Tuesday, February 9, 2010

MUNCUL KEMBALI (675)

Setangkai tak sebau boleh menimbulkan banyak masalah

DALAM berorganisasi perlu displin sebagaimana bekerjaan. Kerana itu diadakan undang-undang tubuh, profail atau pun proposal untuk mengelak dari sesebuah orgnanisasi tidak bercelaru dan warnanya tidak serupa.

Selain dari setiap apa yang dilakukan kena dipastikan tidak menyongsang dari undang-undang tubuh, ianya mestilah tidak bercangah dengan proposal yang disediakan yang juga boleh dinamakan rangka atau kerangka atau pun pelan serta garis panduan pelaksanaan.

Pembangkang di Malaysia boleh menegur mengkritik dan menidakkan keupayaan atau kualiti kerajaan dan begituah sebaliknya kerana undang-undang tubuh, perlembagaan dan amalan demokrsai membolehkannya.

Tetapi bila untuk bersuara atas nama kerajaan Malaysia di luar negara, hanya kerajaan yang dibentuk hasil mandat rakyat sahaja yang berhak bersuara, malah pembangkang kalau mahu bersuara tentang ketidak-sealiran pandangan dengan kerajaan mestilah secara sopan.

Kalau di luar Malaysia pun pembangkang mengkritik kerajaaan sebagaimana yang dilakukan seperti yang dilakukan dalam negara, maka penilaian orang luar terhadap pembangkang akan dilihat semacam, malah akan dilabel sebagai pengkhianat dan sabotaj negara sendiri. Ini adalah kerana iklim politik di Malaysia dengan di luar Malasia tidak sama.

Demikian halnya dalam politik, termasuk Pas. Kalau Musyidul Am dengan Presidennya bercanggah pendapat dalam dewan muktamar atau dalam meyuarat mingguan, mesyuarat bulanan atau mensyuat khas parti ianya adalah sesuatu yang wajar dan patut supaya satu keputusan yang bulat dan muktamad akan menjadi suara sloid Pas di luar kepongpong Pas.

Tetapi kalau percanggahan itu boleh ketara di luar dewan muktamar atau dalam meyuarat mingguan, mesyuarat bulanan atau mensyuat khas parti, malah menjadi bahan siaran media pula, mahu tidak mahu membuktikan bahawa berlaku wabak dan sindrom setangkai tak sebau dalam kepimpinan dan dalam orgnasisasi Pas itu sendiri.

Kalau dalam setangkai pun sudah tidak sebau, mana mungkin ada keyakinan tangkai-tangkai lain, apatah yang spesis tangkainya tidak sama dengan setangkai tidak sebau tadi boleh yakin bagi apa-apa jua usaha untuk mensebaukan bauannya.

Kalau Mursyidul Am dengan Presiden tidak sekata secara terbuka bagi merealisasikan cadangan mensemejakan Umno-Pas bagi mencari jalan penyelesai perseteruan selama 50 tahun antara kedua parti dapat diselesaikan, boleh diyakini oleh pihak yang tawarkan cadangan itu, yakni Umno walaupun cadangan itu pada hakikatnya sangat baik dan amat berguna kepada kepentingan rakyat dan negara.

Kalau sesama pimpinan Pas tidak sekata, maka apa pun keputusan yang dicapai nanti akan menjadi keputusan tokoh-tokoh tetentu dalam Pas, bukannya keputusa as secara solid dan ianya akan menimbulkan pelbagai masalaha nanti, sekali gus akan timbul kes-kes rumah sudah pahat berbunyi.

Lihat sahaja bila Jawatankuasa Displin Parti Pas yang dipengerusikan oleh Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, kerana ianya tidak menjadi keputusan solid Pas dan dianggap itu keputusan jawatankuasa berkaitan, maka keputusan jawatankuasa itu dipertikaikan dari dalam Pas sendiri.

Bila keadaan itu berlaku bukan sahaja kredibiliti jawatankuasa berkenaan diragui oleh mereka diluar Pas tetapi kredibiliti Pas itu sendiri akan diragui kerana tidak konsisten dan komited dengan keputusan yang dibuat.

