Monday, February 8, 2010

MUNCUL KEMBALI (673)

Cadangan perbincangan Pas-Umno: jangan jadi setangkai tak sebau

UNTUK mengakrabkan anjing dengan kucing atau antara madu-madu bagi pengamal poligami dan antara anak tiri dengan ibu atau bapa tiri bukan seperkara yang mudah tetapi ianya bukan seperkara yang mustahil dan mampu dilakukan serta direalitikan.

Ada kucing yang menjaga anak anjing dengan baik (laporan mengenainya tersiar pada satu saluan tv), ada madu-madu yang bukan sahaja boleh tingal sebumbung tetapi apabila seorang madu bersalin, maka madu yang lain yang tidak beranak, menjaganya.

Saya berbapa dan beribu tiri, saya baik dengan ibu tiri saya. Bila sakit dan saya ziarah, dia akan gagahkan diri mengaku dalam keadaan sihat dan menyembunikan kesakitannya supaya saya tidak bersedih dan risau. Kebetulan ibu tiri saya tidak mempunyai walaupun seorang anak pun.

Sayangnya bapa tiri saya kepada saya kadang-kadang melebihi dari sayangnya dia pada anaknya sendiri. Bila sakit, kepada sayalah akan diadukan supaya dibelikan ubat untukya. Kerana terlalu yakin dengan saya, pada suatu ketika beliau yang mengidap gaut, menelan pil yang sebenarnya untuk resdung. Kerana tegesa-gesa saya bertukar botol sebenarnya.

Kebetulan saya pembekal ubat tradisional untuk penyakit resdung, sakit saraf, sakit urat, lumpuh kerana angin ahmar dan juga baik untuk pemulihan tulang bagi mereka yang terlibat dalam kemalangan di samping bolehlah mengubati penyakit batu karang, buasir, kencing manis, darah tinggi, barah, penyakit jantung menggunakan sejenis pokok serta boleh menghilangkan ketagihan rokok, dadah dan mengubati HIV, guna sejenis pokok.

Dengan izin Allah ramai yang sembuh. Mana-mana penjenguk blog ini yang menghidapi penyakit-penyakit berkenaan dan sudah bosan berubat dengan pakar-pakar perubatan tetapi tidak juga sembuh, bolehlah mencuba pegubatan secara tradiosional.

Tidak perlu datang jumpa saya, cuma beritahu saya apa penyakitnya dan anda boleh dapatkan sendiri pokok-pokok tertentu yang lazimnya tumbuh di sekeliling rumah sama ada di bandar atau di kampung.

Berbalik kepada cerita bapa tiri saya, yang peliknya walaupun yang ditelan ubat resdung namun gautnya teap sembuh. Bila sekali lagi diserang gaut, dia minta saya belikan ubat dan saya bawakan ubat untuk gaut.

Apabila mendapati botolnya tidak serupa, beliau tunjukkan betul ubat resdung yang katanya lebih berkesan menyembuhkan gautnya. Saya tergamam dan memberitahunya ubat yang ditelan iu bukan untuk gaut tapi unuk resdung. Dia kata ubat itu baik untuk gaut dan dia yang tidak tahu membaca tulisan rumi kata, dia ingakan ubat untuk gaut.

Saya bangkitkan ini sebagai asas dan dalil bahawa apa yang dianggap mustahil boleh jadi tidak mustahil kalau itu yang dimahukan, termasuk dalam soal cadangan mengadakan perbincangan antara Umno-Pas walaupun keduanya ibarat anjing dengan kucing yang kononnya bukan saya tidak boleh diletak dalam satu reban tetapi bertikam bayang pun tidak boleh, akan bercakaran.

Pokoknya masing-masing kena ada keinginan untuk sama-sama buang yang keruh ambil yang jernih dan mengelak dari wujudnya hakikat setangkai tidak sebau, yakni usaha kena dipermudahkan dan jangan sekali-kali diperpayahkan dengan pelbagai kerenah. Elakkan dari berbincang untuk menang atau untuk menjadi hero, sebaliknya kena fikirkan untuk kepentingan rakyat dan negara.

Bagi saya laporan-laporan berikut yang disalin-siar dari Utusan Malaysia patut kita sama-sama renungi supaya dapat ditemui apa yang tersurat dan tersirat dan apakah ianya akan mempermudahkan cadangan mesemejakan Umno-Pas menjadi realiti atau sebaliknya;

1. Pas diharap tidak lupakan PKR

KUALA LUMPUR 8 Feb. - Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berharap Pas tidak melupakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam segala urusan perbincangan dan kerjasama dengan UMNO.

Beliau percaya sebarang perbincangan antara tiga parti itu akan membuahkan hasil yang besar, bukan sahaja kepada umat Islam tetapi seluruh rakyat negara ini.

Persaudaraan mantap dalam kalangan umat Islam, menurutnya, sudah pasti akan membawa keamanan dan kemakmuran kepada negara selagi ia berpaksi kepada al-Quran dan bukannya semangat perkauman sempit.

"Bagaimanapun saya agak hairan apabila Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bernada sama iaitu Pas sudah sedia berbincang dan bekerjasama dengan UMNO.

"Kehairanan saya adalah kerana kedua-duanya sebelum ini begitu keras (menentang) sebarang bentuk kerjasama dengan UMNO, duduk sembang pun tak mahu. Malahan Tok Guru sampai doakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya pecah perut," katanya.

Beliau berkata demikian dalam blognya, zul4kulim.blogspot.com di sini hari ini.

Dalam hal ini, Zulkifli menimbulkan persoalan kenapa perkembangan yang dianggap luar biasa itu berlaku selepas perbicaraan kes liwat Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjalan di mahkamah.

"Saya nampak semacam ada perubahan sikap kepada pimpinan Pas. Apakah mereka menjangkakan sesuatu akan berlaku kepada Anwar, maka mereka mencari insurans sekarang ini?

"Atau apakah mereka sudah hilang keyakinan terhadap pakatan pembangkang, atau apakah kedua-dua tokoh yang sangat saya hormati ini sudah mula mengorak langkah kepada mencetus gelombang ukhuwah Islamiah di negara ini? Moga niat baik mereka diberi keberkatan oleh Allah," katanya.

2. Gabungan lahirkan tamadun politik hebat

PUTRAJAYA 8 Feb. - Gabungan bakat serta kebolehan kepimpinan UMNO-Pas akan 'menelurkan' tamadun politik yang hebat seandainya wujud kesepakatan antara kedua-dua parti.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, yang penting ialah kedua-duanya mesti menggenggam matlamat induknya iaitu merealisasikan perbincangan yang berkisar kepada usaha untuk memperluaskan tamadun politik Islam.

Bagaimanapun beliau mengingatkan sebarang kerjasama dan perbincangan UMNO-Pas tidak akan menjadi kenyataan jika Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang 'bercakap lain' manakala Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula 'bernada lain'.

