Sunday, February 7, 2010

MUNCUL KEMBALI (672)

Manusia tidak akan terlepas dari ujian

KALAU tidak ada yang email tanya kenapa saya tidak meresponi gambar cemar dan bernajis mughallazoh Anwar Ibrahim roket punggung Dato' Nik Aziz, saya tak perasaan pun wujudnya gambar seperti itu.

Saya tidak bercadang untuk melihatnya. Saya sendiri tidak pernah menjenguk blog jeffrydamien09, malah blog-blog yang tidak tidak dikenali identiti pemiliknya jarang saya jenguk, kecuali saya tahu siapa di sebaliknya.

Sebagai bloggers, saya pun rasa malu dengan perlakuan tidak bermoral sebegitu. Bagaimanapun saya tetap menghormati hak asasi bloggers berkenaan dan melihat apa yang dilakukannya pasti ada hikmahnya.

Kenapa dalam ribuan bloggers, hanya beliau yang berani berbuat demikian, apakah beliau cukup berkuasa untuk melakukan perlakuan itu tanpa izin-Nya? Sedangkan kalau kehendak bloggers berkenaan bercangah dengan keizinan-Nya, mana mungkin bloggers berkenaan ada keupayaan melalukannya.

Maknanya apa yang berlaku pasti ada hikmahnya dan hikmah itulah yang perlu dicari dan digali dan ianya hanya upaya dicapai dan ditemui oleh mereka yang mencari dan menggalinya dengan penuh kesedaran dan melihat apa yang berlaku sebagai suatu ujian.

Manusia yang disayangi-Nya akan sentiasa diuji. Ada yang diuji dengan kesakitan, kemiskinan dan kepapaan, ada pula yang diuji dengan kekayaan, kesenangan, pangkat dan kedudukan supaya manusia memuhasabah diri.

Syaitan yang asalnya sangat alim dan merupakan antara penghuni syurga penuh nikmat diuji dengan penciptaan Adam a.s. dan ternyata syaitan tumpas dalam ujian gara-gara kesombongan, kangkuhan dan keriakkannya, telah enggan sujud kepada Adam a.s sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah s.w.t.

Dato' Nik Aziz dilabel sebagai seorang yang alim dan dipangkal namanya digezetkan dengan gelaran 'tok guru menah' tidak terlepas dari ujian, malah berbanding dengan pimpinan Pas yang lain beliau nampaknya lebih banyak brdepan dengan ujian.

Ujian yang dihadapinya juga bukan sia-sia. Selain dari tujuan bagi memperkukuhkan tahap keimanan dan ketakwaan, pasti ujian itu adalah supaya penyokong dan pentaksubnya dapat membuat penilaian terhadapnya secara zahir dan batin, supaya penyokong dan pentaksubnya sedar bahawa beliau adalah manusia biasa.

Oleh kerana sabar merupakan sebaagian daripada iman, maka kalau Dato' Nik Aziz gagal bersabar dengan ujian yang dihadapi, maka menjadi fardu kifayah kepada pimpinan Pas khususnya dan rakyat serta seluruh ahli Pas untuk memperingatkannya supaya bersabar mengadapi ujian.

Memang betullah membuat gambar Anwar roket punggung Dato' Nik Aziz merupakan perbuatan yang sangat melampau, bersifat mengghina, mengaibkan dan sangat tidak bermoral dan amat tidak bersopan.

Namun mesti diterima hakikat bahawa sesuatu perkara tidak akan berlaku kalau tidak bersebab, kalau tidak untuk diteladani atau disempadani, untuk dicontohi atau dijauhi dan menjadi suat peringatan.

Apakah tidak mungkin bahawa selama ini Dato' Nik Aziz pernah melakukan sesuatu yang tidak sopan, melampau, tidak bermoral dan bersifat menghina dan mengaibkan sesiapa di kalangan hamba-Nya tanpa sengaja atau pun dengan sengaja?

Itu kena diperkirakan, dicari gali dan dimuhasabahi supaya dengan keperitan yang dirasakan kerana dhina akan dapat digambarkan betapa peritnya orang yang terhina oleh kata-katanya atau sikap serta pendiriannya.

Penghinaan terhadap seseorang tidak hanya terhad melalui blog tetapi juga boleh berlaku juga melalui ceramah, kuliah agama, perbualan melalui rakan-rakan, penyebaran melalui SMS dan sebagainya.

Kepada bloggers terbabit yang saya yakin orangnya masih muda cada, pada saya andanya juga diuji dengan kes ini untuk nantinya akan akan menjadi bloggers yang lebih baik, malah saya yakin blog anda akan meletup selepas ini.

Kesilapan dan kerterlanjuran sebenarnya bukan petaka tetapi ianya adalah merupakan antara proses pembelajaran dan pengumpulan pengalaman, mana mungkin akan terngadah kalau tidak terantuk.

