Wednesday, February 3, 2010

MUNCUL KEMBALI (666)

Rakyat akan serahkan kembali hak YBK

PIHAK pengurusan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) tidak perlu risau dengan kehilangan hak ke atas 876 hektar di Serendah, Rawang, Selangor kerana tanah itu akan tetap dikembalikan kepada YBK oleh rakyat.

Dengan hanya alasan kerana YBK enggan melantik Menteri Besar sebagai Pengerusi YBK dan anggota exco menduduki keanggotaan ahli lembaga pengarah badan bebas itu, maka tanah berkenaan ditarik balik walaupun pembayaran tunggakan cukai berjumlah RM5.7 telah dilunasi sepenuhnya, maka rakyat Selangor seluruhnya dapat membuat penilaian keperibadian sebenar Khalid Ibrahim dan kerajaan terajuan.

Secara zahirnya tindakan itu bertujuan untuk tunjuk kuasa kepada YBK tetapi sebenarnya ianya lebih bersifat cuba melancarkan perang terhadap orang miskin khususnya dan terhadap orang Melayu amnya. Saya yakin perang ini akan berpanjangan dan kemengan akan berpihak kepada YBK.

Ini adalah kerana tanah berkenaan adalah untuk pembinaan kampus UiTM yang mana UiTM itu pula berfungsi melahrikan cendekiawan Melayu di samping ekoran dari pembinaan kampus UiTM, YBK akan dapat hasil untuk menampung biaya basmi kemiskinan.

Lagi pun UiTM bukan hanya melahirkan cendekiawan Melayu di kalangan anak-anak orang Umno tetapi juga anak orang Pas, anak orang Umno serta kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak.

Tindakan merampas balik tanah berkenaan dengan sengaja diperpayahkan peratuan dan prosedur serta atas alasan tidak mahu menerima cek pembayaran oleh Yayasan Melaka bagi pihak YBK, bermakna hak, harga diri dan maruah golongan miskin khususnya dan orang Melayu/Bumiputera amnya dicabar dan diperkotak-katikkan.

Orang miskin tanpa mengira bangsa dan anutan agama serta orang Melayu/Bumiputera seluruhnya pasti akan menyahut cabaran itu, akan bersatu berperang melawan Khaid dan kerajaan terajuanya.

Kalau Kerajaan Terengganu terajuan Presiden Pas, Dato' Seri Haji Hadi Awang hanya mampu bertahan sepenggal sahaja gara-gara berindak sembarangan ke atas sekolah TADIKA Kemas dan serta penutupan Maktab Rendah Sains Mara (MSRM), apatahlah isu yang lebih berskala besar yang dilakukan oleh Khalid sbagai Menteri Besar Selangor terhadap YBK.

YBK jangan risau, edah pilihanraya umum ke-13 semakin hampir. Kalau pun tuntutan tidak dibuat melalui mahkamah bagi mendapat balik hak YBK, yayasan itu tetap akan mendapat haknya balik selepas pilihanraya umum ke-13 nanti.

Percayalah majoriti rakyat Selangor khasnya dan juga majoriti rakyat Malaysia amnya tidak akan menerima sebab dan musabah yang diberikan oleh Khlaid dalam perampasan tanah milik YBK sebagai alasan yang munasabah dan masuk akal.

7 comments:

Tok ayah Su said...

Apa kurangnya diTerengganu,selepas kerajaan umnobn menang,kesemua tanah TOL LMS yang dipohon olih rakyat semasa dizaman pemerintahan kerajaan pas 2000-2004 telah tidak dibenar sambung bayar malah ada yang dirampas dengan tidak memberi pampasan gantirugi titik peluh rakyat walaupun satu sen pun malah tidak cukup dengan itu digubal pula undang undang untuk menyekat mereka yang mempunyai kad pengenalan luar terengganu atau anak terengganu tetapi lahir diluar terengganu untuk memiliki tanah kerajaan,tindakan zalim ini dilakukan kerana pemohon dipercayai ramai dikalangan penyokong pas...."BN Menang rakyat senang" kah begitu?

ambo said...

Sedih....

Tak boleh lah kata kalau BN buat kenapa PR tak boleh buat...

Kalau BN tipu 100 juta...
PR tipu 10 juta.... alasan.. alahhh BN dulu pun buat camtu... jugak...

ambo sedih dgn sikap org ISLAM yg begini... kalau org lain buat kenapa kita tak boleh buat.... hati penuh dendam kesumat... hidup dalam gelisah.. malam ditemani dengan gundah gulana... amatlah rendah peribadi ahli politik / penyokong parti yg sedemikian....

YANG MANA SALAH TETAP SALAH....sikap balas dendam ni lah yg memporakperandakan umat islam....

Orang Rhu Mudo said...

Tok Ayah Su!
Kalau majoriti rakyat Terengganu tidak setuju dengan kerajaan Umno, tentulah dalam pilihan raya ke-12 Umno kena perebah doh, macam Pas dulu.

Kalau majoriti rakyat masih kekalkan pemerintahan Umno, maknanya majoriti rakyat Terengganu pilih Umno. Amalan demokrasi begitu, yang dapat sokongan majoriti yang jadi kerajaan.

Ertinya Pas tak kuat dan tak dapat sokongan majoriti, sebab tu ilah tak boleh perebah Umno. Ada faham?

Anti Al-Liwati Al-Juburi Al-Taiki said...

Sekarang adalah penggal pertama dan terakhir Kerajaan PR berdominasikan PKR di Selangor.

Jangankan rumah urut, pusat hiburan dan pusat perjudian nak dihapuskan, sebalikna jumlahnya makin bertamah, terutama di Shah Alam.

Setahu sayalah, sejak PR berkerajaan di Selangor, belum ada sebuah rumah urut, usat hiburan dan perjudian pun ditutup.

Ustaz Mengajar Balaisah Buruk said...

Khalid kerana menerima manja Kerajaan Umno/BN sebagai Pengerusi Permodalan Nasional tidak pernah susah, jadi mana dia reti sedih bila orang miskin dan anak-anak yatim menerima padah kerana sikap agahnya.

Akan datang bala bila anak-anak yatim dianiaya. Saya yakin Pas tidak sokong tindakan Khalid. Kalau sokong juga, segala kopiah dan serban kena buanglah, kena masukkan dalam tng sampah.

Menyokong pnganiayaan terhadap orang miskin dan anak yatim bererti menyokong kedatangan bala dari Allah.

john said...

Salam...

Tok payah dok ribut la pasal ybk selangor tu..itu urusan dia, dia tahulah. biasalah mana2 yang tak berkenan oleh umno pandai la dia manipulasinya , pelik apanya. Masjid Bujal di Kemaman buleh dirobohkan oleh umno mana ada orang simpati pun. Umno buleh buat belaka, duit ada kuasapun ada.

formula umno untuk terus berkuasa bukan tak tahu..pastikan yang miskin terus miskin dikampung2, memisahkan agama dengan politik, menanam hiburan melampau kepada golongan muda dan yang paling penting pastikan umno ada DUIT dan KUASA...beres...umno akan terus maju..setuju atau tidak?....

Tok ayah Su said...

umno trg menang sebab ugut rakyat dengan pitih ehsan,selepas menang dia rampas tanah rakyat dan roboh sejid, sekarang ni baru ramai rakyat trg sedar setelah tipah tetipu tipu tetipah...