"Ini bukan soal siapa nak jadi Perdana Menteri atau siapa hendak pegang portfolio Menteri Kewangan.

"Saya seorang yang merentasi pelbagai zaman percaya inilah (perbincangan dan kerjasama UMNO-Pas) satu-satunya yang mungkin setiap warga Muslim beri perhatian terutama kalangan ahli Pas sendiri.

"UMNO sudah lama cuba mengusahakannya tetapi sebelum ini kedengaran banyak kata-kata sindiran," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

3. Jangan sampai rakyat meluat'

KUALA LUMPUR 8 Feb. - Ahli Jawatankuasa Pusat Pas, Mohamed Hanipa Maidin menegur pimpinan tertinggi parti itu yang disifatkan seperti sengaja mencari 'nahas' apabila membangkitkan isu kerjasama dengan UMNO.

Tegas beliau, tindakan itu tidak akan membawa kebaikan kepada parti sebaliknya akan memuncakkan lagi kemarahan rakyat kepada Pas yang dilihat amat tidak konsisten dan cermat dalam menangani isu itu.

"Meluat rakyat ada hadnya. Jangan sampai Pas berani-berani menghampiri had itu. Jika rakyat meluat kepada kita, jangan marah mereka marah kepada diri kita sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian dalam entri Hati-hati Pas jangan sampai rakyat meluat kepada kita di blognya, peguampas.blogspot.com.

Tambah Mohamed Hanipa, beliau tidak boleh menegur UMNO kerana bukan ahli parti itu tetapi sebaliknya layak untuk menegur pemimpin Pas.

"Tidak cukup dengan keputusan Jawatankuasa Disiplin yang memeningkan kita dan menjadi bahan ketawa abad ini, kini timbul semula isu muzakarah Pas dengan UMNO.

"Sekejap ada sekejap timbul. Sekejap ada sekejap timbul. Apa lagi kalau bukan muzakarah Pas dan UMNO? Sekejap UG (Unity Government), sekejap muzakarah, sekejap muqabalah. Lepas ini apa pula, kita pun tidak tahu.

"Saya yakin rakyat dah muak dengan isu ini. Jika saya tidak bersama Pas, sudah tentu saya orang pertama yang paling muak dan meluat dengan isu ini dan muak kepada kedua-dua parti politik yang membangkitkan isu ini," katanya.

Mohamed Hanipa mempersoalkan pimpinan Pas yang dilihat tidak pernah serik dan tanpa sebarang sebab musabab secara tiba-tiba membangkitkan isu tersebut.

"Bukankah lebih baik kalau kita gunakan pemikiran kita untuk memperkuatkan pakatan pembangkang. Saya rasa terpanggil ingin menegur pemimpin Pas tidak kira setinggi mana pun jawatan mereka dalam parti.

"Biarlah orang Pas marah saya daripada rakyat marah kepada Pas dan menghukum Pas selepas ini," katanya.

4. Pas perlu ikhlas - Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR 8 Feb. - UMNO sentiasa bekerjasama dengan Pas mengenai semua perkara terutama yang membabitkan isu agama dan bangsa Melayu asalkan parti itu ikhlas serta tidak mempunyai kepentingan politik.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, keikhlasan itu penting kerana parti itu sebelum ini pernah secara terang-terangan menolak sebarang kerjasama dengan UMNO walaupun ia demi kepentingan agama dan bangsa Melayu.

Katanya, kerjasama yang dirancang juga perlu berlandaskan semangat persaudaraan yang utuh dan bukannya digunakan sebagai isu sensasi untuk menyerang mana-mana pihak pada masa akan datang.

"Langkah positif ini sepatutnya telah lama dijalankan dan di pihak UMNO, tentunya mengharapkan agar isu-isu yang ada tidak dipolitikkan. Jika ia hanya demi perjuangan politik sempit, kerjasama yang diharapkan tidak akan berjaya.

"Kami selaku kerajaan tentulah mempunyai pendirian bahawa demi rakyat dan negara, kestabilan politik harus diutamakan dan bukannya menjadi topik untuk disensasikan,'' katanya kepada pemberita.

Beliau mengulas kesediaan pucuk pimpinan Pas untuk berkerjasama dan berbincang dengan UMNO, selepas menyambut delegasi Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Wisma Pertahanan di sini hari ini.

Ditanya sama ada beliau percaya pemimpin Pas benar-benar ikhlas kali ini atau sekadar ingin mengalihkan perhatian, Ahmad Zahid berkata, UMNO telah lama bersedia dan tidak akan masuk dalam perangkap politik pembangkang.

"Walaupun kita menyambut baik usaha untuk mewujudkan kerjasama antara dua parti dokongan Melayu ini, UMNO sebenarnya turut membuat analisis tersendiri bagi menilai sejauh mana keikhlasan Pas.

"Jika Pas hanya berniat untuk memasang perangkap dengan menjadikan kerjasama sebagai isu, saya fikir mereka tidak akan berjaya,'' tegasnya.

5. Kerjasama Pas-UMNO dimuktamad Ahad ini

KUALA LUMPUR 8 Feb. - Persoalan sama ada cadangan pimpinan tertinggi Pas supaya diadakan perbincangan dan kerjasama dengan UMNO diterima sebagai dasar parti atau sebaliknya akan dimuktamadkan pada 14 Februari ini.

Pada tarikh tersebut satu mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat akan diadakan di ibu pejabat parti itu di sini bagi membincangkan pelbagai isu termasuk cadangan 'berbaik-baik' Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang disokong pula oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, pada mesyuarat itu, satu keputusan sebulat suara berdasarkan kepada konsep musyawarah akan diputuskan.

"Saya tidak mahu komen apa-apa mengenai cadangan sebelum ini kerana saya hanya dengar dan tahu melalui akhbar sahaja tiada sebarang kenyataan rasmi parti lagi.

"Dalam mesyuarat ini sesiapa sahaja yang bawa cadangan boleh dibincangkan sebelum diputuskan secara sebulat suara," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Abdul Hadi yang menegaskan bahawa parti itu sedia bekerjasama dan berbincang dengan UMNO dalam setiap perkara termasuk yang berkaitan dengan hal politik dan agama.

Abdul Hadi berkata, polisi kerjasama antara Pas dan UMNO sama ada membabitkan perkara yang boleh dibincang atau sebaliknya bukanlah pertama kali dilakukan kedua-dua parti berkenaan dan ia merupakan polisi berpanjangan dari dulu hingga hari ini.

Sebelum itu, Nik Abdul Aziz mencadangkan supaya Pas dan UMNO duduk semeja berbincang serta menamatkan perseteruan lebih 50 tahun antara kedua-dua parti dokongan orang Melayu itu.

