Friday, February 5, 2010

MUNCUL KEMBALI (670)

Umno-Pas duduk semeja: jangan ada yang 'cepelag'

MANUSIA yang bukan nabi dan rasul tidak sempurna (tidak perfect) dan terdedah kepada pelbagai kesilapan dan ketidak-tepatan dalam membuat pendirian, menyiumpulkan pendapat dan dalam memngambil dan membuat tindakan.

Mursyidul Am Pas Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan tidak terkecuali dari ketidak-tepatan dalam membuat pendirian, menyiumpulkan pendapat dan dalam mengambil dan membuat tindakan.

Justeru itu tidak hairanlah kalau beliau pada suatu ketika begitu memperseterukan orang Umno dan penyokong Umno yang saya sendiri melihatnya sebagai kemelampauan dan menampakkan kurang kefahamannya tentang Umno dan matlamat penubuhan seta hala tuju perjuangannya sebagai parti politik.

Tetapi bila beliau sedar dari kesilapan itu dan mencadangkan supaya kedua-dua parti berbincang bagi menamatkan perseteruan lebih 50 tahun ianya adalah suatu yang patut diberi sokongan tanpa sebarang prejudis.

Soal Dato' Nik Aziz ikhlas atau tidak, itu bukan urusan kita sebagai manusia yang tidak pernah saksama dalam membuat pendirian, menyimpulkan pendapat dan dalam memngambil dan membuat tindakan. Selain dari pemilik hati yang membuat cadangan yang tahu isi hatinya, hanya Allah Yang Maha Mengetahui dan Allah akan uruskannya.

Kita sebagai manusia, bila dianjurkan perseteruan dan bersifat memutuskan silatul-rahim sama ada sesama Islam atau bukan Islam, kita kena tentang habis-habisan, bila dianjurkan perpaduan dan mengeratkan silatul-rahim, kita kena sokong dan bantu tanpa prejudis.

Demi kepentingan Islam dan Melayu, mana-mana pihak sama ada dari Umno atau Pas serta NGO dan individu tidak patut 'cepelag' dalam memberi pandangan terhadap cadangan Dato' Nik Aziz.

Sikap dan tindakan mendahului kepimpinan tertinggi dalam parti eloklah diberhentikan dari membudaya persada politik negra. Biar pucuk pimpinan tertinggi buat pendirian, barulah orang bawahan susulinya. Dengan itu tidak akan berlaku kesumbangan dalam pendirian parti

Bagi saya banyak labanya kalau kita berprasangka baik. Juga saya pandangan bhawa pandangan dan ulasan berikut sangat tidak patut:


1. Pemimpin UMNO pertikai keikhlasan MB Kelantan

KUALA LUMPUR 5 Feb. - Para pemimpin UMNO mempertikaikan keikhlasan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang telah mencadangkan supaya kedua-dua parti berbincang bagi menamatkan perseteruan lebih 50 tahun.

Menurut mereka, kenyataan terbaru Menteri Besar Kelantan adalah mengelirukan memandangkan beliau merupakan individu paling kuat menentang idea kerajaan perpaduan yang dianjurkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Nasharuddin Mat Isa.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan (gambar) berkata, banyak persoalan timbul daripada kenyataan itu termasuk adakah Nik Abdul Aziz cuba bermain politik apabila mengemukakan cadangan ketika pakatan pembangkang kini berpecah.

''Halangan utama untuk Pas berbincang dengan UMNO sebelum ini ialah Menteri Besar Kelantan, tetapi semalam setuju pula. Kita pun jadi keliru.

''Adakah Pas hanya bermain politik? Apabila pembangkang kelihatan berpecah, maka ditimbulkan cerita dialog, harap kali ini ikhlas," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas cadangan Nik Abdul Aziz semalam supaya parti itu dan UMNO duduk semeja berbincang serta menamatkan perseteruan lebih 50 tahun antara kedua-dua parti dokongan orang Melayu itu.

Ujar Menteri Besar Kelantan itu, Pas adalah sebuah parti yang ditubuhkan oleh alim ulama dalam UMNO sendiri dan adalah tidak wajar perseteruan yang ada terus menerus berlaku.

Walaupun sangsi dengan keikhlasan Nik Abdul Aziz, Ahmad Maslan berkata, beliau menyerahkan kepada pucuk pimpinan tertinggi UMNO untuk menimbangkan cadangan terbaru itu.

Dalam pada itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, cadangan Nik Abdul Aziz itu membuktikan beliau telah hilang keyakinan terhadap parti-parti lain yang berada dalam pakatan pembangkang.

''Telah lama dicadangkan idea muzakarah tapi selalu ditolak oleh Nik Abdul Aziz.

''Tetapi mungkin beliau sendiri sedar setelah melihat masalah demi masalah melanda pakatan pembangkang dan perangai DAP yang tidak menghormati isu sensitif, maka beliau memutuskan untuk bersama UMNO.

''Ini petanda jelas Nik Abdul Aziz hilang keyakinan dengan rakan-rakan kongsi dalam pakatan pembangkang," ujarnya.

Mengulas isu sama, Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, kepimpinan parti mesti memastikan pemimpin Pas benar-benar ikhlas mahu menamatkan perseteruan sebelum menyatakan persetujuan dengan cadangan terbaru itu.

''Kita juga tidak mahu pemimpin Pas sekadar mengeluarkan kenyataan retorik yang kemudiannya dikatakan tidak bermaksud sedemikian," katanya.

