Thursday, February 4, 2010

MUNCUL KEMBALI (668)

Berbincang dengan Umno: Nik Aziz jilat ludah sendiri?

TIDAK ada yang mustahil dalam politik, mustahil bukan orang akademik, apatah lagi di kalangan orang tamada, tidak mustahil pada orang politik. Jilat ludah sendiri atau menghirup bermangkuk-mangkut geriak hijau + kuning milik sendiri juga bukan seperkara yang mustahil kepada oranG politik.

Seluruh makhluk di langit dan di bumi masih tidak lupa betapa gedebe, berapi-berasapnya marah Dato' Nik Aziz kepada Timbalan Presiden Pas, Ustaz Nasaruddin Mat Isa yang menyokong gagasan kerajaan perpaduan yang digagaskan oleh Presiden Pas, Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang.

Marahnya siap dengan hambat halau dan caci hina yang mana saya rasa Ustaz Nasaruddin bukan sahaja jenis manusia tawar tetapi 'lecas' dan 'tawar ebe' perut pedalnya kalau tidak rasa terkilan, terguris dan berkecil hati dengan maki seranah yang diteriamnya kerana menyokong gagasan yang sewajarnya disokong kerana ianya gagasan presiden.

Kini Dat' Aziz menyatakan kemahuannya agar Pas dan UMNO duduk semeja berbincang dan menamatkan perseteruan lebih 50 tahun antara kedua-dua parti dokongan orang Melayu itu. Nampaknya Dato' Nik Aziz mula melihat ada nilainya Melayu.

Apa pun moleklah kalau itu yang dimahukan, malah hal ini akan terealiti dengan sendiri jika gagasan kerajaan perpaduan direalitikan dulu kerana tujuan gagasan itu bukan bermaksud mahukan Pas masuk dalam BN berdominasikan Umno, tetapi untuk mewujukan kerjasama ke arah pembinaan negara yang cermerlang, gemilang dan terbilang.

Barangkali bagi Dato' Nik Aziz, apa-apa yang datang dari orang lain, termasuk dalam Pas tidak kira ianya datang dari Timbalan Presiden atau pun dari Presiden Pas sendiri, semuanya tidak terpakai gawai. Apa yang datang darinya sahaja yang betul.

Kalau tak cuba tolak, cuba menyatakan ketidak-bersetujuan dengan kemahuannya agar Pas dan UMNO duduk semeja berbincang dan menamatkan perseteruan lebih 50 tahun antara kedua-dua parti dokongan orang Melayu itu.

Kalau yang tolak dan tidak setuju itu wakil rakyat di Kelantan tetapi bukan orang Kelantan akan diperambat keluar dari Kelantan, kalau orang Kelantan yang tidak boleh diperambat keluar dari Kelantan, akan diperambat keluar dari Pas dan akan dipetik conto para sahabat Rasulullah s.a.w. dan sebagainya bagi menghalalkan tindakannya.

Saya yakin orang Umno tersenyum dan ketawa sinis dengan buang tabiat terbaru Dato' Nik Aziz. Masing-masing akan bertanya macam mana tiba-tiba ahli syurga mahu duduk semeja dengan orang Umno yang pernah dilabelkan sebagai ahli neraka.

Jangan pelik kerana Dato' Nik Aziz pernah menyatakan kesanggupkan untuk bekerjasama dengan syaitan. Apakah memang wujud wabak dan sindrom buka kitab ikut warna kulit ikut keperluan dalam Pas?
Sendiri boleh jawab.

Ada mata tengok, ada telinga dengar, ada otak fikir. Mudah-mudahan Utusan yang dilabelkan sebagai akhbar yang sentiasa bersumberkan dongengan dan orang Pas lazim menamakannya dengan UTUSAN MELOYO tidak akan akan dianggap salah lapor atau membuat laporan berniat jahat dengan 'kemengigauan' dan 'buang tabiat' serta 'maru' terbaru Dato' Nik Aziz.

Perhatikan laporan berikutt;

Nik Aziz mahu Pas, UMNO berbincang

KOTA BHARU 4 Feb. - Jika sebelum ini Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat begitu lantang menentang sebarang usaha mengadakan rundingan dengan UMNO, tetapi hari ini nada beliau berbeza sama sekali.