Kata Menteri Besar Kelantan itu, Pas adalah sebuah parti yang ditubuhkan oleh alim ulama dalam UMNO sendiri dan adalah tidak wajar perseteruan yang ada terus menerus berlaku.

6. Cuaca politik ciptaan Pas

''SAYA tak tau nak kata apa sebab pendirian dia, bertukar macam cuaca, ada masa dia setuju, ada masa tak setuju. Saya nak tunggu pendirian yang tegas oleh Pas, jadi bila dia bersikap dolak-dalik ni susah nak cerita.''

Itulah jawapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika diminta mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mencadangkan Pas dan UMNO duduk semeja berbincang dan menamatkan perseteruan lebih 50 tahun antara kedua-dua parti dokongan orang Melayu itu.

Sememangnya, kalaulah kenyataan Nik Abdul Aziz seperti cuaca maka akan huru-hara penduduk di kawasan yang terlibat, masakan tidak, kalau hari ini panas, esok hujan dan lusa pula mendung.

Tetapi kenyataan politik tidak boleh dilayan seperti cuaca, ia sebaliknya perlu konsisten dan padu. Kalau hari ini kata mahu, esok kata tidak, lusa kata nak fikir dulu, maka tiada siapa pun boleh disalahkan kalau orang sifatkan Nik Abdul Aziz tiada pendirian.

Oleh itu, kenyataan terbaru Nik Abdul Aziz berhubung rundingan dengan UMNO boleh ditafsirkan satu kenyataan politik atau tidak keterlaluan kalau disifatkan sebagai usaha mengalih perhatian berikutan pelbagai kemelut yang melanda pembangkang sekarang.

Mungkin atas nama perpaduan Islam dan orang Melayu, pemimpin UMNO termasuk Najib sentiasa bersikap terbuka untuk berunding dengan Pas. Tetapi dalam masa yang sama, apa yang harus difikirkan, apakah kali ini Pas benar-benar serius?

Kita tidak harus melupakan pada Oktober tahun lalu, Pas dilanda konflik hanya semata-mata apabila ada beberapa pemimpin itu mencadangkan rundingan dengan UMNO.

Cubalah ingat apa yang dilakukan oleh Nik Abdul Aziz, pada 24 Oktober Mursyidul Am Pas itu berkata, beliau tetap dengan keputusannya meminta pimpinan parti itu mengadakan muktamar agung khas bagi menentukan kedudukan beberapa pemimpin yang menimbulkan masalah dalaman kepada parti berhubung isu kerajaan perpaduan.

Akibatnya beberapa pemimpin utama Pas dipandang serong oleh ahli sendiri dan dianggap mempunyai agenda politik peribadi, biarpun mereka ikhlas menyuarakannya demi kepentingan umat Islam.

Tindakan Nik Abdul Aziz tersebut hanyalah secebis daripada beberapa kenyataan Nik Abdul Aziz sebelum itu yang menentang sebarang usaha untuk mengadakan rundingan dengan UMNO.

Tambahan pula Menteri Besar Kelantan itu sentiasa menganggap Pas jauh lebih baik daripada UMNO. Sehinggakan kalau hendak bermesyuarat dengan DAP atau Parti Keadilan Rakyat (PKR), boleh tetapi kalau dengan UMNO tidak boleh.

Oleh itu kenapa baru sekarang Nik Abdul Aziz hendak bercakap soal rundingan dengan UMNO dan kenapa pula mahu menyeret sama DAP dan PKR dalam rundingan tersebut?

Begitu juga apabila Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menegaskan parti itu sedia bekerjasama dan berbincang dengan UMNO dalam setiap perkara.

Tetapi kita harus faham dalam beberapa isu politik yang tercetus sebelum ini terutamanya melibatkan kerjasama dengan UMNO, Nik Abdul Aziz dan Abdul Hadi seolah-olah tidak mempunyai kata putus.

Apabila perkara itu dibawa dalam perbincangan, mesyuarat atau muktamar, seolah-olah ada arus yang begitu kuat menghalang sebarang usaha untuk berunding dengan UMNO.

Nik Abdul Aziz dan Abdul Hadi boleh berkata dan mencadangkan apa sahaja tetapi akhirnya keputusan akan dibuat oleh parti. Kaji sahaja isu penggunaan kalimah Allah, pada mulanya, kedua-dua pemimpin itu dengan tegas mengatakan ia tidak boleh digunakan oleh bukan Islam tetapi apabila mesyuarat diadakan, keputusan dan pendirian mereka berubah!

Dalam soal ini, Pas berbeza dengan UMNO, jika di dalam UMNO apabila pemimpin sudah sepakat maka ahli akan mengikut sahaja tetapi dalam Pas, sentimen politik mengatasi segala-galanya.

UMNO dilihat seolah-olah 'musuh kamu yang paling nyata' sehingga kalau ada pemimpin Pas yang mencadangkan berbaik-baik dengan UMNO, mereka akan dianggap sebagai 'boneka UMNO'.

Ketika diminta mengulas perkara ini, salah seorang pemimpin Pas yang suatu ketika dahulu amat bersetuju jika kedua-dua parti berunding berkata, beliau tidak menaruh apa-apa harapan.

''Anggaplah sahaja buat masa ini, ia hanyalah satu kenyataan politik sehinggalah parti membuat keputusan,'' katanya ketika dihubungi.

Pemimpin tersebut tentu lebih memahami sentimen di dalam partinya, apatah lagi kalaulah Pas terutamanya Nik Abdul Aziz hendak berunding, hentikanlah semua tohmahan terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

Mana mungkin, kedua-dua belah pihak berunding kalau dalam masa yang sama, satu pihak mengecam pihak yang lain. Adalah lebih baik, kalau Pas benar-benar ikhlas dan tegas kali ini untuk berunding maka mereka juga perlu menunjukkan sikap persahabatan dengan UMNO.

Mereka perlu memberi penjelasan terlebih dahulu kepada ahli-ahli kenapa rundingan itu hendak dijalankan. UMNO sudah pasti tidak mahu pisang berbuah dua kali, apabila setelah menyatakan kesediaan berunding, Pas pula bercakaran sesama sendiri yang akhirnya rundingan itu entah ke mana.

Lebih buruk lagi, demi untuk menjaga hubungan politiknya dengan anggota pembangkang yang lain, maka kesudahannya UMNO pula dipersalahkan dan kononnya berada dalam keadaan lemah sehingga mahu berunding dengan Pas.

Bukankah ini yang berlaku dahulu apabila Abdul Hadi mencadangkan kerajaan perpaduan dahulu? Oleh itu adalah lebih baik jika semua pemimpin UMNO mencontohi sikap Najib yang tidak tergopoh-gapah untuk menyatakan persetujuan kecuali melihat Pas benar-benar tegas dalam soal tersebut.