Saya terkedu membaca tulisan berikut, hasil pemerhatian dan olahan sahabat saya yang merupakan Ketua Biro Utusan Kelantan yang disiarkan pada ruangan rencana akhbar Utusan Maaysia hari ini;

Hadi mula menepis Nik Aziz

AGAK mengejutkan apabila Isnin lalu, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang muncul dengan kenyataan terbaru – sedia berbincang, malah berkerjasama dengan UMNO bukan sahaja soal agama, tetapi juga soal politik.

‘‘Alamak, guano (kenapa) Tuan Guru Abdul Hadi pergi lebih had itu,” ujar seorang rakan dalam Pas namun dia akhirnya membuat kesimpulan yang meyakinkan.

Pemimpin nombor satu Pas itu tidak perlu menunggu mendengar kata putus sesiapa lagi untuk sekadar berkata-kata, setelah menilai pengaruhnya dalam muktamar lalu.

Aktivis Pas itu begitu yakin, biarpun mungkin isu ini akan mendidih seketika seperti bubur asyura yang mudah beku, ia tidak akan menjadi kenyataan sebelum pilihan raya umum.

Tidak kedengaran penafian oleh Abdul Hadi bahawa kenyataannya dalam laporan media 8 Februari lalu telah diputar-belitkan yang akhirnya mungkin mengulangi kepimpinannya dipersoalkan secara terbuka dan menjadi sasaran cemuhan di kalangan ahli Pas.

Belum juga kedengaran tentangan Mursidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan kenyataan lunak Hadi yang seolah- olah cuba bergerak lebih jauh dalam memadam api sengketa dengan UMNO.

Kenyataan Abdul Hadi itu tidakkah memberi gambaran bahawa beliau sekali lagi cuba membuka ruang dalam Pas untuk membawa masuk ‘sampah’ dalam percaturan politik yang boleh menjejaskan peluang parti untuk memerintah.

Abdul Hadi tentunya masih ingat bahawa idea ke arah perpaduan dua parti Melayu dan Islam itu adalah gagasannya sendiri yang ditentang hebat oleh Nik Abdul Aziz sendiri tahun lalu.

Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa yang seolah-olah bersedia untuk membantu mengatur langkah untuk menjayakannya, telah diserang sehingga sukar baginya untuk mengangkat muka apabila maruah peribadi seolah-olah diirik-irik.

“Kalau benar Nasharuddin nak setuju lebih baik dia masuk UMNO, letak jawatan (sebagai Ahli Parlimen Bachok). Apa buat sampah, menyusahkan,” kata Nik Abdul Aziz ketika kemarahannya mengenai cadangan kerajaan perpaduan memuncak.

Tidakkah kecaman itu harus ditampal di muka Abdul Hadi sendiri, namun Nik Abdul Aziz mungkin sekadar pukul anak untuk menyindir Presiden, bahawa tindakan seumpama itu hanya memperbodohkan Pas sahaja.

Seperti selalu Nik Abdul Aziz merujuk kepada peristiwa tersingkirnya Pas daripada Barisan Nasional pada tahun 1978 dan bimbang Pas hanya akan terus diperkudakan.

Kemelut yang memuncak pada tahun lalu ekoran gagasan Hadi memaksa Presiden Pas itu turun ke Kota Bharu untuk datang mengadap, menyejukkan amarah Nik Abdul Aziz dan menjelaskan kedudukan sebenar sebelum muncul dengan kenyataan isu perpaduan sudah ditutup.

Kenyataan terbaru Hadi kini merujuk kepada pandangan Nik Abdul Aziz sendiri yang terbit ketika diundang merasmikan penutup Seminar Pemikiran Islam Semasa – Pemakaian Kalimah Allah anjuran Tabung Amanah Tok Kenali di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK).

Katanya, jika majlis perbincangan antara pemimpin berlainan agama boleh dilangsungkan dengan baik, maka tidak ada masalah untuk Pas dan UMNO yang sama-sama Islam duduk berbincang mengenai pendirian dalam soal agama.

