Thursday, February 4, 2010

MUNCUL KEMBALI (669) - KEMASKINI DENGAN PEMBETULAN EJAAN

Puak-puak sembahyang hajat royalti minyak masuk neraka?

HASRAT untuk ke Kuliah Jumaat Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini terbantut. Syarahan seorang yang berkopiah, berjanggut lebat dan bercakap Melayu pasar ala India Muslim menjadikan saya tertarik untuk ikuti kuliah tidak resminya di Kedai Kopi Rais, tempat rutin saya bersarapan pagi.

Banyak perkara yang menarik perhatian saya. Antaranya;

1. Katanya mereka yang bersembahyang hajat tuntut royalti minyak di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV baru-baru ini akan masuk neraka. Alasannya mereka melakukan bida'ah yang amat besar. Beliau membaca beberapa Hadis sebagai hujjah.

Baginya mereka yang hadir telah tertipu oleh manusia yang nampak pada zahirnya macam ulamak tetapi dalam bentuk hakikatnya sangat jahil. Kononnya apabila seseorang itu mengaku dia ulamak, maka dia sebenarnya jahil.

2. Perisytiharan Kota Bharu sebagai Bandaraya Islam juga adalah berdosa. Alasannya kerana yang berada dalam Kota Bharu bukan semuanya Islam, malah dalam Kota Bharu ada berlaku perzinaan, ada penjualan arak, ada orang yang mengaku Islam tidak sembahyang dan hidup dengan penuh kemungkaran.

Kerana itulah nabi pun tak isytihar Kerajaan Madinah sebagai Kerajaan Islam walaupun baginda sendiri mengetuainya, malah para khalifah Islam tidak menamakan kerajaan mereka sebagai kerajaan Islam kerana rakyat jelatanya ada yang tidak Islam.

Kenapa yang nabi tak buat perisytiharan, kita buat penrisytiharan. Apakah kita lebih dekat dengan Allah berbanding dengan nabi. Melakukan apa yang nabi tidak buat adalah bida'ah. Pelaku bida'ah nabi kata bukan sebahagian dari baginda.

Baginya mereka yang isytihar Kota Bhari Bandaraya Islam akan berdosa selagi penisytiharan itu tidak dibatalkan dan penghuninya akan berdosa kalau tidak ada yang bangkit melaksanakan tuntutan fardu kifayah membuat teguran.

3. Kewujudan Bank Islam juga berdosa kerana penyimpan dan mereka yang berurusan dengan bank itu bukannya Islam 100 peratus dan wang didepositkan pun bukan semuanya halal. Di samping itu niat kewujudannya pun kena diambil kira.

4. Berparti politik juga adalah bida'ah kerana nabi tidak pernah buat. Apatah lagi dalam politik asyik maki memaki dan mendedahkan keaiban lawan. Sedangkan dalam Islam jangankan mahu dedah keaiban orang, dedahkan keaiban sendiri pun dilarang dan berdosa. Nak jadi wakil rakyat kena bayar wang pertaruhan, ianya adalah merupakan satu bentuk perjudian.

5. Beliau anggap kebanyakan ulamak sekarang palsu, tidak ajak orang kenal dan rapat dengan Allah tetapi lebih bersifat memaksa agar pandangan mereka diterima sebagai betul manakala pandangan orang lain salah. Beliau menamakan Tok Kenali sebagai ulamak sejati.

Banyak lagi isi kuliah tidak resminya dan didengar oleh saya dan tiga yang lain, termasuk seorang kakitangan kerajaan negeri Kelantan. Beliau menamakan Dato' Nik Aziz sebagai penipu besar, menggunakan agama untuk kepentingan politik.

Beliau yang mendakwa menetap di Telipot dan memeluk Islam dan menjadi tukang syarah setelah mencari Islam dan Allah selama kira-kira 30 tahun, sanggup bersemuka dengan Dao' Nik Aziz dan menyatakan bahawa Menteri Besar Kelantan itu menggunakan Islam bagi tujuan penipuan, terutama untuk kepentingan politik kepartian.