Beliau berkata, perdamaian antara kedua-dua parti hanya dapat dicapai sekiranya segala syarat yang boleh menggagalkan rundingan diketepikan. - dipetik dari UTUSAN MALYSIA.

Cadangan Nik Aziz hanya gula-gula, tutup kemelut pembangkang

KUALA LUMPUR 5 Feb. - Kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk berdamai dengan UMNO hanyalah 'gula-gula' untuk terus menuntut royalti minyak bagi negeri Kelantan.

Profesor Politik dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr. Mohamed Mustapha Ishak berkata, selain itu, tindakannya juga mencerminkan keresahannya untuk menutup kemelut politik dalam pakatan pembangkang.

Menteri Besar Kelantan itu, katanya, sebelum ini dengan tegas mahu memperkukuhkan kerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, justeru tidak mungkin sewenang-wenangnya beliau mahu menamatkan perseteruan itu.

''Sukar untuk mentafsir Nik Abdul Aziz, kerana beliau boleh membuat pusingan sehingga 360 darjah untuk membuat sebarang keputusan.

''Sememangnya kita terkejut dengan cadangannya semalam, tidak ada ribut dan angin tiba-tiba ubah pendirian sedangkan selama ini beliau yang menjadi penghalang besar untuk Pas dan UMNO berdamai,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz semalam yang mencadangkan Pas dan UMNO duduk semeja berbincang dan menamatkan perseteruan lebih 50 tahun antara kedua-dua parti dokongan orang Melayu itu.

Menteri Besar Kelantan itu sebelum ini menolak usaha kerjasama Pas dengan UMNO melalui hujahnya bahawa Pas akan masuk perangkap UMNO dan kerajaan perpaduan hanyalah boneka UMNO, tetapi pendiriannya semalam berubah malah akan berasa gembira jika perbincangan itu menjadi kenyataan.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, cadangan pemimpin paling popular dalam Pas itu telah menimbulkan kemusykilan banyak pihak.

''Nik Aziz benar-benar memeningkan kepala ramai orang, dia sudah tidak tahu apa dia sendiri cakap, adakah ini strateginya untuk tarik sokongan atau pun sebaliknya, kita belum pasti.

''Pendirian beliau tidak menentu, dulu siap letakkan syarat jika UMNO mahu duduk semeja dengan Pas, tapi semalam tiada sebarang syarat pula, apa sebenarnya beliau mahukan,'' katanya.

Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak), Tan Sri Abu Zahar Ujang pula mengalu-alukan cadangan baik Menteri Besar Kelantan itu.

Beliau berharap, kali ini Nik Abdul Aziz benar-benar ikhlas dengan apa yang diperkatakannya itu.

''Kita minta supaya Nik Abdul Aziz tidak mempolitikkan cadangannya itu kali ini kerana jika tidak, beliau akan memburukkan imejnya sendiri sebagai guru agama yang disegani.

''Di pihak UMNO, saya merasakan mereka dari awal telah menunjukkan keikhlasan untuk sentiasa bersedia berunding dengan Pas tetapi kali ini terpulang kepada UMNO untuk mentafsir bahawa ia sebagai satu muslihat atau sebaliknya,'' kata beliau. - dipetik dari UTUSAN MALYSIA.

15 comments:

john said...

Salam...

"Bagi saya banyak labanya kalau kita berprasangka baik. Juga saya pandangan bhawa pandangan dan ulasan berikut sangat tidak patut:"

1. Pemimpin UMNO pertikai keikhlasan MB Kelantan

ITULAH SEBENARNYA UMNO YANG ABE LI DOK NAMPAK DIA PUNYA KEBAIKAN LEBIH DARI KEBURUKAN. MACAM AMBO YANG NAMPAK UMNO LEBIH BANYAK KEBURUKAN DARI KEBAIKAN.

YANG CADANG NAK MUZAKARAH PULA TU BUKAN BUDAK 'HANYA' DALAM PAS, MURSYIDUL AM LAGI TUH. YA AMBO TAHU MEREKA SEMUA TU KELUAR KENYATAAN MACAM TU SEBAB APA...SEBAB TOK GURU NAK MUZAKARAH ATAS NAMA NAK MEMPERBAIKI PEMAHAMAN ISLAM YANG MANA TELAH LAMA DIPESONGKAN OLEH UMNO.

MEREKA PULA DAH NAMPAK DAH TAK MINAT KALAU SEBUT MENGENAI ISLAM, MULALAH KELUAR MACAM2 ALASAN. INILAH KEIKHLASAN UMNO YANG SELAMA INI DISANJUNGI OLEH KEBANYAKAN ORANG.KALAU BAB MUZAKARAH ATAS NAMA MELAYU..AMBO ULANG..ATAS NAMA MELAYU...PERGHH! PUNYA LA HEBAT. MACAM DIALAH JUARA MELAYU TERUTAMA BREHIM ALI DAN YANG SE'RROMA' DENGANNYA.

SUDAHLAH PAS, AMBO JAMIN MUZAKARAH ATAS NAMA ISLAM DENGAN UMNO TAK AKAN BERLAKU PUNYA SEBALIKNYA UTUSAN MALAYSIA AKAN TERUS MAINKAN ISU INI KONONYA PAKATAN RAKYAT TERDESAK.

KITA KENA TAHU USUL YANG DIKELUARKAN OLEH TOK GURU INI SELEPAS SELESAI FORUM MENGENAI NAMA ALLAH DI PUTIK, PENGKALAN CHEPA. UMNO YANG NAMPAK JUARA DALAM ISU NI STAKAT NI APA YANG DIA BUAT?..LOH LAH ABE LI EH,PERBETULLAH UMNO SELAGI DEMO MAMPU TAPI SETAKAT INI DEMO YANG CUBA UMNO PERBETULKAN....

p/s:ya Allah jauhkan aku dari memamhami umno...Amiin..