Bercakap kepada pemberita selepas menutup Seminar Pemikiran Islam Semasa - Pemakaian Kalimah Allah di sini, Nik Abdul Aziz mencadangkan Pas dan UMNO duduk semeja berbincang dan menamatkan perseteruan lebih 50 tahun antara kedua-dua parti dokongan orang Melayu itu.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau rasa amat gembira jika soal perbincangan yang menjadi isu bermusim itu menjadi kenyataan.

"Ia kerana selama ini banyak masa, wang dan tumpuan dihabiskan kerana pertengkaran yang tidak membawa apa-apa faedah," katanya.

Menurut beliau, jika majlis perbincangan antara pemimpin berlainan agama boleh dilangsungkan dengan baik, maka tidak ada masalah untuk Pas dan UMNO - yang sama- sama Islam - duduk berbincang.

"Saya bersyukur kepada Allah kita berjaya mengadakan seminar mengenai penggunaan kalimah Allah hari ini.

"Saya datang hanya untuk menutup majlis, tapi saya sangat gembira kalau boleh majlis macam ini dibuat antara Pas dengan UMNO.

"Lebih 50 tahun kita bertengkar dengan UMNO, 50 tahun UMNO bertengkar dengan Pas. Apa hasil? Banyak masa habis, UMNO guna masa begitu banyak, kepakaran begitu banyak, lawan gerakan Islam yang dibawa oleh Pas, apa hasilnya?" katanya.

Ujar Nik Abdul Aziz, Pas adalah sebuah parti yang ditubuhkan oleh alim ulama dalam UMNO sendiri dan adalah tidak wajar perseteruan yang ada terus menerus berlaku.

"Tolong fikirlah, 50 tahun UMNO bertengkar dengan Pas dan Pas ini dibuat oleh alim ulama UMNO.

"Pada 1946, semua orang Melayu bersama UMNO tok gurunya, cikgunya, pelajar, tetapi pada 1951, alim ulama keluar daripada UMNO dan buat parti baru namanya Pas, Persatuan Islam Se-Tanah Melayu kemudian berubah jadi Parti Islam Se-Malaysia.

"Jadi apa pentingnya UMNO bertengkar dengan Pas, sedangkan Pas baa Islam. Selepas kita mati, Melayu tidak ada guna, Cina tak ada guna, Arab tak ada guna.., yang guna Islam dan bertakwa kepada Allah," katanya.

Jelas beliau, jika isu pembangunan yang menjadi punca UMNO memusuhi Pas, ia tidak sepatutnya berlaku kerana beliau mendakwa Pas juga membawa pembangunan kepada negeri yang diperintah.

Nik Abdul Aziz berkata, sehubungan itu beliau meminta tokoh-tokoh UMNO agar menimbangkan permintaannya itu. - PETIK DARI UTUSAN MALAYSIA.

9 comments:

john said...

Salam jumaat...

ludoh ore alim tak po nok jilat..bukan ludoh ore lain pun ludoh dio jugok...

masalahnya sebelum ni umno bukan nok kerjasama atas dasar islam tapi atas dasar nok kuaso pemerintoh negeri jah..islam tu tok tepi jah

hok ni pulok tok guru saran atas dasar islam...tapi ambo nok tengok jugok ADA BERANI ko umno nok muzakarah atah dasar islam. bukannyo tak dok sebelum ni pas ajok muzakarah dok atas dasar hudud, tak dak berani pun..siap buat muzakarah olok-olok lagi tu pun kaloh alik kerajaan jugok!...

umno..umno...tak po lah 'produk' dio di kelate tok laku...

p/s: silap ambo ado produk dio hok laku...bajo cap dacing! berebut samo dio gi jual alik siam..

Lebai Mangkok Hayung said...

Bukan Umno tak mahu muzakarah tapi Pas. Bila Pas nak muzarakah Nik Ajit nak muqabalah.

Boleh ko ISLE TU TOK TEPI JAH?????? Ada main buka kitab ikut warna kulit berdasarkan keperluan jugok ke?

Orang Kampung Berhala, Sempadan KB-Bachok said...