Saya sendiri keliru. Sama ada kuliah tidak resminya itu betul atau bercanggah dengan Islam. Tetapi saya sendiri tidak akan menyertai sembahyang hajat beramai-ramai. Kalau pun bersembahyang hajat atau sunat-sunat yang lain, saya akan lakukan di rumah jika diri dalam keadaan gagah dan tidak merasa dalam keadaan terpaksa atau terdesak memerlukan sesuatu.

Kalau Dato' Nik Abdul Aziz berhasrat untuk bersemuka dengan orang berkenaan, Insyaallah, rasanya saya boleh uruskan dengan menyuruh orang berkenaan ke pejabat MB kerana katanya atas keperluan fadu kifayah, beliau mahu berjumpa dengan Dato' Nik Aziz dalam kedudukannya sekarang, bukannya selepas Dato' Nik Aziz bersara dari jawatannya.

22 comments:

john said...

Salam jumaat...

hehehe..ambo tahu ore lagok lagu tuh...skali skalo hok muncul secaro tibo2 ni biasonyo SB.....

suruh je dio gi berhujoh dok pun berceramoh dekat2 tok guru bui kuliah tu, kalu nok sedak lagi panggil rtm ko, utusan ko tv3 ko ambo raso lagi berkesae kalu nok cubo mempe\ngaruhi rakyat kelate tuh...dok pun panggil dio tu join brehim ali nga stopa mamat atas pentas ngo 'PERKASA'...

p/s: usoho lah abe li suruh dio jupo tok guru tuh..nok kenal jugok latar belakae hok 'sengotinyo'...

Lebai Mangkok Hayung said...

Munasabah jugak alasannya tu. Allah pun ada sediakan neraka untuk orang yang sembahyang, yakni yang sembahyang dalam keadaan lalai, riak dan menunjuk-nunjuk.

Menghmpun orang satu stadium bukankah bertujuan untuk tunjuk sokongan terhadap kita hebat dan kena ditakuti. Bida'ah satu perkara, tunjuk hebat tu dah satu dosa.

Nampaknya orang Pas akhirnya akan bertemu orang Umno dalam neraka yang awal-awal lagi Pas dah nerakan mereka.

Yang kena disedari dan diterima hakikatnya, syurga neaka adalam kepunyaan Allah dan DIA yang erhak mesyurga atau merakakan orang yang dikendaki-Nya. Yang pasti neraka adalah untuk orang ang bukan sahaja Islam tetapi juga beriman dan berakwa dan nneraka adalah untuk orang yang sebaliknya.

melikapakjangak said...

Mr John!
Dia memang berhajat benar nak jumpa Tok Guru. Dia boleh berbincang guna bahasa urdu, bahasa Melayunya susah nak faham.

Kalau ada kemahuan dari pihak Tok Guru, Insyaallah saya akan usahakan sampai jaya.

Pada saya dia bukan orang politik kerana Bank Islam pun dia bedal.

P/S: pencapaian terbaru saya dalam IT ni, saya boleh mencelah terus komen penjenguk tanpa membuat entry khas seperti sebelumnya. Saya berterima kasih kepada anak bongsunya saya, pelajar darjah lima yang nampak mahir IT yang tolong ajarkan saya. Walaupun janggal, saya rasa tidak salah saya yang berusia 54 tahun bergurukan anak yang baru berusia 11 tahun.

Anonymous said...

en meli bakpo demo tak ambik statemen dri tuan guru ayah pin, kerjaan langit tu jugk? .... apa dia nk kato ..dgn kerjaan negri pas @ krjaan pusat Bn tu.. golongan2 ajaran sprti ayah pin ni.. ramai jugk pengikutnya .. spti orng pengikut kpd ajaran Mamak yg meli kutip kuliahnya tu le..

berapa banyak ilmu tafsir, ilmu hadist, kitab2 muktabar usuluddin, usul feqah, ... yg mamak tu mengaji tau le... hingga boleh menghukum/ menfatwa isu semasa yg hebat tu...? .. Hingga terpesona en meli & puok2 pengampu UMNO dgn hujjahnya.