AlHadi Tok Ayah Su (atas) said...

ramai yang tersalah tafsir dengan pelawaan tok guru Nik aziz termasuklah saya,hok ambo faham gak,ajakan ini untuk membincangkan hal ajaran agama islam bukannya soal perpaduan kedua parti,hok ni kita kena tahu beza.

sbbnya selamo ni umno fobia sangat sangat kalu sebut atas nama bab agama...kerana banyak kerjabuat spt rasuah,dosa pahala dan sebagainya umno langgar semace jah...dunia pun tahu busuk sampai ko usus!

Abuzar said...

Dari sudut sejarah, UMNO semasa tersepit, akan peralatkan semua pihak .... semasa nak kuasa semasa kemerdekaan dulu .. mereka cari sokongan ulamak, cari rakyat marhein Melayu, ... Bila dapat kuasa, mereka berpakat dengan kerajaan Perikatan saja, cina MCA, india MIC ... suara2 ulamak ini dibakul sampahkan, buat akta & undang2 sekular... budaya tradisi melayu, jawi terhapus, kerakyatan pendatang asing diberi secara mudah melalui undang2 bikinan UMNO "jus soli", rampas kuas kerajaan PAS Terengganu...

Akhirnya tercetus peristiwa 13 Mei 1969 kerana kuasa melayu terhakis hasil "jus soli" .... UMNO cari PAS minta tolong buat Kerajaan BN... gula2kan PAS... tapi bukan nak bersatu berkongsi kuasa dengan PAS tapi nak telan kerajaan negeri PAS, hingga PAS ditendang macam anjing kurap dan bahkan PAS hilang kerajaan Kelantan... UMNO bawah Tun Mahathir terus lanyak PAS, .. tanpa rasa persaudaraan Melayu atau Islam...ISAkan, sekatan subsidi, projek, macam2 diskriminasi/penindasan kpd aktivis Islam/PAS dianggap anti-perpaduan & anti-pembangunan, .. bukan itu saja malah sesama pemimpin UMNO yang tak sebulu dgn agenda rasuah & tyranny ketua2 Umno dilanyak seperti Dato Harun Idris, Tengku Razaleigh, Tun Musa Hitam, Dato' Seri Anwar Ibrahim, dll ... tanpa berhati perut... itu semasa UMNO kuat berkuasa..... inilah hati budi kepala otak pemimpin2 UMNO dulu, kini,...

Bila terdesak sekali lagi pada PRU8, PRU10 .. suara lunak pemimpin2 UMNO terhadap PAS, ulamak, aktivis Islam kedengaran balik .... kemudian tenggelam selepas PRU11 bila menang selesa... majoriti besar lebih 2/3... Pemimpin2 UMNO bercakap besar disetiap persidangan antarabangsa, dabek dada jaguh masyarakat multi-racial, korupsi berleluasa, isu ketelusan SPR, isu PSMI, isu Royalti Minyak Terengganu, harga minyak dinaik turun sesuka hati, suara rakyat macam melukut ditepi gantang.. ..., PAS dimomokkan sebagai parti ortodoks, pasif, pelampau, pengganas, terroris nyaris2 nak diharamkan....

Walaubagaimana pun PAS dibawah pimpinan arwah Dato' Fazdhil Nor berjaya membuat Reformasi (Tajdid) Dalaman secara struktural & operational.... menukar sentimen sempit kejumudan qaumiyyah & imej kampongan kepada parti Islam syumul yang terbuka, berintegriti dan dinamik dengan perubahan semasa. Dasar dan pendekatan baru ini telah memberi ruang yang sihat kepada semua aktivis Islam bukan PAS, masyarakat Melayu tradisi, masyarakat melayu pertengahan, rakyat bukan Islam untuk mendekati dan asosiasi aktif dengan PAS. Proses tajdid PAS oleh Ustaz Fadhil Nor amat berkesan dan membentuk barisan saf pimpinan PAS wajah baru iaitu-Kepimpinan Ulamak dengan takrifan kepimpinan gadingan jitu para aktivis Islamis-"ulamak-profesional-korporat-aktivis"- Dengan misi "Membangun bersama Islam" & "PAS for All" - maka PAS telah meraih hasil pada PRU12 yang lalu... PAS tidak lagi dilihat sebagai asosiasi dengan "pelampau-pengganas", "anti-perpaduan" atau "anti-pembangunan" oleh rakyat Malaysia. Maka bermula disini pulalah UMNO memainkan "jarum halus" dan "psychological war" .. dalam merobek persepsi awam terhadap PAS baru yang terbuka & dinamik supaya terperangkap dalam kepompong sempit tirani UMNO. PAS telah bina persepsi positif kepada seluruh rakyat Malaysia melalui gabungan strategik siasi dalam PR. Ada jugak segelintir pemimpin PAS yang terasa gah dengan terlalu thiqah dirinya, menagih wala’ ahli, lalu termakan gula2 pakej baru UMNO untuk kembali dalam perangkap berbisa UMNO.... Apakah kemudian PAS akan dilawakkan sekali lagi oleh mereka setelah menang PRU13 kelak......???