Nik Abdul Aziz berharap ia menamatkan perseteruan lebih 50 tahun antara kedua-dua parti yang menjadi dokongan orang Melayu itu.

Beliau menyatakan rasa amat gembira jika soal perbincangan yang menjadi isu bermusim ini dapat menjadi kenyataan kerana banyak masa, wang dan tumpuan dihabiskan kerana ‘pertengkaran’ yang tidak membawa apa-apa faedah.

Mungkin beliau baru tersedar dalam mengejar kepentingan politik kepartian untuk merebut dan mempertahankan kuasa pemerintahan, ia tidak juga membawa faedah bukan sahaja kepada UMNO malah Pas, agama, rakyat dan negara.

Kenyataan Nik Abdul Aziz mendapat reaksi meluas malah banyak ulasan kalangan pemimpin agak menyimpang kerana beliau sebenarnya hanya mahu berbincang soal agama.

Tentunya untuk menentukan siapa yang lebih Islam dan siapa yang menyimpang dan pada masa yang sama cuba meluaskan perbezaan, kerana sebarang persamaan hanya akan menghilangkan undi Pas.

Sudah acap kali ajakan atau mungkin cabaran itu dilontarkan oleh Nik Abdul Aziz untuk membezakan antara perjuangan dua parti itu agar orang Melayu atau Islam memilih Pas.

Bagi Nik Abdul Aziz sebarang usaha ke arah perpaduan Melayu dan umat Islam melalui langkah bersama UMNO, tidak akan membawa sebarang keuntungan kepada parti yang dilihat semakin hampir menggapai kuasa.

Hanya dengan menjauhkan sendiri daripada UMNO dapat menguatkan Pas dan pakatan pembangkang kerana mahu undi bukan Melayu melalui parti-parti sahabat.

Namun Abdul Hadi pula seolah-olah mahu mendekatkan lagi apabila bidang perbincangan baginya boleh diperluaskan bukan sahaja setakat agama kerana agama itu sendiri tidak terpisah daripada politik.

Susulan itu Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar muncul memperkatakan perkembangan terbaru bahawa Jawatankuasa Pas Pusat akan membincangkan persoalan terbaru itu tidak lama lagi.

Tentunya untung rugi dari segi cita-cita politik akan diambil kira selain untung rugi nasib bangsa, agama dan negara. Tidak ramai sebenarnya yang memberi harapan ia akan menjadi nyata dan telahan mereka mungkin betul kelak.

Pada saya selagi antara pimpinan Pas sesama sendiri tidak mampu membuat keputusan solid supaya apa yang akan dibincangkan dengan Umno nanti adalah merupakan perbincangan antara Umno dengan Pas, bukannya antara Umno dengan kalangan tertentu dalam Pas, apa-apa perbincangan pun idak perlu diadakan kerana iianya akan memnimbulkan banyak masalah dan menyelesaikan masalah.

Macam mana seorang penjual ubat panau dan kurap boleh memberi jaminan ubatnya cukup berkesan dan mustajab kalau diri wendiri penuh dengan panau dan kurap walaupun ianya barangkali cuba di sembunyikan di sebalik jubah, bakal pembeli tetap akan perasan kalau tangan asyik menggaru kerana pengidap panau dan kurap tidak akan berhenti menggaru.

6 comments:

Tukil Buluh said...

MUZAKARAH UMNO-PAS : BERSIDANGLAH SELEPAS PILIHANRAYA KE-13 (petikan dari blog http://putra7gunung.blogspot.com)

Ketika isu muzakarah dengan Umno yang diinginkan oleh Dato' Nik Aziz Nik Mat, masing-masing mengutara hujah termasuk dari kalangan Pas sendiri ada yang bersetuju dan ramai juga menentangnya termasuk dari kalangan pemimpin tertinggi Pas sendiri.

Ramai dikalangan pemimpin pas terkejut dengan putaran alam Nik Aziz yang secara tiba-tiba bercakap untuk bermuzakarah dengan Pas, ketika sebelum ini Bik Aziz begitu benci dengan Umno.