Hebat... hebat.. akhirnya en meli jugk termakan dgn .. hujah2 macam tu ... he ... he.... manasia.. manasia.... sangat cenderung kpd kezaliman kpd diri sendiri...

Hj Markoko said...

...Abang Li..tok guru kawe kata dalam neraka tu ada mace-mace orang, orang jahil tukil ada..orang alim ulamak pun ada juga..kawe rasa pelik pula lagu mana orang alim ulamak pun boleh masuk neraka juga..

..lepas tu tok guru kawe kata, orang jahil tu masuk neraka kerana dia rasa senang hidup dalam kejahilannya..nasihat orang dia tak nak dengar, pergi belajar atau dengar ustaz/tok guru mengajar jaul sekali..orang alim ulamak tu pula masuk neraka kerana dia dok perasan dia tu banyak ilmu, dia ulamak tersohor, pendapat atau pandangan orang lain dia pandang lekeh..maka hidup lah dia dalam keadaan riak,ujub dan takabor..sebab ramai anak murid atau pengikut..maka jadilah dia manusia yang tak kabar atau tak sedar diri..semoga dijauhkan Allah ...

Anonymous said...

hj markoko kta tu betol jugak.. ulamak berperangai AZAZIL, takabur,.. bila Allah perintah sujud kpd Adam, dibantahnya... mungkin sama dgn bila orang kata kembali kpd hukum syariah, hudud,.. ada alim yg dok sokong puok2 yg bantah hukum Allah..

Ada alim yg dok bersuka ria dgn kaum fasik kerna dapat habuan- elaun ihsan sedikit dr penguasa zalim ... tiada berani nak tegur kemungkaran & kefasikan umara'/penguasa yg memberi upah.. tapi jadi alat-upahan kpd puok sekular do hentam aktivis Islam.. imam ghazali kata "ulamak su'" @ "ulamak duniawi".

ihh.. ih.. markoko....mu brkokok

Anonymous said...

Hj markoko dan anom 2.45...Tulisannya seseolah mewakili golongan yang dikatakan ria'...sombong dan sum'ah. Tok guru dia jah yg betul..tok guru ore lain saloh...! tulisan dia saja betul, tulisan ore lain saloh...gi bbetul TGNA demo nuh..loni terbalik kot doh nuh...mulo maroh ko Hj hadi, Nasarudin kerana nak wat bejemok bekigho dengan UMNO, sampai hambat balik ko negeri asal, cabar suruh nasarudin masuk UMNO...loni koho dok bengong, nok bejemok bekigho dengan UMNO pulok...Ulama' demo ni membuatkan bengong habih sekelian ummat...nilah ahli politik, ulama' cari makan dan pengaruh... Buat pengetahuan demo, tok Guru demo tu buke tok guru sejati...dia hanyalah ahli politik yang pandai cakap arab. tu yang tak konsisten...turut tu buleh, tapi bia pade2 jah la...jangan sampai taksub gila, sehingga mmunoh ko ore lain. Bokali loni beraso berat...dok cari UMNO...

melikapakjangak said...

Anonymous 11:42 PM!
Walaupun saya bukan tok guru atau ustaz, saya bersekolah agama, dapat membaca jawi, termasuk tulisan jawi kelasik dengan baik. Saya buat catatan pun guna jawi.

Selain dari pelbagai kitab saya baca, saya ada kitab Terjemahan Sahih Muslim Jilid I,II,III dan IV serta Kitab Terjemahan Sahih Bukhairi Jilid I,II,III dan IV yamg saya akan rujuk bila saya keliru tentang sesuatu isu.

Saya juga memiliki tiga buah Quran beserta terjemahan menjadikan saya tidak mudah taksub dengan mana-mana tokoh pun. Saya akan perhatikan sama ada apa yang seseorang tokoh itu kata selari dengan al-Quran dan Hadis atau tidak.

Si yang anda kata mamak tu sebenarnya ahli masjid, malah beliau adalah ahli jemaah tetap masjid Telipot, malah dia pernah buat teguran cara iman masjid Telipot berdoa. Kalau dia jenis mamak, tak 'kan pula dia berani tegur imam yang dia rasa buat silap.