PAS memang patut mengajak ahli2 UMNO berbincang dan memahami erti sebenar "politik Islam" supaya menolak fahaman sekular qaumiyyah UMNO yang merugikan ummah sejak sekian lama. TGNA mengajak kita bermuzakarah & bersatu dalam kerangka politik Islam yang lebih mantap. TGNA berulangkali menawarkan pembubaran PAS dan assosiasi dengan UMNO jika UMNO berubah kepada prinsip Islam sebenar!

Anonymous said...

salam...
abe Li..tiga ulasan dari John, Tok Ayah Su dan dan abu Zar adalah melambangkan bahawa bongkaknya pengikut PAS. Betapa manusia jenis 'bersangka buruk' hasil dari didikan PAS. Kita boleh lihat betapa ajaran Allah agar mengujudkan 'persaudaraan Islam' diketepikan begitu sahaja. Mereka boleh nampak 'niat' UMNO. Betapa hebat ahli2 PAS.Mungkin mereka dah diberi 'ilmu ladunni' sebagaimana Tok Guru mereka. Mereka telah 'mendahului' Tok Guru.

Jika kita orang Islam, marilah kita teliti firman Allah swt dalam surah Al Imran, ayat 103:

"Dan berpegang teguhlah kamu sekelian dengan tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai berai; dan kenangi nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (sewaktu jahiliyah dulu), lalu Allah menyatukan antara hati kamu (sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang Islam yang bersaudara.

Rasulullah saw pernah bersabda: "Ibarat seorang mukmin dengan mukmin yang lain ialah sebuah binaan daripada bahan yang saling sokong-menyokong antara satu dengan lain sehingga tercipta sebuah binaan." (Riwayat Bukhari)

Sabda Rasulullah saw yang lain: "Kamu akan lihat orang Islam dalam kasih sayang mereka, lemah-lembut mereka dan kasihan belas mereka umpama seperti tubuh badan, jika ada anggota badan yang mengadu sakit, maka seluruh anggota badan yang lain turut merasainya dengan sakit demam dan berjaga malam." (Riwayat Bukhari)

Firman-Nya surah Al Hujurat, ayat 10: "Sesungguhnya orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah antara saudara kamu dan bertakwalah kamu kepada Allah agar kamu diberi rahmat."

Allah swt berfirman dalam surah Al Anfal, ayat 46: "Dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan jangan kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang yang bersabar."

Firman Allah swt dalam surah Al Imran, ayat 103: "Dan berpegang teguhlah kamu sekelian dengan tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai."

Rasulullah saw pernah bersabda: "Jangan kamu berdendam kesumat, jangan kamu berhasad dengki, jangan kamu berpaling muka, jangan kamu pulau- memulau, sebaliknya hendaklah kamu bersaudara. Adalah tidak harus bagi seseorang Muslim tidak bertegur sapa dengan saudaranya melebihi tiga hari." (Bukhari dan Muslim)
...bersambung

Anonymous said...

...sambungan

Rasulullah saw bersabda: "Demi nyawaku di bawah genggaman Allah! Kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman. Kamu tidak akan beriman sehingga kamu berkasih sayang. Mahukah kamu kalau aku tunjukkan kepada kamu satu perbuatan, apabila kamu lakukannya kamu akan berkasih sayang? iaitu ucapkan salam sesama kamu." (Muslim)

Apakah ayat-ayat dan hadith2 ini PAS nak letakkan ke tepi? Demi menjaga kesucian agama Islam, maka sepatutnya kita bersangka baik, Kita yang menyokong perjuangan UMNO, sesekali tidak menolak ajakan ke arah perpaduan kerana ianya adalah sebahagian ajaran Islam, walaupun kita tidak mencanangkan bahawa kita adalah jaguh pejuang Islam. Apa makna nya mengaku sebagai seorang Islam, kalau apa yang dianjurkan oleh Islam ditolak mentah-mentah?

Wahai sauadara2 seislam, marilah sama-sama kita bersatu kerana tidak pernah ada 'perpaduan' itu merugikan dan tidak pernah ada perpecahan itu menguntungkan...Janganlah membuat tuduhan melulu kononnya UMNO dah hilang pengaruh dsb... perlu diingat bahawa dalam 'sunami politik' yang begitu kuat pun UMNO tidak pernah rebah, apatah lagi setelah kita memperbaiki kekurangan lampau, UMNO masih kerajaan yang utuh dan sehingga kini UMNO masih kerajaaan Pusat, kalau nak dikira, perlu apa pada PAS?, kita sekarang semakin kuat dan mantap!...tapi kita ketepikan semua itu semata-mata ingin menyahut seruan Allah agar umat Islam bersatu padu dan berkasih sayang...soal PAS mengatakan bahawa kita tolak Islam, zalim, rasuah, kronisma...itu persepsi mereka, bukan mereka yang akan membuat penilaian di akhirat...asal saja kita ikhlas dengan Allah, kalau ada ahli UMNO yang melakukannya, itu adalah bersifat 'peribadi' dan bukan sesekali matlamat parti. Saya harap ada yang sedar hakikat itu dan jangan sampai memasang cita-cita ' BIAWAK INGIN MENELAN BUAYA!'

Anonymous said...

ABE LI WEEEEEH,

KALU PAS KECEK GAPO PUN MATLAMAT DIA SBENARNYA POLITIK. BUKE NAK ISLE SANGAT. KALU NOK KO ISLE BAKPO TOK LEH BBAIK DENGAN ORE UMNO NYO, SDGKAN DENGAN DAP BOLEH BAIK MOLEK2. KO ORE UMNO NI TIDOK ISLE? TOK SOH CCAYO LA KO PUOK2 NI, KAKI BBELIT.

john said...