Umno adalah musuh utama Nik Aziz, bukan DAP sedangkan DAP yang selema ini menjadi penetang utama Pas yang bercita-cita untuk menubuh kerajaan Islam di malaysia. DAP yang menentang Pas untuk melaksanakan Hukum Hudud.

Bukankah Pas berdepan dengan karpal yang pernah mengutarakan : - 'Langkah mayat saya (Karpal Singh) dulu jika Pas mahu melaksanakan Hukum Hudud dan negara islam'. kenyataan itu, tidak pernah keluar dari pemimpin Umno.

Kini, Pas berpelukan dan berkasih sayang sebgitu erat dengan DAP, seolah-olah PAs sudah gelap mata kerajaan Umno-BN akan tertiarap pada pilihanraya ke-13 nanti.

Sebenar, Pas sudah tersalah congak. Pas tersilap membuat perhitungan jika merasakan Umno-BN akan kecundang. Pilihanraya ke-13 nanti adalah satu kemenangan paling besar untuk kerajaan Umno-BN jika dihitung dari angkap 'tungal'nya.

Semua menuasia politik termasuk dari Pas sendiri tertanya-tanya, kenapa tiba-tiba Nik Aziz berubah untuk bermuzakarah dengan Umno, malah mengiktiraf pula Umno parti sesama Islam. Selama ini, Pas begitu beria-ia mengkafirkan Umno, bukan DAP dan PKR.

Apakah kerana isu royalti minyak yang dituntut oleh Kelantan. Jika kerana isu minyak, terlau mudah Pas mahu menjatuhkan maruah 'Perjuangan Islam' kerana ingin mendapat harta. Islam itu tidak boleh ditukar ganti dengan harta, apa lagi dengan royalti minyak. - Bersambung

P

Tukil Buluh said...

Sambungan
.............Pas ini sebuah parti yang pelik tetapi benar. Hukum yang halal haram pun boleh di pinda-pinda. Jika dulu -'suara wanita itu aurad' dan dipertahankan mengikut hukum Islam yang mengharamkan suarat wanita diperdengarkan kepada bukan muhrim.

Akhirnya, qariah wanita Kelantan diharam menyertai tilawah al-Quran - bukan Akademi Fantasia-. Haram kerana suara itu aurad. Tetapi, wakil rakuat wanita dan guru halaqah wanita Pas boleh berceramah dengan pembesar suara di merata-rata tempat, malah terjerit-jerit dalam barisan panjang untuk menarik undi pada setiap kali pilihanraya.

Di situ halal bagi Pas, tetapi mengaji Quran haram kerana aurad. Namun, tiba-tiba Nik Aziz berubah fatwa untuk menghalakan semula qariah wanita Kelantan menyertai tilawah Al-Quran. Fatwa mana pula ni yang boleh berubah-ubah.

Nik Aziz mungkin terlupa bahawa - tidak ada jantan tiba-tiba terbangkit nafsu seknya ketika mendengar suara wanita baca al-Quran. Yang menjadi haram suara wanita itu, apabila ia memujuk rayu - seperti penyokong wanita pas yang menjadi perayu undi pilihanraya dengan terpekit melolong di tepi jalan. Ini yang haram kerana tidak ada kawalan.

Aurad itu apabila ia membawa kepada kemudaratan. Aurad atau 'rahsia' itu apabila terselak ia boleh membuat orang lain menjadi sesat. ia tidak ubah dengan Aurad dari tariqat.

Aurad dari tariqat itu tidak salah, tetapi kadang-kadang musyrid itu yang membawa ajaran tariqat itu yang boleh menyesatkan pelajarnya yang dungu dan mengikut secara membabi buta kerana takut untuk bertanya dan bersoal jawab.

kepada yang berlajar tariqat, guru itu cuma penunjuk jalan ke arah mencari cahaya Illahi, bukan Nabi yang perlu diletak dalam martabat yang sebegitu tinggi. Dalam mempelajari ilmu yang terkandung pada sesuatu tariqat itu perlu ada soal jawab agar timbul kefahaman yang sebenar.