Saya sedang cari maklumat tentang siapa dia,, latar belakang pendidikannya. Yang jelas dia seorang yang hafal al-Quran dan Hadis, Dia hujahkan kuliahnya dengan al-Quran dan hadis.

Pada pemerhatian saya, beliau bukan mamak roti canai atau mamak roti tempayan. Bagaimnapun saya tak kata apa yang dikatannya itu betul.

Saya akan rujuk Hadis, apakah ada sembahang hajat berjemaah dilakukan oleh Rasulullah dan kenapa bila sembahyang sunat sebelum atau selepas Zohor, Magrib dan Isa serta hanya sembahyang sunat sebelum Asar dan sebelum Subuh . tidak dilakukan secara berjemaah sedangkan berbanding dengan sembahayang secara solo, sembahyang berjemaah pahalanya berganda. Apakah ianya kerana bida'ah.

Kita jangan melihat semua perkara dengan kacamata politik. Kita kena ada rasa bimbang kalau-kalau apa yang kita sangka yang kita lakukan adalah pekerjaan ahli syurga rupanya kita melakukan pekerjaan ahli neraka.

Nak bandingkan orang berkenaan dengan Ayah Pin tak wajar. Saya tahu lebih kurang tentang ajaran Ayah Pin kerana beliau menantu Hassan Anak Rimau. Pusat pengembangan ajaran Hasan Anak Rimau dekat dengan kampung saya.

Sedangkan dalam kuliah tidak resmi orang berkenaan kebanyakannya selari kitab Hadis dan al-Qutan yang saya pernah baca terjemahannya.

Antara hujah yang saya rasa berkesan yang saya tidak catat dalam entry mengenai isu ini, beliau kata kita jangan berusaha untuk kenal seseorang ulamak dan mentaksubinya tetapi kita kena berusaha kenal taksubi Allah, kenal dan taksubi Rasul-Nya dan kenal serta taksubi Al-Quran.

Anonymous said...

asyik dengan bid ah sokmo! ITU WAHHABI

Unknown said...

orang jenis mamak ni,biasa nya ada sikit (sebahagian kecil)merasa mereka lebeh hibat dari orang2 melayu ,apalagi orang melayu kita jenis orang yg suka jaga muka orang , terutama orang2 luar ,itu tabiat semula jadi.oleh itu apa yg dia kata tidak satu pon berlandaskan fakta sejarah, kedua, hadis2 yg di dakwa belum tentu hadis yg sahih. memang orang2 seperti meli sentiasa mengagumi mamak bukankah mahathir juga mamak apaygdi kata semua nya benar. bukankah umno kelantan jahanam kerana mamak kutty mahathir yg berdiri atas kepala2 umno lebeh 10 tahun.

melikapakjangak said...

Encik/Cik chegarMD!
Saya seniri berdepan dengan orang tu, bukan dengar cakap atau berdasarkan andaian penuh prejudis. Berjumpa dengan pelbagai jenis orang, mendengar percakapan mereka adalah antara kerja saya sejak tahun 1973.

Soal iman dan takwa tidak kira mamak ke siapa. Pokoknya ada ke tidak usaha untuk jadi orang macam mana. Kalau kita berusaha untuk jadi orang politik akan jadi orang politiklah kita, kalau mahu jadi orang berilmu akan berilmulah kita. Lagi pun manusia dijadikan ada faedahnya kepada alam ini walaupun kita melihatnya membawa padah.

Tidak salah kita mengambil pendapat orang luar tanpa menghinanya. Kenapa Rasulullah s.a.w. menyuruh umatnya belajar walaupun hingga ke negara Cina sedangkan ketika baginda membuat seruan itu di Cina belum sampai Islam lain lagi selain dari ianya sebuah negara yang telah mencipta tamadunnya bersama India, Mesir dan Jawa.

Sikap sebiangan besar Melayu kita mudah mempercemehkan orang lain. Saya pernah percaya bulat-bulat yang Tun Dr Mahathir anak Mamak Kutty penjual coklat dan kacang butir yang diwawarkan oleh pihak pembangkang. Walhal ayah beliau seorang guru besar. Kenapa bapanya dihina? Kerana sikap Melayu suka perlekehkan orang.