Mu ni Meli....melikapakjangak ko melikepalabapok. Jilat ludah hirup geriak mu buat main-main, dugal, kembe, loya aku nak makan. Kebetulan tengahari ni bini aku masak kuetew lakna...tak lalu nak telan aku. Bini aku tarik muka masam...dia ingat aku tak lalu boktan tak sedap...aku tokleh telan, teringat ko hirup geriak. Boktanmu aku rasa malam ni aku kena tidur luar bilik.

Anonymous said...

salam...
john...akhirnya TGNA terima juga kami sebagai orang Islam yang selama ini dilebelkan sebagai ahli neraka. berdasarkan komen-komen, john sendiri pun menganggap kami ni jahil tukir sebagimana tok guru john ajar dan katogorikan kami sebagai golongan bodoh, perasuah, gila kuasa, tolak Islam dan segala jenis kejahatan yang ada atas muka bumi ni dilebelkan ketas kami oleh geng2 PAS seperti john. Kami terima dengan hati terbuka john...kerana kami tahu, hanya Allah yang menentukan segala itu, bukan john dan TGNA.

Secara peribadi, saya sangat menyokong idea ini yang sudah lama UMNO dan geng2 kami menjemput, tak kira atas dasar apa saja, lebih2 lagi atas dasar agama. TAHNIAH kepada TG Haji Hadi, Nasarudin mat Isa yang lebih terkedepan pemikirannya dari TGNA. Akhirnya mereka menyambut juga apa yang kita tadah selama ini. UMNO dari awal menyatakan bahawa perbalahan tidak membawa sesuatu keuntungan kepada sesiapa. Yang penting TGNA sudah menerima kami sebagai seAGAMA dengan mereka. kepada john, hina sangat kah UMNO sehingga tidak boleh berbincang soal2 politik selain soal agama?. Mulia sangat kah PAS dan apakah PAS tidak pernah melakukan sebarang kesilapan? Ingatlah john, selagi nama manusia, pasti ada kesilapan dan kesalahan...Kami UMNO sudah lali dengan caci maki PAS, sudah masak dengan kata nista, tapi atas berkat dan kesabaran ini lah maka negara kita berjaya dimakmurkan sehingga ke peringkat ini. Sudah 53 tahun UMNO memerintah dan rakyat hidup dalam aman dan sentosa, kecuali yang hatinya yang tidak bersyukur. Dalam negara yang mempunyai kepelbagaian bangsa dan budaya, bukan senang untuk mentadbir! Lihatlah kini, dah habis modal banagaimana cara nak menumbangkan UMNO, akhirnya berbaik-baik pula dengan si kafir DAP, konon atas dasar 'Tahalluf Siyasi' yang masih khilaf di kalangan ulama. Demikian juga penggunaannya oleh PAS demi untuk 'menghalalkan' cara.

Marilah john dan konco2 demo...sokonglah idea TGNA ini...jangan kita selamanya bertelagah hanya kerana kepentingan politik, sedarlah bahawa hari ini 'minoriti' menguasai 'majoriti'...siapa yang menang?

Yang paling penting... TAHNIAH TOK GURU NIK AZIZ DI ATAS KESEDARAN INI..wassalam.

Anonymous said...

Nik Aziz... "Lebih 50 tahun kita bertengkar dengan UMNO, 50 tahun UMNO bertengkar dengan Pas. Apa hasil? Banyak masa habis, UMNO guna masa begitu banyak, kepakaran begitu banyak, lawan gerakan Islam yang dibawa oleh Pas, apa hasilnya?" katanya.
......
"Jadi apa pentingnya UMNO bertengkar dengan Pas, sedangkan Pas baa Islam. Selepas kita mati, Melayu tidak ada guna, Cina tak ada guna, Arab tak ada guna.., yang guna Islam dan bertakwa kepada Allah," katanya.