Salam...

ambo suko dengan komen anon2 di atas..ambo napok niat ikhlas dio. kalu lah niat keduo anon di atas samo dengan niat pemimpin umno diperingkat atasan alangkah bagusnya...

keduo-duonyo nok suruh umno baik nga pas.MASALAHNYO umno tok ser cari titik persamaan dalam islam. ambiklah suroh gapo pun dalam quran. Allah kato doh kalu ado perselisihan faham antara keduo muslim carilah melalui ISLAM..Insy'allah akan selesai lah masalah tu...

TAPI...bila tok guru cadang muzakarah atas namo ISLAM, tengok lagu mana pemimpin umno balas..tengok pengomen umno yang pandai mengulas..selagi mano umno menagungkan fahaman 'bangsa' selagi tu lah penyelesaian antara pas dan umno tak akan selesai...hiduplah umno dengan ulama' nya dan pas dengan ulama'nya...

p/s: ambo tok ser ikut ulama' yang tak berani menegur pemimpin yang suka perkara2 mungkar...

Anonymous said...

John ni terlupa hakikat...UMNO sambut ajakan TG Haji Hadi, namun TGNA demo tolak. UMNO kata boleh duduk semeja bincang tentang Islam dan kepentingan org Melayu yang rata2nya menyokong UMNO dan PAS. TGNA demo kato tak mahu Muzarah, tukar kepada muqabalah..pun UMNO terima asal sudi duduk semeja bincang soal-soal ummat Islam dan rakyat. Demi menjaga rakan2 terutama DAP,tentangan TGNA tak terhenti di situ, dalam TG Haji Hadi dan Nasarudin Mat Isa bersetuju, tiba-tiba TGNA buat desakan supaya adakan muktamar khas/luar biasa. Lalu berlangsunglah muktamar atas desakan oleh Tok Guru ni, John. Dalam muktamar tersebut memutuskan tidak ada sebarang rundingan dengan UMNO, tutup pintu!. Berita Harakah muka depan! Entah mimpi apa yang datang, tiba-tiba tok Guru yang sama bercakap tentang 'duduk semeja' berbincang ttg atas dasar Islam. Kalau dah boleh duduk semeja, isu apa sekali pun boleh lah dibincangkan...ini tidak tiba-tiba saja Tutup Pintu...! Najib kata tunggu tgk reaksi, jangan macam cuaca sekejap gelap, sekejap cerah..tak konsisten. Apa yang peliknya TGNA kata buat apa UMNO menentang PAS kerana PAS adalah memperjuangkan Islam. Soalan ni budak tadika boleh jawab...Kalau tak mahu ditentang, buatlah jemaah macam ABIM, Tabligh dan badan-badan Islam lain, lebih ikhlas...kalau masuk gelanggang politik, yang mana PAS adalah sebuah parti politik, maka wajib akan ada yang menentang sebab itu sifir politik. Orang2 PAS jangan keliru, PAS adalah sebuah Parti politik! bukan pertubuhan agama...Sebab itu bila dalam ceramah2 PAS, mereka kata tidak boleh mengasingkan agama dan politik, UMNO juga setuju...memang tidak mengasingkan, cuma mengasingkan agama dari PARTI politik, itu memang boleh! tengok betapa PAS nak mengelirukan rakyat.

Apa pun bagi saya, bersatu adalah lebih baik dari terus-terusan berpecah belah. Sekiranyanya ia menjadi kenyataan, betapa org2 kampung akan kuat semula silaturrahim dan ukhwah semakin mantap yang selama ini sedikit sebanyak 'dipisahkan' oleh faham politik. Pun begitu tidaklah bermakna kita ni jenis hidung tak mancung, pipi tersorong2. Jika ada yang mahu, kita persilakan dengan punuh hormat, tetapi jika tidak ada kesungguhan dan hanya bermain kata2...kita lebih mahal harganya.
wassalam.

Abuzar said...

Saya juga sependapat dengan sdr john, bila dua anom diatas berhujjah dengan nas yang qatie dan amat jelas. Tiada seorang yang beriman akan menolak hujjah & dalil berdasarkan nas diatas kecuali munafiklah akan dia. Jika semua ahli UMNO sentiasa berpegang kepada nas & beramallah dengannya, maka tiada lagi khilaf syarie antara UMNO dengan PAS. Pada ketika itu apa hasrat PAS telah didahului tindakannya oleh UMNO. Boleh dijatuh hukuman bughah jika PAS menderhaka kepada "khalifah Islam" UMNO? Tapi realitinya hari ini, berapa peratus bilangan Ahli Parlimen & Menteri2 UMNO yang sanggup berhukum dengan undang2 syariah & hukum hakam Allah keseluruhannya?

Mungkin Ahli2 Parlimen PAS boleh bawa usul pindaan Perlembagaan dengan tambahan satu fasal lagi dengan ayat-"SEMUA PERUNTUKAN DIDALAM PERLEMBAGAAN ADALAH SAH SETAKAT MANA IANYA TIDAK BERCANGGAH DENGAN MANA-MANA HUKUM SYARIAH ISLAM YANG BERDASARKAN AL QUR'AN, AL HADIST & IJMA' . SEBARANG PERTIKAIAN DARI APA-APA PERUNTUKAN DALAM PERLEMBAGAAN INI, HUKUM SYARIAH ADALAH MENGATASI." pada sesi parlimen akan datang. Apa agaknya respons ahli2 parlimen UMNO? Jika ahli2 parlimen melayu UMNO sokong maka saya percaya hujjah anom berdua, kita semua tinggalkan PAS... Tetapi jika tidak, hujjah anom berdua hanya retorik & helah golongan sefahaman dengan Abdullah bin Ubai bin Salul untuk mengabui & menipu orang2 mukmin.