Berbalik kepada orang India tu, saya sendiri berfikir hikmah di sebalik pertemuan tidak sengaja itu. Kenapa perteuan boleh berlaku ketika saya dalam perjalanan untuk ke Kuliah Jumaat Tok Guru Nik Aziz. Tentu ada hikmahnya, setidak-tidak saya jadi kemaruk belek kitab hadis dan terjemahan al-Quran.

Saya mahu pastikan apakah hadis yang dibaca itu hadis betul atau palsu. Saya akan menulis mengenai kemudian kerana kita 'kan dituntut menuntu ilmu dari buian hingga ke liang lahad. Bagi saya dakwaan yang anda labelkannya sebagai mamak itu adalah satu ilmu untuk menjadikan saya terpaksa tambah ilmu bagi memastikan sama ada dakwaannya itu betul atau karut. Sebelum menemukan hadis atau ayat al-Quran mengenainya, saya tidak akan kata TIDAK BETUL dan juga tidak akan kata BETUL kerana kita diingatkan supaya bila datang sesuatu perkhabaran, kita kena pastikan dulu benar atau tidak benarnya.

Saya laporkan tentang itu dalam blog untuk antaranya mendapatkan maklum balas dari kalangan pembaca dalam bentuk ilmu dan maklumat yang berasaskan Islam tanpa bias parti politik. Lagi pun kita tidak boleh berparti politik sepanjang masa dan dalam semua keadaan.

Yang kita tidak boleh pisahkan dari kita adalah 'politik', bukannya 'parti politik', bunyinya hamp[ir serupa tetapi keduanya sangat jauh berbeza, ramai yang keliru tentangnya, politik tidak boleh dipisahkan dari agama tetapi parti politik tidak boleh kerana ianya benda baru. Kalau anggap parti politik itu Islam dan Islam itu parti politik tertentu, boleh rosak akidah. Itu pendirian saya setelah lebih 10 tahun saya mencari jawapannya.

Anonymous said...

en meli, dem bilo kena smash, mula cari "helah"- auta jugk la demo ni...

Demo kata, jangae "political bias" dan "too politicking" dalm berbincang.. secara ilmiah, fakta, mencari kebenaran & redha Allah!? Betul ke tuu? Tulisae blog demo ni pon banyak bias hentam nik aziz sokmo, yg betul2 puok2 dok lesap harta negara, rasuah, tolok islam tuu.. demo ampu melangit.. hypocrite opportunist koh demo....???

Bila isu Kalimah Allah hak smua manusia, .. demo dok pertahankan puok2 pakai "hadis & tafsir puok2 sekular Melayu" .. pendapt Islam syumul Khalid samad, Nur Manutty, Anwar Ibrahim, Nik Aziz, dll... yg selari dgn Dr Yusuf Qardhawi tu pun .. kena maki hamun oleh puok2 pejuang haprak Melayu... Bila sebut demo dok pakai "otak mamak yg auta", demo sebut pulak kita jangae letak Islam tu untuk melayu saja.. demo kata jangae hina keturunan mamak, terutama Mamak Auta UmNO Mahathir, Noor Yaacob, Reezal Marican, .. dll.. Mana pendiri "Melayu" demo spt demo dok pertahankan idea UG Qaumiyyah Melayu Ust Hadi, Nasha, Mustafa Ali, Hassan Ali.. demo perthan tafsiran Allah, Islam, Melayu mengiku gelagat sempit YB Kulim Zulkfli Nordin... gelagat perjuangan "Islam" pemuda2 UMNO khiry, Ali rustam ... gelagat perjuangan bahasa & budaya melayu Mentri Penjaga Siaran TV Rais yatim retorik .. yg dok hidupkan budaya kuning, berita2 politik fitnah , edangan liar, lucah , drama2 tahyul tu...

Ambo raso fikrah demo pun bercelaru ..lebih teruk dari "orang" hok demo dok kutuk selama kening.... en meli sila bincang soal "Melayu" & "Islam" atas prinsip "non partisan bias" hok demo kata tu...... "Keep your words please!

melikapakjangak said...