Sama ada hendak diakui atau tidak, UMNO ingin berunding dengan Pas adalah demi kebaikan umat Islam dan orang Melayu, tidak lebih daripada itu. UMNO tidak memerlukan suntikan kekuatan daripada Pas bagi memperolehi kejayaan di dalam pilihan raya.

Rakyat lebih tahu menilai siapa yang paling layak antara kedua-dua parti itu dalam memperjuangkan nasib orang Melayu dan umat Islam.

Oleh itu rundingan dengan Pas adalah atas dasar keikhlasan UMNO untuk melihat dua parti terbesar orang Melayu sekurang-kurangnya sekata dalam isu berkaitan kaum tersebut dan agama Islam.

Berdasarkan kepada keadaan itu, adalah wajar jika kenyataan Nik Abdul Aziz dianggap 'cuaca yang tidak menentu ciptaan Pas', mungkin paling sesuai disifatkan 'hujan panas' yang menimbulkan keresahan kerana tidak pasti apakah selepas itu akan panas atau hujan.

Apa pun, kali ini seperti juga isu kerajaan perpaduan, ia terserah kepada Pas untuk menentukan langkah seterusnya.

UMNO tidak perlu berbuat apa-apa kerana sejarah sudah membuktikan bahawa di dalam Pas terlalu banyak 'otak' yang akhirnya mewujudkan cuaca politik ciptaan Pas dan bak kata Perdana Menteri, ''Saya tak tau nak kata apa''.

17 comments:

Abuzar said...

Hanifa Maidin kata ..

"Sekejap ada sekejap timbul. Sekejap ada sekejap timbul. Apa lagi kalau bukan muzakarah Pas dan UMNO? Sekejap UG (Unity Government), sekejap muzakarah, sekejap muqabalah. Lepas ini apa pula, kita pun tidak tahu.

"Saya yakin rakyat dah muak dengan isu ini. Jika saya tidak bersama Pas, sudah tentu saya orang pertama yang paling muak dan meluat dengan isu ini dan muak kepada kedua-dua parti politik yang membangkitkan isu ini," katanya

SAYA SOKONG ISU MUZAKARAH UMNO-PAS NI.... MUZAKARAH KALIMAH ALLAH PUN.. PAS KENA TIPU DIALATKAN, TINDAKAN UMNO TAK PERNAH JUJUR DENGAN ISLAM & PAS. MEREKA HANYA MENCARI HELAH UNTUK PERTAHAN ELIT POLITIK ARISTOKRAT UMNO... BUKAN BENAR2 UNTUK MELAYU ATAU ISLAM... PENINDASAN & DISKRIMINASI UMNO TERHADAP PAS, ATAU MELAYU DILUAR UMNO TAK PERNAH SURUT. PERCAYA LAGI KAH PEMIMPIN2 PAS KEPADA PEMIMPIN2 MUSTAKBIRIN UMNO NI?

LEBIH BAIK PAS DAKWAHKAN, KEMPEN AHLI2 & PENGUNDI2 UMNO YANG RAMAI ITU FAHAM ISLAM DARI BUANG MASA MUZAKARAH DENGAN PEMIMPIN HIPOKRIT OPUTURNIS UMNO!

INGATLAH KISAH TELADAN NABI LAYAN PEMBESAR2 ARAB YG PURA2 DENGAN TINNGGALKAN RAKYAT MISKIN YG MENGHARAPPKAN PETUNUJK & KEBAJIKAN, SEBAGAIMANA SURAH 'ABASA AYAT 1-11:
Surah 'Abasa:

Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling, (1)

karena telah datang seorang buta kepadanya.(2)

Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa),(3)

atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manfaat kepadanya?(4)

Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup,(5)

maka kamu melayaninya.(6)

Padahal tidak ada (celaan) atasmu kalau dia tidak membersihkan diri (beriman).(7)

Dan adapun orang yang datang kepadamu dengan bersegera (untuk mendapatkan pengajaran),(8)

sedang ia takut kepada (Allah),(9)

maka kamu mengabaikannya.(10)

Sekali-kali jangan (demikian)! Sesungguhnya ajaran-ajaran Tuhan itu adalah suatu peringatan,(11)

SUDAH BERAPA RAMAI PEMIMPIN MELAYU YANG JUJUR KECUNDANG KERANA UMNO YG PURA2 & PENUH KONSPIRASI. BOLEH PERCAYAKAH LAGI KEPADA UMNO?

AlHadi Tok Ayah Su (atas) said...

Melebelkan sesebuah parti politik yang tiada kerajaan sebagai pembangkang adalah sudah tidak releven lagi,ini kerana sudah terdapat dikalangan sesama ahli dalaman sudah mula menunjuk kan reaksi membangkang sesama sendiri,Jika diteliti situasi ini adalah satu trend baru sebagai tanda untuk memprotes atau menegur tetapi malangnya ada yang disalah tafsir sebagai ejen kepada parti lawan pula.

Sebagai contoh keujudan (hukuman) JK Disiplin adalah dibuat untuk mengambil kira sebagai langkah menegur sebarang salah laku dan sikap ahli dalaman.Walaupun kurang selesa pada sesiapa yang berada didalam JK disiplin ini kerana bolih membangkitkan rasa kurang popular disamping bolih menjadi mangsa kritikan namun untuk menjamin keseimbangan (Check Balance)maka JK Disiplin perlu berfungsi bukan sahaja sebagai pemantau malah sehingga keperingkat memutuskan sesuatu peraturan atau hukuman (berdasarkan pengalaman saya)

Apa yang penting istilah pembangkang perlu ditukar kepada memberi cadangan kepada kepehak kedua,manakala pehak yang menerima cadangan tersebut perlulah pula menimbangkannya cadangan itu untuk diputuskan secara bersama,hanya dengan cara inilah sahaja bolih menjamin kestabilan hubungan jika mahu mengadakan muqabalah dengan pas-umno....(pendapat peribadi)

PEKERJA KELAS RENDAH MAHKAMAH said...

uesday, February 9, 2010
KALAH NIZAR -TAHNIAH BUAT TGNA

Mahkamah Malaysia hak milik UBN.Ada hikmah kenapa TGNA tidak bawa tuntutan royalty minyak Kelantan ke mahkamah.Sesungguhnya apa jua kes yang melibatkan pentadbiran kerajaan pastinya akan berpihak kepada UBN.

Lihatlah sudah jelas dan nyata badan kehakiman malaysia sudah hilang ketelusannya.Kes DS Nizar bakal menhitamkan lagi badan kehakiman Malaysia.

Kepada Muslimat PAS Perak teruskan perjuangan.Kerja-kerja pilihanraya teruskan.Kesinambungan PRU 13 menanti kita. - DIPETIK DARI SATU BLOG PRO PEMBANGKANG.