Sebagai pelajar, kita perlu banyak bertanya dan besoal jawab kerana kita ini adalah murid. Biar orang anggap kita bodoh, tetapi itulah nilai sebuah ilmu, bukan terima membabi buta. Apa lagi jika guru itu sudah dipuja-puja, ia sudah jauh menyimpang.

Begitu juga dengan Nik Aziz. Jika kerana tarafnya sebagai Tok Guru, maka apa yang dicakapkan itu semua benar. Sebagai pengikut, kita perlu bertanya agar setiap yang disampaikan itu biar jelas dan tidak ada putar belit lagi.

Jika terlalu banyak putar belit, kita boleh menilai apakah sikap dan sifat sebenar seorang yang bergelar Tok Guru. Jika dulu haram, hari ini boleh dihalalkan pula - ini membukaktikan segala yang dicakap sebelum ini sekadar satu tipu helah yang akan membawa kita ke jalan kesesatan. = Bersambung

Tukil Buluh said...

Sambungan

.................Setiap perkataan kita menjadi ikutan ramai, jika mereka ini menerima, mengikut dan mengamal sesatu yang salah - siapa yang akan bertanggungjawab apabila kematian tiba, sebelum kita membetulkan kesilapan kita yang lalu.

Sebab itu, dalam ajaran beragama tidak boleh berbelit-belit - sekali tidak boleh, di hari lain pula dibolehkan. Sebagai pengikut fanatik, bukan mudah guru lain untuk membetul ajaran yang sudah diyakini benar, apa lagi jika mereka ini menjadi 'pemuja' kepada guru.

Nik Aziz juga begitu. Hari ini, Nik Aziz bercakap ingin bermuzakarah dengan Umno atas dasar sesama Islam. Dulu Umno ini juga dikafirkan tanpa henti. Segala pengorbanan yang dilaksanakan oleh pemimpin Umno bagi membangkitkan darajt, kemulian dan jati diri umat islam di negara ini dihentam kononnya tidak Islam.

Umno yang membina masjid untuk memberi keselesaan umat Islam beribadah, dikatakan ketik dan rumah berhala. Tetapi, Pas sendiri ketika sudah 20 tahun memerintah kelantan - lima buah masjid pun tidak pernah di bina sedangkan sejak zaman Rasulullah lagi, pembinaan masjid itu adalah satu yang didahulukan.

Bukankah, masjid itu sebagai lambang sebuah pemerintahan Islam, bukan negara Islam. Masjid itu dijadikan lambang 'perpaduan' dikalangan umat islam. Di situ tempat berhimpun, tempat mengambil tahu dan bertanya khabar antara satu sama lain, bukan hanya tempat solat semata-mata.

Kerana itu, bersembahyang jemaah diberi ganjaran 27 kali ganda. 27 ganjaran itu kerana mengiktiraf kepimpinan (iman), bertertib dalam satu barisan tanpa memberi ganggungan kepada orang lain (bertolak-ansur), saling hormati menghormati, bertanya khabar jika ada sakit deman dan bertanya hal-ahl keagamaan kepada yang tahu. Inilah yang membuat ganjaran itu besar.

Justeru itu, jika Nik Aziz bertukar cakap kononnya untuk bermuzakarah dengan Umno, ia sesuatu yang baik jika lontaran kata-kata itu ikhlas dan tidak berbelit-belit lagi.

Tetapi, jika cakap Nik Aziz lebih kepada sendiwarta pilitik semasa, Umno perlu mengambil keputusan agar muzakarah itu dibuat selepas Pilihanraya ke-13 selesai. Percayalah, pas tidak akan kemana pun selepas pilihanraya ke-13 nanti. Hakikatnya, Pas di kelantan pun akan merudum jika Umno tidak lagi bersikap mencatas sesama sendiri.

Pas semacam mahu menyelamatkan diri dari bencana besar pada Pilihanraya ke-13 jika di lihat dari mood rakyat mutakhir ini. Jika dikaji dari segi sejarah pun, Umno-BN akan kembali kukuh dan meraih kemenangan besar setiap kali pilihanraya berangka 'tunggal'. = Bersambung

Anonymous Tukil Buluh said...