Anonymous 6:09 PM

Sebelum nak bincang soal agama, jangan letak Dato' Nik Aziz atau dalam yang spesisnya dalam kepala dengan anggap mereka betul dan suci. Bagi saya itu aliran yang merbahaya.

Sebagaimana yang acapkali saya tegaskan, sebelum bekerja dengan Pas, saya pun sokong Pas, malah habiskan ratusan ribu wang menerbitkan buku julang Pas, terutama Dato' Nik Aziz dan balun Umno.

Saya mula tegur Pas (kalau boleh dianggap teguran tetapi ramai yang kata saya kacau Pas) selepas saya berada dalam Pas selama lapan tahun. Sejak tahun pertama sampai tahun kelapan saya mula tegur Pas. Padahnya saya yang diudang masuk bekerja kerana buku an majalah yang terbitkan julang Pas akhirnya tidak disambung kontak kerana saya tegur Pas.

Mereka yang masuk bekerja atas nama Pas (saya masuk atas nama pengamal media)boleh terus kekal sampai sekarang dan mereka terus julang Pas. Saya yang berpegang kepada taksub boleh membawa kepada kepunahan akidah, tidak boleh membohongi diri saya. Berbanding dengan rakan-rakan sekerja yang rata-rata tidak dapat membaca jawi yang hanya dengar ceramah tentang agama oleh tokoh-tokoh Pas, saya dengar sambil rujuk kita-kitab karangan Syeikh Daud Al-Fattani, Syeikh Abdul Samad Al-Palembani dan lain di samping terjemahan hadis dan al-Quran.

Sehingga sekarang pun saya masih ikuti Kuliah Jumaat Dato' Nik Aziz tetapi saya bukan telah bulat-bulat dan tidak tolak blat-bulat. Saya tidak bersetuju dengan Dato' Nik Aziz tentang sesuatu perkara bukan kerana dengar cakap, tetapi saya ikuti kuliah atau ceramahnya secara langsung. Ada ucapannya yang saya bukukan terutama semasa bekerja dengan UPKn dulu.

Apakah anda setuju semua pandangan Dato' Nik Aziz kerana adanda mendengar ucapan/kuliahnya secara langsung atau hanya berdasarkan pembacaan akhbar dan blog pro pembangkang?

Saya tertarik dengan india yang saya jumpa Kedai Kopi Rais itu saya dengar secara langsung, bukan dengar cakap. Sebagai pencatat ucapan pelbagai tokoh dan sentiasa terdedah dengan pelbagai jenis anusia termasuk manusia politik yang pelbagai parti, saya boleh nilai jenis manusia yang saya lawan bercakap.

Saya tidak tahu apakah anda pernah berjumpa dengar saya, tahu pendekatan hidup dan boleh membaca pemikiran saya atau sekadar dengar cerita tentang saya dari rakan-rakan atau hanya membuat andaian berdasarkan tulisan-tulisan saya.

Macam mana pandangan anda tetap saya ambil perhatian. Mana yang baik akan dijadikan teladan, mana yang saya rasa tidak baik akan dijadikan sempadan.

Dromey Kambing said...

Aku nasihatkan orang PAS totok jangan baca blog ini sebab kalu sakit uluran akan bertambah lagi 'KEULURANNYA', ada baiknya mung dengar ceramah CIKGU LIAS kg kota untuk jauhkan uluran atau pun bengkak batu. Wassalam

Lebai Mangkok Hayung said...

Meli, bukan mudoh nak ajak orang Pas yang bersih dari ketaksuban terhadap Nik Aziz berbincang tentan agama. Nik Aziz kata dianggap betul blako, demo pulok sapo?

Kawe setuju, taksub terhadap Nik Aziz atau sapo-sapo berdosa, yang boleh ditaksubi hanya Allah, Rasulullah s.a.w. dan Islam.