12 comments:

Anonymous said...

QS. an-Nur-4 :
Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik,

Anonymous said...

Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu juga. Janganlah kamu kira bahwa berita bohong itu buruk bagi kamu. Tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya. Dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar.
QS. an-Nur (24) : 11

Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukminin dan mukminat tidak bersangka baik terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata:" Ini adalah suatu berita bohong yang nyata. "
QS. an-Nur (24) : 12

Mengapa mereka (yang menuduh itu) tidak mendatangkan empat orang saksi atas berita bohong itu? Oleh karena mereka tidak mendatangkan saksi-saksi maka mereka itulah pada sisi Allah orang-orang yang dusta.
QS. an-Nur (24) : 13

Sekiranya tidak ada kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu semua di dunia dan di akhirat, niscaya kamu ditimpa azab yang besar, karena pembicaraan kamu tentang berita bohong itu.
QS. an-Nur (24) : 14

(Ingatlah) di waktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja. Padahal dia pada sisi Allah adalah besar.
QS. an-Nur (24) : 15

Dan mengapa kamu tidak berkata, di waktu mendengar berita bohong itu: "Sekali-kali tidaklah pantas bagi kita memperkatakan ini. Maha Suci Engkau (Ya Tuhan kami), ini adalah dusta yang besar. "
QS. an-Nur (24) : 16

Allah memperingatkan kamu agar (jangan) kembali memperbuat yang seperti itu selama-lamanya, jika kamu orang-orang yang beriman.
QS. an-Nur (24) : 17

Dan Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada kamu. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
QS. an-Nur (24) : 18

Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
QS. an-Nur (24) : 19

Dan sekiranya tidaklah karena kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu semua, dan Allah Maha Penyantun dan Maha Penyayang, (niscaya kamu akan ditimpa azab yang besar).
QS. an-Nur (24) : 20

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaithan. Barangsiapa yang mengikuti langkah-langkah syaithan, maka sesungguhnya syaithan itu menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan yang mungkar. Sekiranya tidaklah karena kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu sekalian, niscaya tidak seorangpun dari kamu bersih (dari perbuatan-perbuatan keji dan mungkar itu) selama-lamanya, tetapi Allah membersihkan siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
QS. an-Nur (24) : 21

Anonymous said...

Sdr Ramli, saya terpanggil untuk mengulas kali ini.
Bila Nik Aziz merasakan gambar yang dihasilkan itu menfitnah beliau, sewajarnya beliau menasihati penyokong pembangkang supaya tidak melakukan perkara sama kepada pemimpin lain.
Apa yang malang, selama ini penyokong pembangkang termasuk pemimpinnya ghairah menghasilkan pelbagai ilustrasi dan karikatur menghina dan memperlekehkan pemimpin Umno dan pemimpin negara.
Malangnya, dimana suara Nik Aziz dan pemimpin Pas lain untuk menghentikan fitnah sedemikian. Saya tidak bermaksud menyokong blog terbabit, namun apabila bercakap mengenai keadilan, sewajarnya kita tidak bersikap double standard. Adil apabila memihak dan menguntung kita, tidak adil atau berat sebelah apabila memihak kepada orang lain. Namun itulah yang menjadi pegangan penyokong pembangkang selama ini.
Maaf jika ada yang tersentuh dan atau terganggu.

Anonymous said...

"Setelah perbicaraan disambung semula , ada baiknya pasukan peguam Anwar membuat semakan dan permohonan supaya Saiful dirujuk kepada Pakar Sakit Jiwa dan kalau perlu harus dihantar ke Tanjung Rambutan untuk pengesahan kesihatan mentalnya.

Ini kerana , dalam sesi perbicaraan pada minggu pertama , sudah Nampak beberapa kenyataan yang tidak logik pada akal rakyat 1Malaysia , kecuali orang – orang UMNO.

Dalam kenyataannya Saiful menyatakan beliau hanya berjumpa dengan Pegawai Perubatan setelah 2 hari ‘diliwat’ oleh Anwar.

Lebih menyayatkan hati dan menimbulkan kelucuan , Saiful mendakwa beliau ‘diliwat’ pada jam 4.30 petang 26hb , tetapi pada 27hb beliau masih datang bekerja dan bertugas sebagai pembancuh kopi di pejabat Anwar , dan hanya 28hb beliau bergegas ke tiga hospital bagi mendapatkan rawatan dan membuat pengesahan bahawa beliau ‘diliwat’

Ada baiknya pasukan peguam Anwar membuat permohonan kepada mahkamah supaya Saiful dirujuk kepada Pakar Sakit Jiwa.
"

john said...

Salam...