.....CUKUPLAH DISEDIAKAN PELAN ANGAN-ANGAN DAN MIMPI SIANG HARI BUAT NIZAR, NANTI BOLEH MASUK WAD MENTAL KAWE TU. TERIMALAH HAKIKAT BAHAWA PERAK KINI SUDAH JADI MILIK UMNO/BN/ KALAU DIRASAKAN ADA PENGARUH, TUNGGU SAJA PILIHANRAYA UMUM KE-13, KALAU BETUL RAKYAT PILIH NIZAR, ZAMBRY KENA KALAHLAH JUGA NANTI.

MENGANGGAP MAHKAMAH MALAYSIA MILIK UBN ADALAH SUATU KEMELAMPAUAN DAN BERSIFAT MENGHINA MAHKAMAH DAN SISTEM PERUNDANGAN DAN KEHAKIMAN NEGARA. BLOGGERS INI PATUT DISIASAT, DIDAKWA DIHUKUM DIBAWAH KESALAHAN MENGHASUT DAN MENGHINA MAHKAMAH, SISTEM PERUNDANGAN DAN KEHAKIMAN NEGARA. ALIRAN PEMIKIRAN BEGINI KALAU TIDAK DIEKAT BOLEH MENYUMBANG KEPADA PERKARA BURUK BOLEH BERLAKU KEPADA NEGARA.

Anonymous said...

Selagi org Melayu memakai kopiah/topi parti politik mereka, mana mungkin mereka duduk semeja. Berbincang - jauh panggang dari api.

Mereka harus bertemu atas nama sendiri yg berbangsa Melayu dan berugama Islam dan ingin memertabatkan Melayu dan Islam atau Islam dan Melayu yg disegani. Pihak Mufti dan/atau wakil Raja mungkin patut dijemput sebagai penasihat (mederator). Tak salah menjemput ex-politician utk memberi pendapat.

Carilah jalan yg dipersetujui bersama.
Mungkin ade hal-hal yg harus - We agree to disagree.

Agaknya saya masih mermimpi ... hampir 13:00 dah.

Nani Cheras

pijoe said...

bro abuzar,
saya rasa baik pemimpin pas dakwahkan penyokongnya dulu sebelum nak dakwah penyokong umno...demo raso penyokong pas bersish bagus sangat kah?????...fikir-fikirkanlan!!!!!

Lebai Mangkok Hayung said...

Kawe setuju dengan pijoe. Orang Pas kena dakwahh dan walikan orang Pas dulu baru ubah kepada dakwah Umno.

Ada bini dalam Pas boleh abaikan rumahtangga, suami dan anak-anak kerana berjuang dalam Pas untuk masuk syurga. Kononnya unuk Pas, tak dapat izin suami pun tak apa nak tubik rumah. Ni pakai hukum mana nih?

Itu namanya Pas salah dakwah, dakwah Pas songsang. Pas kena betulkan dulu kesongsangan ini kalau nak dakwah orang lain.

Anonymous said...

saudara Abuzar..
Tulisan saudara menampakkan saudara seseolah seorang yang bongkak,sombong, ujub dan sum'ah...menampakkan diri hanya kita yang terbaik, orang lain dianggap sebagai 'mustakbirin' sudah pasti bertentangan dengan Islam. Celiklah mata...urut dada dan istighfar lah. Tarik nafas panjang2 dan lepas dengan penuh kesyukuran. Abuzar sendiri celik mata selepas keluar dari perut ibu, dijaga kesihatannya oleh kerajaan, disuntik dengan segala anti penyakit, smpai 7 tahun disekolahkan di sekolah kerajaan, diberi buku, dijaga kesihatan giginya...membesarlah saudara Abuzar dengan penuh rahmat dan kasih sayang ibu bapa dalam negara yang begini makmur. Dan kini...saudara sudah tahu menulis dan bijak mengarang hasil didikan dan ajaran guru2 sekolah yang sediakan oleh kerajaan.Hampir 53 tahun negara ini merdeka dan sehingga kini kita masih mengecap nikmat keamanan ini dan begitu selesa beramal ibadah. Kerajaan yang menunjangi Malaysia selama 53tahun ini adalah kerajaan UMNO yang Abuzar gelarkan sebagai 'mustakbirin' tadi. Tapi Sayang seribu kali sayang...anda tidak tahu bersyukur dan berterima kasih rupanya! Saya ingin bertanya, sekiranya Abuzar diberi peluang untuk tinggal dalam sebuah negara yang aman makmur, yang adil, yang pemerintahnya tidak 'mustakbirin', negara manakah dalam dunia ini yang saudara Abuzar nak pilih...cuba pilih dan bandingkan...maaf sy bagi tahu, sudah banyak negara yg saya lawati...namun bagi saya Malaysia adalah yg terbaik. Saya rasa Abuzar lebih baik tinggal di Singapura, kerana Singapura diperintah oleh PAP, cabang DAP. Di sana pemerintahnya tidak 'mustakbirin!'...

john said...

Salam...

Anon diatas dan seangkatan dengannya..

ratib umno.."bersyukur, keamanan, perpaduan...bersyukur, keamanan, perpaduan"..Anon..anda memang banyak berjalan dan sebab anda memilih M'sia sebab anda lahir disini dan banyak jasa umno kepada anda sehingga anda selesa dengannya. Ambo pun selesa juga dengan apa yang umno bekalkan hari ini TAPI dalam demokrasi ambo bebas untuk menyuarakan kehendak ambo. apa yang kerajaan bekalkan pada hari ini adalah tanggungjawab dia. kalau dia kerajaan rasa WAJIB memilih mereka, janganlah adakan demokrasi. pastikan mereka menggunakan harta rakyat sebaik mungkin.

selaku kerajaan yang dikatakan islam kenalah meletakkan islam pada tempatnya. mereka ini ada kuasa. kalau demo rasa islam cukup dengan rukun islamnya sahaja atau fardhu ain sahaja..bagaimana pula dengan fardu kifayah?..demo kena ingat ISLAM IS THE WAY OF LIFE..islam adalah cara hidup meliputi semua. jangan kerana sesetengah yang berkait dengan islam dan dirasakan mendatangkan keuntungan digunapakai seperti perbankan islam. kenapa perkara yang penting dalam memlihara kehidupan seperti HUKUM PERUNDANGAN ISLAM digunakan sebagai tempelan sahaja.

Kalau kerajaan ini memerintah dengan adil dan saksama rasanya sokongan terhadap mereka tidak akan berkurangan. sebaliknya tindak-tanduk mereka2 inilah yang menyebabkan mereka tidak disenangi dan perlu diperangi......

p/s: syukur nizar tak menang..takut john lupa diri pulak...

-esK.- said...
This comment has been removed by the author.
john said...

Salam

..sekadar renungan buat anak cucu...kalu tak betul sila komen..