Banyok orang yang taksb terhadap orang macam Nik Azin ni jenis mengaji mano, kalau mengaji pun ibarat rambai jantan yang hanya berbunga tetapi tidak berbuah, ada ilmu tetapi tidak diamalkan dan tidak yakin bila berdepan dengan Nik Aziz yang kononnya ilmuan Islam berskala besar, bukan kerana banyak ilmu agamanya tetai kerana beliau Menteri Besar.

Imam Syafie 'kan ada kata, bila orang besar ada kuasa berkata apa-apa walupun ianya bhong orang ramai akan kata ianya bena tetapi kalau orang yang miskin, orang macam Meli, yang tidak ada kuasa, tidak ada pengaruh, walaupun apa yang dikatakan perkara benar, orang akan angap belawok belako.

Tetapi lebih baik orang kata kito belawok kerana berkata benar daripada kita belawok dari orang kata benar. Allah tidak boeh ditpu dan diperdayakan.

Anonymous said...

Lebai Mangkok Hayung.... awak kata orang pas taksub dgn Nik aziz ...mungkin mereka ada asas $ dalilnya ...al ulama'u warisatul ambiyya'.... Tapi puok2 sekular UMNO, dok taksub & fanatik dgn UMNO dulu, kini & selamanya.. walaupun UMNO dok tolak hukum Allah & sunnah Rasul dulu, kini & selamanya tu.. apa asasnya kalu tidak atas dasar assobiyyah atau kebendaaan? Ambo raso orae pas tak tak taksub dgn nik aziz, tapi faham & yakin dgn Islam... kalu tiada nik aziz skali pun, orae PAS tetap perjuangkan Islam syumul yg dituntut oleh Allah. Lagi pun diakhirat kelak ada hadist menybut yg bila keadaan timbanga dosa yg terumbang ambing ... akan ditanya seluruh amalan kita .. sehingga ditanya sama ada pernah duduk di majlis pengajian/ilmu dgn seorang ulamak? atau.. sekuang2 duduk makan bersama ulamak.. untuk mendapat syafaat pada saat kritikal itu... Tapi kalu dok kutuk, cemoh, hina ulamak.. bagaimana nak dapat syafaat jika berlaku situasi seperti itu.? Jangae la kerna taksub dgn parti UMNO sampai tolak hukum Allah... nanti syirik pulak, kerana anggap pemipin2 UMNO/ UMNO Akbar (lebih besar) dari Allah!

saya... bukan otak tok lebai mangkuk hayung... yg dok jilat puok2 sekular UMNO!

Anonymous said...

Dromey Kambing said...
Aku nasihatkan orang PAS totok jangan baca blog ini sebab kalu sakit uluran akan bertambah lagi 'KEULURANNYA', ada baiknya mung dengar ceramah CIKGU LIAS kg kota untuk jauhkan uluran atau pun bengkak batu. Wassalam

..............................

Dromey Kambing, DEMO HI PULOK, UMNO TOTOK KO? ....mana lebih teruk UMNO totok dgn PAS totok...?

UMNO suka tunjuk dibuat masjid tapi tak gi mengaji atau solat fardhu jemaah di masjid... Masjid kosong .. remaja2 melayu dibudayakan dgn lepak & liar..ada yg ganas... nak dakwah.. susoh dapat permit/ tauliah dr JAWI, JAIS, dsb...... yg jahil bersepah, maksiat berleluasa, ... UMNO bila bab agama sambil lewa saja... kalu bab projek, permit, kontrak sampai berperang sama sendiri ...duniawi...

Buat masjid supaya dapat solat & mengaji agama, tujuan solat & ilmu Islam supaya yakin % taaat kepada Allah. Bukan semakin lawan Allah..

Worih Jauh-Jauh Tok Khurasan said...

Anonymous February 6, 2010 12:24 AM
Masalahnya betul ke NIk Aziz seorang ulamak dengan segala mulut uduh dan cepelagnya tu. Ko demo dan puak-puak Pas yang sesetengahnya baca jawi pun tak ret jah kata dia ulamak.

Sebenarnya Nik Ajis orang politik yang membina identiti sebagai ulamak. Makannya beliau betopengkan ulamak kerana itu dia boleh berkecek uduh dan cepelag. Kalau ulamak sungguh, dia tak berkecek udoh dan cepelag.