Pado ambo pulok yg biaso dok melayari blog2 ni...memang ado jugok blog yang pro PR yang buat imej 'cut and paste' ni, cumo tak dok se'mughollazoh' si jeffry tu. Dio biaso memberi komen dalam mana2 blog pro PR. tok 'sekko' pulok dio ado blog! tak po la, baso dio doh itulah standard kebanyokan blogger yang pro umno. Bahasonyo, ayatnyo memang 'sial' la kalu di baco. contoh blog lain yang 'sedap' bahasonyo ialah parpukari dan papagomo. mungkin dio nok ssoho srupo aduka taruna kot...

p/s: kalu buleh kenal si jeffry damien ni sedak jugok.....

anaksengat said...

Tahniah Umno, Umno memang hebat. 'wa cayaa..lu !'
Biar apapun keputusan dan perkembangan kes DSAI, umNO telah berjaya dipusingan awal. Mereka berjaya aibkan DSAI dan paling penting mereka berjaya mengalihkan tumpuan masyarakat terhadap perbicaraan tersebut walaupun negara sedang menghadapi kemelut demi kemelut besar.

Dengan tumpuan diberikan kepada perbicaraan tersebut, maka tentunya tumpuan DSAI terutamanya terpaksa dialihkan kepada kes mahkamah dari memperkuatkan dan memperkukuhkan Pakatan Rakyat. Tenaga yang diberikan tentunya terpaksa dibahagi dua.

Apa yang paling penting, bagaimana perbicaraan ini dapat menarik sokongan atau sekurang kurangnya simpati rakyat terhadap DSAI. Umum mengetahui orang melayu khususnya adalah bangsa yang lembut hati dan mudah kasihan. Meletakkan kesalahan kepada Shyyyfool bukanlah strategi politik. Biarlah peranan itu dimainkan oleh peguam bela DSAI.

Bagi ahli politik khususnya blogger dan pimpinan Pakatan Rakyat tugas kita ialah meraih simpati rakyat terhadap DSAI dan keluarganya. Menumpukan kejahatan Najib sebagai perancang utama kes tersebut. Shyyyfoolll tidak langsung mempunyai nilai politik. sebaliknya umNO dilihat mempotretkan Shyyfool sebagai mangsa yang tak berdaya..bertujuan meraih simpati rakyat!

Ingat.. gambar DSAI yang lebam adalah simbol kezaliman pemerintah yang digandingkan dengan jasa DSAI dalam kerajaan terhadap rakyat Malaysia.Rakyat menterjemahkan simpati melalui undi 1999. Tumpukan terhadap serangan dan sasaran yang sebenar,...

Jua buat blogger yang masih berkubang dengan isu dalaman... sedarlah... anda tidak membantu jamaah atau Pakatan Rakyat ....tetapi membebankan jamaah dan Pakatan Rakyat..... Orang sudah ke bulan... jangan lagi menghabiskan masa dengan bermain layang layang atau kuda kepang!!!(sumber)

Lebai Mangkok Hayun said...

Yang peliknya, ada juga blog pro pembangkang yang turut siarkan gambar apa yang MKJ namakan Anwar rokek punggung Dato' Nik Aziz.

Kalau pereka gambar itu berdosa dan tidak bermoral, apakah bloggers lain yang menyiarkannya tidak berdosa dan dan bermoral juga?

Anonymous said...

cuba berkunjung ke blog ni.
http://pasjawab.blogspot.com/

Ahli Pas Separuh Veteren said...

Lebai Mangkok Hayun!
Kalau orang lain buat berdosa belaka, orang Pas buat tak apa. Banyak di kalangan bloggers yang syok sendiri, yang berlagak lebih Pas dari Pas dan golongan ialah yang merosakkan Pas.

Golongan inilah yang banyak memberi gula dan madu beracun dan orang Pas pula, tamahan TGNA sukakan yang manis-manis, mudah fobia dan gabra dengan kepahian walhal dalam pahit ada ubat dan penawar mujarab lagi mustajab.

Anonymous said...

Melayu, kalau dah berkarat dgn mentaliti kebendaan.. bawak le hujah alquran atau hadis banyok mano pon susoh nok terimo.... puok2 ni dok nampok hok UMNO boleh bagi samas-serial tu la... biar la anok cucu nanti akhirya merempat dari tanah air atau murtad, mereka tak kisah... janji halkum aku boleh mengkedarah makan.. halal-haram bawak ketepi...

Ahli Umno Lulusan Al-Azhar, Mesir said...

Orang Pasnya begapo hak buat bagi cegah murtad? Boktan tv, boktan medialah orang murtad. Mana daya lawan Pas untuk cegah murtad, mencegah mungkar. Kalu pitih takdok jawabnya bual jah la.

Latiff Keliru said...

Anonymous February 7, 2010 10:42 PM

Yang tuduh Najib berskandal dengan Altantuya dan tuduh bini PM macam-macam ada empat saksi yang tidak fasik ko tidak?

Yang kata orang Umno tak ayak masuk syurga tu berita benar ko berita bohong, kalau benar, kesahihannya berdasarkan apa?