11 sebab kita perlu sokong UMNO

1. UMNO ditubuhkan penjajah. Nama pun dalam bahasa penjajah. Semua pemimpin UMNO dok England masa Malaysia berperang. Sekor pejuang UMNO pun tak pernah luka apatah lagi terpenjara atau terbunuh untuk memerdekakan negara.

2. UMNO terima kerakyatan pekerja asing menjadi warganegara. Indon, Bangla, Vietnam dan Nepal zaman dulu skang dah jadi warganegara. Pastu la ni memekak pasal perkauman. Sendiri buat bodoh, sendiri tak sedar.

3. UMNO serahkan Temasik kepada Lee Kuan Yew.

"Ramai orang marah T. Rahman sebab serahkan Singapura kepada Lee Kuan Yew.. skang ni tengok Pulau Pinang diambil DAP, anak PAP. Lihat bagaimana bijaknya T. Rahman." Kata Datuk UMNO kepada gua satu ketika dulu (ada dalam N3 lepas).

"So, kenapa tak keluarkan Pulau Pinang itu dari Malaysia skang? Bukankah DAP dah perintah." Balas gua sambil senyum manis. Spesis paling bodoh jer serahkan tanah milik sendiri kepada orang semudah begitu dan sepasrah begitu.

4. UMNO jual air Johor kepada Singapura dan beli balik dengan harga mahal. Ni berniaga tahap bodoh spesis Melayu.

5. Tanah KTMB kat Singapura pun dah tergadai.

6. Pulau Batu Putih dah bagi kat Lee Kuan Yew. Tapi sibuk ajak Melayu tahap Felda dan kampung marah kepada DAP.

7. Kawasan tadah air di Kota Tinggi diserah kepada Singapura. Sampai Mahathir dan Muhyiddin tuduh menuduh. Nasib baik Melayu tahap Felda dan kampung tak tahu. TV dan suratkabar tak siar. Kalau tak sah, masing2 bunuh diri sebab baru tahu.

8. Wilayah pembangunan Iskandar warga Israel boleh beli ke tak? Sibuk tuduh Awar Ibrahim agen Israel.

9. Sanggup daratkan petrolium negara ke Songkla dari bagi kepada Melayu sendiri Kelantan. Ni sah kerja jahat DAP.

10. Enjin jet hilang, saham syarikat penting negara dibeli Temasik, tapi salahkan budak sekolah dan guru BM.

11. Bagi anak sendiri modal guna duit rakyat. Buat lebuhraya. Dahla guna duit rakyat, lebuhraya tu pulak milik anak sendiri. Rakyat pulak kena bayar lagi tol. Ni meniaga tahap Melayu ke tahap DAP nih? Ayak... x_x

Hidup UMNO! Hidup ulama perpaduang!

Abuzar said...

Anom 10:41 PM .... Mustakbirin = orang yang TAKBUR (ANGGKUH) dengan Allah Taala. Menolak kebenaran, keadilan dan menafikan, menzalimi hak orang lain. Menolak pemakaian hukum hakam Allah & syariat Islam. Apakah tiada pemimpin UMNO yang bersifat demikian?

Nabi Musa AS hidup dibesarkan dengan kemewahan Istana Fir'un yang kufur kepada Allah. Bila Allah perintahkan dakwah & menentang keangkuhan Fir'un, Nabi Musa laksanakan. Satu ketika Fir'un mengucap semakna ungkapan Anom 10.41.. "tiadakah kamu bersyukur atas apa nikmat yang aku berikan kepada kamu sebelum ini". Nabi Musa berdepan dengan Fir'un bukan keran urusan peribadi atau keluarga atau bangsanya, tetapi atas maksud urusan yang tertinggi iaitu IMAN & SYARIAT ALLAH, Pencipta dirinya & Raja Fir'un itu sendiri! Beliau sedar yang membesarkannya adalah Fir'un & keluarganya, tetapi Fir'un tidak bersedia beriman dan taat kepada Allah. Fir'un tak mahu bersyukur dengan nikmat kekuasaan kerajaan dan kemewahan yang dianugerahkan kepadanya oleh Allah. Fir'un sendiri mustakbirin & kafir dengan Allah. Atas perintah Allah, Nabi Musa berdakwah & berjihad serta tak pernah terkesan dengan pujukan & ugutan Fir'un--- sehingga hancur Kerajaan Mustakbirin Fir'un.

Nabi Musa menentang bapa angkatnya, Fir'un - kerana kebatilan dan kezaliman Fir'un!

Apakah dengan UMNO mengungkitkan jasanya saja dengan menafikan perjuangan dan pengorbanan orang2 Melayu dahulu yang diluar UMNO, penyokong2 UMNO hari ini memaksa rakyat sekarang menyembah syukur kepadanya?

Pernahkah UMNO bersyukur dengan usaha & juang mereka2 yang menderita & gugur syahid kerana menentang penjajahan Barat sejak sekian lama sebelum kewujudan UMNO sendiri, akhirnya UMNO ditampok kuasa sekarang?

Apakah kerana British menyerah kuasa penjajah kepada UMNO, ia menjadi tiket kepada pemimpin2nya membuat apa saja walaupun menolak agamanya, menindas bangsanya dan mengadai tanah airnya?

Pimpinan UMNO sekarang memperalat segala "kuasa" dan "harta" kerajaan untuk mengengkang "kebenaran", menguasai negara dan merampas hak rakyat. .. by hope or by crook..

Sedarlah penyokong2 UMNO ... sekiranya UMNO masih menjarakkan dari syariat Allah... satu masa Allah datangkan keputusannya .. UMNO sendiri hancur ... atau kita sama2 hancur dek kerana mendewakan UMNO dan mempersendakan Islam!?

Anonymous said...

Saudara Abuzar...
Ampun maaf, bukan utk ria'... Saya tahu maksud 'mustakbirin', kerana saya juga berkebetulan diberikan oleh Allah SNW belajar di univ. Al-Azhar.
Saudara nampaknya telah terkeliru dan dikelirukan...Saudara seseolah telah menyamakan perjuagan PAS dengan perjuangan nabi Musa menentang Firaun. Saudara memberikan contoh sedemikian. Apakah saudara terlupa bahawa Firaun adalah jelas musuh Allah. Kafir dan tidak beriman?. Lantaran kekufurannya maka nabi Musa wajib berdakwah terhadap Firaun.
-Dalam kontek UMNO dan PAS cuba lihat:
1.UMNO adalah sebuah Parti politik, bukannya orang perseorangan sebagaimana Firaun.
2. UMNO adalah Parti orang Melayu yang dominannya adalah beragama Islam, berbanding Firaun adalah orang yg tidak beriman sebagaimana yang saudara sebutkan...
3. UMNO tidak pernah menentang sebarang usaha menegakkan Islam dan tidak pula memerangi pendakwah2Islam, sebagaimana Firaun...
4. Jasa UMNO pada Islam juga cukup banyak, eg: pendidikan, perubatan, ketenteraan, pertanian, perbankan, kebajikan, kemudahan awam dsb. - Cukup sebagai contoh...

