM HADHARI said...

BUAT2 TAK TAU PULAK ALTANTUYA SKANDAL DGM SAPER ?