Jika hujjah anom ini dipakai, mungkin peristiwa hitam pertumpahan darah saudara seIslam tidak berlaku. Kematian kemalangan "misteri" Prof. Zulkifli Muhamad, pembunuhan Ab. Samad Gol, Ust Ibrahim libya & 13 orang di Memali, 1 orang di Lubuk Merbau, ... hampir2 terbunuh 2 orang aktivis PAS di Batu Buruk... Begitu juga tarik balik bantuan kepada SAR, sekatan royalti minyak, .. dsb

Saya juga rasa pelik bagaimana dua anom diatas boleh tidak sedar setiap kedurjanaan UMNO selama 50 sebelum ini...?

Saya berharap hujah & dalil dua anom diatas diTERIMA oleh pihak atasan UMNOnya ... yang akan melayan Melayu/ Islam diluar UMNO seperti dalam PAS, PKR, DAP, PRM, PSM, PBS, Arqam, tabligh, MTUC, dll .. sebagai "saudara seagama" yang perlu diberi hak dan keadilan yang sama nanti..

Titih Antara Ulamak Tana Jawi said...

Hakikat yang yang tahu agama, yang lbih banyak ilmu dari Nik Aziz tentang Islam ni ada beuta-juta. Cuma mereka tidak tunjuk agah, tidak riak kerana mereka tidak ada kepentingan untuk pertahankan kerusi Menteri Besar.

Bukan sikit anak-anak, menantu, anak-anak saudara, termasuk anak saudara bini dan worih-waroh jadi kaya boktan Nik Aziz adi MB. Memang boleh belawok ko sesama manusia tetapi tidak boleh belawok dengan Allah.

Kerana itu punca ilmu Nik Aziz jadi dawas kalau dia betul-betul berilmu. Kalau orang ada ilmu sungguh, dia tak akan benarkan gelarannya digezet, malah merasa gah dan bangga bila disebut YAB Tuan Guru. Di sini nampak kepalsuan Nik Aziz sebagai ulamak kononnya yang akhirnya orang Pas yang taksub akan sedar juga akhirnya walaupun memakan masa yang lama.

Namanya tidak akan kekal macam Syeikh Daud Al-Fattani, Tok Kenali, Tok Pulai Chondong, Tok Bachok, Haji Ali Kutan, Tok Padang Jelapng, Haji Abdullah Bunut Payong, Tok Khurasan, Tok Pulau Kerbau, Tok Kangkong dan alim ulamak tanah jawi yang lain.

Bila Nik Aziz mati, orang akan melihat kesilapannya dalam membina pemikiran para pengikut dan pentaksubnya yang kini nampak semacam memBERHALAkannya.

Sekadar pandangan ikhlas, semuga Allah ampuni saya jika saya terslap.

Abuzar said...

Titih Antara Ulamak Tana Jawi said...
Hakikat yang yang tahu agama, yang lbih banyak ilmu dari Nik Aziz tentang Islam ni ada beuta-juta. Cuma mereka tidak tunjuk agah, tidak riak kerana mereka tidak ada kepentingan untuk pertahankan kerusi Menteri Besar.
...........................

Titih ulamak kata... berjuta2 ulamak yang banyak ilmu.. tu.. kenalah bangkit, ajar & dakwahkan kepada keseluruhan umat yang hidup dalam kesesatan sekular, jahilyyah, dan maksiat berleluasa sekarang... penzalim, penindas, penfitnah, perasuah, penipu, perompak, penzina, perogol, penagih arak & dadah, murtad,....... Walau miliki ulamak berjuta kalau duduk diam saja, tidak dakwah, tidak jihad, akhirnya tiada apa manafaat dari ilmunya itu, ... ada hadist menyebut... bahawa ulamak jenis ini dipanggil "syaitan2 bisu".... Kerana ramai Ulamak yang jenis inilah, antara sebab mengapa "yang berkuasa" dikalangan umat Islam diseluruh dunia sekarang kecuali Iran, dari para jahil & penzalim... yang menyuburkan maksiat dan fitnah antara ummat...

Kesengsaraan umat Islam yang menjadi buruan dan mangsa penindasan hari ini, akibat berketuakan golongan fasik atau yang bersifat munafik dengan Allah. Pemimpin2 jenis sekular ini sanggup menjadi boneka agenda tersembunyi kafir Amerika Syarikat, Israel, dan kuasa2 kafir barat yang lain seperti Afghanistan, Iraq, Mesir, Jordan, Pakistan, dll .. bagi menindas/ menyembelih bangsa & umat sendiri.

Jikalau hujjah Titih ulamak itu benar, Apakah ulamak2 berilmu tinggi, zuhud dan tiada riak yang ada sekarang yang disebut oleh Titih ulamaki tiada memahami situasi ini dan tiada mahu bangkit kedepan kerana terlalu zuhudnya untuk menggerak ummah keluar dari kesengsaraan & kesesatan ini sebagaimana dicontohi oleh para Ambiya' wal Mursalin, Rasululah SAW, para sahabat dan ulamak terdahulu?