Secara ikhlas, apakah saudara Abuzar telah mengatakan bahawa penyokong2 UMNO ini kafir?, sebagaimana kafirnya Firaun..? Saya cabar saudara nyatakan pendirian ini.

Saudara menyatakan bahawa UMNO mengungkit jasa-jasanya...meminta agar rakyat 'menyembah syukur kepadanya', satu statment yang saudara reka sendiri. Tidak pernah UMNO meminta agar 'menyembah syukur kepada UMNO'...Satu lagi fitnah yang saudara reka terhadap UMNO! Utk pengetahuan saudara, tiada niat utk mengungkit, tapi sekadar mengingatkan bahawa UMNO ini ada jasa untuk negara ini dan jika dibandingkan dengan jasa PAS apa yg PAS buat? Saya tidak katakan yg PAS tiada jasa langsung tapi jika dibandingkan kedua-duanya, tentulah UMNO lebih besar jasanya kepada negara/rakyat. Mengapa jasa ini perlu disebut?, untuk melahirkan rasa terima kasih dan bersyukur di atas kenikmatan yang Allah berikan, jangan kufur nikmat. Jangan terlalu menuduh dan sentiasa saja memandang negetif terhadap UMNO dan UMNO memang menjalankan tanggungjawabnya sebagai pemerintah.
-Pertanyaan saudara, "Pernahkah UMNO bersyukur dengan usaha & juang mereka2 yang menderita & gugur syahid kerana menentang penjajahan Barat sejak sekian lama sebelum kewujudan UMNO sendiri, akhirnya UMNO ditampok kuasa sekarang?"
- Jawapanya 'ya'. Setiap tahun kita kenang dan kita ingat. Sembahyang hajat dan tahlil di masjid negara setiap malam kemerdekaan tanah air kita iaitu pada bulan Ogos setiap tahun...Pejuang2 kemerdekaan diraikan dan diberi bantuan...Apa pula PAS buat?

...bersambung

Anonymous said...

...sambungan

-Untuk soalan ini -
"Apakah kerana British menyerah kuasa penjajah kepada UMNO, ia menjadi tiket kepada pemimpin2nya membuat apa saja walaupun menolak agamanya, menindas bangsanya dan mengadai tanah airnya?
Pimpinan UMNO sekarang memperalat segala "kuasa" dan "harta" kerajaan untuk mengengkang "kebenaran", menguasai negara dan merampas hak rakyat. .. by hope or by crook..

Saudara boleh bagi contoh, apakah penindasan yang UMNO buat terhadap rakyat? Apakah yang UMNO rampas dari rakyat? Apakah bukti UMNO mengekang kebenaran?

Saudara Abuzar,
semuan kenyataan saudara adalah berteraskan ajaran dan hasutan para pemimpin PAS. Dipasaknya masuk ke kepala penyokong2nya, lalu membuat persepsi dan andaian. Banyak kenyataan2 yang dibuat, spt UMNO menolak Hudud, tolah Islam, tolak kebenaran, zalim, kronisme, rasuah dan sebagainya. Sebaliknya dikatakan PAS adalah parti yg berteraskan Islam yang segala-galanya baik.
Sebenarnya, kebaikan PAS adalah kerana PAS sendiri tidak berada dipuncak kuasa, tidak berbuat apa-apa, tidak ada aset yg banyak untuk menolong rakyat, hanya berceramah dan berdemonstrasi. Memanglah PAS nampak bersih!
Mudah saja analoginya, Orang yang bersorak diluar gelanggang tinju, memang tidak nampak bengkaknya atau kecederaannya kerana tidak bertinju pun, berbanding orang yang berada dalam gelanggang, yang banyak bertinju, memang nampak bengkaknya...Tapi mengapa hanya tempat bengkak yg sedikit ini yang dilihat sdgkan banyak lagi tempat yang tidak cedera...! PAS diakui memang tidak bengkak, sebab tidak pernah turun untuk bertinju, hanya bersorak di luar gelanggang! Mana yang lebih mulia?
Sekarang ni baru menjadi peninju kecil-kecilan di Kelantan dan Kedah...Nah! lihat betapa besarnya bengkak...kronisme bertempek dimuka TGNA! tgk tu almenantunya! tgk Nik Abduh...Lihat kerugian yg ditanggung angkara PMBK. Tidak kah itu bengkak! Kalau nak disebutkan contoh banyak lagi yang boleh saya berikan kerana saya dah copy dari blog Nik Amalina sendiri (anak TGNA)betapa kesongsangan dan 'bengkak' yg disenaraikan di dalam blognya, bukan saya reka. Banyak sekali 'bengkak' yg dilakukan oleh pemimpin PAS termasuk YB Husam Musa.

Saudara Abuzar...
Kalau ada suara2 untuk Melayu Islam bersatu, sokonglah...kerana itu adalah sebahagian dari perintah Allah. Belajarlah jadi orang yang bersyukur...jgn jadi penghukum!...wassalam

Abuzar said...

Anom 7.00AM

Hujah propaganda tuan agak panjang tapi lemah atau sembunyi fakta sejarah. Sejarah hitam UMNO terhadap bangsa Melayu & Islam cuba dibersihkan dengan alasan lemah "perpaduan Melayu" untuk kepentingan segelintir elit aristokrat & kapitalis Melayu? Sejarah peranan ulamak & pejuang2 kemerdekaan bukan UMNO adalah amat trajis .... Ibrahim Hj Yaakub, Dr. Buhanuddin al Helmi, Ishak Mohamad (Pak Sako), Ahmad Bustaman, dll... hasil indoktrinisasi sekular UMNO terhadap bangsa Melayu termasuk ilmuan agama masih terikat dengan habbul duniya.... Untuk betulkan fakta sejarah... ada wajar ditubuh "TRIBUNAL KEZALIMAN & PENYELEWENGAN UMNO" secara telus & terbuka....

Atas nama prinsip (man of principle)... Anom 7.0AM yang mengaku belajar di al Azhar...... berikut petikan untuk tuan huraikan kepada yang fakir ini....

"Dan di antara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, menyebabkan engkau tertarik hati (mendengarnya), dan ia (bersumpah dengan mengatakan bahawa) Allah menjadi saksi atas apa yang ada dalam hatinya, padahal ia adalah orang yang amat keras permusuhannya" (kepadamu). (Surah Al-Baqarah, Ayat 204)

"Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka atau saudara-saudara mereka ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong (agama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya." ( Surah Al-mujaadalah:Ayat 22)

Apakah pemimpin2 UMNO bersedia kembali kepada setiap hukum Allah sebagimana didakwahkan oleh PAS selama ini?