Anonymous said...

utk anon 2.53...
Umno lebih dulu ajak bermuafakat, bincang soal Islam, soal Melayu, sbb dlm kontek di Malaysia, org Melayu yg ramai menganut Islam, sokong UMNO dan sokong PAS pun Melayu jugak. Bukan soal bangsa sangat, tapi blajar gak sejaroh bagaimana bangsa Palestin ditipu oleh Israel..Tok Guru demo hok tok sir nyo, jgn saloh ko ore lain... TG Haji Hadi, Nasarudin Mat Isa sudah setuju, Tok Guru demo tolok...aleh-aleh kata ko UMNO sbb apo UMNO nak bermusuh dgn PAS...Penat doh TGNA pun loni, sekat kawe tinggal PAS tiga pat tahun lepas, jadi koho pening!... MMikir la wei...pade doh la...mari lah kita bercakap soal Islam secara meluas...bukan hanya memperjuangkan politik. Banyak lagi bab-bab dalam Islam...bab muamalat, munakat, ibadah...bakpo PAS tok bersungguh memperjuangkan hok tu nyo..? dok perjuangkan hanya cabang dalam bab jinayat sahaja...nak cari untung kot?

Abe Yoh Orang Bbarat said...

Jangan keliru antara ULAMAK dengan ULARRRRMAKKKKKKKK. Ulamak sungguh takdok mulut udoh. Ularmak dan dan ko demo-demo kok sini nyo gulai lemak atau buat sup.

melikapakjangak said...

Para penjenguk yang dihormati!
Kita manusia tidak sempurna. Kalau kita anggap kita sempurna, maknanya kita adalah manusia yang paling tidak sempurna dari sudut hakikat.

Sebagaimana manusia pula kita tidak boleh anggap manusia lain yang bukan nabi dan rasul sempurna sehingga kita menjadi taksub kepadannya. Ketaksuban terhadap sesama manusia bermakna kira memberHALAknannya

Kita manusia yang bukan nabi dan rasul terdedah kepada salah dan silap. Kerana itu kita digalakkan sentiasa bertisghafar dan memohon keampunan dari dosa yang dilakukan secara sengaja atau tidak.

Tidak mustahil kerana salah dengar terhadap pandangan dan nasihat atau kerana hikmah-hikmah tertentu maka Allah mentakdirkna Tok Guru Nik Aziz bangkang gagasan Presiden Pas berhubung dengan kerjasama dengan Umno.

Kini beliau merubah pendiriannya, dia mahu bekerjasama, kita patut sokong dan galakkan agar ianya jadi kenyataan. Apa tujuan di sebalik kemahuannya iu kita serahkan kepada Allah kerana sebijak-bijak perancangan manusia tidak akan mampu mengatasi kebijkasaan Allah dalam merancang.

Cuma kalau niat dan tujuannya baik akan dapat pahala, kalau sebaliknya akan berdosa. Sebelum kita bubuh dosa atas orang, bubuh dulu dosa atas kita barulah kita akan menjadi manusia yang sentiasa takut berdosa.

Muzakartah yang terbantut kerana mahu ditukar kepada muqabalah patut di on semula. Berbincang, bertelagah dan pertembungan dalam hal-hal yang berkaitan dengan agama patut dimuzakarahkan tanpa diperpayahkan syaratnya.

Jangan harapkan kemenangan dalam muzakarah atau mahukan lawan 'menonye' kerana hujah kita, yang penting hujah dilontarkan dan serahkan kepada orang ramai menilainya.

Yang Umno terlalu cemar, tentulah orang yang berilmu macam Tok Guru Nik Aziz sanggup mengubah pendirian sedangkan dari sudut kepentingan politik, perubahan sikapnya itu akan merugikan dirinya dan parti tetapi dari sudut kepentingan Islam dan dakwah, belum tentu tindakannya itu merugikan.

Wallahualam!

Abuzar said...

Dari sudut sejarah, UMNO semasa tersepit, akan peralatkan semua pihak .... semasa nak kuasa semasa kemerdekaan dulu .. meereka cari sokongan ulamak, cari rakyat marhein Melayu, ... Bila dapat kuasa, mereka berpakat dengan kerajaan Perikatan kapal layar saja, cina MCA, india MIC ... suara2 ulamak ini dibakul sampahkan, buat akta & undang sekular... budaya tradisi melayu, jawi terhapus, kerakyatan pendatang asing diberi secara mudah melalui undang2 bikinan UMNO "jus soli", rampas kuas kerajaan PAS Terengganu...