Redhakah Allah SWT terhadap "ulamak bisu" yang menyembunyikan kehebatan ilmunya? Dimana "amanah ilmu" yang dianugerahkan kepada seseorang alim ulamak itu? Apakah ulamak2 jenis ini takut hilang "kemewahan duniawi" yang dihulur oleh penguasa2 sekular dan fasik? Halalkah sumber rezeki hasil dari bersengkokol dengan ahli maksiat atau pemerintah fasik & zalim?

Jika hujjah titih ulamak itu .. batil(palsuI atau kazab(dusta) ... tuan adalah berhujah dengan "keras keng" saja dan peragai seperti ahli kitab yang degil menolak bukti2 kerasulan Nabi Muhamamd SAW.... tak boleh dipakai dan penyambung lidah2 syaitan saja........

Khusus untuk yang mengaku Titih ulamak tanah Jawi.... Satu sifat mazmumah adalah mereka2 yang membangga2 diri keturunan ulamak, para nabi, tapi diri sendiri derhaka dengan Allah SWT. ... Anak bini Nabi Noh, Anak bini Nabi Lut, Ibu bapa Nabi Ibrahim, Bapa2 saudara nabi Muhammad, dll adalah ahli kuffar.... Orang yahudi pun dok bangga keturunan dari Nabi Yaakub AS. ..... betullah lirik kata nyanyian salah satu lagu nasyid .... IMAN TAK BOLEH DIWARISI... BEGITU JUGA ILMU, AMAL, AKHLAK ...IA PERLU DIUSAHAKAN SENDIRI .... PERLU PENGORBANAN DIRI... Jadi tak payahlah dok dabek dada aku puak anak beranak, titih baris, keturunan tok guru atau ulamak jika diri sendiri jahil tukil & berperangai syaitan....

Titih Antara Ulamak Tana Jawi said...

Ulamak cepelag lebih bahaya dari ulamak bisu. Kerana kecepelagkan ulamak cepelag boleh punahkan orang yang taksub.

john said...

Salam...

last post untuk artikel 670..

kepada: Titih Antara Ulamak Tana Jawi
"Hakikat yang yang tahu agama, yang lbih banyak ilmu dari Nik Aziz tentang Islam ni ada beuta-juta. Cuma mereka tidak tunjuk agah, tidak riak kerana mereka tidak ada kepentingan untuk pertahankan kerusi Menteri Besar."
-BAI,YA AMBO TAHU MEMANG RAMAI ULAMA BERILMU TERUTAMA DI TANAH ARAB DAN INDIA/PAKISTAN. DISANA PELAJAR2 MENCARI TOK GURU. DALAM KONTEKS MALAYSIA, ADAKAH PERKARA INI BERLAKU? YA BERLAKU DIPONDOK2 TAPI BERAPA RAMAI? JIKA ULAMA TIDAK MENGAMBIL PERANAN UNTUK MENYAMPAIKAN SEKADAR MENUNGGU DIPONDOK2 BAGAIMANA KESUDAHAN MASYARAKAT ISLAM DIMALAYSIA. BUKAN NAK KECILKAN TOK GURU PONDOK (MUNGKIN MEREKA SUDAH TAK KUAT SEPERTI ZAMAN MUDA) KERANA PRODUKNYA IAITU PELAJAR2 INILAH YANG AKAN MEYAMPAIKAN DAKWAHNYA. JIKA DIBANDINGKAN ANTARA PELAJAR INI DENGAN YANG MEMPUNYAI PENGARUH SEPERTI TGNA, SIAPA YANG AKAN MUDAH MENYAMPAIKAN ILMUNYA? TENTULAH YANG MEPUNYAI PENGARUH. INI BILA TGNA NAK MENYAMPAIKAN MENGENAI ISLAM DITUDUH MACAM2 HANYA KERANA PENYAMPAIANNYA BERCANGGAH DENGAN UMNO. SEDARLAH BAI KAMU PANDAI BERCAKAP MEMESONGKAN PEMIKIRAN DAKWAH ISLAM. ULAMA ANTARABANGSA SPT YUSUF QARDHAWI KAMU IKTIRAF TAPI DAKWAHNYA KAMU LUPAKAN. INI BILA ORANG NAK SAMPAIKAN ILMU DIKATAKAN TAKBUR...BAIKLAH DIMANA ULAMAK MU BAI YANG VOKAL. TAK PERNAH AMBO DENGAR. YANG AMBO DENGAR "JAGALAH KEAMANAN, HARGAILAH PERPADUAN"...BERKAIT DENGAN HUKUM HAKAM,CARA HIDUP ISLAM... DIAM SERIBU BAHASA.

"Bukan sikit anak-anak, menantu, anak-anak saudara, termasuk anak saudara bini dan worih-waroh jadi kaya boktan Nik Aziz adi MB. Memang boleh belawok ko sesama manusia tetapi tidak boleh belawok dengan Allah."
BAI, DEMO PERASAN TAK? ANOK BERANOK TOK GURU SENTIASA DALAM PERHATIAN UMNO. TENGK MENANTU DIA..ADA LAPORAN..SPRM AKAN SIAT-SIAT. KALAU ADA LAGI YANG TAK KENA TOLONG LAPOR,TGNA TAK DE MASALAH. YANG JADI MASALAH APABILA FITNAH. BAI, KAMU KENA TAHU, TGNA AMAT MENITIK BERATKAN KEAGAMAAN DALAM KELUARGA BELIAU. ROKOK ADALAH HARAM BAGI KAUM KERABATNYA. BAI TITIH ULAMA PULA MCAMMANA? TAK KAN ANAK TOK GURU TAK BOLEH MENCARI KEKAYAAN SEDANGKAN PEMIMPIN KAMU BERCAKAP "KEMISKINAN MENGHAMPIRI KEKUFURAN"..KALAU SALAH LAPOR DAN UMUMKAN HASILNYA..JOHN TAK DE MASALAH.