Lebai Mangkok Hayung said...

Ambo mensetuju benar Worih Jauh-Jauh Tok Khurasan. Kalau dinilai dengan kejahilan, tanpa ilmu amal. bila pakai serban besar, jubah, berjanggut dan boleh baca ayat Quran dan hadis sikit sebanak nyo anggap ulamak selalu.

Bukan mudah nak dapat satus ulamak di sin Allah, Rasul-Nya dan Islam, lebih payah dari nak dapat statu Menteri Besar Sebenar.

Anonymous said...

Worih Jauh-Jauh Tok Khurasan & Lebai mangkuk hayung ..... tok guru besar dan mursyid demo sapa dio agoknya.....? Kawe nok teka sikit... Mungkin jugok Tuan Garu Najibur Rosmaheai... @ Tua garau Rais alyatimi @ hok mulut tok uduh Tuh gurau Nazri alAzizi.. @ Mualimuna Berahim Ali alkataki... @ Ustazah Shahrizat ... @ Tua Garfu Bung Mukhtar alZiziezi... @ hok alim tak tunjuk2 adalah Pakar Rujuk Konspirasi Teuku Adnan Mansori.. & Mualaknak Mahatir al Kutty...

Worih Jauh-Jauh Tok Khurasan said...

Kawe nok teka sikit... Mungkin jugok Tuan Garu Najibur Rosmaheai... @ Tua garau Rais alyatimi @ hok mulut tok uduh Tuh gurau Nazri alAzizi.. @ Mualimuna Berahim Ali alkataki... @ Ustazah Shahrizat ... @ Tua Garfu Bung Mukhtar alZiziezi... @ hok alim tak tunjuk2 adalah Pakar Rujuk Konspirasi Teuku Adnan Mansori.. & Mualaknak Mahatir al Kutty...

APAKAH DEMO ADA SENARAI PASTI ORANG YANG NAMANYA DEMO SENARAI DENGAN PENUH KEHINAAN ITU ADA DALAM SENARAI HALI NERAKA DAN ORANG YANG DEMO TAKSUBI ITU AHLI SYURGA?

Anonymous said...

Worih Jauh-Jauh Tok Khurasan ...TERASA KO? DEMO RASO KETUA2 IMAE DEMO TU SAJA YG MULIA KENA MASUK SYURGA... SEBAB SELAMO KENING DEMO DOK KUTUK ORE PAKAI SARBAN JUBAH SAJA... AGAS, RIA', TAKABUR, TADOK ILMU TINGGI? PUOK2 DEMO YAE ILMU TINGGI YAE BILANGE BERJUTA2 TUU.. KETUA BESA PUOK DEMO... KADAE2 AMBO TENGOK.. BINI PUN BOLEH BERCIUM DENGE SHAHRUKHAN ALHINDUSTANI.. HUKUM TUTUP AURAT TOK PAYAH CERITA LA...

UTUK MAKLUMAE SOALAE DEMO TU... WAHYU DAH TAK TURUN LAGI SELEPAS WAFAT RASULULAH, TAK LAH TAHU SAPA MASUK SURGA NERAKA .. TAPI SIFAT AHLI2 SURGA DAN JUGOK AHLI2 NERAKA ADA DALAE QURAN & HADIS. DEMO BACA LA SEDIRI... LEPAS DEMO ROYAT KO KAWE... HAK MANA DOSA BESAR-KECIK, HALAL-HARAM, .... KAWE PON BANYAK TOK TAHU LAGI....SEBAB TU DOK CARI MENGAJI DENGAE TOK2 GURU HOK PANDAI DRI KAWE ...

ambo nok tanya so lagi, Worih Jauh-Jauh Tok Khurasan ... bakpo pondok tok kurasan diKg Bawah Lembah tu... tak dok ore nok sambung ngajar ilmu2 hadist tok khurasan dulu...? Demo kata ramai juta2 ulamak ilmu tinggi puok demo, taklih buat pondok jugok ko? Boleh ambo tupae ngaji jugak.....