Akhirnya tercetus peristiwa 13 Mei 1969 krn kuasa melayu terhakis hasil "jus soli" .... UmNO cari PAS minta tolong buat Kerajaan BN... gula2kan PAS... tapi bukan nak bersatu berkongsi kuasa dgn PAS tapi nak telan kerajan negri PAS, hingga PAS ditendang macam anjing kurap dan bahkan PAS hilang kerajaan Negri Kelantan... UMNo bawah Tun Mahathir terus layak PAS, .. tanpa rasa persaudaraan Melayu atau Islam...ISAkan, sekatan subsidi, projek, macam2 diskriminasi/penindasan sistematik kpd aktivis Islam/PAS dianggap anti-perpaduan & anti-pembangunan, .. bukan itu saja malah sesama pemimpin UMNO yang tak sebulu dgn agenda rasuah & tyranny ketua2 Umno dilanyak seperti Dato Harun Idris, Tengku Razaleigh, Tun Musa Hitam, Dato' Anwar Ibrahim, dll ... tanpa berhati perut... itu semasa UMNO kuat berkuasa..... inilah hati budi kepala otak pemimpin UMNO dulu, kini,... yg meli dok ampu dan taruh harap untuk Melayu/Islam tuu...

Bila terdesak sekali lagi pada PRU9, PRU10 .. suara lunak pemimpin2 UMNO terhadap PAS, ulamak, aktivis Islam kedengaran balik .... kemudian tenggelam selepas PRU11 bila menang selesa... majoriti besar lebih 2/3... Pemimpin2 UMNO bercakap besar disetiap persidangan antarabangsa, dabek dada jaguh urus masyarakat multi-racial, korupsi berleluasa, isu ketelusan SPR, isu PSMI, isu Royalti Minyak Terengganu, harga minyak dinaik turun sesuka hati, suara rakyat macam melukut ditepi gantang.. ..., PAS dimomokkan sebagai parti ortodoks, pasif, pelampau, pengganas, terroris nyaris2 nak diharamkan....

Walaubagaimana pun PAS dibawah pimpinan arwah Dato' Fazdhil Nor berjaya membuat Reformasi(Tajdid) Dalaman secara struktural & operational.... menukar sentimen sempit kejumudan qaumiyyah & imej kampongan kepada parti Islam syumul yang terbuka, berintegriti dan dinamik dengan perubahan semasa. Dasar dan pendekatan baru ini telah memberi ruang yang sihat kepada semua aktivis Islam bukan PAS, masyarakat Melayu tradisi, masyarakat melayu pertengahan, rakyat bukan Islam untuk mendekati dan asosiasi aktif dengan PAS. Proses tajdid PAS oleh Ustaz Fadhil Nor amat berkesan dan membentuk barisan saf pimpinan PAS wajah baru iaitu-Kepimpinan Ulamak dengan takrifan kepimpinan gadingan jitu para aktivis Islamis-"ulamak-profesional-korporat-aktivis"- Dengan misi "Membangun bersama Islam" & "PAS for All" - maka PAS telah meraih hasil pada PRU12 yang lalu...PAS tidak lagi dilihat sebagai asosiasi dengan "pelampau-pengganas", "anti-perpaduan" atau "anti-pembangunan" oleh rakyat Malaysia. Maka bermula disini pulalah UMNO memainkan "jarum halus" dan "psychological war" .. dalam merobek persepsi awam terhadap PAS baru yang terbuka & dinamik supaya terperangkap dalam kepompong sempit tirani UMNO. Apakah kemudian PAS akan dilawakkan sekali lagi oleh mereka setelah menang PRU13 kelak......???

PAS memang patut mengajak ahli UMNO berbincang dan memahami erti sebenar "politik Islam" supaya menolak fahaman sekular qaumiyyah UMNO yang merugikan umah sejak sekian lama. TGNA mengajak kita bermuzakarah & bersatu dalam kerangka politik Islam yang lebihmantap. TGNA berulangkali menawarkan pembubaran PAS dan assosiasi dengan UMNO jika UMNO berubah kepada perinsip Islam sebenar!