Sambungan

.............pas sudah pun mengesan kekurangan mereka yang mula ditoal rakyat kerana terlalu terikut-ikut dengan pemainan DAP dan PKR hingga segala hak keisitimewaan Melayu islam pun dicabar sebegitu rupa.

Mutakhir ini pula, gelagat DAP di Pulau Pinang, Perak dan Selangor (yang menghalal segala bentuk maksiat - hingga boleh menutup mulut Dr Hassan Ali), mula dijadikan ukuran perjuangan Pas bukan lagi - memperjuangkan islam, tetapi lebih kepada kepentingan politik tidak sihat yang akan merbahayakan Melayu islam akhirnya nanti.

Keghairahan Pas menjaga hati DAP yang menjadi dalang di sabalik isu tuntutan Gereja katolik menggunakan 'Kalimah ALLAH', Pas bukan lagi menjadi pembela kepada kesucian kalimah Allah, tetapi menghalalkan pihak Geraja kononnya demi kepentingan politikan Pakatan (DAP + PKR).

Jika bukan kerana ikatan dalam Pakatan, sudah pasti PAS akan membangkit semangat jihad agar rakyat dan Umat Melayu Islam bangkit menentang Gereja Katolik dalam isu Kalimah Allah ini.

Pas bukan lagi jaguh pejuang Islam, tetapi terpaksa tunduk dengan kesepakatan yang diketuai oleh DAP. DAP tahu Pas begitu mudah dicucuk hidung demi kuasa politik konon jika kerajaan Umno-BN jatuh - pemimpin Pas akan jadi Perdanan menteri seperti berlaku di Perak keran dalam Perlembagaan Malaysia juga di sebut Melayu Islam.

Kerana tergila-gila kuasa, Pas terus menjadi 'Pak Turut', Pandir dan Bodoh hingga Khalid Samad boleh ke gereja untuk menyokong isu Kalimah Allah atas dasar kesepakatan bersama dalam Pakatan.

Pas lupa, DAP menjadi dalang kepada kehancuran hingga Pas tidak boleh bersuara tentang hal-hal Islam seperti masa lau dengan tegas dan lantang termasuk isu 'murtad' yang manipulasi oleh Gereja sekian lama untuk menyesatkan umat Islam.

Pas jangan jadi terlalu dayus bila berdepan dengan DAP. Jangan ingat, gula-gula DAP itu terlalu manis, tetapi gula-gula DAP itu akan menghancurkan Pas di mata penyokongnya sendiri.

Cuba renung dan kaji ceramah-ceramah Pas sejak berkawan dengan DAP dan Pakatan. Apakah, mereka masih lagi berdegar-degar bercakap soal mewujud sebuah negara Islam, melaksanakan Hukum Hudud dan sebagainya lagi seperti sebelum ini. Siapa Pas sebenarnya.

Abuzar said...

Tukil buluh... ada yang saya setuju dengan hujah anda, ada yang kurang setuju.... tapi hak rakyat, anda telah suarakan .... hak demokrasi.. kebebasan bersuara..

Anda bersemagat hentam PAS berpeluk denga DAP.... setahun dua ini..

Tapi anda lupa sejak tahun 1955, UMNO terajang PAS dan UMNO berpeluk dengan MCA, GERAKAN, MIC, PPP, ..... lebih 55 tahun tiada dipandang jijik.... bahkan menjilat cari sokongan kaum cina & india walaupun sanggup setengahnya mengadai "hak2 utama orang melayu" .....

Mentaliti anda amat tipikal dengan pemimpin2 aristokrat & feudo-kapitalis UMNO.... perkudakan UMNO & memperhambakan Melayu untuk mengekal cengkaman kuasa peribadi masing2 ....

Anda patut gesa tubuh TRIBUNAL BICARA PENGKHINATAN UMNO & PAS... kemudian kita sama2 adili..

Dulu Pas LLoni Umno said...

Hujah yang kemas.