Wednesday, February 3, 2010

MUNCUL KEMBALI (667)

Kemelut tambah kemelok?

RASAnya tidak perlu diberi ulasan terhadap keluhan Tuan Ibrahim Tuan Man selaku Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Pas yang bagi saya menjunjukkan kemelut yang melanda Pas dah tambah kemelok. Barangkali penjenguk ada pandangan yang bernas;

Tuan Ibrahim kecewa 'diserang' ahli Pas

KUALA LUMPUR 3 Feb. - Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kecewa dengan sikap ahli parti itu yang secara semberono menyerangnya berhubung hukuman yang diputuskan terhadap dua pemimpin parti tersebut baru-baru ini.

Menurutnya, agak pelik kerana bukannya UMNO yang cuba mengambil kesempatan melemahkan pengaruh Pas tetapi ia dilakukan oleh ahli parti itu sendiri.

"Selepas keputusan diumumkan, saya menjangka UMNO akan memainkan isu ini bagi melemahkan pengaruh Pas, khususnya di Selangor. Ternyata andaian saya meleset.

"UMNO tidak menyerang sebaliknya saya diserang oleh ahli Pas dan rakan-rakan sendiri, yang hadir dalam mesyuarat bersama dan sering berjumpa sama.

"Kenapa mereka tidak datang jumpa dan bincang terus, kenapa perlu menggunakan media untuk menyerang jawatankuasa ini yang ditubuh oleh parti, mempunyai hak dan kelayakan dalam perlembagaan parti, apa untung bagi parti dengan tindakan tersebut," ujarnya.

Tuan Ibrahim yang juga Naib Presiden Pas berkata demikian dalam entri bertajuk 'Bilamana UMNO Tidak Menyerang Pas...' dalam blognya, http://tuanibrahim.blogspot.com.

Jumaat lalu, Jawatankuasa Disiplin Pas memutuskan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad digantung jawatan sebagai Yang Dipertua Pas kawasan Shah Alam dan Ahli Jawatankuasa Lujnah Politik Pas selama enam bulan berkuat kuasa serta merta.

Beliau didapati bersalah mengeluarkan kenyataan yang menjejaskan imej parti serta mendedahkan kerahsiaan parti di dalam blognya itu.

Jawatankuasa itu turut memutuskan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali sebagai bersalah tetapi hanya diberikan amaran bertulis atas tuduhan mengkritik secara terbuka pentadbiran kerajaan Selangor.

Kedua-dua pemimpin itu juga dilarang mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menjejaskan imej parti dan sekiranya ia berlaku, jawatankuasa akan bertindak mengikut peruntukan sedia ada.

Mengikut pendakwaan, Khalid dituduh mengkritik Hasan secara terbuka berhubung isu Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) serta menyiarkan minit mesyuarat Pas Selangor di dalam blognya pada 27 September 2009.

Hasan pula dituduh mengkritik prosedur pendengaran Selcat selain membuat kritikan terbuka terhadap pelantikan pemangku Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Low Siew Moi.

Tuan Ibrahim mengakui mengetuai jawatankuasa itu bukan suatu tugas yang mudah dan selesa, malah ia menjadi platform menerima pelbagai kecaman dan kritikan, sedangkan pada masa sama tidak boleh membela diri.

Jelas beliau, jawatankuasa itu langsung tidak mempunyai agenda untuk menjatuh atau menaikkan seseorang kerana hukuman yang diputuskan adalah berdasarkan fakta, hasil soal siasat dan penghujahan, semata-mata memberi keadilan kepada tertuduh.

"Saya yakin pengumuman keputusan itu akan menjadi tajuk utama berita kerana media perdana telah memainkan isu ini sebelumnya dengan pelbagai andaian hukuman. Mereka telah berjaya membawa pemikiran massa terhadap satu hukuman jangkaan, yang mereka ada agenda tersendiri.

"Cuma saya bertanya sendirian, kenapa UMNO tidak mengambil kesempatan menyerang sedangkan mereka telah membentuk pemikiran massa ke arah itu. Bahkan yang hebat menyerang adalah ahli Pas atau penyokong Pas. Mungkin kerana simpati terhadap Khalid Samad atau geram dengan Hasan Ali," katanya.

4 comments:

AlHadi Tok Ayah Su (atas) said...

Pertikaian itu bukannya diatas keputusan penghakiman yang telah dibuat olih jawatan kuasa disiplin tetapi yang dikritik ialah kedudukan Pengerusi jawatan kuasa itu dibawah bidang kuasa AJK Pas Pusat dan bukan yang sepatutnya dari dewan syura ulama atau bukan dari kalangan mereka yang telah memegang jawatan selaku AJK Pas Pusat.Kerana itu perlembagaan Pas mungkin perlu dipinda bagi mengelakkan satu keputusan kurang adil,kata Tuan Ibrahum Tuan Man (dipetik dari sebuah akbar tabloid harian).

noha said...

Abe Li ...ambo nak tanya, pejabat penerbitan abe Li di Kg Sireh tu lagu mano ? Tak beroperasi dah ko ?

melikapakjangak said...

Puan/Encik Noha1

Pejabat penerbitan saya di bangunan dua tingkat di muka masuk ke Tesco yang menelan belanja pengubahsuaiab hampir RM30,000 sudah pun ditutup buat sementara kerana saya kehabisan dana.

Pelaburan tidak ada pulangan langsung, kalau diteruskan juga lebih banyak masalah akan timbul, terutama tanggungan bebanan kewangan.

Macam mana pun operasi syarikat terus berjalan dan pusat operasinya di rumah saya sebagaimana yang saya buat sebelum pejabat itu dibuka.

Sepatutnya saya akan kembali membuka pejabat pada bulan ini, tetpai oleh kerana dana yang patut saya terima boleh dibayar oleh pihak berkaitan, saya terpaksa tangguhkan dulu. Asalanya saya cadang akan beroperasi sebuah bangunan tidak jauh dari flat polis Jalan Sultanah Zainab tetapi terpaksa ditangguhkan.

Saya sedang mencari bangunan dua tingkat yang kadar sewanya RM1,000 ke bawah untuk pusat operasi yang baru. Jika anda ada atau ada maklumat tentang bangunan seperti yang dimahukan di sekitar Kota Bahru, Wakaf Che atau Pasir Pekan, bolehlah maklumkan kepada saya.

Insyaallah walaupun rebah saya akan bangunan kerana saya berpegang kepada prinsip KEJAYAAN HANYA MILIK MEREKA YANG BERANI GAGAL kerana itu SAYATA TIDAK TAKUT GAGAL atas keyakinan akhirnya SAYA AKAN BERJAYA.

-- RAMLI ABDUL HALIM

Bagamanapun barang

noha said...

Kalaulah layak atau diterima, kepada Abe Li ingin saya cadangkan supaya Abe Li membuka kelas, kursus penulisan apabila telah mendapat bangunan baru nanti.Rasa saya selain Abe Li bergiat dalam urusan penerbitan,tak kurang baiknya Abe Li membuat kursus tersebut. Banyak manfaatnya kepada mereka yang berminat dalam seni ini,rata-rata di tempat kita banyak yang menawarkan kelas-kelas tuisyen untuk peperiksaan umum dan juga kelas Bahasa Inggeris sahaja.