Janganlah hendaknya UMNO bertindak sebaliknya... "Dan apabila dikatakan kepada mereka: Marilah (bertaubat) supaya Rasulullah meminta ampun (kepada Allah) untuk kamu, mereka (enggan sambil) menggeleng-gelengkan kepalanya dan engkau melihat mereka berpaling (dari bertaubat) serta mereka berlaku sombong angkuh." ( Surah al Munafikun, ayat 5).

john said...

Salam...

Saudara Anom Vs Saudara Abuzar....

kpd Saudara anom...ambo hormati hujah anda...wokali Anom ni jenis2 Us.Pendi (ketuo pemudo umno Roto Panje). Bukan sedikit lulusan Azhar dalam Umno...TAPI..TAPI...TAPI di mana suara anda dalam umno demo. Alangkah bagus kalau suara2 macam ni dominan dalam umno. Ni gak bapok2 dalam umno semuonyo tokoh2 projek/kontrak! cubo cari ketuo umno yang bukan ahli perniagaan ado ko dok ustaz Anom?..

Us.Anom, demo mungkin selamat didunia dan akhirat tapi islam ni nasihat menasihati. kalu kaum sabat sendiri suka buat perkaro2 'lagho' dan 'toghut' tanpa kita nok dakwah ko dio dulu takut nga kito2 nyo heret samo..teruskan usaha dakwah anda.....

Anonymous said...

salam...
1. Saudara Abuzar, saya tidak faham kenapa saudara mengatakan UMNO meminggirkan tokoh2 spt Ibrahim Hj Yaakub, Dr. Buhanuddin al Helmi, Ishak Mohamad (Pak Sako), Ahmad Bustaman dll. Apakah bukti yg dikatakan UMNO meminggirkan mereka. Ibrahim Yaakub adalah pengasas Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada zaman penjajah dan merupakan salah seorang pencetus kepada gerakan Nasionalisme Melayu Islam. Sehingga kini kita menyanjung jasanya. Demikian juga Dr. Burhanuddin Helmi yg merupakan seorang tokoh politik tanah air yang menjadi tonggak kepada Parti saudara Abuzar. Di sebabkan beliau telah kembali ke rahmatullah, namanya juga masih dalam lipatan sejarah. Pak Sako pula adalah tokoh penulis pada zamannya yang banyak menghasilkan rencana2 bagi menyedar org Melayu pada zaman penjajah. Kita masih mengingati dan menyanjung beliau sehingga ke hari ini. Jadi, apa asas Abuzar mengatakan 'perjuangan mereka yg bukan UMNO pada pada zamannya amat tragis'? Mereka menentang penjajah British kerana suasana pada waktu itu adalah suasana penjajah British yg memerintah. Perjuangan mereka lebih kepada menuntut kemerdekaan. Saya tidak nampak saudara apa perlunya saudara mengaitkan perjuangan mereka dengan ‘perjuangan Hubbudunya’. Kalau nak dikira, perjuangan mereka nmpk lebih ikhlas...

2. Saudara Abuzar,
Tafsir al-Quran bukan sahaja boleh dipetik dan di ‘pastekan’ begitu sahaja. Kalau saya ingin menerangkan dalam ruangan yg sebegini sempit, adalah dibimbangkan tidak sampai maksudnya. Untuk mengulas tentang ‘asbabun-nuzul’ ayat, sekurang2nya memerlukan tujuh lapan muka surat. Belum masuk tafsir ayat. Perlu juga ulas dari segi matik, bayan dan ma’ani....

3. Saudara,
Saudara bertanya ttg apakah pemimpin2 UMNO bersedia kembali kepada setiap hukum Allah sebagimana didakwahkan oleh PAS selama ini?. UMNO menerima pakai setiap dakwah yang dikemukakan, setakat yang mempu, tanpa memilih siapa, termasuk PAS. Kalau ada kebenaran, kita sebagai umat Islam mesti dengan lapang dada menerima teguran. Cuma dilihat pemimpin PAS yang begitu sukar menerima teguran. Lihat saja TGNA yg begitu melenting bila ditegur, seseolah dia maksum., yg tegur pula presidennya sendiri. Apa kata beliau bila YB Mahfuz tegur. Tengok bagaimana YB Nasaruddin di halau hambat balik ke negerinya bila menegur pemimpin Mursidul Am PAS.
Di bawah pemerintahan UMNO saudara boleh lihat, sejak merdeka sehingga tahun2 awal 80an, pelajar sek menengah tidak menutup aurat..., mini skirt…(sekadar membawa satu contoh), tapi kini sudah bertudung dan berbaju kurung. Pakaian jururawat begitu juga…ini hasil yang dari penambahbaikan. Ianya dibuat secara evolusi, sesuai dengan sirah rasulullah. Kalau PAS menuntut kata perubahan ini hasil dari tegurannya, pun kita terima walaupun pada hakikatnya bertudung di Malaysia diasaskan oleh ‘pertubuhan al-arqam’. Inilah keterbukaan UMNO….Sekadar termampu oleh kita, kita buat! Itu juga adalah sebahagian tugas kami…daripada melalak kat pentas2 ceramah tak tentu pasal…
...bersambung

Anonymous said...

...sambungan

4. Saudara Abuzar memberikan ayat ini
“Dan apabila dikatakan kepada mereka: Marilah (bertaubat) supaya Rasulullah meminta ampun (kepada Allah) untuk kamu, mereka (enggan sambil) menggeleng-gelengkan kepalanya dan engkau melihat mereka berpaling (dari bertaubat) serta mereka berlaku sombong angkuh." ( Surah al Munafikun, ayat 5).

Saya ingin bertanya kpd saudara, apakah ayat ini hanya diturunkan untuk orang2 UMNO?. Apakah al-Quran hanya diturunkan semata-mata untuk menemplak UMNO?. Apakah kebenaran semuanya terletak kepada orang2 PAS?....., Saya tidak berhajat menjawan soalan saudara ni… dangkal sangat!. Saudara, baca ‘asbabun-nuzul’ ayat, tgk dengan teliti, kaji…Nasihat saya, jangan menggunakan al-quran hanya untuk dihunus kepada orang lain. Lihat diri sendiri…

5. Saya minta ampun kepada Allah jika saya tersilap. Saya juga mohon maaf jika saya terkasar. Anggaplah ianya perbincangan ilmiah….Resolusinya, marilah kita jernihkan segala apa yang keruh…bersihkan segala yang kotor, bukan pada sebelah pihak, tapi kedua-duanya. Kita harus menerima bahawa setiap insan/pertubuhan ada baik buruknya.. Tidak mungkin semuanya ‘perfect’. Cuba belajar menerima, bukan menjadi pengecam. Akui lah bahawa berpadu adalah lebih baik dari berpecah kerana ianya adalah sebahagian dari suruhan Allah. Wassalam

p/s: saya kerja luar, lwt balik, lmbt beri respons