Tuesday, February 9, 2010

MUNCUL KEMBALI (676)

Mac ini peluang pembangkang menghapuskan ISA

MENGADAKAN perhimpunan jalanan atau menyuarakan penentangan dan mendesak Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) supaya dihapuskan ISA tidak ubah seperti anjing menyalak bukit: jangankan bukit akan runtuh, serpihan batu sebesar tahi mata pun tidak akan berganjak dari tempat asalnya dan anjing akan mengalami sakit tekak kronik.

Perhimpunan haram dan ucapan haram dalam demonstrasi mendesak dihapuskan ISA tidak memberi kesan kerana desakan yang dibuat adalah melalui saluran yang tidak betul dan tidak tepat di samping cara dan pendekatan yang digunakan tidak profesinal.

Bulan Mac nanti adalah masannya untuk jaguh-jaguh anti ISA yang menggerakkan perhimpunan jalanan menuntut ISA dihapuskan menggunakan kehebatan berhujah bagi mencabar pembentangan draf pindaan akta itu yang akan dibentangkan oleh Menteri Dalam Negeri dalam sidang Dewan Rakyat supaya draf pindaan itu akan bertukar dengan penghapusan akta berkenaan, supaya negara tanpa ISA lagi.

Dewan Rakyat adalah gelanggang yang paling patut dan paling wajar digunakan di samping Dewan Negara bagi disuarakan apa-apa cadangan, penentangan atau berhujah tentang apa-apa jua perkara oleh wakil-wakil rakyat yang menerima mandat sebagai wakil rakyat berteraskan amalan demokrasi, buannya menjadi samseng perhimpunan jalanan.

Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah memberikan masa pembentangan draf berkenaan kira-kira sebulan lebih awal dari berlangsungnya sidang Dewan Rakyat, barisan pembangkang boleh membuat persediaan awal untuk berhujah supaya akta itu dihapuskan dengan hujah, bukannya dikekalkan dengan pindaan sebagaimana yang didrafkan.

Hishammuddin juga menjelaskan perincian pindaan tersebut yang tertumpu kepada lima perkara utama iaitu kuasa menteri, layanan kepada tahanan dan ahli keluarga, tempoh tahanan, tahanan tanpa bicara dan persepsi umum bahawa akta itu digunakan untuk kepentingan politik. Penjelasan itu cukup untuk memberi ruang kepada pembangkang menyediakan hujah penentangan, kalau boleh biar menteri jadi bisu dalam dewan kerana keheatan hujah pembangkang..

Jangan pula nanti dalam perhimpunan jalanan atau di luar dewan bercakap bergegar-gegar tetapi dalam dewan nanti berdengkur sampai melilih air lior basi pula. Mudah-mudahan masa yang secukupnya akan disediakan oleh Dewan Rakyat dalam membincangkan akta berkenaan supaya pihak pembangkang khususnya, tidak akan merasakan mereka tidak diberi masa yang cukup untuk berhujah.

Seandainya ada wakil-wakil rakyat yang lantang membuat penentangan di luar dewan, terutama dalam ucapan haram pada perhimpunan haram tetapi membisu dalam dewan dan kemudiannya teus terbabit dalam perhimpunan jalanan dan gerakan kempen memansuhkan ISA, maka wakil rakyat sedemikian hendaklah diISAkan supaya mereka dapat pengalaman sebagai tahanan ISA dan dapat memahami kepentingan ISA sehingga ianya tidak wajar dimansuhkan pada pandangan dan pendirian pembangkang

9 comments:

john said...
This comment has been removed by the author.
john said...

Salam...

Abe li berkoyal parlimen m'sia mcm parlimen british ko apo denga tajuk lagu ni nih...

Tapi sebelum tu ambo ado satu persolan...?

Agok2 la kalu tak dok perhimpunan mansuhkan ISA dulu tuh..raso2nyo kerajaan nok pindo/hapus dok ISA nih?..

Hujoh la berdegang2 kot alik PR pun kalu dae Kerajaae raso lemoh..kaloh berhujoh, habis kuat speaker pulok menghalang! ish..ish..ish..UMNO kato doh nok hapus dok skali ISA,nok pinda wak sssedak hati bulleh..tak po eh kito cubo lah dulu abe li eh..

p/s: hapus ISA wujud hok lain pulok lamokae...

Anak Bekas Tahanan Isa said...

Kalu cuba try John ditahan bawah ISA boleh setahun lebih-lebih lagu mana gamok?

Dengan itu, maka John akan tau 'lah fungsi ISA, bila tubik lepas tu, bolehah menulis tentang ISA dengan lebih tepat.

Abe Li MKJ boleh setuju KE?

Anti Pemansuhan ISA said...

Molek juga John cuba try jadi tahanan ISA. Kata orang tak kenal maka tak cinta, kalau tak rapat tak akan mesra,

Anonymous said...

Saya sgt2 x stuju nak suruh letak John dlm ISA. Sy bangkang!..Sy lbih suko John gi jadi rakyat mano2negaro hok dio pilih, hok tak dok ISA. Dok di M'si ni ado ISA, susah! Acu gi dok di amerika ko, singapuro ko....gi lah John, try sikit...negaro mano hok paling aman bagi demo...

Anti Pemansuhan ISA said...

Cadangan yang molek. Toksoh cadang negara hak bukan Islam, suru try gi duduk boleh setahun jah di Libya, Iran, Iraq, Afgahnistan, Pakistan, Arab Saudi, Kuwait, Lubnan, Syria, paling swengket pun di Indonesia dan Brunei.

Nampak udoh ke kerajaan Malaysia hak ada lloni, ko lagu mano. Tamba-tambah duduk pulok dengan kecam kerajaan dan puji pembangkang sokmo. Boktan mua dok turut erel rakyat sokmo, rakyat jadi tak reti nak berterima kasih, apatah lagi bersyukur. ISA untuk orang jahat pun orang tak jahat dok gege. Nampak benar ada hasrat nak jadi jahat getek. Doh makan kenye selimut lindo dok gege bakpo lagi. Nak sembahyang jemaah masjid belana kokna, kalau nak sembahyang satu masjid so waktu di so masjid di negra ni, sampai habis umur tak habis nak jajat lagi. Pah begapo lagi tak kenonyo. Toak 'kan nak suruh kerajaan buat masjid depan tangga sebuah sorang. Nak suruh jadi beriman dan bertakwa kerajaan bukan boleh paksa, nabi pun tak paksa. Sediakan segala kemudahan cukuplah, dok ceramah saja masjid sebuah pun tak buat pejuang Islam kepala bapok apa. kalau dan boleh hidayah, Said Nursi sebahagian dari hidupnya dihabiskan atas pokok pun dia ada sifat kewalian. Atas pokok dia berjemaah dengan sapo, kalau ada pun jin Islam.

Dan takdok hidayah, ustaz sekolah agama pun lodeh seluar selak kain budak sekolah umur 16 tahun, di negeri Sermabi ekah pulak tu. Ssalohnyo kes lagu tu jjadi di negeri Umno perintah boeh nak tengok nyo saroh seluruh pelosok negara. Kena atas batang eron sediri, pakat-pakat susut ppalo tapi jubo tttungge!

Anonymous said...

adoiii..ksian pd si john ni.nk buet cmno..lahir2 je semua org buet tak kena..syik bangkang jer..

Anonymous said...

Kah..., kah.... takpayoh dok geger, mansuh ISA, doh berpuluh tahun nak mansuh. tak jadi2. Puaok KECEK BESAR & PELAWOK BESAR... hee.. he.. he..

melikapakjangak said...
This comment has been removed by the author.