"Kerana itu punca ilmu Nik Aziz jadi dawas kalau dia betul-betul berilmu. Kalau orang ada ilmu sungguh, dia tak akan benarkan gelarannya digezet, malah merasa gah dan bangga bila disebut YAB Tuan Guru. Di sini nampak kepalsuan Nik Aziz sebagai ulamak kononnya yang akhirnya orang Pas yang taksub akan sedar juga akhirnya walaupun memakan masa yang lama."
BAI, ORE KELANTAN JENIS YANG HORMAT ORANG BERILMU. ADAKAH BAI TAHU TOK GURU BANGGA DENGAN GELARAN ITU. SEPATUTNYA DIA LEBIH BANGGA KALAU ORANG PANGGIL DIA DENGAN GELARAN 'DATUK'. GELARAN TOK GURU RAKYAT KELANTAN MAJORITI YANG BAGI,RAKYAT UMNO KELANTAN PUN SUKA DENGAN GELARAN ITU KECUALI DEMO BARANGKALI. INI TIDAK BILA TERLAU RAMAI ORANG MENGIKUTI TGNA DIKATAKAN 'TAKSUB'. ITULAH MODAL YANG DIPUNYAI. AMBO KATO DOH SEBELUM NI BAIK TAKSUB KEPADA ULAMAK DARI TAKSUB KEPADA UMARA' YANG SUKAKAN KEMUNGKARAN...

p/s:baik paka nama John dari paka nama2 hok gah tapi tak faham fikrah islamiyyah.....Astaghfirullah hal azim...

Anonymous said...

saudara john...
ukur baju di badan sendiri. Tengok kemampuan. Kita bukan tak mahu Islam. Sesiapa yang menganut Islam tetapi tiada niat untuk cintakan Islam itu dikira terkeluar dari akidah Islam...Sebagai sebuah negara majmuk moden sudah pasti berlainan dgn zaman nabi...Oleh itu lihat kemampuan sendiri!

saudara john, yang kami dok hujah ni begini:
Ambil contoh 3 perkara,
- Bila PAS menuduh UMNO memberi lesen arak, membenarkan jual arak, buka kilang arak dan macam-macam lagi...UMNO jawab, itu bukan untuk org Islam, negara kita ada pelbagai bangsa dan agama, PAS tidak mengendahkan jawapan UMNO dan terus menuduh UMNO...Nah! bila PAS perintah Kelantan, masih ada lesen arak dikeluarkan oleh MPKB (BRI), apa dia jawab...'itu bukan untuk orang Islam'... Apa bezanya dengan jawapan UMNO dulu?

-Bila UMNO melantik kaum wanita jadi calon dalam pilihan raya, PAS kata tak boleh angkat wanita jadi calon, tak boleh berketuakan wanita... UMNO kata ianya sebagai wakil kepada kuam wanita, sesuai dengan peredaran masa...Akhirnya bila PAS didesak oleh muslimah mereka, lantik juga wanita jd calon...PAS kata 'nak sesuai dengan masa untuk membela kaum wanita'...Apa bezanya dengan jawapan UMNO?

- Bila UMNO melantik bukan Islam sebagai calon dlm pilihan raya, PAS kata tak boleh lantik orang bukan Islam jadi ketua, haram... Tak boleh undi mereka, berdosa! Bila PAS dah berpakat dengan DAP, kenapa pula boleh mengundi bukan Islam?, sampai TGNA sndri naik pentas kempen bersama dgn DAP. Apa bezanya dengan UMNO?

saudara john,
banyak lagi hujah2 kalau nak ditunjukkan. cukup tiga sebagai contoh. Lihatlah, betapa PAS meniru UMNO satu demi satu...

Pada saya begini saja, kalau PAS memperjuangkan Islam, UMNO sudah lama melaksanakan Islam setakat yang termampu spt sistem pendidikan melalui sekolah2, ketenteraan, bank2 islam,menyediakan kemudahan untuk rakyat, membina masjid, dan sebagainya yang merupakan usaha ke arah kehidupan yg sempurna di dunia dan di akhirat,Jadi kedua-duanya mendakwa berkhidmat untuk Islam...cuma UMNO tidak menggunakan nama Islam... mengapa PAS perlu banyak berdolak dalik?. sekejap 'tutup pintu', sekajap buka...ukhwah Islam ke arah pembentukan ummah tak akan berlaku dengan hanya cakap kosong. Kalau dah setuju duduk semeja...berbincanglah tentang apa sahaja, baik bab agama, politik, sosial...semuanya boleh. Tapi kalau dah 'tutup pintu'...bagaimana nak bincang? Semua tak akan jadi, termasuk bincang soal agama...
Kalau PAS ikhlas, buka pintu seluas2nya, jangan jadi orang yang 'bodoh sombong'kerana ianya amat bertentangan dengan agama!
wassallam

joostspring said...

kl nik ajis btul2 ikhlas bgus r..tp kl stakat nk dptkan mileage politik disebabkan PR tgh nazak skrg ni mmg celako lg mengcelakokan r nik ajis ni...

selagi nik ajis hidup,ank kunci perpaduan org islam melayu terletak pada nik ajis..haji hadi pun malas nak kata gajah rimau dah pasal ni..